Monday, October 28, 2013

cinta itu buta...kan..?

salam..

pagi Isnin yang cukup sejuk dan dingin..sebab smlm hujan sampai ke malam tadi...mood nak keje..standard ar..malas...tapi kalau duk kat rumah pun bukannya ada apa so better duk kat opis.

aku memulakan hari dengan coretan tentang cinta..hahaha...bak kata cik Luna.."arfa..mana pernah tak bercinta?...the question is ..dengan sapa?.." thanx sis sebab notice gak perangai I kan. Well hari ni aku nak citer pasal .."cinta itu buta".

Ramai orang yang jatuh cinta, menyimpan perasaan cinta dan bercinta. Beruntunglah bagi mereka yang memiliki cinta yang diberkati. Dalam dunia ini..ramai yang jatuh cinta pada orang yang salah (pada pandangan orang lain ) dan inilah yang dikatakan cinta itu buta. Banyak kisah yang aku dengar dan aku lihat, membuktikan mereka hanya perlukan cinta dalam hati mereka ..the rest..mereka tak peduli apa yang ada di sekeliling mereka.

Situasi kisah cinta itu buta...

1. Seorang kawan..berusia 30-an bercinta dengan seorang lelaki yang berumur 40-an, masih belum kawin namun yang menjadi masalah adalah kerana kawanku adalah seorang pegawai yang berpangkat..dan kekasihnya ..adalah seorang security guard..Kerana inilah..maka mereka tidak dapat bersatu..perancangan perkahwinan terpaksa di tangguhkan kerana tanpa restu ayah sebelah perempuan. Bagi aku..yang cukup mengenali dia..halangan sebegitu tak sepatutnya ada. Mungkin hanya lelaki itu yang boleh menerima dia seadanya...dan yang penting mereka bahagia dan saling cinta mencintai..cinta itu butakan..? darjat bukanlah satu kepentingan untuk bahagia...

2. Seorang sahabat..juga berusia 30-an bercinta dengan duda..anak lapan...dan walaupun aku berusaha untuk memperkenalkan dia pada lelaki yang masih bujang..namun dia tetap tak nak. Dia hanya mahukan lelaki itu. Mungkin kerana dia merasakan bahawa lelaki itu saja yang boleh menerima segala kekurangan yang ada dalam diri dia. Itulah kuasa cinta...

3. Seorang lelaki yang begitu berusaha untuk menarik perhatian seorang perempuan..yang mana jauh lebih bagus dari dia..Perempuan itu seorang yang terpelajar dan mempunyai pekerjaan yang bagus..manakala dia bekerja sebagai budak penghantar barang..namun aku kagum dengan kesungguhan dia yang berusaha untuk memenuhi segala kehendak perempuan itu..berusaha untuk tidak membiarkan hati perempuan itu kecewa or terluka..

4. Aku sendiri..merasakan cinta itu buta kerana..aku menyintai abie..lelaki yang mempunyai bentuk fizikal yang besar..senang citer dia seorang yang gemuk dari aku..hahah namun aku sayang dia,,segala-galanya kerana dia...walaupun cinta kami dihalang dan masih tiada restu ibu bapa dia..namun dia sendiri memujuk aku dengan mengatakan bahawa semuanya akan selesai dan impian kami untuk bersama akan tercapai. cinta itu buta kerana aku melepaskan semua lelaki yang aku ada hanya untuk memiliki cinta dia..padahal lelaki lain lebih baik dari dia...namun..like I said..cinta itu buta kan..


crdt to mr. google


namun begitu..walau seluruh dunia tidak akan merestui percintaan sebegitu..namun yang penting hati serta saling cinta mencintai...

dan bagi aku..walaupun lelaki itu tidak kaya, tidak handsome, tidak ada harta yang melimpah ruah, tidak juga seorang yang very romantic ..namun cukuplah dia sentiasa ada untuk aku..sentiasa menggembirakan aku, bertanggungjawab, memenuhi segala keperluan dan kehendak aku..tidak pernah mengangkat tangan pada ku..dalam ertikata memukul or mendera aku dan yang paling penting dia mencintai aku sepenuh hatinya...dan di restui oleh kedua ibubapa kami ...itu sudah cukup. ... alhamdullilah...

pssttt..cinta...


xoxo..rfa

Friday, October 25, 2013

sahabat baikku..AKLIMA

salam....

dalam perjalanan hidup aku sorang diri..aku memang mempunyai beberapa kenalan rapat yang sentiasa memberi aku kekuatan untuk terus berjuang dalam kehidupan aku. Salah seorang kenalan rapat malah yang aku anggap saudara aku sendiri adalah Aklima.

Ternyata dugaan yang di hadapi oleh dia lebih kuat dari dugaan yang aku hadapi. Dia seorang yang kuat semangat..tabah..dan kental..Aku sering memperingatkan dia tentang penyakit dia dan seringkali kami bertekak kerana itu. Aku sayang dia dan aku tidak tahu bagaimana aku nak ekspresi kan perasaan aku terhadap dia..tentang kerisauan aku .

Dia seorang teman yang sentiasa ada di sisi aku, susah senang bersama, study bersama, menangis bersama, ketawa bersama dan ianya memberikan kesan yang cukup mendalam bagi aku.

Kali ini..dia menerima dugaan yang agak hebat apabila dia dimasukkan ke wad.. kerana kakinya yang terpaksa di operate..minor operate. Ketika itu, beberapa hari lagi nak raya haji dan aku rasa sedikit tersentuh dengan kisah dia. Jadi, aku memujuk Salmee untuk pergi bersama melawat dia di hospital klang..Aku yang sememangnya x suka dan agak fobia ke hospital..aku kuatkan juga semangat untuk kesanaSehari sebelum raya haji ..14/10/2013..aku, salme dan cik su serta adik ipar aku melawatnya di hospital. Salmee , awal awal lagi warning agar aku tidak menangis depan Aklima...hahaha..dia dah tahu yang kakak dia ni seorang yang cengeng. Sedaya upaya aku menahan rasa sedih...mujurlah aku Berjaya menahan airmata dari mengalir. Melihat dia menahan sakit membuatkan hatiku turut sama tersentuh.

aku dan aklima..ada iras tak?



DAN...semalam (24/10/2013) aku menerima sms dari dia..memberitahu yang dia terpaksa dimasukkan ke wad kerana terdapat beberapa masalah dari minor operate di kakinya. Seriusly...tanpa aku sedari..aku menangis. Sebab aku tidak suka menerima berita berita sebegitu...tidak dari orang yang aku sayang. Semalaman aku menangis..segera aku call mama untuk tenangkan hati aku dan aku berdoa semoga dia ok..cepat sembuh...
Hari ini (25/10/2013) , dia maklumkan ..akan ada satu lagi operation di kakinya..Ya Allah.!!




untuk aklima..kau adalah insan yang sentiasa memberikan akak sokongan dalam apa jua yang akak hadapi..semoga cepat sembuh so kita akan dapat ke kelas bersama -sama..pls...!!



psssttt....hati resah dan risau....sejak dari semalam...


xoxo..rfa

Thursday, October 24, 2013

Pengorbanan kami

salam...

petang - petang camni..makan goreng pisang..ngan milo panas..best jugak tapi tak de goreng pisang..kuih karipap pun jadi ler.

cerita pasal tajuk entry..pengorbanan..jelasnya pengorbanan aku dan abie demi hubungan kami. Jujurnya aku banyak berubah setelah memberi peluang pada hubungan kami. Dia semakin menghargai hubungan ini..malah kerap aku dengar luahannya..dan aku merasa kesian kerana walaupun KL-SHAH ALAM, namun kami sukar untuk bertemu. shift kerja yang tidak menentu dan latihan muzik dia serta komitmen aku dengan kelas di UITM Puncak Alam membuatkan kami seolah olah berada jauh sangat. Kalau nak berjumpa..kena plan barulah boleh.

Aku tidak pernah merasakan ianya satu masalah yang besar..kerana ianya bukanlah satu tuntutan yang wajib...cukuplah aku dapat bermesej dan mendengar suara dia..memadai. Itulah pengorbanan kami yang agak besar. Kami tidak seperti couple yang lain..selalu jumpa,....

semoga Allah mempermudahkan urusan kami..aminnn


pssttt...hanya Allah yang tahu..betapa kami saling merindu...

xoxo...

Tuesday, October 22, 2013

sayu dan gembira dalam masa yang sama

 
 

salam,
 
sengaja letak printscreen ini sebab pasti abie akan membacanya..hehehe...
 
 
 
 


kata-kata dari abie yang membuatkan aku terasa sayu..hmm cinta tanpa restu..argghhh!!!stressnya aku!!!!


 
kata -kata ini lak yang membuatkan aku tersenyum ...tq abie..
 
 
happy dan sedih dalam masa yang sama...entah la..hanya Allah yang tahu...
 
 
 
 
 
 

Thursday, October 17, 2013

Glitzy Glam Shoppe...

salam..

hari ni nak perkenalkan satu FB page Glitzy Glam Shoppe...ianya page berkenaan produk produk yang di jual..minyak Wangi, pakaian, handbag..semuanya dengan harga yang berpatutan...so..semua yang jadi silent reader or kekawan blog yang lain..boleh menjenguk -jenguk fb page dan juga instagram dia..mana la tau kot-kot berkenan..haha..aku pun tgh usha usha...


sila sila la menjenguk page FB .ownernya..cik yayu yang manis...hahaha...


fb page Glitzy Glam Shoppe



psstt...kekawan semua duk biz online...semoga murah rezeki...insya allah

xoxo..rfa

Dugaan cinta

Salam...

hARI ni memang ada banyak masa untuk menulis blog. Dari semalam aku nak bercerita tentang satu masalah..namun ianya seakan akan terhenti..seolah-olah aku tak de idea untuk bercerita..mungkin kerana ianya seolah - olah tak logic tapi hakikatnya memang betul...

oklah..bermula dengan aku berkenalan dengan seorang lelaki bernama adam..bagaimana aku dapat kenal dia..well dari wechat..then yang kelakarnya..aku mengenali dia semasa aku ke mentakab bersama ladyboss dan azlin menghadiri majlis perkahwinan kawan ladyboss. ok..pada pertemuan pertama..aku rasakan adam adalah lelaki yang biasa je..dan bg aku..aku anggap dia sebagai kawan biasa..sehinggalah pada beberapa hari yang lepas..aku menerima sms dari num yang aku tidak kenali..dan aku memang mengamuk kerana num fon yang tidak dikenali itu di hantar ke num celcom aku yang memang private..ok..then aku mendesak dia untuk berterus terang dari mana dia dapat num aku.. sampailah satu ketika..dia cakap..saya asal mentakab..dan awak ada kan kawan dari mentakab..barulah aku terlintas adam.. ok..boleh diterima..so kami berbual...n dia beritahu aku yang dia curi num fon aku dari hp adam..astaga..ini boleh mengundang gaduh antara mereka berdua sebab mereka bestfren...dan aku tahu adam takkan bagi num fon tu pada sesapa.

Dihujung perbualan, dia jelaskan bahawa..adam menyukai aku dan dia juga menyukai aku . Masak!!! Bukannya dia tidak tahu bahawa aku sendiri sudah ada bf..dan sudah ku perjelaskan di awal awal lagi.

Bagi aku, ini dugaan aku dan abie. Dulu masa aku tidak bersama dengan Abie.. x de pulak macam ni. dan bila aku cakap dengan abie..citer ngan dia..dia hanya ketawa..namun aku tahu dia cuak. Namun dia tahu aku camna orangnya..dan dia yakin bahawa aku hanya milik dia seorang..cewahhh...

Berbalik dengan kisah mamat tu..oppsss...namanya Hirul..aku akan cuba bercakap elok elok dan kalau dia tak nak faham jugak..maka..terpaksa la tukar num fon lagi...sediihhh...asyik kena tukar num fon...


pssttt...abie sempat perli aku..."itulah berseri seri sgt wajah tu..sebab tu ramai orang suka" aku? telan air liur je !!! seri tang mana lak!!

xoxo..rfa

rindu BBOM...

salam...

kali ni aku nak bercerita tentang group BB..yang ditubuhkan pada tahun 2011..(tarikh sebenar x ingat) . Entah kenapa aku rasa rindu dengan kawan kawan bb..terutamanya aktiviti yang selalu kami buat ialah karaoke..dan ia macam tradisi pada kami...semua geng suka nyanyi..itu yang mengeratkan kami semua.

seriously rindu nak berkumpul ramai ramai..macam macam gelagat ...masing masing sporting..u all semua adalah sebahagian dari kehidupanku..luv u all...

gathering pertama..aku tak ada masa ni..huhuhu
gathering kedua...



gurls only..first time ngan baby askim..

 

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....