Thursday, May 23, 2013

awas...pada mereka yang sedang bercinta

salam...

hari ni hari terakhir di minggu ini..esok..jumaat cuti sempena hari wesak. Yessss...terbayang katil kat rumah. Heran gak..asyik tak cukup tidur je sedangkan bukannya buat keje berat... nak wat camno..memang suka tidur..sebab tu pipi tembam..hahaha dah lari topik..

 entry aku kali ini pasal orang yang sedang bercinta..ternyata penangan cinta telah membuatkan banyak perkara yang normal jadi tak normal..aku hanya ingin berkongsi pengalaman tentang perkara ini dan apa yang aku ingin katakan adalah yang berlaku pada diri aku dan bukannya pada orang lain.. sekadar berkongsi rasa dan perasaan...
Suatu ketika dulu..aku pernah merasa terdesak untuk kawin..kerana aku merasa sungguh sunyi dan memerlukan lelaki dalam hidup aku..namun aku akur bahawa Tuhan itu Maha Berkuasa..kerana dengan izinNya saja aku bisa mendapat jodoh.Kini..aku yakin..walau kita ni dah macam orang gile nak kawin..tapi kalau Tuhan tak bg izin..x akan adanye..harap faham..cik ARFA!!!!

 Apabila kita terdesak untuk kawin..kita akan menjadi buta hati seketika..apatah lagi diduga dengan kehadiran lelaki yang kita fikir dialah lelaki itu..'he's the man'.. maka kita merasakan itulah JODOH kita..namun....

Antara perkara -perkara yang tidak sepatutnya kita , sebagai wanita lakukan apabila berlaku situasi di atas adalah :-

1. Jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu , memuji kecantikan kita, memuji tentang segala yang ada pada diri kita.

2. Jangan cepat merasa selesa dengan lelaki tersebut..kerana itu yang diharapkan oleh lelaki sebegitu..

3. Jangan mudah percaya dengan apa yang dikatakan..selidik, bagi masa utk membuktikan bahawa apa yang di katakan itu benar atau tidak

4. Lelaki yang suka menipu..dia akan memberikan apa saja yang kita minta pada permulaannya..namun pada penghujungnya..kita yang kena bagi apa saja yang dia minta...beware

5. Kalau kita x pernah bercinta sebelum ni..mungkin cinta pandang pertama itu berkesan..namun kalau dah berkali kali..itu bukan cinta pandang pertama..tapi cinta pandang nafsu..

6. Paling utama, kalau lelaki itu adalah lelaki yang baik dan ikhlas terhadap kita, menerima kita seadanya, jujur dalam hubungan , dia tidak akan sekali kali mengajak kita ke arah kejahatan, tidak akan menyentuh kita walaupun hanya berpegangan tangan..dan kita, sebagai wanita..jugak tidak akan membuka peluang dan ruang untuk lelaki membawa kita ke arah kejahatan...sentiasa berpegang pada prinsip ..hanya boleh bersentuhan setelah dia sah menjadi suami kita yang tercinta.

Untuk kawan kawan baik aku yang sedang hangat bercinta..aku mohon agar belajarlah dari kesilapan lampau..jangan terlalu disebabkan nak kawin..maka jadi buta mata dan hati, bersabar..kalau benar dia jodoh kamu..insya allah, akan bersatu jugak..percayalah...

pls do not insult ur intelligent just because of love...

pssstt....aku sentiasa mendoakan kau bahagia..dan aku tidak mahu melihat airmata yang mengalir adalah airmata kecewa...

pssttt... entry ini aku jelaskan secara general dan bukan semua lelaki begitu..harap kaum adam jangan marah ye...muahhhh



xoxo rfa...






No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....