sempena nak meraikan aku dah hbs kelas..maka aku mengajak adik Azlin dan kak Faridah, untuk melawat rumah Cik Wan Hakimah..sementelah mereka berdua belum lagi pernah menjejakkan kaki ke rumah banglo Cik Wan. Aku takut lepas ni dah tak berkesempatan untuk ke sana..bz dengan exam, puasa , raya, majlis kawin..(opssss)...
So kami bertiga bertolak dari shah alam kul 7.30 pagi.. Azlin memandu mengikut jalan lama ke banting dan sempatlah kami singgah bersarapan di area klang..tak ingat dah nama tempat tu..Warung tu jual nasi lemak..best jugak n comel sngt ..so aku panggil nasi lemak comel...
Nasi lemak comel, sambalnya manis macam macam sambal sira air gula...tapi oklah rasanya...
oklah...next destination kerumah cik wan hakimah..kami sampai lebih kurang kul 9.30...lapor diri kat guard house..then terus kerumah dia...rupanya dia baru nak minum..so kami sembang sembang. Dia jamu kami dengan air zam - zam dan kurma serta kekacang ( cik wan baru balik dari umrah)
Bagi kak faridah n Azlin..mereka kali pertama sampai..so satu rumah diterokai..n aku lak boleh bantai tido jap kat sofa rumah dia...letih ...
Lebih kurang kul 12.30...Cik wan mengajak kami ke pantai morib..lunch kat sana ...first time ke pantai morib..not bad la..lepas makan..sesi jalan jalan jap..ambik angin pantai...saja le..lepas makan..walaupun panas terik tapi angin pantai agak berbeza...
Berlatarbelakangkan pantai morib...mujur ada pelajar semester 1, UPM tolong snap pic..
This me n cik wan...jauh dimata dekat dihati...
Lepas habis sesi bergambar..jalan jalan..kami balik kerumah untuk solat zohor dan plan nak ke Putrajya , meneman Cik Wan, jumpa kawannya. Sampai di putrajaya...suasana sesak sebab ada Jom Heboh dan Hari Belia...mujurlah just temankan cik wan untuk jumpa kawan dia..ala ala jejak kasih sekolah rendah...hahahahah
Balik dari Putrajaya, solat asar...kami semua dah plan nak g makan kat Warung yang jual seafood celup tepung... not bad la rasanya dan murah jugak...
nama warung.."Warong sotong celup tepung" |
Ketam Celup Tepung |
posing tangan je cukup |