Friday, March 23, 2018

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung


sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia..omg..mengalir airmata melihatnya sb sepatutnya aku yang membelikan selipar tu dan melihat dia melangkah..memulakan langkah pertama nya. I missed that moment...Allahu.

Banyak perkara yang berlaku dalam tempoh beberapa bulan ni...n aku merasakan aku banyak berhutang dengan fayyadh. Aku x ada disisi dia tatkala dia perlukan pelukan mommynya. waktu dia sakit..waktu dia rindukan aku dan waktu aku rindukan dia.

kalaulah aku dapat describe perasaan rindu aku pada fayyadh..ibarat lautan tak ada tepian..dan tak ada penghujung..dan aku rasa air mata kerinduan pada fayyadh kalau dikumpulkan dah satu baldi kot..hahaha...

seringkali aku berbisik dihati.."fayyadh..mommy minta maaf sebab tak dapat menjaga fayyadh buat masa sekarang"..

dan aku sangat sangat berharap bahawa dia akan mengerti kenapa aku tidak ada disisinya. Segala yang berlaku ada sebab musabab..Allah telah merancang segalanya dan aku, fayyadh..adalah insan - insan terpilih untuk menerima ujian dari Allah..semoga dengan kesabaran yang aku pegang ini akan memberikan aku dan fayyadh nikmat yang tak terhingga nanti..insya allah..





selipar pertama fayyadh..mommy x sabar nak balik n tgk fayyadh melangkah depan  mommy..


p/s: mama ceritakan bahawa fayyadh sekarang makin manja dan makin cerdik..Allahu..mommy selalu doakan fayyadh dilimpahi kasih sayang yang tidak bertepi dari tokma, ibu, ciklong,kak aisyah dan saudara yang lain..

Tuesday, March 20, 2018

Kuatkah aku?


salam,

semalam pergi ke hospital shah alam..(dah jadi rumah kedua ) bermula di awal pagi..urusan aku di kaunter pendaftaran, kaunter klinik pakar , urusan ambik darah, check INR darah..segalanya mudah dan dipermudahkan dan urusan bertemu dengan doctor juga dipermudahkan. cepat dan berjalan lancar. Memang perangai aku ..segalanya harus di rancang..even nak book grab car pun kena ada plan ..alhamdullilah.

melihat kepada bacaan INR aku, darah berada dalam keadaan normal which is julat 2-3 adalah normal (x pekat dan x cair).

begitulah rutin aku selama beberapa bulan lagi.. dan kadang aku terfikir..kuatkah aku hadapi semua ini? sokongan yang paling besar aku dapat adalah dari keluarga ku.. mereka terutama MAMA adalah kekuatan aku selain fayyadh.

Kalau aku rasakan bahawa aku dah diduga dengan dugaan yang besar..ada lagi hamba Allah yang diduga dengan ujian yang lagi besar. Apa pun aku bersyukur..saat aku begini..hati aku tidak berpaling dari Allah. Aku semakin mahu mendekati Allah dan hanya Allah satu-satunya yang sentiasa ada disisi aku dikala aku sedih dan bahagia. Tidak sesaat pun aku lupa ttg Allah dan kekuasaanNYA.

Semua melihat aku sebagai seorang yang happy, namun jauh di sudut hati..aku sedang struggle menghadapi ujian Allah. Airmata salah satu teman yang ada dengan aku. Airmata jugalah saksi bisu yang melihat aku merintih dan menangis tatkala bila hati mula rapuh dan sayu , menghadap Allah dan berbicara dengan Allah.

semoga...dengan apa yang aku hadapi..Allah akan berikan nikmat yang tidak terhingga padaku dan anakku. ...


p/s:  masih terbayang wajah fayyadh tatkala di lahirkan.. siapa sangka..mommy mampu melahirkan seorang anak yang diharapkan dapat menjadi seorang insan yang baik..menjadi hamba Allah yang taat, baik dan soleh...insya allah . walaupun mommy jauh..doa mommy pada fayyadh tak pernah lekang dari bibir...fayyadh adalah kekuatan mommy...



Thursday, March 15, 2018

Ujian di awal tahun 2018


Assalamualaikum

rasanya inilah first entry untuk tahun 2018 . Memang x de masa langsung untuk menulis kat blog ini..lantaran dugaan yang muncul di awal tahun 2018. Sekarang dah boleh bernafas sikit..maka aku ambik masa di awal pagi untuk menulis disini.

Tahun 2018..awal awal lagi dah menunjukkan garangnya pada aku.. langsung x friendly. aku diduga dengan dugaan sakit . mesti korang akan cakap..standardlah sakit..yessss...tahun 2017 aku bersalin dan luka czer aku terbuka selama hampir 60  hari ..tapi itu luka yang nyata namun tahun 2018..aku disahkan mengalami masalah darah  beku yang berlaku di kaki  (DVT)  dan  darah beku di paru - paru  (PE) ..Menurut doctor yang merawat aku..sekiranya aku lambat mendapatkan rawatan..kebarangkalian darah beku di paru paru akan memasuki jantung dan akibat itu aku akan mendapat STROKE...wooooo...terpana seketika bila mendengar kata kata yang keluar dari mulut doctor. Too young untuk kena stroke..masa tu aku terus teringatkan fayyadh.. siapa yang nak jaga fayyadh..? sempatkah aku nak tgk fayyadh membesar ? Seriusly aku  menghargai peluang kedua yang Allah berikan ini. Semasa beberapa hari di wad, hospital shah alam..perkara yang paling memeritkan hati aku adalah  berpisah sementara dengan fayyadh. Berpisah dengan suami tu leh kawal lagi..hahaha..

selepas keluar wad..mama decide untuk ambil fayyadh bawak balik kampong kerana keadaan aku yang masih tidak stabil. Aku tidak tahu sama ada keputusan aku ini betul atau tidak tapi ini semua untuk kebaikan fayyadh.. bukan kami tak mampu nak jaga fayyadh tapi keadaan aku menyebabkan aku perlu focus untuk stabilkan keadaan kesihatan aku. Maka awal bulan 1..fayyadh dibawa balik ke kampong. Subhanallah..rasanya itulah perkara yang membuatkan jiwa aku hilang separuh. Aku hilang rasa gembira..hilang rasa teruja..yang tinggal adalah rasa sayu, sedih dan perit kerana merindu anakanda kesayangan. Seriusly aku hampir gila dan melihat gambar fayyadh..pasti airmata tumpah dek kerana kerinduan yang teramat sangat.

namun kini..dah hampir 3bulan fayyadh berada di kampong..happy duk dengan tokma malah menjadi cucu manja tokma..aku makin redha. Itu adalah yang terbaik untuk fayyadh. Dia berada dalam kalangan keluarga yang tidak sedikit pun kurang kasih sayang bahkan atuk dia juga sering mengunjungi dia..

tentang penyakitku..selama 6 bulan aku kena on ubat WARFARIN dan sehingga ke hari ini darah masih juga tidak stabil..bacaan INR (menguji kepekatan/kecairan darah ) tidak cantik sampaikan doctor arahkan untuk naikkan dose..hmm aku terima apa saja..janji aku tidak perlu  masuk wad. kadang pernah terfikir..apabila hendak tidur..adakah besoknya aku akan bangun dan diberi peluang untuk hidup? Ini adalah kerana doctor sendiri pernah memberi tahu bahawa keadaan aku boleh membawa kepada 'sudden death'...

semoga hari hari di tahun 2018 akan memberikan aku kekuatan menghadapi dugaan demi dugaan . Ujian ini adalah tanda kasih sayang Allah padaku..dan andainya inilah perkara yang membolehkan segala dosa aku diampunkan..maka aku menerima dengan hati yang terbuka dan REDHA.

Kita hanyalah hamba Allah. Tak perlu nak hidup bertongkat langit..berlagak bahawa semua yang ada adalah milik kita sedangkan kita ni hidup didunia ini pun atas ehsan Allah dan apa yang diberikan oleh Allah adalah satu pinjaman. Satu ketika nanti...bila Allah menarik semua nikmat yang DIA berikan dan DIA pinjamkan..maka kita x ada apa apa dan kita x akan jadi sesiapa kecuali hamba Allah....

oklah..time to work..selesai breakfast sambil menaip..hehehe...

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....