Thursday, April 12, 2012

perbandingan antara dua perkara : cerdik dan bodoh

salam .....

it's time to blogging....

Petang semalam , semasa aku lepak dengan bestfrend aku...kami membincangkan beberapa topik semasa dan pasal agama juga..itu yang buat aku suka tentang dia..boleh sembang apa saja. well satu topik yang hangat kami bincangkan tentang perbandingan dua perkara...antara manusia yang cerdik , pintar ,open minded ( kita letak singkatan Manusia Cerdik -MC ) dengan manusia bodoh, close minded ( kita letak singkatan Manusia Bodoh- MB) di pejabat-pejabat x kira pejabat swasta atau kerajaan..

ini bukan nak mengata sesiapa..secara generalnya..aku dan kawan kawan bersetuju dengan kata -kata
"manusia ni rambut sama hitam namun hati lain -lain." Manusia tidak sama akal dan fikirannya dan disebabkan kata-kata itu..aku bisa berdepan dengan mereka yang MB dengan senang hati...

Ini lah beberapa perbezaan yang boleh aku dan kawan kawan aku simpulkan :

Dari segi sikap ...
MC - bersikap lebih tenang dan bersikap lebih profesional. Mereka berdepan dengan masalah dengan tenang dan tidak memalukan diri sendiri. MC akan berfikir tentang baik dan buruk tentang sesuatu perkara dengan sejelas-jelasnya.

MB- bersikap tidak profesional, sering memalukan diri sendiri ...suka mencari perhatian agar akan ada yang memberi perhatian tentang semua perkara. Bercakap dan bercerita seperti orang yang kurang waras..seolah-olah dirasuk...(nauzubillah..minta dijauhi)

Dari segi teguran
MC- apabila menerima teguran, mereka  menerimanya dengan baik . Cuba memperbaiki diri dan cuba berubah ke arah kebaikan. Sentiasa berfikiran positif

MB- apabila kena tegur...melenting, mengamuk,meroyan, macam orang hilang akal..dengan tak rasa segan or malu...namun perlu di ingat..itu lah taraf mereka sebenarnya....

Dari segi pergaulan
MC- mereka bergaul dengan semua orang, berkawan dengan semua orang dan sentiasa berfikiran terbuka.

MB- mereka berfikiran kolot dan tidak boleh berada diluar dari pemikiran mereka. Apa yang mereka tahu, mereka perlu tubuhkan group dan hanya berkawan di kalangan mereka saja...


itu di antara kesimpulan yang boleh aku dan kekawan aku buat. Namun yang paling penting..tepuk dada tanya selera..kita nak stay kat dalam kelompok yang mana....belajar tinggi pun tak semestinya cerdik dan belajar rendah pun tak semestinya bodoh...yang penting akal yang diberi oleh Tuhan haruslah di gunakan dengan sebaiknya....

note: kena masuk kelas pengurusan diri...ala ala anger management class....uikkkss!!!


No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....