Monday, December 2, 2013

Filem "Penanggal"...dari pandangan aku peminat filem seram

salam

pagi isnin yang sejuk..awal pagi sampailah ke tengahari..hujan renyai renyai...hmmm tido pun sedap ni...

Kali ini aku nak bercerita tentang sebuah filem seram yang memang aku nanti - nantikan, mungkin sebab dah lama citer hantu tak de yang benar-benar menakutkan. Bukan untuk membanding-banding mana mana filem namun aku seorang peminat filem seram yang tegar..Pada jumaat malam yang lepas, aku, ladyboss dan aklima menonton citer tu...dan yang sedih..citer tu jauh dari expectation yang telah aku buat. Seriusly ianya tidak menjadi satu kisah yang seram namun lebih kepada sedih dan kelakar...walaupun ianya genre seram. Ini adalah pandangan dan persoalan yang aku boleh katakana tentang filem ini:-

1. Apa yang berlaku dengan watak "sharifah zaharah"( fasha sandha) setelah disembur oleh hantu penanggal?

2. Kenapa syarifah zaharah di ganggu oleh hantu penanggal , padahal hantu itu hanya akan muncul sekiranya ada ibu bersalin...dan syarifah zaharah adalah tetamu yang baru dtang ke kampong itu..

3. Bahasa arab bercampur melayu itu membuatkan satu panggung ketawa.. dan bagi aku rasanya macam tidak kena dengan penceritaan itu.

4. kisah ini ibarat ada sequel ...tergantung ...

Secara keseluruhan , bagi aku..kisah ini tidak seram dan rasanya tidak boleh dijadikan bergenre seram kerana ianya langsung tidak seram..Namun begitu..aku amat menyukai solekan pada pelakon yang terlibat terutama solekan pada 'syarifah zaharah' dan watak yang paling berjaya di bawa adalah watak  murni yang di bawa oleh Umi Nazirah.. gud job!! Kehadiran Syarifah Aini sebagai Ummi juga memeriahkan filem ini..congrats


berapa bintang nak bagi ni...hmmm 2 bintang ....sorry..


pssttt...bila tgk filem yang dikatakan seram tapi tak seram..x puas hati betul...

xoxo
rfa

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....