Posts

Showing posts from February, 2015

Kelantan menangis...

Image
Salam..


Al fatihah untuk Allahyarham Tuan Guru  Nik Aziz..permata hati seluruh negeri Kelantan secara khususnya. Sebagai anak jati Kelantan, walau berada jauh di bumi Kelantan..aku turut rasa kesedihan dan kesayuan tatkala mendapat khabar ini...

Semalam..apabila menerima berita tersebut, aku mulanya agak keberatan untuk menerima berita tersebut kerana sudah terlalu banyak yang di jadikan senda dalam FB dan wassap tentang kematian Tuan Guru...namun ianya adalah satu berita yang sahih selepas membaca kenyataan rasmi dan media elektronik juga membuat pengumuman tentang pemergian tuan guru. Perasaan aku? perasaan yang hampir sama apabila aku kehilangan ayah , pada tahun 1999. Tanpa aku sedar..airmata mengalir...dan sayu mula menyelubungi hati dan jiwa

Pagi ini..bila melihat foto-foto di FB , suasana di Pulau Melaka khususnya..aku merasa bertambah sayu.. betapa kehilangan beliau berjaya menyatukan semua masyarakat Kelantan khasnya..untuk hadir sama..apa tah lagi yang berada di luar negeri …

apabila dugaan hadir...

Salam,

Maha Suci Allah..dugaan yang datang bagaikan menjerut hati aku.. sehinggakan aku rasa down seketika. Sepanjang aku berjauhan dengan mereka mereka yang mengenali aku..masih ada perasaan benci mereka terhadap aku dan masih SIBUK untuk tahu apa saja berkenaan dengan diriku. Adat dunia.. manusia tidak puas untuk mencari aib dan kelemahan orang..padahal kelemahan dan aib sendiri tidak dipedulikan.

Aku memandang perkara ini adalah perkara biasa.. aku tidak mudah untuk melatah pun walaupun jauh disudut hati..rasa sedih itu ada..tapi aku berpijak di bumi yang nyata..sememangnya manusia tidak akan lari dari hasad dengki orang lain. Subhanallah...!!

Aku mendoakan semoga mereka -mereka yang sibuk dengan urusan peribadi aku..agar dimaafkan oleh Allah dan semoga mereka sedar bahawa perbuatan mereka itu adalah sia sia dan tidak memberi keuntungan pun. Aku juga berdoa semoga Allah akan memberi ketenangan pada mereka yang sentiasa risau tentang kehidupan aku..mana tahu aku menjadi lebih baik d…