aku mengambil masa yang lama untuk menulis kembali dalam blog aku..pertama kerana aku agak bz dengan kerja yang memerlukan komitment dan fokus pada kerja. kedua, kerana mood aku yang masih swing dan membuatkan aku hilang idea untuk menulis.
musim raya bermakna musim open house tapi aku yg memang tak suka open house..hanya pergi ke beberapa rumah yang berdekatan sahaja.
selepas musim raya..aku sibuk dengan kuliah ku...terasa macam ada yang tak kena kerana belajar tanpa sifu ni ibarat orang buta berjalan tanpa tongkat tapi aku gagahkan jua kerana aku perlu kuat...
lately aku merasakan aku semakin kehilangan orang yang aku sayang..sorang demi sorang...persahabatan sudah menjadi tawar dan tidak lagi seindah dahulu namun aku tetap begini,...kalau tiada yang suka dengan aku maka aku harus juga berdiri di kaki aku sendiri....
percintaan aku juga sudah berakhir dan aku sudah tidak mampu untuk mempertahankannya..selamat tinggal cinta..mungkin aku akan bertemu dengan cinta yang selayaknya untuk aku..
kehilangan demi kehilangan membuatkan aku sedar bahawa...aku semakin menjadi matang dalam menghadapi kehidupan ini dan aku sedar bahawa...sebaik mana pun kita...seikhlas mana pun hati kita...sejujur mana pun jiwa kita namun hasad dengki, irihati dan benci adalah ramuan hidup yang kita tidak boleh pandang rendah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung
sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....
-
aku sakit.!! well walaupun ianya demam+batuk+selsema namun cukup membuatkan aku tidak selesa. Mungkin inilah yang dinamakan penghapus dosa k...
-
Ohsenyum : Suami Rogol Isteri Sendiri Mereka sudah beberapa bulan tidak tinggal bersama kerana dalam proses perceraian, namun ke...
-
sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....
No comments:
Post a Comment