Thursday, May 23, 2013

awas...pada mereka yang sedang bercinta

salam...

hari ni hari terakhir di minggu ini..esok..jumaat cuti sempena hari wesak. Yessss...terbayang katil kat rumah. Heran gak..asyik tak cukup tidur je sedangkan bukannya buat keje berat... nak wat camno..memang suka tidur..sebab tu pipi tembam..hahaha dah lari topik..

 entry aku kali ini pasal orang yang sedang bercinta..ternyata penangan cinta telah membuatkan banyak perkara yang normal jadi tak normal..aku hanya ingin berkongsi pengalaman tentang perkara ini dan apa yang aku ingin katakan adalah yang berlaku pada diri aku dan bukannya pada orang lain.. sekadar berkongsi rasa dan perasaan...
Suatu ketika dulu..aku pernah merasa terdesak untuk kawin..kerana aku merasa sungguh sunyi dan memerlukan lelaki dalam hidup aku..namun aku akur bahawa Tuhan itu Maha Berkuasa..kerana dengan izinNya saja aku bisa mendapat jodoh.Kini..aku yakin..walau kita ni dah macam orang gile nak kawin..tapi kalau Tuhan tak bg izin..x akan adanye..harap faham..cik ARFA!!!!

 Apabila kita terdesak untuk kawin..kita akan menjadi buta hati seketika..apatah lagi diduga dengan kehadiran lelaki yang kita fikir dialah lelaki itu..'he's the man'.. maka kita merasakan itulah JODOH kita..namun....

Antara perkara -perkara yang tidak sepatutnya kita , sebagai wanita lakukan apabila berlaku situasi di atas adalah :-

1. Jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu , memuji kecantikan kita, memuji tentang segala yang ada pada diri kita.

2. Jangan cepat merasa selesa dengan lelaki tersebut..kerana itu yang diharapkan oleh lelaki sebegitu..

3. Jangan mudah percaya dengan apa yang dikatakan..selidik, bagi masa utk membuktikan bahawa apa yang di katakan itu benar atau tidak

4. Lelaki yang suka menipu..dia akan memberikan apa saja yang kita minta pada permulaannya..namun pada penghujungnya..kita yang kena bagi apa saja yang dia minta...beware

5. Kalau kita x pernah bercinta sebelum ni..mungkin cinta pandang pertama itu berkesan..namun kalau dah berkali kali..itu bukan cinta pandang pertama..tapi cinta pandang nafsu..

6. Paling utama, kalau lelaki itu adalah lelaki yang baik dan ikhlas terhadap kita, menerima kita seadanya, jujur dalam hubungan , dia tidak akan sekali kali mengajak kita ke arah kejahatan, tidak akan menyentuh kita walaupun hanya berpegangan tangan..dan kita, sebagai wanita..jugak tidak akan membuka peluang dan ruang untuk lelaki membawa kita ke arah kejahatan...sentiasa berpegang pada prinsip ..hanya boleh bersentuhan setelah dia sah menjadi suami kita yang tercinta.

Untuk kawan kawan baik aku yang sedang hangat bercinta..aku mohon agar belajarlah dari kesilapan lampau..jangan terlalu disebabkan nak kawin..maka jadi buta mata dan hati, bersabar..kalau benar dia jodoh kamu..insya allah, akan bersatu jugak..percayalah...

pls do not insult ur intelligent just because of love...

pssstt....aku sentiasa mendoakan kau bahagia..dan aku tidak mahu melihat airmata yang mengalir adalah airmata kecewa...

pssttt... entry ini aku jelaskan secara general dan bukan semua lelaki begitu..harap kaum adam jangan marah ye...muahhhh



xoxo rfa...






Wednesday, May 15, 2013

antara SHAZ JOHAR dan SOPHIE KINSELLA...

salam...

 sejak dua menjak ni..panas membahang je kat shah alam membuatkan setiap malam, tidur ku terganggu dek kepanasan yang melampau..tapi ayat best kawan aku..itu baru panas dunia..bukan panas neraka lagi..kalau panas dunia dah tak tahan..camna dengan panas di neraka..waduh..sentap  giler aku dibuatnya..!! hahahaha

anyway my entry kali ni pasal novel.. semalam aku memborong novel yang aku idam idamkan..aku adalah peminat penulis novel ' Sophie kinsella' dan buku buku keluaran FIXI.


Buku yang kat  atas ni..aku habiskan bacaanya malam tadi juga..sebab bila dah start baca..tak boleh berhenti. Every pages membuatkan aku semakin galak untuk membaca dan sedar tak sedar..aku hanya berjaya habiskan dalam beberapa jam saja. Shaz Johar , walaupun penulis lelaki tetapi berjaya mencipta watak seorang wanita dengan jayanya. Dua kisah dalam satu novel , kalau novel english, dah tak asing lagi.. tapi bagi novel melayu agak jarang kita jumpa. Nak review pasal kisah ni..aku rasa tak thrill la pulak..bagi suspen sikit..hehe..kalau orang macam akak aku, si Zura tu , sure di tak baca buku camni..sb yang aku tau..akak aku tu suka ayat jiwang jiwang yang sayu mayu...menyulam mimpi.. 

Untuk kekawan, aku cadangkan korang beli buku ni sebab kisah nya kisah realiti..bahasanya bahasa yang kita gunakan sehari hari dan bukannya berbunga bunga. satu lagi koleksi buku keluaran FIXI yang aku ada..tajuk " KELABU" , penulisnya NADIA KHAN..yang tu pun best..

pic crdt to mr. google

Sophie kinsella, salah seorang penulis kegemaran aku..paling aku suka tentang novel dia adalah kerana bahasa yang digunakan simple, so semua orang akan mudah faham. Wedding Night , adalah buku terbaru beliau. Belum start baca lagi sebab aku nak hbskan buku Shaz Johar dulu..hehehe..

Apa pun...dengan membeli buku-buku yang aku suka membuatkan aku hilang stress.. kat bilik..timbunan buku sudah sampai sepatutnya membeli kabinet khas untuk buku..hehehe...

Psssttt...membaca membuatkan aku berada di dunia lain..and i feel soooo goood..

xoxo..
rfa...


Saturday, May 11, 2013

Angin syurga...

Salam di hari sabtu...

Pada mulanya ..aku ingat hari ni adalah hari ahad sb biasanya kuliah aku diadakan pada hari ahad..namun hari ni..adalah kuliah ganti...maka di adakan pada hari sabtu.nasib baik dua kelas je...penyakit malas aku mula menyerang..sabar arfa..hanya tinggal setahun setengah je lagi...sabar ye...

Sambil tunggu masuk waktu zohor...aku menikmati sebuah lagu yg cukup puitis dan aku rasa lagu ini antara yang terbaik yang pernah misha nyanyikan ...Angin Syurga...setiap bait bait lirik lagu ini...membuatkan aku dibuai rasa...seolah..olah aku sedang luahkan pada sidia..betapa aku menanti sidia...namun...disebabkan kehidupan ini ada waktunya..maka..sampai bila penantian ini harus ada...hehehe..jiwang siot...

Apa pun...tahniah pada penulis lirik dan pencipta lagu ini...tak silap gabungan m.nasir dan budhi hikayat...kerana menghasilkan karya yang cukup best...hehehe...

"Tidakkah kau tahu
Hidup punya waktu
Kasih tersia..bukan itu ku mahu
Andai kau membisu..tentu akhirnya
Perpisahan ini akan tetap terjadi..."

Saya rindu awak..♡♥♡

xoxo...rfa

Tuesday, May 7, 2013

sendirian itu lebih baik.....

salam...

3 hari cuti..memberikan aku banyak masa untuk aku berfikir..malah aku tidak keluar jauh dari rumah aku..hanya ke giant shah alam dan paling dekat...7 eleven..hehehe..

sudah 6thn aku hidup solo..tanpa kehadiran suami di sisi...sunyi? sepi? setakat ni aku masih mampu menghalang sunyi dan sepi itu memasuki dunia ku..namun aku tidak tahu akan datang..mungkin sunyi dan sepi itu akan muncul...Buat masa sekarang..aku sibukkan diri dengan kerja, kuliah dan aktiviti bersama kawan kawan...cuma terdetik di hati..sampai bila aku harus begini..sampai bila aku nak habiskan masa macam tu sedangkan usia semakin tua dan aku tidak memiliki zuriat untuk menjaga aku kelak..status janda bukanlah sesuatu yang memalukan bahkan aku bangga kerana walaupun status aku janda..namun aku berjaya berdikari..berusaha untuk move on..tak seperti sesetengah perempuan yang malu untuk mengaku janda..padahal ianya lebih baik dari dikatakan perempuan gile talak..hahahaha

ramai yang bertanya..kenapa aku tak kawin? memilih sangat ke ? lelaki yang camna yang aku cari? itulah ayat yang sering di utarakan dan aku tetap mengatakan bahawa kalau ada jodoh..adalah..namun hakikatnya aku takut dengan perkahwinan. Takut ianya tidak seperti yang dirancang dan takut seandainya rumahtangga yang aku bina tidak bahagia..Hati ini sudah tidak mampu menerima segala kedukaan akibat itu.

Mungkin lebih baik aku bersendirian..melihat anak anak buah membesar..melihat sara dan icha semakin gedikz..hahaha.. dan yang pasti mungkin sendirian adalah lebih baik kerana hati ini tidak disakiti..

Sekarang aku tgh bahagia dengan cinta  ku..cinta yang sudah matang..masing masing tahu apa yang tersurat dan tersirat dan saat dia lafazkan yang dia cintakan aku..itu sudah cukup namun bila kisah kawin menjadi topik perbualan..aku jadi takut..terlalu takut kerana pasti aku akan kehilangan dia...

moralnya..jgn bicara tentang perkahwinan dengan aku..so aku akan secure dan tidak akan merasa ketakutan lagi..

semoga ada sinar baharu untuk aku dan semoga Tuhan memberi ruang dan masa untuk aku memiliki sebuah keluarga yang bahagia..Insya Allah..

psstt...aku tak minta lelaki sempurna..kerana diri aku juga tidak sempurna..cukuplah kalau dia boleh melayan kerenah manja,sensitif,marah dan merajuk aku....hahaha


xoxo..rfa..

sepi itu memeritkan hati

salam...

kembali bekerja setelah 3 hari cuti sempena pilihanraya..hmm apa pun aku tetap begini..BN tetap memerintah dan membentuk kerajaan ..which is..aku memang berharap sangat..selain dari itu..tiada apa yang menarik kot...

Sepi itu memeritkan hati aku..jujurnya aku tidak tahu dimana silap aku dan dimana pincang sebuah hubungan namun yang pasti..dia kerap membisu sekarang ni...adatlah arfa..ada pasang surut dalam hubungan..! detik hati aku..memujuk hati agar tidak sensitif sangat..namun it's so obivious..nampak sangat yang dia menyepi dari aku dan ini adalah sesuatu yang tidak boleh aku terima. I'm not teenager anymore.

Habibi..do u know that i need u more than i need myself...rindu untuk dengar suaramu..rindu untuk dengar bicara lawak mu dan yang paling penting rindukan dirimu..but then..i know...u need ur own  time..u need ur own space..to think..to settle ur problem..

sayang..kita sama sama menyemai bunga cinta namun sayangnya..hanya aku yang berusaha membaja dan menyiramnya tanpa kehadiran dirimu..semoga bunga cinta kita tidak mati begitu saja...

alamak..dah terjiwang..sori ye ..mungkin kerana aku rasa rindu sangat pada lelaki yang ku panggil habibi..


psssttt...dia berada di johor..dan sygnya aku sudah tidak menerima bbm text dari dia...:(


xoxo..rfa..

Friday, May 3, 2013

selamat mengundi!!

salam di pagi jumaat...

rata- rata kekawan aku sudah bertolak balik ke kampung masing masing untuk mengundi..!! 5tahun sekali, baru dapat rasakan perasaan MENGUNDI.Kekawan ada gak tanya..aku mengundi di mana? aku mengundi apa? haha...undi adalah rahsia..cuma disebabkan aku sudah agak lama menetap di shah alam..maka aku akan mengundi di shah alam..




pic crdt to mr.google...



psssttt....semoga nasib melayu terbela...amin

xoxo..rfa

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....