Rasanya berita yang baru di perolehi merupakan hadiah yang tak ternilai yang Tuhan telah berikan. Sesungguhnya doaku ..dimakbulkan. Setelah menerima pelbagai fitnah dan pelbagai hasutan...hasad dengki, benci , dengki dan sebagainya...akhirnya berita yang aku terima adalah tanda bahawa doaku telah di dengari.
Disaat aku menerima segala fitnah, setiap titisan airmata yg mengalir kerana fitnah dan kata kata keji dari mereka, aku hanya mampu untuk bersabar dan sujud pada Tuhan yang Maha Mengetahui tentang segala yang berlaku. Namun aku juga mengucapkan terima kasih yang tak terhingga pada mereka yang mahu melihat aku jatuh dan sengsara..kerana merekalah yang mengajar aku tentang kebenaran dan kejujuran serta keikhlasan hati seseorang yang bergelar sahabat.
pada kawan kawan yang sentiasa menyokong aku...terima kasih...tidak ternilai harganya sebuah persahabatan antara kita dan i love u all....
No comments:
Post a Comment