Saturday, April 27, 2013

Rindu seorang anak....

Kali ini...entry aku adalah untuk lelaki yang paling aku sayang...dan walaupun dia sudah tiada di sisi aku secara realitinya..namun sehingga kini...aku  masih rasa akan kehadirannya. Lelaki itu adalah 'ayah' aku...yang sudah pergi meninggalkan kami lebih 10 tahun yg lalu...

Aku rindukan dia...apatah lagi saat saat skrg..dimana aku perlukan dia untuk luahkan segala masalah aku pada dia. Aku rindukan teguran dia...suaranya yang garang dan wajahnya yang serius...sememangnya aku terlalu rindukan dia

Kalaulah dia masih hidup...

-ingin ku sujud dikakinya..mohon ampun dan maaf atas apa yg berlaku antara aku dan dia,
-ingin aku hadiahkan dia apa saja yang dia inginkan...
-ingin aku tunjukkan pada dia bahawa aku sudah berjaya..
-ingin aku bawa dia dan mama bercuti...habiskan masa bersama...kemana saja dia dan mama ingin pergi...
-ingin aku menangis didepannya...meluahkan rasa rindu aku pada dia...

Ayah...pergimu masih aku ratapi sehingga kini...al fatihah....

Pssstt...semalam bermimpi bertemu dengannya..dan bila tersedar..rupanya aku menangis...

xoxo rfa..♡♥♡

Apa yang di cari dalam hidup...

Salam....

well..sejak dari kecil...aku meminati dunia sastera dan aku selalu berangan satu hari nanti aku akn menjadi seorang penulis yg hebat..namun ianya tidak menjadi kenyataan.kenapa ek...jawabnya..sb aku terlalu sibuk dengan urusan lain sehinggakan aku gagal mencari idea untuk siapkan manuskrip aku...dan akhirny..menjadi satu sampah yg menimbun di bilikku..

Masih dgn soalan itu...aku ditanya oleh kawan baik aku..apa yang aku nak dalam hidup ini...? Apa yang aku cari dalam hidup ini..Kalau diikutkan..jalan yang aku tempuhi sekarang adalah jalan paling selamat ...keberkatan dari Allah,restu seorg ibu, kasih sayang keluarga, persahabtan yg erat, cinta seorg lelaki , perhatian daripada bekas suami, segalanya adalah warna warni di jalan yang aku lalui...namun..aku masih mencari sesuatu yang aku tidak pasti. Teraba raba dlm kegelapan yang aku sendiri pilih..namun...

Akhirnya..aku faham..aku hanya harus bersyukur tentang apa yang aku ada...itu saja...bersyukurlah  kerana Allah masih memberi ruang dan peluang untuk menjadi seorg hambaNya yang dikehendaki olenNya...bersyukur kerana masih ada cinta yang hadir..bersyukur kerana aku masih mampu mendengar suara seorg ibu...menatap wajahnya...bersyukur kerana aku memiliki sahabat yg baik.

Cinta seorang lelaki membuatkan aku sedar betapa..aku bertuah kerana aku disayangi, dicintai..namun entah kenapa..apabila bercerita tentNg perkahwinan..aku jadi takut...kerana aku tidak mahu luka lama yang selam ini aku simpan..jauh disudut lautan hati...timbul dan berdarah kembali..masa 6 tahun ..bersendirian..masih tidak cukup untuk aku ubati luka itu..apatah lagi..dia..sentiasa berada didepan mata ku..cuma dia bukan lagi milikku..

Panjangnya melalut...apa pun thanx pada silent readers yg sudi baca celoteh ku ini...

Psssttt...entah kenapa tetiba terasa bahawa dunia aku sepi dan sunyi...

xoxo..rfa♡♥♡

Sunday, April 21, 2013

my besday...36thn

salam...

hari minggu camni...aku berada di Uitm..kampus seksyen 17 untuk belajar..jadi pelajar tua camni ler..

semalam..20hb april, 2013..adalah besday aku..yang ke 36thn..well dah tua dah (hurmm..tgk kat cermin..masih tak ada wrinkle..berkat air wuduk dan nutox..iklan sat!!)
Bersyukur kerana diberi peluang hidup dan menjalani kehidupan yang penuh dugaan...namun apa yang paling penting adalah kehadiran keluarga dan kawan kawan dalam memeriahkan hari besday aku. bukan sambutan yang aku inginkan, bukan hadiah yang aku inginkan..namun ingatan dan doa pada aku ..adalah yang paling utama..tq guyz...for being part of my life...very appreciate it...

Cik Pah dah  36 tahun, apakah  perubahan yang telah berlaku dalam hidup ?

pertamanya..aku berubah menjadi lebih baik sebelum ini..menjauhi dunia gelap aku dan yang paling penting...aku berusaha untuk menjadi seorang wanita yang solehah..insya allah..aku berdoa dan sujud pada Allah, agar pintu taubat masih terbuka untuk insan seperti aku dan aku berharap...dosaku di ampunkan oleh Nya

kedua...dalam dua tahun kebelakangan ini..aku banyak diuji, di duga dan yang paling kuat adalah di fitnah..namun itu semua menunjukkan Tuhan amat menyayangi aku kerana memberikan aku dugaan yang sebegitu. Aku dikutuk, dihina , dikeci namun aku menetapkan diri aku untuk bersabar kerana dengan kesabaran yang tinggi aku akan mendapat ganjaran yang tinggi dari Allah. Seperti seorang kawan baik aku...aku mendapat banyak pahala..apabila mereka mereka yag mengeji dan mengumpat aku....subhanallah...

ketiga.. dalam tahun ini..aku banyak mengalami sakit, terutamanya blood pressure, sakit tulang belakang, migrain sampai pengsan..dan sakit dada...mungkin kerana aku banyak menahan rasa marah dan stress akibat dugaan yang aku hadapi..

keempat..tahun ini..alhamdulillah..aku menemui cinta..walaupun aku belum tahu sama ada cinta itu akan berakhir dengan perkahwinan namun sehingga sekarang aku selesa dengan cinta aku..tak perlu berkejar untuk satu perkahwinan sekiranya perkahwinan itu hanya sementara..

semoga..aku diberi peluang oleh Allah..menjadi insan yang lebih baik, mendapat berkatNya, mendapat cintaNya, mendapat kasihNya dan yang penting..kehidupan bahagia yang aku harapkan bersama ahli keluarga dan kawan kawan...

pssstt...hadiah paling berharga adalah..ucapan kawan - kawan, kekasih hati...habibi..dan  seseorang dari Dubai...

xoxo..rfa...

Monday, April 15, 2013

Cerpen (kisah benar) : Demi cinta ini...

salam...

hari ini aku ingin berkongsi satu cerpen berdasarkan kisah benar..kisah seorang rakan  ...semoga ianya memberi hiburan pada pembaca - pembaca blog aku...

Suasana di Restoran Al Rafi agak bising namun itu semua tidak memberi apa apa tekanan pada aku untuk berdepan dengan Ady. Apabila dia datang menjemput aku di rumah, aku sudah bersedia dengan apa jua yang berlaku antara aku dan dia. Hubungan kami terpisah sejak beberapa bulan yang lalu tanpa aku ketahui kenapa dan mengapa. Cuma yang aku tahu…dia marah pada sikap aku yang terlalu demand tentang masa padahal aku sudah tahu dia bekerja dan memerlukan komitmen masa .
“Kenapa u tinggalkan i? Apa salah I sampai u tinggalkan I tanpa sebab..telefon tak angkat, sms tak balas, inbox tagged tak berjawab..apa sebenarnya yang berlaku?” Aku memulakan bicara. Kiri kanan aku, semuanya sedang menikmati makan malam sambil menonton siaran langsung perlawanan bola.
Ady masih mendiamkan diri. Lelaki didepan aku adalah lelaki yang aku cintai..sungguh! Aku terlalu gilerkan dia!
“Cakaplah sayang..” Aku merayu lagi setelah melihat Ady masih tersenyum.
“I jauhkan diri dari u kerana I takut..” Kata-katanya terhenti disitu..
“Takut apa?” Aku memintas kata-katanya.
“I takut seandainya I melukakan hati u, tidak dapat memberi sepenuh perhatian pada u , tidak dapat berjumpa dengan u dan I tak boleh ada bila u perlukan i..”
Apabila mendengar kata-katanya, hancur hati ku..serius..aku terluka..dan kelukaan ini adalah untuk sekian kalinya.
“Tapi u dah buat I terluka..now I’m hurting” Aku cuba mengawal perasaan aku..
Ady mengenggam tangan aku..cuba sedaya upaya memujuk aku..Kami bertentang mata..dan aku tahu..dia masih sayangkan aku..
“Sayang..jangan la macam ni..u boleh dapat lelaki yang lebih baik dari i..u deserve better person..” Pujuk Ady..
Aku menggelengkan kepala..
“No! It’s u yang I nak ..i bukan nak orang lain…OMG! U tau tak betapa menderitanya I ..kerana kehilangan u” Aku mula meninggikan suara.
Seketika baru aku perasan ada yang sedang memerhatikan gelagat kami. Aku peduli apa!
Ady tahu perasaan aku pada dia..dan aku mahukan segala persengketaan aku dengan dia berakhir malam ni jugak.
“I tak tahu kenapa I gilerkan u..i nak kat u..i tak peduli apa org lain cakap ataupun apa yang u fikirkan..remember tak..pada pertama kali kita bertemu..our first date kita..u yang declare hubungan kita..u yg cakap kita akan berusaha utk hubungan ini..but then..u hilangkan diri…! “ Aku berleter…memang aku nak luahkan segala-galanya malam ni
“I tau  dan I akui..i yang silap..tapi I tak nak buat u terluka dan I tak sangka selama ini u terluka…u tau tak I ni sapa? I kan suami orang…I ada isteri!” Jelas Ady..
“So what? Apa yang peduli dengan status u? U leh kawin 4 kan..dan I nak kita kawin..i sanggup bermadu demi cinta kita..”
Ady semakin kuat menggengam jari jemari ku.. terasa kasih sayang itu mengalir antara kami.
“I rela menderita demi u..! U tau tak..sejak i tau u merajuk dan marah pada i..i tak dapat nak terima hakikat itu..dan I cuba untuk menghubungi u..setiap malam I menangis kerana u…dan setiap malam I tgk picture u sambil menangis..” Aku mula sebak…ye..itulah yang terjadi beberapa bulan lalu. Tanpa aku sedari…air mata aku mengalir laju, tak mampu nak menahannya lagi. Ady hanya melihat aku menangis. Dia menghulurkan tisu kepada ku . Aku dah tak kisah dengan orang sekeliling..
“Sayang..tolong jangan menangis..i tak pandai nak pujuk”
Seketika..aku dan dia hanya mendiamkan diri. Aku lihat, Ady berfikir panjang..mungkin dia mahu katakan sesuatu..
“Apa yang I ada sampai u terlalu gilerkan I” Soal Ady, kehairanan..
Aku ketawa kecil..
“Sebab u tak de apa  apa lah..maka  I jatuh cinta pada u..i giler kan u..i angaukan u” Jelas aku .
Masa sudah menunjukkan jam 1130 malam. Aku hanya ada setengah jam lagi untuk aku menentukan hubungan aku dengan ady.
“So..apa keputusan u syg”
Ady melepaskan keluhan. Dia masih merenung wajahku..masih memandang pada ku..
“I tak nak lukakan hati u..i takut I x leh berikan komitment pada u”
Entah kenapa..hati aku membara..marah. Aku penat dengan kata-katanya.
“Oklah..fine..so I nak u lupakan I dan u jangan ganggu hidup I lagi” Bentak ku sambil berusaha untuk bangun.
Ady menahan aku dari terus bangun..
“U..jangan la macam ni…I sayang u.kalau i taknak hubungan ini..i tak cari u..i tak merindui u....”
Akhirnya kata-kata itu diucapkan juga..
“Syg..i sanggup jumpa isteri u!..i sanggup jelaskan pada dia bahawa u bukan lelaki yg curang tetapi I yang tergiler-gilerkan u dan I yang terlalu cintakan u..”
Ady hanya tersenyum.
Kami meninggalkan restoran itu..tanpa ada kata putus…sepanjang perjalanan ke kereta, ady tidak melepaskan tangannya dan sesekali dia memeluk bahuku.. seriously…aku tidak sanggup kehilangan dia..
Mungkin kerana perasaan rindu dan kasih itu terlalu mendalam, Ady tidak terus menghantar aku pulang..kami mengambil keputusan untuk pusing pusing area shah alam.
“Boleh tak bagi I peluang “ Tiba-tiba..Ady bersuara.
Aku terpana seketika. Aku memandang tepat pada wajahnya..
“Syg..peluang itu sentiasa ada untuk u dan i sentiasa menerima cinta u...syg”
“Tq sebab bagi I peluang..dan  I nak cuba untuk kali kedua…hubungan kita..i janji..i takkan luka kan hati u lagi..”
Akhirnya…Ady bersuara. Perkataan yang aku tunggu tunggukan ..ayat yang aku idam idamkan..akhirnya..aku menangis dalam pelukan dia..dan keretanya meluncur laju…
Terima kasih Ady kerana hadir dalam hidup ini...i love u ady...

psssttt..ok tak cerpen ini..para pembaca tolong bagi komen ye..
xoxo..rfa..



Wednesday, April 10, 2013

aku, habibi (AZ) dan cinta

salam...

rata-rata kekawan yang jadi kawan dalam facebook aku pasti akan tertanya tanya siapakah mr.AZ..dan kenapa dia sering aku sebutkan dalam setiap status aku..hmm...dia adalah buah hati aku sekarang...n yes..i'm inlove dengan dia...selepas aku berpisah dengan ex bf aku Disember 2012..inilah baru aku terbuka pintu hati untuk menuturkan kata-kata cinta pada seseorang

A.Z, aku kenali bulan Januari yang lalu...sebagai seorang sahabat di dalam BBM. Secara live aku dan dia bertemu, di dunia skype..sewaktu aku berada di Johor , menghadiri majlis pengembumian abang aku. Selama beberapa jam, aku dan dia skype..maka dari situ timbul rasa sayang..cuma masing masing hanya pendam saja. dan kebiasaan aku..sekiranya orang tu diam, x berterus terang maka aku akan menganggap ianya hanya kawan..

Sejak dari itu..aku mula menyenanginya dan dia memang seorang yang 'comel'...membuatkan aku terhibur. Namun , apabila BB aku ada masalah..aku terus hilang contact dia..bila format semula...semua contact tak de..dan kebetulan dia juga sedang ada masalah..so aku tidak berani untuk call dia kerana aku tidak tahu bagaimana untuk menenangkan dia. Akibat itu..aku kehilangan dia...

Pada awal bulan April...aku memberanikan diri whatsapp dia..dan ternyata dia masih seperti dulu dan dia perli aku kerana aku delete dia..padahal BB aku bermasalah. Kami berbual panjang dan akhirnya luahan rasa dan perasaan antara kami terjadi.. yes i do love u sayang..

Aku menerima dia seadanya..menerima segala kekurangan dan kelebihan dia..dia seorang yang sporting dan yang paling penting..dia seorang yang cukup menenangkan aku di kala aku sedih.

untuk habibi AZ.. terima kasih hadir dalam hidup saya...i love u sayang..semoga apa yang kita rancang direstui oleh semua pihak dan yang paling penting diberkati oleh Allah...




psssttt...Walaupun aku berusaha untuk tidak terjebak dlam permainan cinta namun aku tewas kerana rasa sayang itu hadir untuk habibi..


pic crdt to mr.google

xoxo...rfa

sakit itu penghapus dosa kecil

salam...

aku kembali ke dunia blog setelah beberapa lama tidak menulis di ruangan ini. Masa yang ada kebanyakkannya aku habiskan dengan berehat. Satu peristiwa telah berlaku pada ahad yang lepas membuatkan aku terpaksa mengambil MC selama 2 hari .

Pada Sabtu yang lepas, aku mula di serang migrain ..tetiba  kepala sebelah kanan terasa sakit. Normally sakit migrain ini akan hilang apabila mendapat tidur yang cukup namun walaupun sudah tidur dan rasanya ubat yang dimakan jugak sudah memadai..kesakitan itu tidak hilang. Akhirnya aku biarkan sakit itu dan hanya menahan  sahaja.

Pada Ahad.. aku gagahi juga untuk ke Uitm, Seksyen 17 untuk menghadiri kelas dan kuiz..namun sehingga ke tengahri sakit masih terasa dan kali ini beserta dengan keadaan badan aku yang lemah. Mungkin kerana aku menahan kesakitan di kepala. Aku makan tenghari bersama kawan kawan sekelas dan selesai makan aku mengambil keputusan untuk balik tanpa menghadiri kelas sesi petang. Sampai saja di rumah, lebih kurang pukul 2 petang, solat , aku makan ubat panadol dan aku tidur.. ternyata tidurku itu adalah salah satu keadaan aku pengsan kerana selama lebih kurang 15 jam aku tidak sedarkan diri sampai ke pukul 530 pagi Isnin. Keadaan semakin teruk kerana aku  berada dalam keadaan sakit dan perut kosong...dan ternyata aku langsung tidak rasa lapar cuma kering tekak sahaja..

Pagi Isnin, Lady boss belikan aku sarapan dan apa yang terjadi, aku muntah...mungkin perut kosong makan angin menolak semula segala makanan aku. Sepanjang hari tu, aku hanya baring dan tubuh ku lesu tanpa ada makanan yng boleh aku telan. Petangnya..aku dibawa ke klinik oleh Ladyboss dan ternyata bacaan tekanan darah tinggi aku 180 / 100 ( MANUAL) dan 159/100(Digital) . Menurut doktor..migrain adalah punca tekanan darah aku naik...mungkin jugak..maka doc beri aku MC 2 hari dan aku perlu banyak berehat.

Terima kasih yang tak terhingga untuk Ladyboss kerana sentiasa ada disisi aku,
Terimas kasih untuk habibi adielzainal yang sentiasa menceriakan aku saat aku sakit..luv u ..
terima kasih untuk kekawan yang tahu keadaan aku...dan sentiasa bertanya khabar...u all the best..


xoxo...rfa
pic crdt mr.google

Tuesday, April 2, 2013

Sayu

salam...

mungkin tajuknya agak pendek namun ianya menggambarkan perasaaan aku sekarang. yes...aku sayu sgt sgt..mungkin penangan citer ADAM DAN HAWA.. walaupun kisah itu sudah berkurun hbsnya dan aku sebenarnya sudah membaca kisah novel itu sebelum drama itu di tayangkan. Namun ianya cukup berkesan di hati.

di saat aku merasakan betapa aku tidak memiliki sesiapa ..aku rasakan bahawa alangkah beruntungnya seorang wanita sekiranya mendapat seorang lelaki yang baik dan romantik..dan yang sanggup buat apa saja untuk kita. namun itu hanyalah angan angan sahaja dan mungkin sukar untuk memilikinya...entah lah..

hari ini..hati aku sayu sangat sangat..dan saat seperti ini aku memerlukan seorang lelaki untuk mendengar rintihan aku..kesayuan hati aku..yang jadi mangsa..hahaha..mr.malik..Aku bersms dengan dia sampai dia dah speechless untuk jawab soalan aku..nasib la dia faham jiwa aku dan sebabkan dia dah matang..maka dia hanya melayan kerenah aku. Tq dear, sb sudi layan kerenah i..kalau tak..mau badmood satu hari..

untuk tahun 2013..sehingga ke bulan mac..aku hanya berani keluar untuk bertemu dengan mr. malik..dan i'm really comfortable dengan dia ..

"Ya Allah..kuatkanlah hati aku menerima segala kesedihan ini..berikanlah aku petunjukMu agar tiada duka di hati ini...aminn"


xoxo..rfa...
crdt to cik google

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....