Wednesday, January 11, 2012

swasta atau kerajaan...

semalam..aku diduga dan aku merasakan dugaan itu adalah satu petunjuk bahawa..aku boleh tahu siapa lawan siapa kawan. namun begitu..pengalaman lama mengajar aku betapa aku harus kuat dalam menghadapi dugaan sebegitu.

pengalaman aku bekerja di sektor swasta selama beberapa tahun sebelum beralih ke sektor kerajaan telah membuatkan aku kuat dan tabah dalam menghadapi drama politik pejabat.  semua itu sudah menjadi darah yang mengalir dalam diri aku..namun begitu, aku harus berhati - hati dalam menanganinya.

kekuatan aku adalah keistimewaan aku yang di anugerahkan oleh Tuhan dan sesungguhnya tidak sedikit pun aku abaikan rasa syukur aku pada Tuhan kerana sentiasa memberkati aku...

pada pandangan aku...setiap manusia yang berkerja di sektor kerajaan ini perlu ada attitude seperti kerja swasta..malah aku hormat pekerja swasta ni sebab mereka ni kuat..apatah lagi apabila mereka perlu bersaing untuk mendapat tempat di sektor itu. perlu tetapkan apa yang harus ada di sektor swasta..

aku berharap sektor kerajaan dapat mempelajari banyak kelebihan di sektor swasta kerana ia akan menjadikan seseorang pekerja itu kuat semangat untuk bekerja, mempunyai inisiatif untuk majukan diri.

Monday, January 9, 2012

35 tahun...

aku sudah berumur 35 tahun. umur yang cukup matang bagi aku ,matang dalam erti kata yang sebenarnya..dari pemikiran mahupun segala keputusan yang melibatkan hidup aku. yang pasti...aku masih sendirian..masih solo. 


Mama adalah org yang paling risaukan aku..walaupun berkali kali aku katakan bahawa aku sudah melalui kisah rumahtangga dan aku rasa aku tidak perlu mengulanginya buat masa sekarang..namun dia masih dengan sikap risaunya. 


kakak aku cikpuan azura, menuduh aku 'demand'...padahal aku boleh menerima kehadiran lelaki itu seadanya sekiranya lelaki itu boleh menerima aku seadanya..ayat tak boleh blah!!


hakikatnya...aku fobia dengan perkahwinan dan aku rasa dugaan yang paling besar yang TUHAN telah berikan adalah berkenaan perkahwinan dan aku akan sabar dalam menghadapi dugaan ini kerana  Tuhan lebih tahu yang baik untuk aku.


sunyi..? yes i am..tapi apa yang harus aku buat..nak meraung merintih? bukan sikap aku..malah aku bersyukur kerana aku ada ramai kawan yang sudi membahagiakan aku. luna. yayu, aklima, cik wan, daddy man, my lovely hairul, mr, S, mr.Jepun...dan ramai lagi.. 


walaupun status aku divorced...janda , miss jan dan apa lagi...aku tetap bahagia. bahagia dengan kehidupan aku dan bahagia meniti kehidupan seorang yang bekerjaya dan seorang pelajar. impian aku untuk memberi peluang kepada mama melihat aku memegang segulung ijazah dan sarjana. itu impuan aku yang sebenarnya . Doaku semoga aku dan mama saling panjang umur.


kerinduan aku pada seorang lelaki sedikit sebanyak hadir dalam hati ini dan ianya membuatkan aku berhati-hati dalam memberikan cinta pada lelaki. Azamku di tahun baru 2012..tiada cinta yang akan hadir..cukuplah persahabatan yang dihulur dan andainya tahun ini aku bertemu jodoh maka..itulah pengakhiran dugaan aku oleh TUHAN.. insya Allah


untuk kawan -kawan yang sentiasa menyokong aku..jutaan terima kasih aku hulurkan..i miss u all n luv u all !!!

pengertian cinta

aku mulakan coretan di blog ini dengan pengertian cinta. kadang kala aku rasakan..cinta ibarat handbag..memang la nampak cantik dan teruja untuk kita membelinya namun apabila ianya sudah lama /out of date..maka kita akan mencari yang lain namun handbag yang lama kita akan tetap simpan..kerana ada sentimental value.. begitulah ibaratnya cinta yang aku ada . aku mengenali seorang lelaki ..dia lelaki yang kasar dan tidak seromantik aku tapi aku suka dengan cara dia. namun begitu..jodoh kami tiada dan aku kehilangan dia disaat aku mula suka dan sayang padanya. apabila dia hilang dari diri aku..maka aku tetapkan di hati bahawa dia bukan jodohku..sayang memang sayang namun apa kan daya aku tidak ada kuasa untuk mendapatkan dia semula.
walau bagaimanapun, setelah setahun menghilang..dia akhirnya muncul semula..kembali kepangkuan aku dan akhirnya menyatakan perasaan rindu dan sayang itu masih ada dan masih berbekas. Bagi aku..cinta itu tetap ada..bahkan ada sentimental value..cuma adakah kehadiranya adalah untuk kembali pada cintaku.....

.hahaha apsal la aku ni jiwang nak mampus ni.

moralnya: beli handbag pilih yang tahan lama..hehehe...


Sunday, January 1, 2012

MAMA...erti sebuah pengorbanan ....

Salam semua... di awal tahun 2012, aku memulakan penulisan dengan memperingati seorang insan yang paling disayangi dan dicintai..iaitu  MAMA. Kenapa aku ingin menulis berkenaan MAMA di tahun baru...ini adalah kerana ..tahun sudah berganti dan aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati tahun baru dan tentulah MAMA adalah insan yang berjuang untuk memastikan aku dapat lahir kedunia..Terima kasih MAMA..

MAMA adalah insan yang paling aku sayangi dan sesungguhnya aku sanggup menggadaikan diri ku untuk dia.,...segala pengorbanan yang telah dia berikan dan yang penting kasih sayang dia kerana melahirkan aku adalah sesuatu yang tidak dapat digalang ganti. Aku akui..aku adalah seorang anak yang nakal dan degil namun mama sentiasa bersabar dengan kerenah ku . Sehingga ke saat aku menulis di sini..keadaan mama agak membimbangkan kerana sakit mata nya membuatkan aku sentiasa dalam keadaan gelisah dan risau.

Kadang kala aku jadi hairan, apabila aku mendengar cerita tentang anak yang tidak menghargai kasih sayang seorang ibu dan membenci ibunya. Bagi aku, manusia yang membenci ibunya..septutnya tidak layak berada di muka bumi ini.

mengenali seorang rakan yang mana aku tahu bahawa dia membenci ibunya. Apabila aku mengetahuinya, luluh hati ini kerana tidak sepatutnya dia membenci ibu dia. Kalau pun ibunya melakukan kesalahan yang di rasakan besar sekalipun, sebagai seorang anak...dia tidak harus ada perasaan benci terhadap ibunya.Aku mendapat tahu dia menyalahkan ibunya tentang apa yang berlaku sehinggakan hubungan mereka menjadi renggang dan akhirnya tiada perasaan sayang yang timbul tetapi perasaan benci dan menyampah pada ibunya. Subhanallah....walaupun aku tidak pernah menjadi seorang ibu dan juga mungkin aku tidak berpeluang untuk menjadi seorang ibu, namun kalau aku berada di tempat ibu dia, pasti hati aku terluka juga. Tidak kah dia tahu bahawa...seandainya dia melukakan hati ibunya sehingga air mata ibunya mengalir..maka bergegarlah tiang arasy dan memberikan kemurkaan Allah terhadapnya.

Bagi pendapat aku, dia seharusnya bermuhasabah diri. Mengenali diri dan memohon agar Tuhan sentiasa melembutkan hati agar dia  dapat menerima ibunya..Pernah seorang teman berkata...walaupun ibu kita seorang pelacur sekalipun..itu adalah dia dan Tuhan..nmun sebagai anak...kita harus melaksanakan tanggunghjawab seorang anak terhadap ibunya.
Dia sudah hilang kasih sayang kerana dendam dan benci..dan aku cuma mampu berdoa agar satu hari nanti dia akan insaf dan mengenali diri serta menyayangi ibunya kerana sesungguhnya dia sekarang berada dalam kerugiaan. rugi kerana dia tidak mendapat keberkatan Ilahi hanya dengan menyayangi ibunya. Sayang..tiada gunanya dia sujud, solat dan melaksanakan kebaikan seandainya dia membenci ibunya.

aku berharap dia berfikir dengan waras dan cuba bermuhasabah diri. aku juga berharap dia tidak akan hanyut dengan dendam dan kebencianya terhadap ibu. kadalang kala ingin aku bertanya padanya..tidak kah dia bersyukur kerana ibunya masih mahu mengandungkan dia selama 9 bulan, ibunya masih mahu membesarkan dia..apa akan terjadi sekiranya ibunya menggugurkan kandungan , ataupun selepas dia lahir..ibunya terus membuang dia..maybe kat tepi longkang? kat dalam tong sampah? tidak kah dia terfikir tentang itu semua..Nauzubillah...sepatutnya dia bersyukur kerana masih mempunyai ibu..sedangkan ada anak -anak yatim yang sejak kecil tak pernah kenal siapa ibu mereka...

semoga kisah ini memberi kesedaran pada mereka yang membenci ibu mereka..dan tahniah untuk rakan -rakan yang telah menjadi  ibu (luna , norhaya, salme suhana dll..) u are awesome!!!

untuk mama..i love u so much..
untuk bonda sharifah (ibu kepada cik wan)..kelembutan mu membuatkan hati terasa bertuah mengenali dirimu..

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....