salam Jumaat untuk semua kekawan...
semasa berada di rumah, melayari internet dan menikmati suasana berehat..aku memikirkan tentang apa yang telah berlaku. Rasanya tak salah kalau sesekali kita bermuhasabah diri , menyenaraikan apa yang telah di lakukan sama ada baik atau buruk.
Sesungguhnya perjalanan kehidupan seorang manusia bernama aku...adalah satu dalam berjuta-juta manusia yang ada di muka bumi ini. Ucapan SYUKUR adalah perkataan yang selalu keluar dari bibirku ...
**SYUKUR **
kerana aku masih mempunyai kekuatan dan kesabaran yang tinggi tatkala aku dihina, dikutuk, di caci dan diumpat!!
**SYUKUR**
kerana Tuhan memberikan aku peluang kedua melanjutkan pengajian dan seterusnya membetulkan segala keadaan yang sebelum ini kucar kacir
**SYUKUR**
kerana aku mempunyai seorang mama yang sentiasa mendoakan aku..dan sentiasa ada di saat aku perlukan dia. Walaupun disaat aku sedih dan runsing, mendengar suaranya membuatkan aku tenang..setenang air di kolam....
**SYUKUR**
kerana aku mempunyai sahabat yang baik, sentiasa memberi sokongan moral pada aku dan dia bukanlah sahabat hanya di waktu senang namun dikala susah..juga..tq ladyboss, aklima, azlin
**SYUKUR**
kerana aku tidak pernah kurang dari perasaan cinta..
**SYUKUR**
kerana diberikan kelebihan dari Tuhan , dan sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil..lagi Maha Mengetahui...
**SYUKUR**
kerana aku masih diberi nafas untuk hidup dan meneruskan perjuangan yang belum selesai..
**SYUKUR**
kerana diberi keyakinan oleh Tuhan..kerana sesungguhnya aku yakin tentang hidupku...
nota: setiap yang berlaku ada sebab musababnya dan sebagai hambaNya..jangan berputus asa ..insya Allah..Sesungguhnya Tuhan Maha Mendengar lagi Maha Melihat...
No comments:
Post a Comment