Wednesday, October 9, 2013

semuanya indah bila bercinta namun..


salam...


semuanya indah bila bercinta..namun bila difikirkan tentang komitmen, tentang perancangan masa depan, tentang nak jaga banyak hati ..tentang susah senang bersama..maka aku jadi takut.risau seandainya aku dan abie tidak dapat menjaga cinta kami...

Mengenali abie secara keseluruhannya..dia seorang yang susah nak di jangka. Kalau hari ni dia happy, besok dia akan mula rasa stress..cuma kami ada beberapa persamaan dan inilah yang menguatkan hubungan kami. Dia suka muzik..obsess giler dengan gitar. Pernah aku Tanya dia...apa yang dia beli, balik dari bercuti bersama keluarga di jepun, dia jawab ..dia beli gitar. Dari situ aku dah tahu betapa muzik adalah minat yang paling dia suka dan aku juga suka muzik..cuma aku lebih kepada lagu dan karaoke. Selain muzik..aku dan dia memang suka makan..so tgklah badan kami berdua..ala ala comel. Jujurnya aku tak nak abie kurus ..kerana aku jatuh cinta dengan kecomelan dia..hehehe..jangan marah ye abie..

Kini berada jauh dari abie membuatkan aku terfikir..mampukah aku menjadi peneman hidupnya kelak. Adakah aku Berjaya menjadi seperti yang dia inginkan..padahal aku sendiri banyak kurangnya.Sepanjang tempoh perkenalan aku dan abie.. baru kali ini aku lihat abie betul betul serius dengan hubungan ini.. dan selepas dia beritahu aku bahawa kali ini dia lebih yakin tentang hubungan ini maka aku sedar bahawa dia semakin matang...syukurlah..

Kalau dulu..aku dan dia bertemu dan mengukir cinta melalui BBM..sekarang..kami mengukuhkan janji cinta kami melalui whatsapps dan wechat..aku tengah pujuk dia untuk menggunakan Blackberry semula..so senang nak communicate...


apa pun yang berlaku..aku akan cuba menjadi seorang yang setia dalam hubungan ini..Insya Allah...


pssssttt...miss him

xoxo rfa

4 comments:

  1. Semoga jodoh berkekalan till jannah.. Amin...

    ReplyDelete
  2. Tq..itulah yang diharapkan...doakan kami ye

    ReplyDelete
  3. Tq..itulah yang diharapkan...doakan kami ye

    ReplyDelete
  4. sblm nik kwen pun nik fikir mcm2 jugak. lagi2 dapat tak sesuai ngan family sebelah sana kan.

    InsyaAllah, kalau jodoh awak pasti takkan ada sapa2 yg dapat halang. moga cepat jodohnya :)

    ReplyDelete

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....