Saturday, September 29, 2012

new semester...beginnnn!!

salam...

besok akan bermula lah...semester baru untuk aku dalam perjuangan aku menghabiskan degree.. walaupun sudah lewat usia..namun aku masih tidak mahu berputus asa..semoga apa yang aku cita citakan tercapai..

NO
COURSES
CREDIT UNIT
NO. TAKEN
GROUP
1.
HRM543 - HUMAN RESOURCE MANAGEMENT AND TECHNOLOGY - P
4.0
1
EOSM6B
2.
HRM546 - HUMAN RESOURCE DEVELOPMENT - B
3.0
1
EOSM6B
3.
OSM552 - ADMINISTRATIVE DATABASE SYSTEM - B
3.0
1
EOSM6A
4.
OSM553 - ADMINISTRATIVE OFFICE MANAGEMENT III - B
3.0
1
EOSM6A

semester ni aku ambik 4 subjek...n semuanya berkenaan human resource dan administrative..semoga semester ni aku akan kuat semangat dan no more office's stress..hope so..


nota: cik aklima..semoga semester ni kita fokus n more prepare

Friday, September 28, 2012

kesan dari tindakan manusia yang tidak menggunakan otak..

salam..

hari ini dalam sejarah kerana kemarahan aku di usik . Beberapa kawan yang begitu mengenali aku , memang mengetahui akan keperibadian aku yang garang dan panas baran. Namun aku juga sering beri info awal awal lagi yang jangan usik kemarahan aku..

apa yang berlaku pada petang jumaat ini membuatkan aku di lihat sebagai seorang yang panas baran dan mulut laser padahal..apa yang aku marah dan bengang adalah dari sikap orang yang tidak menggunakan otak..Situasi yang berlaku..bukanlah perkara yang besar...sekiranya di perjelaskan kepada aku..tetapi apa yang aku nak persoalkan sekarang KENAPA TAK MAKLUM...itu je..! Well , untuk pengetahuan semua, duit tu bukan hak aku pun dan aku tak hingin even satu sen pun kalau bukan hak aku.. tapi jangan la buat orang macam terlalu bodoh.  Seolah-olah aku adalah orang asing yang bisu dan pekak sampai kena menggunakan chanel yang berbeza beza. Of course dia buat begitu kerana aku bukanlah kawan dia..tapi tanggungjawab dia untuk buat kerja yang sepatutnya dia buat..tak kiralah dia kawan atau lawan..
Kemuncaknya..aku mengamuk..! dan sure aku dilihat dan di labelkan sebagai berlagak dan diva namun itu bukan perkara yang aku kesahkan..

Apabila bara kemarahan aku keluarkan..kesannya aku akan sakit..tekanan darah akan tinggi dan ini adalah sesuatu yang aku tidak suka sama sekali. Dia, aku lihat slumber je..seolah -olah tiada apa yang berlaku..padahal tindakan dia adalah salah sama sekali.

ada mesej untuk dia..sekiranya dia membaca..dan mesej ini adalah dari salah seorang kawan baik aku...(tq sis...muahhh)...
"this is your mistake you dumb slut..now i need to pay my bills..so i'm still gonna use the money..you shud be ready to cover any necessary cost if required to..and i don't care how u have to whore urself to pay it..get it?"

mesej aku pada dia lak...

"jangan la nak berlagak pandai ke apa ke..kalau urusan macam ni pun tak tahu nak berhemah. kalau pun tak suka aku..jgn la tunjuk sampai menyusahkan orang lain..profesional la sikit...lagi satu jgn asyik nak kutuk orang tak bagus, orang takpandai..padahal diri sendiri pun tak betul..Tuhan bagi kita akal, bagi kita otak untuk fikir..bukannya guna untuk mengumpat mengeji , mengutuk dan kondem orang tak bagus...! tak salah kalau kita berhemah..tak rugi apa..malah nampak kecerdikan kita..."
harap jadi pengajaran..

nota: 1.aku bukannya diva nk kena merafak sembah kat aku..tapi tak salah kalau dial je num aku n inform ttg apa yang berlaku..bukan susah pun...

       2. jgn sesekali usik aku..apatah lagi menimbulkan kemarahan aku kerana aku punya perangai.."kau tak kacau aku..aku takkan kacau kau..it's easy...

      3. kena ambik ubat darah tinggi ni weh!!!!

photo crdt to google...



Wednesday, September 19, 2012

minggu yang penuh dengan duka

salam..

hujung minggu yang panjang , tiga ..ok! so aku membuat perancangan dengan mirza untuk menghabiskan masa bersama..belum sempat nak plan..hahah...tetiba daddy balik..dan nak jumpa aku.. nak tak nak..kena la pergi juga..lunch bersama dia..nasib dia ada urusan famili so aku lepas dari dia. Namun apabila perancangan pertama dah tak jadii..seluruh perancangan aku tak menjadi. sakit jiwa...

jumpa mirza cuma sekejap..dan ianya membuatkan aku realiza..mirza tetap anak mak dan tidak boleh berenggang dengan mak dia. Aku mengurut dada..kisah lama muncul kembali...dan aku merasakan bahawa aku akan kehilangan mirza...sama seperti kehilangan abie. nak buat camna..kena terima hakikat ini.

sepanjang cuti aku berfikir tentang kehidupan aku..mungkin inilah masanya aku kena jadi seorang yang pentingkan diri tak kiralah dengan saudara mara, adikberadik ataupun kawan kawan. Aku harus berdikari,memikirkan ttng diri aku sendiri.

semoga aku jadi kuat menghadapi segalanya..dan semoga aku berjaya memiliki hati kering...hahaha

Monday, September 10, 2012

Boy..dalam kenangan

salam..

seharian di rumah semalam membolehkan aku melaksanakan kerja kerja mendelete junk email dan semasa leka mendelete, tiba-tiba YM aku di sapa oleh seorang lelaki yang pernah singgah di hati ini. Bila dia memperkenalkan dirinya BOY dan memangggil nama gelaran aku pada dia..MAMA..membuatkan aku terkejut. Lelaki inilah yang pernah membuat aku takut untuk keluar rumah dan pernah buat laporan polis sebab dia pernah ugut aku untuk masuk rumah aku dan membuat jahat ke atas aku..nasib aku dapat lepaskan diri dari gangguan demi gangguan dari dia.
Namun..kini boy sudah matang . Dia sekarang tgh training utk menjadi pegawai NAVY dan aku bersyukur kerana dia sudah ada haluan hidupnya. Semasa aku mengenali dia, umurnya baru 23 tahun dan kini sudah 29 tahun. Ternyata dia sudah banyak berubah dan paling aku suka..dia sudah ada makwe..
Sebelum aku log out..dia nyatakan masih ada rindu dan sayang pada aku..masih seperti dulu dan dia merasakan aku masih tidak boleh di challenge oleh awek aweknya..hahaha...aku pujuk hatinya agar melupakan aku kerana aku adalah perempuan biasa yang tiada apa apa keistimewaan .


nota: Teringat kemanjaan Boy...aiyooo.


aku dan tasik shah alam

salam...

sejak 2001, tatkala kali pertama aku menjejak kan kaki ke bandaraya shah alam..inilah kali kedua aku berada di Tasik Shah Alam yang betul-betul depan Kompleks PKNS. Kali pertama, seingat aku mempertemukan Izam dengan Lisa..dan itulah kali terakhir aku menikmati keindahan tasik shah alam (indah ke)..

Semalam, Ahad, selepas selesai membayar yuran PTPTN , aku ke Tasik itu lagi.. mengimbau satu kenangan , titik pertemuan dengan Izam. Best juga kat sini, melihat gelagat manusia yang datang..ada berdua, berkumpulan dan famili..bahkan ada yang datang seorang diri macam aku..hahah. Di tengah tasik ini ada satu pulau kecil yang mana tempat berkumpulnya burung burung..so ia mencantikan suasana.
Aku mula jatuh hati dengan suasana tasik ini. Insya Allah, kalau ada kelapangan , aku akan bertandang ke sini, mencari ilham.

Semakin umurku berganjak ke usia makin tua, semakin aku merasakan bahawa aku memerlukan suasana yang tenang dan damai. Keseorangan bukan bermakna aku harus melupakan keseronokan dalam diri. Apatah lagi, sunyi banyak makna dan maksud dan aku ada banyak cara untuk hilangkan sunyi dan sepi...
Aku jadi hairan bila ada segelintir orang bujang yang tidak tahu bagaimana nak enjoykan diri..hanya tau masuk dalam kehidupan orang lain...hmm entahlah..tepuk dada tanya hati..hahah

Tuesday, September 4, 2012

memori cinta luka..

salam..

bila tgk tajuk pun dah nampak jiwangnya..actually, itu tajuk lagu nasier wahab "memori cinta luka". entah kenapa lagu tu bermain dalam fikiran aku..hahah..muziknya boleh tahan..liriknya lagi la sayu..

Apabila mendengar lagu itu, aku jadi sayu dan mungkin itulah gambaran sebenar perasaan aku. Benarlah bagai di kata..tiada guna utk meratapi akan satu perpisahan namun hati tetap mahu di pujuk, perasaan tetap mahu di belai walaupun akhirnya rajuk jugak yang muncul.

kenapa setiap kali ada rasa...pasti ada harapan dan setiap kali itu jugaklah luka akan muncul . Bertahun bersama belum tentu menjaminkan kebahagiaan untuk selamanya...aku akui kata -kata itu.

Aku sering mengusir cinta yang hadir..menolak dengan baik - baik namun makian yang aku dapat sekiranya aku menolak cinta mereka. namun apabila pintu hati dibuka, mereka mensia siakan peluang yang ada...

Namun cinta tetap akan hadir ..sama ada aku mahu atau tidak....

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....