salam...
kalau ikutkan tajuk entri aku..pastinya seolah olah aku membenci lelaki namun hakikatnya aku hanya ingin memberi peringatan kepada segelintir kaum lelaki yang mana telah membuatkan kaum perempuan seperti kami ini merasa tersiksa dan merana.
kenapa aku berkata begitu...? oklah..aku mendapat berita bahawa seorang rakan baik aku diceraikan kerana suaminya sudah tidak ada perasaan padanya. nampak cam cliche namun hakikatnya suaminya tidak ada perasaan terhadap dia kerana suaminya itu rupanya bernaluri perempuan..masa aku mendengar cerita itu, aku menangis kerana aku tidak sangka..majlis perkahwinan yang gilang gemilang, walaupun aku tidak menghadirinya namun melihat melalui facebook..aku melihat akan kegembiraan terpancar di wajah mereka..
kenapa harus jadi begitu? kalau dilihat..aku mengagak yang bekas suaminya sememangnya tidak berminat pada perempuan dari mula lagi malah dia sebenarnya bernalauri perempuan dan mahu menjadi perempuan..dan perkahwinan itu adalah experimen untuk dia bagi menentukan sama ada benar atau tidak perasaan yang ada dalam dirinya.
Apa yang aku marah dan kesalkan adalah kerana lelaki itu pentingkan diri sendiri kerana membuatkan rakan aku merana. Tidak dapat aku bayangkan betapa tersiksa dirinya zahir dan batin. Ada suami namun tidak di endahkan.
Aku juga mempunyai kawan kawan GAY..dan bagi aku itu adalah pilihan yang telah dibuat dan aku tidak pernah prejudis tentang mereka..namun aku tidak suka bila perkahwinan dijadikan mainan dan percintaan itu adalah palsu.
untuk kaum lelaki yang memang tak minat dengan perempuan, yang ingin jadi perempuan, aku berharap..u all jangan la nak jadikan perkahwinan itu satu eksperimen, jangan nak jadikan perkahwinan itu satu tabir untuk cover diri u all yang berbeza dari lelaki lain. Be brave..kalau dah nak jadi gay..then just be what u want to be, jangan la aniaya perempuan kerana berlainan nafsu.
peringatan ini adalah untuk diri aku dan untuk aku jadikan salah satu kisah dalam hidup aku. Aku berharap rakan baik aku..akan jadi tabah dan sabar dalam menghadapi kehidupan ini. Aku juga berharap dia akan bertemu dengan lelaki yang jauh lebih baik dari lelaki yang membuat dia begitu.
psssttt..lelaki sekarang ni susah nak kenalpasti..suka perempuan ke suka lelaki..hahaha..jgn mare ye..
pssttt...aku bersyukur kerana lelaki- lelaki yang menjadi milik aku semuanya tulen...aminn
xoxo...rfa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung
sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....
-
aku sakit.!! well walaupun ianya demam+batuk+selsema namun cukup membuatkan aku tidak selesa. Mungkin inilah yang dinamakan penghapus dosa k...
-
Ohsenyum : Suami Rogol Isteri Sendiri Mereka sudah beberapa bulan tidak tinggal bersama kerana dalam proses perceraian, namun ke...
-
sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....
No comments:
Post a Comment