Sunday, July 3, 2016

Puasa dan raya

Assalamualaikum...

Lama nya x berceloteh disini. Yess...memang bz tapi sering juga nak meluahkan apa yg dirasa ..tentulah disini.

Puasa tahun ni...adalah puasa kedua bersama suami. Kami makin matang dan rasanya puasa kali ini lebih santai. Aku yg memang ada sakit gastric...memang buat persiapan awal...utk hadapinya dibulan puasa. Kalau hari biasa..aku kontrol makan..on time...x pernah miss..so bulan puasa..kena standby ubat.

Tahun ni juga adalah kali pertama sambut raya di kampung bersama en suami. Tahun lepas aku berendam airmata beraya di shah alam..sb en suami keje. Walaubagaimanapun...kami sambut dengan sederhana je. Apa yg penting kami dpt balik beraya...insya allah...

So..utk kawan kawan...selamat hari raya..maaf zahir dan batin..

Ikhlas dari
Rfa n suami...

xoxo.....

Thursday, May 5, 2016

isu anak..bukan isu baru

salam,

dah lama benor x menulis..kali ni memang terasa sangat nak menulis sebab aku nak clearkan apa yang terasa di hati..maklumlah..aku ni dah senjakala..mudah sensitive..hahaha

isu pasal anak..memang satu isu yang boleh dikatakan sensitive sebab dalam dunia ni mana ada perempuan yang x nak anak. Aku pernah berkahwin..dan sepanjang itu pun aku tidak dikurniakan oleh anak..oleh yang demikian..semasa tempoh perkenalan dengan en suami..aku memang dah cakap bahawa aku ni seorang perempuan yang di duga Allah..dengan anak. dan berkali kali juga aku jelaskan tentang anak dan aku nak en suami buat keputusan yang tepat. Alhamdullilah..en suami menerima aku dengan seadanya...

AKU TIDAK SUKA orang bertanyakan perihal anak pada aku. Kerana aku tidak ada jawapan tentang soalan itu. Allah menguji aku, sebab aku ni hamba DIA so aku tidak merasakan bila x de anak...aku ni hina dina di mata Allah.

Sebenarnya aku tidaklah merasa sedih or marah bila orang Tanya cuma aku tidak mampu bagi jawapan pada soalan itu dan soalan itu seolah olah menunjukkan aku ni CACAT..sebab x bole beranak..hahahahah..

 Anak adalah rezeki Allah. DIA Maha Berkuasa..dan sebagai hambaNYA..aku redha. Susah tau nak redha. Allah menguji aku dan en suami kerana DIA sayangkan kami. Pada yang bertanya..tak terfikir ke yang bila kamu mempersoalkan tentang anak pada aku..seolah kamu mempertikaikan kuasa Allah? Hebat sangat ke kita ni nak mempertikaikan kuasa Allah? Kenapa kita nak sibuk , nak ambik alih tugas Allah..?

Walaupun aku dan en suami tidak diberi anak..tapi kami bahagia. Apa lagi en suami , seorang lelaki yang sabar..bahkan aku rasa dia lelaki yang boleh jadikan aku permaisuri. Melayan semua kehendak aku dan paling penting dia cukupkan apa yang aku kurang. Kebahgiaan ini adalah kurniaan dari Allah.. dan aku bersyukur sangat sangat. Setiap dari kita diberi dugaan masing  masing so..dari duk pk masalah aku yang x boleh beranak ni..baiklah korang pk macamana nak atasi dugaan korang..ataupun pk camna nak tambah pahala untuk dibawa bekalan ke akhirat.

Mungkin bagi sesetengah orang..duk sibuk pasal anak adalah satu perkara yang biasa dibuat tapi dari duk sibuk tanya pasal anak ..baik doakan aku dan suami..dipermudahkan urusan.

aku maafkan mereka yang sibuk pasal kehidupan aku. Kesian mereka mereka nih...maybe kehidupan mereka tak seperti yang aku rasa. Aku maafkan mereka ..kerana nak dapat redha Allah..dan paling penting dengan memaafkan orang..hati aku tenang.

semoga dengan penjelasan ini..korang semua paham..aku sendiri tak pernah nak mempertikaikan apa apa ...dan harap sangat JANGAN SIBUK HAL ORANG LAIN...JAGA HAL SENDIRI LAGI BAIK..


xoxo
rfa...

Tuesday, January 26, 2016

Perkara yang baik di awal tahun 2016

Salam...

masih belum terlambat untuk mengucapkan salam tahun baru . Kesibukan awal tahun , ditambah dengan kehadiran mama tercinta di rumah adik membuatkan aku bz memenuhi kehendak mama. Aku tidak akan lepaskan peluang untuk mencari saham akhirat..berbakti untuk mama...hehe

di awal tahun 2016..ada beberapa perkara baik yang berlaku pada aku..antaranya :

1. Kelahiran anak buah lelaki..uwais mikail..anak adik aku. Mama adalah org yang paling gembira kerana dia sentiasa menginginkan cucu lelaki.

2. Borang permohonan pertukaran ke Kelantan telah di tandatangani oleh Tuan Pengarah..setelah beberapa kali asyik x jadi..

3. Mendapat tawaran melanjutkan pengajian di peringkat sarjana/master di UITM. Memang ini adalah perkara baik yang tidak aku jangkakan kerana aku merasakan permohonan aku tempohari tidak lengkap dan seriously aku tidak bersedia. Siapa sangka..target perancangan pengajian aku..bermula diploma hingga Sarjana...masih dalam laluan perancangan selama 10 thn..subhanallah...Pada mulanya aku bercadang untuk cuba memohon pengajian ke luar Negara namun disebabkan masalah mata wang..aku terpaksa abaikan impian itu. xperlah..dah dapat dalam negeri pun dah mujur..syukur.

Dalam duk bincang dengan kawan kawan dan family..terutama en suami..aku membuat keputusan untuk menerima tawaran itu...dan seandainya aku dapat tukar..maka aku akan berulang alik dari Kelantan ke shah alam...tempoh pengajian adalah selama 2 tahun..insya allah..

4. Bercuti selama seminggu, balik kampong..dan plan aku untuk menyiapkan bhgn rumah di kampong..telah berjaya..

5.en suami mendapat kerja baru..alhamdullilah


Aku berharap banyak lagi perkara yang baik muncul di tahun 2016. Semoga Allah memberkati apa yang telah aku dan en suami usahakan..


xoxo
rfa

Wednesday, December 23, 2015

kisah "awak"


Kali ni saya nak cerita kisah awak..awak yang pernah hadir dalam diri saya dan awak yang sentiasa hidup di dalam pemikiran saya.

saya kenal awak 3 tahun yang lepas..masa tu saya anggap awak seperti adik saya..kerana umur awak 28 tahun dan saya sudah hampir hujung 30-an. saya suka melayan awak bercakap, suka melayan mesej-mesej awak dan paling suka melayan kemanjaan awak. demi Allah, masa tu..saya fikir awak adalah seperti adik saya.

namun..apa yang saya fikirkan tidak sama dengan apa yang awak fikirkan. dan saat awak meluahkan perasaan awak pada saya..saya terkejut...dan menjauhkan diri dari awak kerana saya merasakan..awak tidak patut ada perasaan sayang dan cinta pada saya. Selama beberapa bulan..saya jauhkan diri saya..membuang awak dari hidup saya..tapi..perasaan rindu dan sayang itu muncul tanpa di paksa. .dan akhirnya kita mengakui perasaan masing masing. Masa itu..saya tak pernah terfikir untuk mengakhiri hubungan kita dengan sebuah perkahwinan...jujurnya tidak pernah terfikir.

awal 2014..cinta kita diuji apabila keluarga awak menolak saya..kerana saya sudah berumur. Awak stress..awak merajuk..awak marah pada diri awak.. dan langsung tak cerita pada saya tentang masalah itu. bila di Tanya..awak cakap..awak tak nak saya risau..kerana awak sayangkan saya..

apabila saya tahu masalah itu...kita sama sama menangis dan sedih. Awak minta maaf pada saya dan saya tahu awak terluka.Saya buat keputusan untuk mengundurkan diri kerana saya tak nak awak menjadi anak derhaka. Saya cuba baluti luka itu..keseorangan tanpa sokongan dari awak..maka...saya hilang dari awak.

Ramadan 2014.. awak menghubungi saya kembali. Kala itu..tiada suara yang keluar dari mulut saya..hanya tangisan yang ada. Saya tidak mampu untuk bersuara kerana saya tidak sangka selama saya menghilang..awak berusaha menyakinkan keluarga awak bahawa saya adalah pilihan terbaik untuk awak. Namun restu dari keluarga awak...masih tidak dapat diperolehi. Sepanjang Ramadan , saya ditemani oleh awak..dan siapa yang dapat menyangka , hadiah dua pasang baju raya itu adalah hadiah terakhir awak.

syawal, 2014...balik kampong..saya ada bercerita tentang awak..namun mama saya ada menyebut..bahawa dia lebih suka kalau suami saya bukanlah berumur muda..hati saya yg dah sedia ada terluka..tiba tiba berdarah kembali..kata-kata mama adalah seolah olah hukuman pada cinta kita dan saya tahu inilah pengakhiran hubungan kita.. balik dari kampong..saya berserah pada Allah..seandainya jodoh saya dengan awak..diberkati maka hubungan ini akan wujud..dan andainya Allah nak beri awak jodoh yang baik dari saya..maka hilanglah hubungan ini...dan...ternyata percaturan Allah itu adalah sebaik baik rancangan.

Awak semakin jauh dari saya. Saya tak tahu apa puncanya namun akhirnya saya redha. Saya ada maklumkan pada awak bahawa akan ada seseorang yang akan datang untuk merisik saya.. dan masa itu saya merayu pada awak untuk datang merisik saya sebelum mereka. Namun awak membisu....dan bila saya bertanya..awak cakap awak nak tunggu umur awak 30 baru awak nak datang jumpa kelurga saya. Saya tersepit...saya serah pada Allah.. dan bila saya buat solat istikharah..saya tidak bermimpikan awak..tapi saya mimpikan mama..dan berkali kali saya buat ..itulah yang muncul..maka saya tahu bahawa Allah dah beri jawapan.

2015...apabila saya jelaskan pada awak..yang saya sudah jadi milik orang.. tunang orang..awak seperti tidak boleh menerima kenyataan. Awak mula meroyan.. awak mengajak saya kawin lari..awak marahkan diri awak..kerana tidak serius dengan hubungan  ini. Awak nak saya jadi milik awak..namun...saya akur bahawa..saya sudah tidak boleh membuat keputusan ..semuanya perlu difikirkan..dan akhirnya...di saat saya jadi milik orang..awak masih tidak boleh menerima hakikat.


kini... saya berusaha untuk melupakan awak. namun cinta awak memang sukar saya lupakan. Setiap kali saya solat..saya doakan awak bertemu dengan perempuan yang lebih baik dari saya..dan sesekali rindu pada awak itu selalu dtg..dan setiap kali saya rindu awak..saya harap awak juga sama seperti saya...Saya bahagia dengan suami saya..


untuk awak..terima kasih kerana memberikan cinta pada saya.. melayan saya dengan baik..namun jodoh milik Allah..dan Allah telah tetapkan bahawa..antara kita memang ditakdirkan untuk tidak bersama. Semoga rindu dan syg saya pada awak..akan berlalu mengikut masa...dan kenangan itu..masih kekal dalam ingatan sampai akhir hayat saya...


pssssstt....saya tengah rindu awak

Wednesday, December 2, 2015

Tidak perlu alasan...

Salam,

dalam dua minggu ini, sering terdetik di fikiran ,kenapa aku cukup berat untuk laksanakan perkara yang sering aku buat sebelum aku kawin...Soalan itu xdpt aku jawab. Rutin harian aku berubah selepas kawin..sedangkan sepatutnya aku harus istiqamah dalam melaksanakan perkara yang aku buat sebelum aku kawin.

Semalam..aku masih di buru soalan tersebut..dalam hati..kenapa x solat tahajud? kenapa x buat solat dhuha? apa yang jadi penghalang? aku tak ada jawapan untuk itu. begitu goyahnya aku sampaikan perkara yang rutin aku laksanakan sebelum kawin...dah terabai selepas berkahwin.

Namun..itu bukanlah alasan dan sebenarnya aku tak perlu alasan untuk melaksanakan SOLAT TAHAJUD DAN SOLAT DHUHA . Malunya aku dengan Allah. Sering memohon, meminta, menadah tangan..meminta malah merayu pada Allah..dan Alhamdullilah..apa yang aku minta..aku dapat..Allah beri malah memberkatinya...lalu aku jadi alpa.. aku lupa.

Kalau dulu..solat tahajud  adalah peneman aku tatkala aku bangun seawall 3 @ 4 pagi.. setiap hari..bercakap, bermuhasabah diri, meminta...semuanya dengan Allah.. kini..ianya bukan lagi satu perkara yang aku buat. Padahal setiap malam..aku akan terjaga..seawall 2@3 pagi....hmmmm

Kalau dulu, solat dhuha akan aku laksanakan seawal pukul 10 pagi..kini.ianya tidak Berjaya aku laksanakan..

tujuan bercerita tentang solat tahajud dan solat dhuha ni..bukan nak menunjuk nunjuk..namun nak bagitahu pada semua...bahawa..kita ni manusia yang sering lupa dan alpa. bila berada dalam kesusahan..kita memohon pada Allah..dan bila kita sudah senang..selesa...kita lupa untuk bersyukur...sungguh..aku malu kerana perkara itu...semoga aku kuat menghadapinya.

subhanallah.....Ya Allah..ampunilah hambaMU ini...


Semoga aku istiqamah dalam melaksanakan perkara perkara yang sepatutnya aku laksanakan.


crdt to Mr. GOOGLE

xoxo
rfa

Monday, November 23, 2015

Dugaan Allah..tiada siapa yang boleh menghalang ..

Salam...

Lama tak menulis. Hobi aku memang suka menulis namun disebabkan kekangan masa yang ada banyak focus pada my 'bucuk' so aku malas nak menulis...Idea lak..bukan leh datang macam tu je...mesti kena focus..nanti idea lari..hahaha..

Aku nak share tentang sesuatu..luahan hati ni aku rasa perlu aku paparkan dalam  blog..agar apa yang aku rasa dapat dihilangkan dengan baik.

Maha Suci Allah..segalanya datang dari Allah dan hanya Allah yang berhak ke atas hambaNYA ..iaitu kita semua yang hidup di dunia ni...sekadar meminjam nyawa..meminjam oksigen yang Allah kurniakan.. Allah menurunkan dugaan dan ujian pada hambaNYA..bukan saja saja..dan pastinya kemampuan hambaNYA sudah DIA tahu.  bahkan dalam Al-Quran ada sebut perihal ini :-


”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286]

Aku pasti ramai yang menerima ujian dan dugaan dalam hidup. Bagi aku, ujian yang paling berat yang pernah aku terima adalah..tatkala aku di uji dengan fitnah manusia. Seawal tahun 2009 hingga ke sekarang..aku masih menerima ujian itu..dan setiap kali aku menerima dan mengetahuinya..aku bersyukur pada Allah..kerana Allah sayangkan aku, sering memberikan ujian untuk aku lebih mengingati DIA. Alhamdullilah..aku kuat..kerana aku yakin dengan apa yang Allah janjikan. Paling aku yakin, doa orang orang teraniaya..Allah janjikan tiada halangan ..terus sampai pada DIA..dan sesungguhnya Allah Maha Adil. Memang kita manusia..tidak sempurna..perasaan sakit hati dan dendam itu pasti ada..namun aku belajar dari pengalaman..aku lepaskan perasaan itu demi keadilan yang aku tuntut dari Allah..

Bagi sesiapa yang sedang dilanda musibah..di uji oleh Allah..di duga oleh YANG MAHA AGUNG..bersabarlah. Muhasabah diri..jaga SOLAT , sujud padaNYA..jangan lalai dengan masalah ..kerana kadangkala suara bisikan syaitan itu sedang mempengaruhi dirimu.. jujur dengan semua orang..jaga hubungan dengan Allah..jaga hubungan dengan ibu bapa, keluarga..insya Allah.. Allah akan beri jalan dan membantu hambaNYA yang meminta bantuan dariNYA.


Ada juga dugan dan ujian dari Allah untuk melihat hambaNYA dengan memberikan hambaNYA kemewahan yang terlampau..berikan kesihatan yang baik ...bahkan ada yang dugaan berbentuk Pangkat, harta..dsbnya. Disaat kamu berada dalam kemewahan..berpangkat besar, bergaji besar..Allah temukan kamu dengan insan insan yang memerlukan..dan di saat itu..Allah uji kamu..sama ada kamu akn membantu mereka semua dengan ikhlas atau menutup hati untuk membantu..apalagi insan -insan yang memerlukan itu adalah saudara kamu sendiri...subhanallah...

aku sentiasa berdoa pada Allah..agar aku di jauhi dari perasaan riak dan takbur..kerana di situ ada syaitan yang menanti untuk menjadi batu api. Aku selalu berdoa agar aku diberi perasaan ehsan dan redha serta menjadi manusia yang bersyukur...insya Allah...


Untuk yang masih berada di jalan yang salah..belum terlambat untuk patah balik..dan memulakan langkah di jalan yang diredha oleh Allah...

Hari ini kamu ada segala-galanya...kemewahan, kasih sayang, harta, namun apabila sampai masanya Allah akan tarik semua nikmat yang diberi...sesalan tiada berguna lagi...


XOXO
RFA






Tuesday, October 6, 2015

hobby baru - art therapy


Salam..

dah dekat 2 bulan x menulis dalam blog ni ..bz dengan hobby baru..huhu..

"colouring book for adult".. mula kenal ttg perkara ni bila aku mencari gambar doodles..so aku mula search kat google tentang SECRET GARDEN , Johanna Basford. Rupanya ia mula menjadi salah satu trend di korea dan buku mewarna SECRET GARDEN sudah terjual 1 juta copy. Not bad kan..

Aku mula mencari buku tersebut..memula mencari kat MPH, kebanyakkannya dah hbs dijual..then satu hari..semasa aku tengah tunggu adik aku, tetiba aku masuk ke sebuah kedai buku di Seksyen 9, area Plaza Masalam..aku terjumpa dengan buku tersebut..

Muka depan buku tersebut
 
 
Maka bermulalah aku dengan hobi yang baru..dan aku makin obsess dengan pencil warna. Memula beli faber caster pastu sb nak warna yang terang..aku beli pula LUNA watercolour..so inilah hasil imaginasi mewarna aku..hahahah..macam budak kecik..sama minat dengan kak bam dan adik icha
 
 
 



 
Biasanya..lepas siap satu page aku akan share di Instagram Johanna Basford Secret Garden dan kat page fb johana basford fan.
 
Inilah hobi aku di masa lapang selepas bergelar isteri. Nak further study..tunggu tahun depan..mujur en suami menyokong je hobi aku ni..tq abg..
 
untuk sesapa yang berminat atau nak cuba art therapy ni..leh la start cari buku mewarna di MPH (hari tu cari kat sana..buku SECRET GARDEN dah sold out.. ) so..aku suggest kedai buku di seksyen 9 , sebelah kedai jual lampu..kat situ stok masih banyak..
 
 
happy colouring...
 
xoxo
rfa
 


fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....