baru berpeluang nak menulis kat sini. bz dengan assignment dan yang paling best..aku hampir tertukar jadual kuliah..gara-gara terlalu pk kan pasal assignment. Kebetulan pulak dengan kes aklima..membuatkan hilang focus sekejap. syukurlah dia bertambah baik dan itu memberikan aku sedikit rasa lega di hati. Mana la x hilang focus aku..bila 3 kali dia kena minor operate kat kaki . Gugur jantung jap...
oklah..bila lama tak sembang disini..hari ni aku nak bercerita tentang sesuatu..tentang cinta..tentang mencari cinta..mungkin pada sesetengah orang untuk mendapatkan cinta itu terlalu sukar, ada yang akan terus menerus menjadi seorang yang cukup setia, ada yang membenci cinta , malah ada yang terlalu berharap pada sesebuah cinta. Bagi aku, cinta adalah istilah yang terlalu biasa di dengari. Bukan untuk meninggi diri namun hakikatnya aku dan cinta tidak boleh di pisahkan..kalau tak, takkan lah cik luna pernah berkata " u mana pernah tak bercinta..persoalannya dengan siapa je"...hahah ternyata aku setuju dengan kata-kata cik luna. Sekiranya hari ini aku break off dengan seseorang..besok atau lusa..aku pasti akan dapat cinta baru..hahahaha..poyo siot!!!
Namun demikian, cinta adalah sesuatu yang indah. Cinta membuatkan seluruh hidup seseorang akan berubah...menjadi lebih ceria, menjadi lebih bermakna..dan cinta juga membuatkan seseorang itu menafikan tentang banyak perkara.
Dalam usaha mencari cinta, aku amat berharap kawan kawan diluar sana..cuba fikir sejenak tentang cinta yang di harapkan itu. adakah itu yang kalian mahukan. Kalau benarlah itu yang kamu mahukan..maka terimalah seadanya cinta itu..dan jangan sesekali menyesali sekiranya ada yang berlaku . Perkuatkanlah cinta kalian..kerana sesungguhnya..cinta perlu sokongan kalian.
sekiranya kalian yang menghadapi masalah dalam menentukan apa yang diperlukan untuk cinta..maka kalian boleh meminta pandangan dari kawan kawan yang terdekat...dan yang penting kalian harus menerima segala kemungkinan yang mereka akan beritahu..sama ada kena kutuk, kena kritik..kena rasional..timbang tara..fikir sedalam dalamnya.. Memang mereka tidak berada dalam situasi kita..namun mereka adalah insan yang sentiasa melihat kita..dan pastinya mereka tidak mahu melihat kita kecewa dan sakit kerana pencarian cinta yang tidak berkesudahan itu..Jangan memendam perasaan dan membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Aku bersyukur kerana , apabila aku menghadapi masalah tentang perkara ini..aku sentiasa ada pakar rujuk yang boleh membuka mata dan minda aku...
Aku sendiri mengalami kisah cinta yang memeningkan. Cinta kami kuat..saling memerlukan namun ianya dihalang oleh restu keluarga..dan ada beberapa pandangan yang telah aku terima dari kawan kawan..antaranya
" Perkahwinan tanpa restu pernah kau lalui..kenapa perlu lalui sekali lagi ? Terimalah orang lain dan cinta itu akan datang kemudian bersama dengan tanggungjawab..."
- Zura
"U have to fight for your love..otherwise it's not worth it for both of u"
- miss luna aurora
"cuba pujuk dulu family abie..untuk dapat restu mereka..bertahan"
- amy suhana
"akak..berpijak dibumi yang nyata.."
- aklima
Segala-galanya terletak pada diri kita..adakah kita akan mendapat apa yang kita nak ..dengan meneruskan pencarian cinta sebegitu atau..kita berhenti mengharap pada cinta itu dan cuba buka buku cinta yang baru..supaya ianya tidak melukakan hati kita ..kerana seperti kata ladyboss..."sebelum kita cintakan orang lain..lebih baik kita cintakan diri kita sendiri"...so stop hurting urself...!!!
psstt...tak pernah give up dengan cinta...
xoxo..rfa
No comments:
Post a Comment