Thursday, August 29, 2013
bab 2: Angin Surga
Tuesday, August 27, 2013
Bab 1: Angin Surga...
Hanya Tan Sri Rashdan saja yang suka memanggil aku Athirah.
nilai sebuah perkahwinan : suami rogol isteri sendiri? kenapa dan mengapa?
Ohsenyum : Suami Rogol Isteri
Sendiri
Selepas ‘hajatnya’ tercapai, tanpa rasa bersalah lelaki itu terus beredar meninggalkan mangsa.Sumber polis berkata, akibat kejadian itu yang berlaku Khamis lalu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber itu berkata, suspek datang ke rumah mangsa yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja jam 11 pagi.
“Suspek meminta anak lelaki mereka berusia 13 tahun membuka pintu. Bagaimanapun anaknya tidak mempunyai kunci rumah kerana disimpan ibunya. “Suspek membuka pintu rumah menggunakan kunci pendua dan sebaik masuk, suspek menuju ke bilik isterinya dan mengajak mangsa mengadakan hubungan seks,” katanya.
Wednesday, August 21, 2013
cinta tanpa restu mereka
malam tadi.aku berwhatsapp dengan abie.. perbualan kami mesti ada rindu dan sayang dan di hujung perbualan..dia berjanji untuk memujuk mak dia agar merestui perhubungan kami. Yes..aku dan abie memang saling mencintai namun apa kan daya..bila mak abie tidak mengizinkan dia memiliki aku dan aku tidak boleh memiliki abie..padahal kami seperti tidak boleh dipisahkan.
abie sendiri seperti takut untuk ucapkan cinta..takut aku terluka dan dia tidak sanggup untuk mendengar tangisan aku..dan tidak mahu melihat aku sedih .
Bermula 2011 hingga kini..aku masih menyimpan cinta abie di satu sudut dalam hati aku walaupun kami terpaksa berjauhan kerana masalah itu namun..sayang dan kasih aku masih tetap sama..dan begitu juga dia. Cinta kami pelik kerana tiada restu mak abie..itu je yang buat aku dan abie terpaksa berpisah tanpa rela.
Sama ada abie atau aku malah kawan kawan rapat..semuanya hairan kenapa mak abie tak pernah memberi peluang pada aku untuk menunjukkan pada dia yang aku menerima abie seadanya dan hubungan kami serius..
Malam tadi..sejak setahun yang lalu..pertama kali aku menangis kerana abie. sebelum ni, aku berjanji dengan dia yang aku tak akan meratapi perpisahan tanpa rela ini namun apa kan daya..hati aku sayu sangat . Terlalu banyak hati yang perlu kami jaga..padahal hati kami sendiri terluka. Kami terpaksa berkorban cinta dan hati kami demi seorang ibu. Semoga pengorbanan ini berbaloi..
abie...mungkin kita ditakdirkan untuk bertemu, berkenalan, jatuh cinta,, saling merindu namun tidak ditakdirkan untuk bersama .
pssttt teringat lagu "sedetik lebih" ..bilamana abie nyanyikan untuk aku...semasa kami karok bersama...hmmm kenangan
pssttt I need u badly...
xoxo
rfa..
Wednesday, August 14, 2013
Surat Untuk Ayah
Catatan ini aku tulis masa ramadan yang lalu..disaat aku rindu sangat sangat kat ayah..dan disebabkan kesibukan yang melampau..aku hanya sempat postkan entry tu sekarang..i love u, ayah..
Tuesday, August 13, 2013
Nilai cinta seorang isteri
Ini adalah kata kata aku pada isteri arwah abang.....
psssttt...i miss my abang...
xoxo
rfa
Monday, August 12, 2013
kerana itu takdir dariNya
aku tidak tahu nak mulakan dari mana kisah ini namun yang pasti aku perlu luahkan kerana apa yang terjadi merupakan satu keajaiban yang aku rasa...sememangnya adalah kehendak Allah. Hmmm.. 20 tahun yang lalu...semasa aku mengenali dia..kami sama sama satu sekolah..dan aku memanglah bukan pelajar yang hebat dan dia juga bukanlah pelajar yang terbaik namun hubungan persahabatan antara aku dan dia memang terjalin baik dengan ikatan yang ikhlas. Kali terakhir aku bertemu dengan dia setelah aku mendapat tahu yang dia akan berhenti sekolah semasa di tingkatan 4. Pertemuan aku dan dia di tepi jalan, memberi ruang untuk aku memujuk dia agar kembali ke sekolah kerana aku merasakan bahawa aku akan kehilangan seorang sahabat seperti dia..namun ianya tinggal kenangan. Akhirnya aku kehilangan dia , sebagai kawan yang cukup baik dengan aku..
Sewaktu aku berada di kl...dia pernah menghubungi aku dan entah kenapa aku menjadi tidak berani untuk bertemu dengan dia...padahal..ketika itu , dia berusaha datang dari shah alam..tengah malam semata mata untuk bertemu dengan ku..namun aku tidak berani untuk bersemuka..kerana pada ketika itu aku merasakan bahawa aku tidak selayaknya bertemu dengan dia.....maka perasaan itu berlalu begitu saja...
namun..pada syawal tahun ini, apabila dia muncul di FB aku..perasaan terkejut itu mengisi ruang hati aku. Sahabat lama yang aku sendiri tidak pernah terfikir akan bertemu dengannya...
Kami bersembang di FB Messengger agak lama...apabila aku melihat FB dia..ternyata dia sudah bahagia ..ada sebuah keluarga yang bahagia..dan sebagai seorang sahabat, aku turut bahagia dengan dia. Mungkin sekiranya aku bertemu dengan dia malam itu, di kl..hubungan aku dan dia akan berubah menjadi bukan sahabat namun takdir Allah..kita tidak tahu. Allah dah tetapkan hubungan kita adalah sebagai seorang sahabat sampai bila bila...amin..
Terima kasih awak..kerana sudi menghubungi saya dan apa yang penting..kita bersahabat sampai mati..biarlah apa yang perlu dirahsiakan akan tetap menjadi rahsia antara kita...
pssstt kisah zaman sekolah yang penuh syahdu...huhuhu
xoxo
rfa
logo sekolah..lencana smkwb |
paparan bangunan smkwb..dulu lain .. |
kisah hari raya 2013.....part 2
hari ni dah start keje..mood raya dah habis dah...mood keje n mood untuk start semester baru...mula muncul..huhuhu...
oklah..nak citer sambungan kisah raya 2013...
untuk raya tahun ini, ada beberapa perkara yang aku tidak lakukan..yang kebiasaannya rutin setiap hari raya..antaranya..untuk kali pertama...aku tidak menziarahi pusara arwah ayah..mcm tak percaya kan...tapi itulah hakikat...sebab utama kerana aku tidak sihat...maka aku offer untuk stay kat umah..berehat..Selain dari itu, disebabkan sakit jugaklah..aku tidak beraya dengan kak ani..hmmm tak best betul raya tahun ni..semuanya terpaksa dilupakan gara-gara sakit..nak buat camna..dah nak sakitkan.
raya tahun ini jugak..aku dapat dengar banyak gossip gossip dalaman dan luaran keluarga aku. yang tu aku tak nak share cuma apa yang aku boleh katakan..."hari hari makan pengat..sendiri mau ingat". Mungkin kisah kisah itu memberikan aku pengajaran agar aku tidak lupa diri ...
secara keseluruhannya..aku menyambut hari raya dengan sederhana..gara-gara sakit...
pssstt..setiap kali balik kampung..mesti ada je barang tertinggal..kali ini...aku tertinggal dress kesayangan aku...huhuhu...
xoxo
rfa
Saturday, August 10, 2013
Kisah hari raya....2013..part 1
Hari ini adalah hari ke3 , umat islam menyambut syawal dan aku sudah berada di airport untuk balik ke shah alam. Yesss....aku balik awal..kerana nak rehat dirumah dan isnin aku dah keje.
Kisah tentang hari raya tahun ini..aku rasa..paling suram yang pernah aku alami..apa tidaknya...aku tidak menyambut syawal seperti org lain...
Disebabkan oleh kerana sejak dua minggu aku asyik sakit..muntah dan sakit perut...gara gara gastric...maka sakit itu bertambah teruk bila aku di kampung. Namun semangat bersahur dan berbuka puasa di kampung membuatkan aku berusaha untuk puasa ..namun di pagi syawal...aku mula start sakit perut, muntah dan ianya berlarutan sampai malam...yang bestnya..aku hanya sempat g beraya ke rumah dua org kakak ku...kak chek dan kak bani...itu pun aku hanya minum air dan makan cup cake ...sadis tul...
Dirumah..hari raya pertama...juadahnya satay dan nasi impit...salah satu faveret aku...hari raya kedua...nasi beriani , kurma daging dan kambing masala..manakala hari ni...awal pagi tadi si zura sedang menyiapkan nasi dagang ...semua tu makanan faveret aku..namun sedihnya aku tidak dapat makan sepuasnya.
Now...aku tengah tunggu nak naik flight...balik dengan keadaan yang masih sakit dan mood yang bercampur campur...apa pun...aku bersyukur..walaupun aku x sebegitu sihat namun aku masih sempat beraya dengan mama dan adik beradik aku...alhamdullilah...
Pssssst..rindu shah alam...hahahha
Xoxo
Rfa
Sunday, August 4, 2013
Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima: isu gelandangan..
Salam...
Aku terpanggil untuk berkongsi rasa dan pendapat tentang tajuk entry aku. Mungkin ayatnya sering dilihat dimana mana namun ianya memberi satu makna yang mendalam seandainya kita memahami dengan betul ..
Rakyat malaysia memang terkenal dengan sikap pemurah ...tak kira apa saja..janji dapat didermakan pasti mereka akan dermakan. Di fb aku...ada beberapa aktiviti sukarelawan yang menguruskan derma derma pada gelandangan..di ibu kota. Tahniah pada mereka yang memperjuangkan perkara tersebut...malah ianya satu aktiviti yang sihat...dan bermanafaat.
Namun...apabila dilihat dari satu sudut...apabila kita banyak menyumbangkan derma pada mereka yang hidup gelandangan ini...telah menjadikan mereka seorang yang hanya menunggu bantuan diberi tanpa berusaha..untuk berubah...mencari pekerjaan tetap, berusaha untuk tidak terus berada di bawah jambatan. Kalau dilihat gelandangan yang ada...kebanyakan terdiri dari warga asing, penagih penagih dadah, kurang siuman, pekerja sosial dan orang orang tua. Kalau tak silap aku...kerajaan telah menyediakan rumah yang sepatutnya untuk mereka..seperti hostel, yang ditubuhkan oleh jabatan kebajikan masyarakat, bg yang tua...rumah rumah org tua..pusat pemulihan dadah dsbgnya..
Apabila rakyat malaysia kerap menderma kepada mereka...yang terjadi adalah...mereka tidak mahu berubah..kerana mereka tahu..mereka akan disalurkan bantuan...dan ianya menjadikan masalah gelandangan tidak akan selesai....
Aku teringat kata kata seorang kawan .."saya dekati mereka yang gelandangan, duduk dikalangan mereka bila ada masa...dan bila ditanya...kenapa tidak bekerja...jawapan mereka...buat apa nak kerja...selalu ada je rezeki ...ada org dtg bg makanan, pakaian dsbnya". Ini bermakna mereka sanggup menunggu bantuan dari sukarelawan dari bekerja. Yang sihat dan boleh bekerja juga akan terus menerus menerima bantuan dari sukarelawan tanpa berusaha untuk memajukan diri.
Aku harap..isu gelandangan mendapat tempat dihati pihak kerajaan...insya allah. Dan buat sukarelawan yang berusaha dan terus berusaha..apa kata kalau dari memberi makanan dan baju...baik berusaha mengubah cara hidup mereka dan pemikiran mereka..seperti mencari pekerjaan dan berusaha mendapatkan tempat tinggal yang sempurna...insya allah..ianya dapat diubah...amin...
Psstt hanya kita yang mampu berubah diri kita...bukan orang lain. Daripada menadah tangan memohon bantuan sebegitu..lebih baik mencari pekerjaan yang halal...tak kisahlah tukang sapu ke..cleaner ke...janji halal....
xoxo
Rfa...
fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung
sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....
-
aku sakit.!! well walaupun ianya demam+batuk+selsema namun cukup membuatkan aku tidak selesa. Mungkin inilah yang dinamakan penghapus dosa k...
-
Ohsenyum : Suami Rogol Isteri Sendiri Mereka sudah beberapa bulan tidak tinggal bersama kerana dalam proses perceraian, namun ke...
-
sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....