salam..
bulan yang penuh keberkatan ini membuatkan aku mengenangkan segala kesilapan yang telah aku buat dan juga perkara-perkara yang telah aku lakukan sehingga aku menyinggung perasaan orang lain. Setiap manusia memang melakukan kesilapan kerana lahirnya adalah tidak sempurna dan begitu juga aku.
untuk insan-insan yang tersayang..aku mohon sejuta kemaafan kerana banyak melukakan hati dan membuatkan kalian semua terpaksa melangkah pergi atau pun aku yang melangkah pergi. Buat mereka yang terpaksa aku tolak cinta..bukan kerana aku memilih namun kerana keserasian itu tiada antara kita dan yang pasti kita masih boleh berkawan..
untuk DIA, sahabat baik yang pernah hadir dan mewarnai hidup aku..aku mohon sejuta kemaafan kerana melukakan hati mu tetapi demi Allah! sesungguhnya aku tidak pernah terlintas untuk melukakan hatimu apatah lagi menimbulkan kemarahan....dan sesungguhnya sehingga kini aku tidak berdaya menghubungi mu kerana aku tahu aku bersalah dan aku tidak mahu hatimu terguris lagi...
untuk adik beradik aku..yang membesar bersama..walau macamana pun kita bergaduh, membenci, marah, sakit hati, menyampah, menghina, dihina dan sebagainya...aku mohon sejuta kemaafan dan sesungguhnya kita dari darah yang sama...tak akan terputus sampai bila -bila...
untuk kawan - kawan sekerja...dimana jua anda berada...yang lepas atau yang semasa...aku mohon sejuta kemaafan seandainya ada perkara-perkara yang telah menyinggung perasaan kalian..
Hanya dengan meminta maaf, aku menjadi tenang dan kemaafan itu memberi keinsafan kepadaku bahawa aku masih memerlukan kalian semua...
nota: untuk dia...i miss our moment..and pls forgive me...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung
sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....
-
aku sakit.!! well walaupun ianya demam+batuk+selsema namun cukup membuatkan aku tidak selesa. Mungkin inilah yang dinamakan penghapus dosa k...
-
Ohsenyum : Suami Rogol Isteri Sendiri Mereka sudah beberapa bulan tidak tinggal bersama kerana dalam proses perceraian, namun ke...
-
sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....
No comments:
Post a Comment