Wednesday, April 10, 2013

sakit itu penghapus dosa kecil

salam...

aku kembali ke dunia blog setelah beberapa lama tidak menulis di ruangan ini. Masa yang ada kebanyakkannya aku habiskan dengan berehat. Satu peristiwa telah berlaku pada ahad yang lepas membuatkan aku terpaksa mengambil MC selama 2 hari .

Pada Sabtu yang lepas, aku mula di serang migrain ..tetiba  kepala sebelah kanan terasa sakit. Normally sakit migrain ini akan hilang apabila mendapat tidur yang cukup namun walaupun sudah tidur dan rasanya ubat yang dimakan jugak sudah memadai..kesakitan itu tidak hilang. Akhirnya aku biarkan sakit itu dan hanya menahan  sahaja.

Pada Ahad.. aku gagahi juga untuk ke Uitm, Seksyen 17 untuk menghadiri kelas dan kuiz..namun sehingga ke tengahri sakit masih terasa dan kali ini beserta dengan keadaan badan aku yang lemah. Mungkin kerana aku menahan kesakitan di kepala. Aku makan tenghari bersama kawan kawan sekelas dan selesai makan aku mengambil keputusan untuk balik tanpa menghadiri kelas sesi petang. Sampai saja di rumah, lebih kurang pukul 2 petang, solat , aku makan ubat panadol dan aku tidur.. ternyata tidurku itu adalah salah satu keadaan aku pengsan kerana selama lebih kurang 15 jam aku tidak sedarkan diri sampai ke pukul 530 pagi Isnin. Keadaan semakin teruk kerana aku  berada dalam keadaan sakit dan perut kosong...dan ternyata aku langsung tidak rasa lapar cuma kering tekak sahaja..

Pagi Isnin, Lady boss belikan aku sarapan dan apa yang terjadi, aku muntah...mungkin perut kosong makan angin menolak semula segala makanan aku. Sepanjang hari tu, aku hanya baring dan tubuh ku lesu tanpa ada makanan yng boleh aku telan. Petangnya..aku dibawa ke klinik oleh Ladyboss dan ternyata bacaan tekanan darah tinggi aku 180 / 100 ( MANUAL) dan 159/100(Digital) . Menurut doktor..migrain adalah punca tekanan darah aku naik...mungkin jugak..maka doc beri aku MC 2 hari dan aku perlu banyak berehat.

Terima kasih yang tak terhingga untuk Ladyboss kerana sentiasa ada disisi aku,
Terimas kasih untuk habibi adielzainal yang sentiasa menceriakan aku saat aku sakit..luv u ..
terima kasih untuk kekawan yang tahu keadaan aku...dan sentiasa bertanya khabar...u all the best..


xoxo...rfa
pic crdt mr.google

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....