salam...
sambungan dari kisah n3 aku pasal perempuan mudah perasan.. aku nak berkongsi satu kisah..dari seorang kawan lelaki yang amat rapat dengan aku. Kami sering bersembang tentang banyak perkara dan yang paling best tentang hubungan ..kerana aku sering bercerita tentang bf-bf aku dan dia pasti akan bercerita tentang kekasih kekasih dia yang aku rasa bertuah kerana memiliki dia.
kawan aku ni seorang yang tegas, cerewet, tapi simple dalam hidupnya. Dia tidak pernah menganggap bahawa masalah itu memberikan dia stress dan yang paling best dia leh layan kerenah perempuan..sb tu dia ramai gf...hahhaha. ini adalah perbualan aku dengan dia..satu ketika dulu..berkenaan perempuan dan sikap..
kawan aku: aku tak faham la dengan perangai perempuan nih...(suara dah semacam)
aku: apsal lak? ko kan ramai awek..apa susah..
kawan aku: tak delah...aku ada kenal seorang awek ni..tapi perangainya , ya allah..macam bagus je..
aku: apsal? dia dah kenapa?
kawan aku: Nampak cam suci je..tapi bila bercakap..ya ampun..kasar..lepas tu..semuanya hanya dia je yang betul..
aku: kalau rasa x suka..jgn kawan..putus je
kawan aku: memang la nak putus tapi aku nak bgtau kau..lelaki mana suka perempuan camtu..dah la cakap kasar, nak control aku lak..yang sedih tu..duk cakap kat kawan aku yang dia nak kawin dengan aku..padahal kawan je pun..perasan nak mampus..
aku: ish..x kan kot..
kawan aku: mana nya tak..dia mudah perasan..macam la aku nak sangat kat dia..duk bersayang ayang ngan aku padahal aku test je dia..hmm entah la..sakit jiwa aku dengan dia
aku: amboi kutuk perempuan Nampak..yang ko duk panggil dia sayang pesal? (aku dah mula angin)
kawan aku: weh..aku bukan citer pasal ko la..memang la tak semua perempuan camtu cuma awek sorang ni punyalah mudah perasan sampai aku nak tergelak pun ada. agaknya semua lelaki yang duk kawan ngan dia memang kena la kot. kesian aku tgk
aku: cuba la ko cakap ngan dia..mana tau dia dengar cakap kau..
kawan aku: cik kak..ini aku nak bgtau kau..satu ..lelaki x suka..ok !! x suka dengan perempuan yang bercakap kasar! kedua..lelaki tak suka kena control..bila time kita dia x leh nak tolak ansur..bila time dia..amboi bukan main lak.. ketiga..lelaki tak suka perempuan yang mengatur hidup dia..belum apa apa dah kecoh pasal kawin..tunggu aku buat press conference dulu baru la leh canang satu Malaysia yang aku nak kawin dengan dia..
aku: ish..jgn la macam tu...so apa ko buat dengan dia?
kawan aku: apa lagi..putus la..hidup la dia dengan perangai camtu..tak hingin aku..
sebahagian dari kisah aku dan kawan aku. entah la..nak komen pun tak reti cuma aku pernah citer pasal lelaki ..apa yang boleh menambat hati lelaki..dan memang antaranya..lelaki tak suka perempuan bercakap kasar.. nak tambat hati lelaki..senang je..cakap lembut dan kalau pandai bermanja..lagi la lelaki suka..hahaha ye ke?
so moral of the story: jgn la mudah perasan tentang lelaki ...mereka ni depan kemain baik je cakap..tapi belakang..suka ngumpat perempuan..cam kawan aku...(x semua lelaki camtu)
psstt kawan lelaki aku semuanya jenis cerewet...hmm
xoxo
rfa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung
sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....
-
aku sakit.!! well walaupun ianya demam+batuk+selsema namun cukup membuatkan aku tidak selesa. Mungkin inilah yang dinamakan penghapus dosa k...
-
Ohsenyum : Suami Rogol Isteri Sendiri Mereka sudah beberapa bulan tidak tinggal bersama kerana dalam proses perceraian, namun ke...
-
sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....
Bila baca n3 ini, sy rasa mcm ditumbuk kuat2 di muka dan hati.. Kerana sy pernah menjadi perempuan begitu.. Ah jd sy memang layak di marah, di tinggalkan, tidak dipeduli, dilukai.. Teruk sungguh sy ini rupanya.. Memang wajar bukan selepas sikap sy mcm itu.. Terima kasih sahabat utk cerita ini.. Lots of love..
ReplyDeletekisah ini bukan untuk perli sesiapa sebab saya pernah jadi sebegitu..hmm just nak share supaya kita sama sama dapat manfaat dan kita sedar selama ini itulah kita dan itulah pandangan lelaki pada kita..hehehe
ReplyDeletemcm tu la sesetengah lelaki. manis jea bila depan pompuan. rupanya nak test power dulu yea.pompuan pun jgn la cepat perasan kan.
ReplyDelete