salam..
akhirnya aku reveal sikit novel yang dalam proses untuk tatapan kekawan. Ini adalah bab satu dalam cerita itu.. dan belum lagi di edit sepenuhnya.kalau ada yang rasa nak komen, dipersilakan komen
" Setiap
manusia diberi pilihan dalam menentukan kehidupan mereka. Sama ada pilihan itu
adalah yang terbaik ataupun tidak..bergantung kepada manusia itu sendiri kerana
ianya haruslah bijak dalam menentukannya. Sepanjang hidup, inilah satu –
satunya pilihan yang boleh dikatakan berat dan sukar namun demi sebuah
pengharapan dan cinta..dia harus akur bahawa cinta itu bukan milik dia. Pergilah
jauh-jauh wahai cinta kerana aku sudah tidak memerlukan mu lagi! Itu yang
sering dia ucapkan demi memujuk hatinya
Adelia
teringat akan saat –saat perpisahan itu. Edwin, lelaki yang amat di sayangi dan
di cintainya namun bukan lelaki yang terbaik untuk dia. Setelah berbulan-bulan
dia mengumpul bukti , barulah hari itu, dia berani berdepan dengan Edwin,
memohon penjelasan agar segalanya berakhir dengan baik dan tiada lagi teka teki
dalam hati ini.
Edwin
terpaku apabila Adelia menunjukkan gambar-gambar mesra Edwin bersama Ashwini
“
I can explain Adelia…pls” Edwin cuba memujuk dia.
“Explain
about what? Actually I dah tahu dari dulu lagi u dengan dia..Cuma kali ini I
rasa I perlu hentikannya..” Ujar Adelia tenang. Dia memohon agar diberi
kekuatan dan Tuhan Maha Mendengar. Apa nak jadi, jadilah! Tekad Adelia dalam
hati.
Edwin
hanya membisu seribu bahasa. Dia sendiri tidak menyangka yang Adelia mempunyai
kekuatan untuk berdepan dengannya.
“Sayang...I’m
so sorry..I..I…er…” Edwin kaku tanpa mampu bersuara. Dia tahu dia bersalah. Dia
tidak sepatutnya curang. Dia memang sayangkan Adelia
“Apa
salah I? “Soal Adelia lembut.
“U
tak ada salahnya Cuma I tak tahu kenapa I juga suka pada Ashwini..tapi I tetap
sayang dan cintakan u.” Jawab Edwin seolah –olah merayu.
“Senangnya
u cakap kan ..cintakan I , sayangkan I, sukakan dia..u ingat I ni apa? Teman
tapi mesra u ke?” Adelia semakin hilang sabar. Namun dia masih dapat berfikiran
dengan waras.
Suasana
tiba-tiba menjadi sepi. Adelia masih merenung tepat pada wajah Edwin . Manakala
Edwin sukar untuk bertentang mata dengan Adelia kerana dia tahu dalam soal ini
dia yang bersalah.
“I
minta maaf sayang..i janji I tak akan curang pada u lagi..” Kata – kata Edwin
ibarat pisau yang menghiris hati Adelia. Mana mungkin dia menerima lelaki yang
tidak pernah hargai kasih sayang yang
selama ini dia berikan.
“Hubungan
kita putus..i tak nak terus menerus di permainkan oleh u” Kata putus dari
Adelia membuatkan tiba-tiba hati Edwin sebak. Dia tidak merelakan perpisahan ini.
“Come
on Sayang..jangan la macam ni..bagi I peluang kedua ok..I janji I akan berubah”
Ayat-ayat
yang keluar dari mulut Edwin membuatkan Adelia seakan akan ingin menjerit.
“Dear..i
dah tak sanggup!! Please! “ Kali ini Adelia pula yang merayu.
Adelia
berpeluk tubuh, mencari kekuatan untuk berdepan dengan satu kelukaan .
Edwin
menarik tangan Adelia, lantas menggengamnya erat.
“I
love u so much Adelia..”ujar Edwin.
Adelia
menarik semula tangannya.
“Mulut
u cakap sayang pada I tapi hati u pada perempuan lain..apa maknanya ini semua?”
Edwin
sudah mati akal. Dia berusaha untuk memujuk dan merayu serta memohon agar di
berikan peluang kedua namun hati Adelia sekeras batu..
“Sekarang..i
nak u lepaskan i..dan I harap u akan sentiasa bahagia dengan cinta baharu u “
Tegas Adelia.
Dia
sudah penat mengharap, merasa letih dengan dunia fantasi cinta mereka yang
ternyata hanyalah satu ilusi yang palsu.
“
I tahu I bukanlah gadis yang sempurna untuk u…berkawan dengan I penuh dengan
larangan dan pantang sehinggakan u merasakan hubungan kita tak seperti pasangan
lain yang bebas ke sana kesini..betul tak?” Luah Adelia perlahan. Ya! Allah ,
ku mohon kekuatan itu!! Bisik hati kecilnya.
“Sampai
di sini saja lah hubungan kita..u tak
perlu memilih dan tak perlu berubah menjadi orang lain hanya kerana i..” Akhirnya kata putus itu dapat di luahkan
dengan lancar.
Biarlah
semua orang akan menyalahkan dia kerana memutuskan hubungan cinta ini. Dia rela
di kutuk di cemuh dari menanggung luka ini.
Edwin
masih dalam keadaan terkejut mendengar kata-kata Adelia. Selama ini dia fikir,
Adelia akan sentiasa menyintainya malah tidak akan sekali kali minta berpisah
kerana dia tahu cinta Adelia terhadapnya. Namun dia silap perhitungan. Sekali
dia terluka..sampai akhirnya dia tetap terluka.
“Terima
kasih kerana melukakan hati i..” itulah ayat yang terakhir yang dituturkan oleh
Adelia, sebelum dia berlalu pergi.
Akhirnya..hubungan 3 tahun berakhir hanya
dalam satu malam. Sejak itu, tiada lagi suara Edwin yang memuja dalam rindunya,
tiada lagi madah cinta dalam mimpinya..dan yang pasti Edwin hanya tinggal
sebuah kenangan yang sukar untuk dia lupakan. Mungkin ada hikmahnya..mungkin
inilah yang Tuhan ingin tunjukkan kepada dia betapa dia seharusnya layak untuk
lelaki yang lebih baik. Sesekali, Adelia merindui raut wajah Edwin , bauan
haruman minyak wanginya..suaranya..namun..itu tidak akan dapat memberikan Edwin
kepada dia..
Bukan
sekali dia terserempak Edwin dengan
wanita lain, namun dia masih berprasangka baik beranggapan bahawa mungkin Edwin
keluar dengan staff dia. Namun setelah diberitahu oleh Robert tentang Edwin,
barulah dia tahu bahawa cinta Edwin pada dia hanya khayalan semata-mata. Dan
demi kebenaran cintanya, dia berdepan dengan Edwin, berterus terang dan
akhirnya terlepaslah ikatan cinta itu. Pahit rasanya berdepan dengan kebenaran
namun itu semua adalah aturan hidup yang telah di tentukan oleh Tuhan.
Sebulan
berlalu, selepas perpisahan itu, Adelia masih tidak berupaya untuk melupakan
lelaki itu. Berkali-kali dia mencuba untuk membenci Edwin namun yang hadir rasa
sayang dan cinta mengisi perasaannya. Murung dan berduka, itulah yang boleh
digambarkan tentang dirinya.
Bunyi
ketukan dari membuatkan dia terkejut.
Rupanya dia berkhayal lagi. Kenangan itu sentiasa menusuk fikirannya.
“Kak..boleh
Rin masuk?” Suara Rina kedengaran dari luar.
Adelia
membuka pintu dan cuba berlagak biasa.Duka ini milik aku seorang!bisik hati
kecilnya.
“Akak
ok ke? Macam baru lepas nangis je?” Rina
memandang tepat ke arah dia.
“Akak
ok..Cuma teringat kisah lama..” Ujarnya lembut.
“
Akak…” Rina seolah-olah ingin menyuarakan sesuatu.
“Kenapa
Rin?” Soal Adelia lembut. Adik bongsu yang sentiasa manja dan rapat dengan dia.
“Er…keluarga
si wan nak datang merisik dan bertunang..er…”
Adelia
sudah maklum apa yang tersirat di hati adiknya. Mungkin Rina takut hatinya terasa.
“Tahniah
Rin..akak tumpang bahagia..”
Wajah
Rin menjadi sugul. Dia seolah –olah tidak gembira dengan berita itu.
“Apsal
ni..? sepatutnya Rin bahagia kerana Wan lelaki sejati yang berani menyimpul
komitmen ..untuk hidup dengan Rin..”
Adelia
cuba memujuk Rin..sambil membelai lembut rambut adiknya..
“
Rin…pasal akak..jangan risau..yang penting Rin..itu dah jodoh Rin kan”
Rin
memandang dia dengan pandangan yang pilu. Setelah melihat kesengsaraan
kakaknya..dia tidak sanggup untuk melukakan hatinya. Banyak sudah yang terjadi
dalam diri kakaknya.
“So..bila
adik nak kena pinang ni?” Soal Adelia cuba mengubah suasana .
“Er..kami
hanya tunggu kebenaran akak..mama dan papa pun setuju dengan keputusan kami..”
Adelia
mula menghitung hari .
“Kalau
macam tu..apa kata kita buat sama dengan tarikh lahir Rin..bukan ke bulan Mac
ini?”
Wajah
Rina berubah..ceria..
“Kalau
akak dah setuju, then kita buat tarikh tu ler..”
Kami
berpelukan kegembiraan.
Berita
tentang hajat Wan Eqmal untuk masuk meminang serta tarikh yang ditetapkan membuatkan
seisi keluarga Encik Arrifin dan Puan Azizah berbunga riang. Manakan
tidak..inilah menantu lelaki pertama dalam keluarga. Adelia dapat merasakan
betapa mama dan papa seakan akan gusar andainya majlis ini akan melukakan hati
dan perasaan dia.
“Papa..I’m
ok..janganlah risau..” Pujuk Adelia lembut.
“Kami
tak sampai hati melihat kesedihan Adelia...ye lah..adik dah langkah bendul”
Mama
menyampuk.
Adelia
hanya ketawa kecil. . Mereka berdua masih menganggap aku ini budak budak..!
Bisik hati kecilnya.
“Mama,
papa, Adelia dah dewasa, dah 30 tahun
dah.. bukan budak budak lagi ” Tegas Adelia
“Lagipun
zaman dah berubah mama, papa..tak salah kalau adik kawin dulu..dah sampai jodoh
adik kan..”
Sedar
tak sedar, sudah sebulan berlalu dan Adelia hampir lupa bahawa Rina akan
bertunang. Kalau tak kerana, dia di ajak menemani Rina mencari barang hantaran,
pasti dia akan lupa tentang hari bersejarah Rina.
“Akak
asyik busy dengan kerja..sampai Rina nak bertunang pun boleh lupa..” Rungut
Rina sambil membelek hiasan untuk di letakkan di atas dulang hantaran.
“Sorry
la Rin, akak kan baru je ambil alih kerja papa..banyak yang nak kena belajar
dan uruskan..kalaupun akak tak dapat temankan Rin, si Wan kan ada”
Usik
. Dia tahu Rin seorang yang mudah merajuk. Maklum lah anak bongsu.
“Wan
tu kak..semuanya nak Rin uruskan…sama la macam akak..asyik sibuk je..”
Rina
merungut lagi. Adelia hanya tergelak kecil.
“Kena
lah faham kan..macamana nak kawin kalau tak leh faham tugas dia..” Pujuk Adelia.
“Akak
dan wan sama saja” rajuk Rina
Adelia
hanya mampu ketawa melihat telatah adik bongsunya.
Wan
Eqmal adalah cinta pertama Rina. Pada saat dia di kenalkan oleh Rina, dia
berdoa agar Rina ada jodoh dengan Wan Eqmal. Mereka cukup sepadan. Segala
kekurangan Rina , dilengkapkan oleh kelebihan Wan, maka mereka seolah-olah di
takdirkan bersama.
Rina
memang seorang yang cukup cerewet, manakala Wan seorang yang cukup simple.
Itulah yang menjadikan mereka rapat dan serasi.
Kuasa
Tuhan, siapa yang akan menduga…seolah-olah doa dia dimakbulkan selepas berita
pertunangan itu disampaikan. Syukurlah..segalanya berjalan dengan lancar.
“Akak..kalau
akak nak bertunang, akak nak tema apa?” Soal Rina.
“Akak
suka warna putih..cantik..bersih..tapi..Rin pasti ada tema pilihan kan” ujar
Adelia.
Rina
seolah-olah sedang berfikir..
“Kami
sepakat nak akak tetapkan tema untuk majlis pertunangan kami..ok tak?” Nada
suara Rina yang riang membuatkan Adelia tidak mampu menolak. Mana mungkin dia
melukakan hati adiknya .
Seharian
memenuhi kehendak Rina, semuanya nak kena sempurna..Susah jugak jadi Miss
Perfect. Ada saja yang tak kena..ish..! bisik hati kecil Adelia.
Sewaktu mereka memasuki wisma Jakel di Shah Alam,
Adelia seolah-olah melihat kelibat Edwin. Apabila di amati, sememangnya itu
adalah Edwin, bersama seorang gadis. Apabila dia melihat kemesraan yang
ditunjukkan, Adelia dapat rasakan betapa Edwin sudah melupakan cinta
lalu..sedangkan dia masih menggenggam
cinta itu walaupun dia tahu yang digenggam itu adalah sia sia..
“Akak..are
you ok?” Rina mencuit bahunya.
Adelia
tersentak seketika.
“Akak
rasa macam terpandang seseorang..tapi bukan..pelanduk dua serupa agaknya..”
Dalih Adelia
Sesi
memilih kain untuk dijadikan pakaian semasa bertunang membuatkan Adelia lupa
seketika tentang Edwin. Rina turut meminta agar Adelia memilih pakaian untuk
dijadikan pengapit. Wahai adikku..ini bukannya majlis perkahwinan nak ada
pengapit! Usik Adelia. Maka muncunglah mulut si Rina..kesian dia, asyik merajuk
saja sejak akhir akhir ini "
akan bersambung........
akan bersambung........
No comments:
Post a Comment