salam...
Di bulan ramadan, aku jarang untuk menulis di blog..mungkin mood untuk berblog agak kurang...Tak pun sebab letih lepas berbuka..kekenyangan...kali ini aku sekadar nak berkongsi rasa...
Entah kenapa...subuh hari ini, aku teringatkan mama...malah di hujung doaku..aku mengalirkan airmata bila aku menyebut mama. Aku ni sebenarnya seorang yang terlalu sensitif bila bercerita tentang ibu yang aku panggil MAMA. Mungkin kerana aku satu satunya anak dia yang duduk berjauhan dari dia sejak berumur 18 tahun.. dan sehingga sekarang aku masih berada di perantauan. Suka duka hidup berdikari kadangkala membuatkan aku jadi lebih sensitif bila teringat dan rindukan mama. Malah pernah aku terfikir..apa yang aku akan alami sekiranya mama tiada..mungkin hidup aku menjadi sasau kerana ketiadaan dia. Andainya mama tiada, maka tiada lagilah doa seorang ibu untuk anaknya dan aku yakin bahawa..segala kejayaan aku adalah berkat doa dia untuk aku, untuk melihat anak anak dia berjaya dan bahagia... Selama ini...setiap kali aku berdoa..memohon pada Tuhan agar aku di beri peluang untuk menabur bakti pada dia, semoga aku dan mama di beri umur yang panjang dan di berkati kerana aku nak menjaga mama sebagaimana dia menjaga aku.
Bila aku kenangkan kawan -kawan yang sudah kehilangan mama/ibu/mak, aku rasa bersyukur sangat kerana aku masih ada mama..dan ternyata ajaran dan tunjuk ajar beliau sewaktu aku kanak kanak hingga lah remaja, menjadi isteri hinggalah single sekarang masih melekat di hati dan pemikiran aku. Malah aku bersyukur sangat kerana mama merupakan guru aku...mengajar aku tentang hidup, membentuk aku seorang insan yang kuat dan berdikari...
Sebagai seorang wanita, mama sering mengingatkan aku..betapa aku harus menjaga maruah aku sebagai seorang perempuan dan seharusnya aku menjaga perkara itu kerana apa yang dibawa oleh aku adalah maruah sebuah keluarga. Sewaktu aku seronok bercinta..nasihat mama sering aku ingat.."sbg perempuan, kita jangan mudah lepas laku sangat dengan lelaki, kalau nak pergi rumah keluarga lelaki itu,jangan sampai berumah bertangga di rumah dia..cukuplah sekadar singgah utk makan tengahari atau minum petang"...dan ternyata..sehingga kini aku masih pegang kata-kata mama dan ramai kawan kawan lelaki aku cukup menghormati aku atas prinsip yang aku pegang.. tq mama...
Mama juga adalah penawar aku di kala aku kesedihan..selain solat dan mengaji al-quran..cukuplah bila call mama..just tanya khabar..suara dia sudah mampu meluruhkan segala duka yang bersarang di hati...belum lagi mengadu kisah...
Sesungguhnya satu kerugian bilamana seorang anak tidak mengendahkan ibu, dan rasanya kerugian itu akan di tanggung seumur hidupnya..dan percayalah apabila ibu sudah tiada...mereka akan merasa kekosongan itu. Aku hairan bilamana membaca berita tentang anak anak yang meletakkan mak ayah mereka di rumah orang orang tua..kerana bagi aku..mereka adalah harta yang tidak ternilai malah tidak boleh di bandingkan dengan apa jua yang ada didunia ini.
Di bulan mulia ini, aku berharap agar hati mereka yang keras akan menjadi lembut...sebagai seorang anak..mereka harus sedar betapa ibu bapa tiada galang ganti dan selagi mereka hidup..jagalah mereka sebagai mana mereka menjaga kalian di masa kecil...kerana apabila mereka sudah tiada nanti..keluar airmata darah sekalipun..tidak dapat mengembalikan mereka......
aku bukanlah nak takbur kerana aku mempunyai seorang mama namun bukankah sebagai anak, kita harus berbangga dengan ibu kita x kiralah ibu kita tu macamana sekalipun....kita harus dan sentiasa mengenangkan dia...kerana tanpa dia..kita tiada di dunia ini dan aku rasa..semua orang ada cara untuk menghargai ibu mereka...betul tak...
untuk mama...doaku agar mama sentiasa sihat..sentiasa happy..., diberkati olehNya, dilindungi olehNya..aminnn
psssttt baru je call mama minta mama belikan sotong sb bila aku balik nanti aku nak masak sambal sotong..salah satu faveret mama...
pssttt untuk semua teman-teman aku yang bergelar ibu...kalian semua awesome!!!
xoxo
rfa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung
sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....
-
aku sakit.!! well walaupun ianya demam+batuk+selsema namun cukup membuatkan aku tidak selesa. Mungkin inilah yang dinamakan penghapus dosa k...
-
Ohsenyum : Suami Rogol Isteri Sendiri Mereka sudah beberapa bulan tidak tinggal bersama kerana dalam proses perceraian, namun ke...
-
sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....
No comments:
Post a Comment