Tuesday, August 27, 2013

Bab 1: Angin Surga...


          Tangisan kuat seorang kanak kanak yang duduk dua barisan depan..membuatkan aku tersentak. Tidur ku terganggu. Biasanya bila berada dalam flight, aku akan lena atau membaca novel yang sentiasa aku simpan dalam handbag..namun kali ini gangguan sebegitu membuatkan aku rimas..Aku cuba memejamkan mata namun yang terbayang adalah dia..Ternyata bayangan dia masih dalam fikiran aku walaupun aku sudah berusaha untuk melupakan dia.
Masa sejam dari Kota Bharu ke KL membuatkan aku jadi tidak sabar.. padahal  jarak sejam itu sudah menjadi biasa namun kali ini aku merasakan ianya terlalu jauh. Percutian balik ke Kelantan , walaupun sekejap telah memberikan solusi untuk aku berdepan dengan masalah yang aku hadapi. 
+ Bila balik kl?
Mesej BBM terpapar bila aku  switch on Blackberry aku. Bila aku tgk nickname..ternyata dia yang hantar mesej.
+ now ada di lcct..baru touchdown
+ I miss u so much..nak I g ambik u ke?
+miss u too..nope..i balik sendiri..
+bila nak jumpa? Rindu ni

Aku membiarkan soalan itu tanpa di jawab. Aku sendiri tidak pasti..bila aku dapat bertemu dengan dia. Zulhasmi..lelaki yang telah mengubah seluruh persepsi aku tentang cinta..apatah lagi cinta dengan suami orang..
Sepanjang perjalanan pulang ke shah alam , ingatan aku kuat pada dia..walaupun rindu itu terlalu mendalam namun aku harus sedar..dia milik orang… ternyata cinta aku pada dia adalah satu kesilapan..

Suasana di restoran Taste of Asia agak bising…semua orang  tengah menikmati makanan dan aku terpaksa duduk disitu sambil menunggu waktu untuk masuk ke balai berlepas.
“Boleh i duduk di sini?” seorang lelaki muncul di depan aku. Kaget..tetiba blur
Aku memerhati keadaan sekeliling..memang penuh..Cuma meja aku je yang kosong..
“ yeah…sure..kalau u tak kisah” Aku hanya memberi  ruang pada dia untuk meletakkan dulang makanan dia.
Lelaki itu asyik dengan makanannya, sesekali melihat gajetnya..dan aku pun sama..
“u guna Note 10.1 ek” Lelaki itu mula menegur...
“ Yup..it’s amazing kan..best giler”
Maka perbualan aku dan lelaki itu mula rancak, berbual tentang gajet yang di gunakan. Rupanya kami mempunyai minat yang sama.
“Nama I zulhasmi..u?”
“Nur athirah..call me nur”
Bermulalah episod perkenalan aku dan dia..
“Cik..kita dah sampai..” suara pakcik driver teksi membuatkan aku tersentak. Mengelamun lagi…
Sampai di depan rumah, aku terkejut. Rupanya Zul sudah sedia menanti.
“Surprise..!!” Jeritnya.
“ U buat apa kat sini?” Soalan bernada serius. Walaupun dalam hati aku happy dengan kehadirannya. Sayang..kita saling merindu…
“Nur.. kenapa ni? U tak happy ke jumpa i?” Soal Zul sambil menarik tangan aku.
Sabar nur! Sabar!
“I penat la syg…lagipun besok I ada meeting” Aku mula memberi alasan. Hmm sejak bila ni?
Zulhasmi hanya tersenyum. Dia mengekori aku dari belakang, masuk kerumah aku..rumah kami.
Tanpa disuruh, dia sudah terbaring di sofa .
“U tak keje ke hari ni?” Soalku sambil menuju ke dapur.  Aku tahu kegemaran Zul, jus apple.
“Malas, tak de mood..” Jawabnya ringkas sambil tangan sibuk menekan remote tv.
Aku meletakkan segelas jus apple di depan dia dan belum sempat aku berlalu, dia sempat meraih tanganku..dan belaian itu membuatkan aku makin rindu padanya
“Sayang..kenapa dengan u ni? I ada buat silap ke?” Zul cuba meraih perhatian dariku.
Aku melepaskan keluhan. Terasa diri ini dihargai..malah aku memang rindu dia.
“hubungan kita…” hanya itu yang mampu aku katakan. Zul melepaskan keluhan. Aku sudah dapat membaca apa yang ada dalam fikirannya. Sejujurnya..aku tidak mahu kehilangan dia bahkan aku tidak mampu namun desakan mama membuatkan aku sedar bahawa aku harus membuat pilihan dan aku yakin bahawa membuat kebaikan pada seorang ibu bahkan menyenangkan hati ibu adalah pilihan yang tepat. Aku harus bertindak.

Aku tidak tahu bila Zulhasmi keluar ..Cuma bila aku lihat skrin blackberryku..bbm dia menjawab persoalan aku.
+sayang..i ada urgent meeting..nanti kita jumpa..luv u


Baru seminggu cuti..sudah rasa bertahun aku tinggalkan pejabat. Sewaktu aku menolak pintu pejabat, aku dilanggar oleh seseorang.
“Maafkan saya puan..saya tak sengaja” Dia menjadi serba salah
Aku hanya melepaskan senyuman. Staff baru kot..!bisik hati kecilku.
“Suhaila..masuk sekejap..” Aku mula memanggil Suhaila, pembantu peribadiku.
Suhaila muncul dengan  wajah yang ceria.
“Wah..ceria je..ada apa apa ke?” Usikku.
Suhaila  tersenyum.
“Ok..seminggu saya bercuti..ada apa apa yang berlaku tak?”
Suhaila membuka organizernya dan mula berceloteh
“Ok..Rabu nanti, Cik Nur kena ke langkawi untuk menghadiri mesyuarat bersama pengurusan resort.”
“Langkawi? Hmm..u ikut sekali..ok”
Suhaila bertambah ceria. Pergi langkawi, pastinya untuk menghabiskan masa selain bermesyuarat di sana.
“Selain itu, Tan Sri nak Cik Nur adakan satu temuduga untuk mengisi kekosongan PA Tan Sri. Iklan saya dah buatkan dan besok calon-calon yang terpilih akan hadir..”
Aku sedar, jawatan itu agak lama dibiarkan. Susah nak uruskan Tan Sri yang cerewet dan teliti.
“Oklah..ada apa – apa lagi yang perlu saya tahu?”
Kali ini Suhaila bagaikan teruja untuk bercerita.
“Sehari selepas Cik Nur bercuti, anak Tan Sri datang untuk memulakan tugasnya di sini....” Suhaila bagaikan anak remaja yang menggilai kumpulan Kpop pulak. Teruja sangat.
"Apa kaitan dengan saya? Ish..!!” Tegasku. Tapi dalam hati, aku juga ingin melihat anak Tan Sri yang dikatakan handsome itu.
+Kita lunch sama?

Aku membaca paparan mesej di Blackberry ku.

+Sorry dear, I ada lunch date dengan Tan Sri

+Ok then..kita dinner ok

+hmm..oklah..kita jumpa tempat biasa

Akhirnya aku tewas juga. Memang aku berniat untuk menjauhkan diri dari dia. Namun, hati ini merintih merindui dia..mana mungkin aku abaikan kehendak hatiku.

“Cik Nur, Tan Sri need to see u now...” Suara Suhaila kedengaran .

Baru saja aku bercadang untuk bertemu dengan dia..kerana seminggu cuti, pastinya ada banyak perkara yang perlu dibincangkan terutamanya pembukaan baru resort di Langkawi.
Aku mengetuk pintu biliknya.
“ Athirah..come…lama betul kamu cuti”
Hanya Tan Sri Rashdan saja yang suka memanggil aku Athirah.
Aku kaget seketika.Ternyata  ada tetamu.
“Sorry Tan Sri, saya tak tahu  ada tetamu..” Aku rasa serba salah.
“Athirah..Saya perkenalkan…”
 
******************************
Hai..
saja je postkan pre-novel..enjoy reading
 

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....