Thursday, March 15, 2018

Ujian di awal tahun 2018


Assalamualaikum

rasanya inilah first entry untuk tahun 2018 . Memang x de masa langsung untuk menulis kat blog ini..lantaran dugaan yang muncul di awal tahun 2018. Sekarang dah boleh bernafas sikit..maka aku ambik masa di awal pagi untuk menulis disini.

Tahun 2018..awal awal lagi dah menunjukkan garangnya pada aku.. langsung x friendly. aku diduga dengan dugaan sakit . mesti korang akan cakap..standardlah sakit..yessss...tahun 2017 aku bersalin dan luka czer aku terbuka selama hampir 60  hari ..tapi itu luka yang nyata namun tahun 2018..aku disahkan mengalami masalah darah  beku yang berlaku di kaki  (DVT)  dan  darah beku di paru - paru  (PE) ..Menurut doctor yang merawat aku..sekiranya aku lambat mendapatkan rawatan..kebarangkalian darah beku di paru paru akan memasuki jantung dan akibat itu aku akan mendapat STROKE...wooooo...terpana seketika bila mendengar kata kata yang keluar dari mulut doctor. Too young untuk kena stroke..masa tu aku terus teringatkan fayyadh.. siapa yang nak jaga fayyadh..? sempatkah aku nak tgk fayyadh membesar ? Seriusly aku  menghargai peluang kedua yang Allah berikan ini. Semasa beberapa hari di wad, hospital shah alam..perkara yang paling memeritkan hati aku adalah  berpisah sementara dengan fayyadh. Berpisah dengan suami tu leh kawal lagi..hahaha..

selepas keluar wad..mama decide untuk ambil fayyadh bawak balik kampong kerana keadaan aku yang masih tidak stabil. Aku tidak tahu sama ada keputusan aku ini betul atau tidak tapi ini semua untuk kebaikan fayyadh.. bukan kami tak mampu nak jaga fayyadh tapi keadaan aku menyebabkan aku perlu focus untuk stabilkan keadaan kesihatan aku. Maka awal bulan 1..fayyadh dibawa balik ke kampong. Subhanallah..rasanya itulah perkara yang membuatkan jiwa aku hilang separuh. Aku hilang rasa gembira..hilang rasa teruja..yang tinggal adalah rasa sayu, sedih dan perit kerana merindu anakanda kesayangan. Seriusly aku hampir gila dan melihat gambar fayyadh..pasti airmata tumpah dek kerana kerinduan yang teramat sangat.

namun kini..dah hampir 3bulan fayyadh berada di kampong..happy duk dengan tokma malah menjadi cucu manja tokma..aku makin redha. Itu adalah yang terbaik untuk fayyadh. Dia berada dalam kalangan keluarga yang tidak sedikit pun kurang kasih sayang bahkan atuk dia juga sering mengunjungi dia..

tentang penyakitku..selama 6 bulan aku kena on ubat WARFARIN dan sehingga ke hari ini darah masih juga tidak stabil..bacaan INR (menguji kepekatan/kecairan darah ) tidak cantik sampaikan doctor arahkan untuk naikkan dose..hmm aku terima apa saja..janji aku tidak perlu  masuk wad. kadang pernah terfikir..apabila hendak tidur..adakah besoknya aku akan bangun dan diberi peluang untuk hidup? Ini adalah kerana doctor sendiri pernah memberi tahu bahawa keadaan aku boleh membawa kepada 'sudden death'...

semoga hari hari di tahun 2018 akan memberikan aku kekuatan menghadapi dugaan demi dugaan . Ujian ini adalah tanda kasih sayang Allah padaku..dan andainya inilah perkara yang membolehkan segala dosa aku diampunkan..maka aku menerima dengan hati yang terbuka dan REDHA.

Kita hanyalah hamba Allah. Tak perlu nak hidup bertongkat langit..berlagak bahawa semua yang ada adalah milik kita sedangkan kita ni hidup didunia ini pun atas ehsan Allah dan apa yang diberikan oleh Allah adalah satu pinjaman. Satu ketika nanti...bila Allah menarik semua nikmat yang DIA berikan dan DIA pinjamkan..maka kita x ada apa apa dan kita x akan jadi sesiapa kecuali hamba Allah....

oklah..time to work..selesai breakfast sambil menaip..hehehe...

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....