Friday, March 23, 2018

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung


sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia..omg..mengalir airmata melihatnya sb sepatutnya aku yang membelikan selipar tu dan melihat dia melangkah..memulakan langkah pertama nya. I missed that moment...Allahu.

Banyak perkara yang berlaku dalam tempoh beberapa bulan ni...n aku merasakan aku banyak berhutang dengan fayyadh. Aku x ada disisi dia tatkala dia perlukan pelukan mommynya. waktu dia sakit..waktu dia rindukan aku dan waktu aku rindukan dia.

kalaulah aku dapat describe perasaan rindu aku pada fayyadh..ibarat lautan tak ada tepian..dan tak ada penghujung..dan aku rasa air mata kerinduan pada fayyadh kalau dikumpulkan dah satu baldi kot..hahaha...

seringkali aku berbisik dihati.."fayyadh..mommy minta maaf sebab tak dapat menjaga fayyadh buat masa sekarang"..

dan aku sangat sangat berharap bahawa dia akan mengerti kenapa aku tidak ada disisinya. Segala yang berlaku ada sebab musabab..Allah telah merancang segalanya dan aku, fayyadh..adalah insan - insan terpilih untuk menerima ujian dari Allah..semoga dengan kesabaran yang aku pegang ini akan memberikan aku dan fayyadh nikmat yang tak terhingga nanti..insya allah..





selipar pertama fayyadh..mommy x sabar nak balik n tgk fayyadh melangkah depan  mommy..


p/s: mama ceritakan bahawa fayyadh sekarang makin manja dan makin cerdik..Allahu..mommy selalu doakan fayyadh dilimpahi kasih sayang yang tidak bertepi dari tokma, ibu, ciklong,kak aisyah dan saudara yang lain..

Tuesday, March 20, 2018

Kuatkah aku?


salam,

semalam pergi ke hospital shah alam..(dah jadi rumah kedua ) bermula di awal pagi..urusan aku di kaunter pendaftaran, kaunter klinik pakar , urusan ambik darah, check INR darah..segalanya mudah dan dipermudahkan dan urusan bertemu dengan doctor juga dipermudahkan. cepat dan berjalan lancar. Memang perangai aku ..segalanya harus di rancang..even nak book grab car pun kena ada plan ..alhamdullilah.

melihat kepada bacaan INR aku, darah berada dalam keadaan normal which is julat 2-3 adalah normal (x pekat dan x cair).

begitulah rutin aku selama beberapa bulan lagi.. dan kadang aku terfikir..kuatkah aku hadapi semua ini? sokongan yang paling besar aku dapat adalah dari keluarga ku.. mereka terutama MAMA adalah kekuatan aku selain fayyadh.

Kalau aku rasakan bahawa aku dah diduga dengan dugaan yang besar..ada lagi hamba Allah yang diduga dengan ujian yang lagi besar. Apa pun aku bersyukur..saat aku begini..hati aku tidak berpaling dari Allah. Aku semakin mahu mendekati Allah dan hanya Allah satu-satunya yang sentiasa ada disisi aku dikala aku sedih dan bahagia. Tidak sesaat pun aku lupa ttg Allah dan kekuasaanNYA.

Semua melihat aku sebagai seorang yang happy, namun jauh di sudut hati..aku sedang struggle menghadapi ujian Allah. Airmata salah satu teman yang ada dengan aku. Airmata jugalah saksi bisu yang melihat aku merintih dan menangis tatkala bila hati mula rapuh dan sayu , menghadap Allah dan berbicara dengan Allah.

semoga...dengan apa yang aku hadapi..Allah akan berikan nikmat yang tidak terhingga padaku dan anakku. ...


p/s:  masih terbayang wajah fayyadh tatkala di lahirkan.. siapa sangka..mommy mampu melahirkan seorang anak yang diharapkan dapat menjadi seorang insan yang baik..menjadi hamba Allah yang taat, baik dan soleh...insya allah . walaupun mommy jauh..doa mommy pada fayyadh tak pernah lekang dari bibir...fayyadh adalah kekuatan mommy...



Thursday, March 15, 2018

Ujian di awal tahun 2018


Assalamualaikum

rasanya inilah first entry untuk tahun 2018 . Memang x de masa langsung untuk menulis kat blog ini..lantaran dugaan yang muncul di awal tahun 2018. Sekarang dah boleh bernafas sikit..maka aku ambik masa di awal pagi untuk menulis disini.

Tahun 2018..awal awal lagi dah menunjukkan garangnya pada aku.. langsung x friendly. aku diduga dengan dugaan sakit . mesti korang akan cakap..standardlah sakit..yessss...tahun 2017 aku bersalin dan luka czer aku terbuka selama hampir 60  hari ..tapi itu luka yang nyata namun tahun 2018..aku disahkan mengalami masalah darah  beku yang berlaku di kaki  (DVT)  dan  darah beku di paru - paru  (PE) ..Menurut doctor yang merawat aku..sekiranya aku lambat mendapatkan rawatan..kebarangkalian darah beku di paru paru akan memasuki jantung dan akibat itu aku akan mendapat STROKE...wooooo...terpana seketika bila mendengar kata kata yang keluar dari mulut doctor. Too young untuk kena stroke..masa tu aku terus teringatkan fayyadh.. siapa yang nak jaga fayyadh..? sempatkah aku nak tgk fayyadh membesar ? Seriusly aku  menghargai peluang kedua yang Allah berikan ini. Semasa beberapa hari di wad, hospital shah alam..perkara yang paling memeritkan hati aku adalah  berpisah sementara dengan fayyadh. Berpisah dengan suami tu leh kawal lagi..hahaha..

selepas keluar wad..mama decide untuk ambil fayyadh bawak balik kampong kerana keadaan aku yang masih tidak stabil. Aku tidak tahu sama ada keputusan aku ini betul atau tidak tapi ini semua untuk kebaikan fayyadh.. bukan kami tak mampu nak jaga fayyadh tapi keadaan aku menyebabkan aku perlu focus untuk stabilkan keadaan kesihatan aku. Maka awal bulan 1..fayyadh dibawa balik ke kampong. Subhanallah..rasanya itulah perkara yang membuatkan jiwa aku hilang separuh. Aku hilang rasa gembira..hilang rasa teruja..yang tinggal adalah rasa sayu, sedih dan perit kerana merindu anakanda kesayangan. Seriusly aku hampir gila dan melihat gambar fayyadh..pasti airmata tumpah dek kerana kerinduan yang teramat sangat.

namun kini..dah hampir 3bulan fayyadh berada di kampong..happy duk dengan tokma malah menjadi cucu manja tokma..aku makin redha. Itu adalah yang terbaik untuk fayyadh. Dia berada dalam kalangan keluarga yang tidak sedikit pun kurang kasih sayang bahkan atuk dia juga sering mengunjungi dia..

tentang penyakitku..selama 6 bulan aku kena on ubat WARFARIN dan sehingga ke hari ini darah masih juga tidak stabil..bacaan INR (menguji kepekatan/kecairan darah ) tidak cantik sampaikan doctor arahkan untuk naikkan dose..hmm aku terima apa saja..janji aku tidak perlu  masuk wad. kadang pernah terfikir..apabila hendak tidur..adakah besoknya aku akan bangun dan diberi peluang untuk hidup? Ini adalah kerana doctor sendiri pernah memberi tahu bahawa keadaan aku boleh membawa kepada 'sudden death'...

semoga hari hari di tahun 2018 akan memberikan aku kekuatan menghadapi dugaan demi dugaan . Ujian ini adalah tanda kasih sayang Allah padaku..dan andainya inilah perkara yang membolehkan segala dosa aku diampunkan..maka aku menerima dengan hati yang terbuka dan REDHA.

Kita hanyalah hamba Allah. Tak perlu nak hidup bertongkat langit..berlagak bahawa semua yang ada adalah milik kita sedangkan kita ni hidup didunia ini pun atas ehsan Allah dan apa yang diberikan oleh Allah adalah satu pinjaman. Satu ketika nanti...bila Allah menarik semua nikmat yang DIA berikan dan DIA pinjamkan..maka kita x ada apa apa dan kita x akan jadi sesiapa kecuali hamba Allah....

oklah..time to work..selesai breakfast sambil menaip..hehehe...

Monday, June 19, 2017

Kerinduan seorang anak

Salam ramadan...
Aku mmg jarang berceloteh di blog ini apatah lagi sekarang perlu perhatian pada anakanda tersyg...baby fayyadh.
Cerita aku kali ini pastinya ttg arwah ayah..entah kenapa ramadan kali ini ingatan terhadap arwah ayah kuat sgt apatah lagi selepas aku bersalin...xdpt dia nak tatap cucu lelaki dia.
Ayah yg aku kenal..seorg yg cukup tegas, garang, which is sedikit sebanyak perangai dia ada dlm diri aku.
Ayah,
Alangkah bahagianya kalau ayah masih ada...sambut ramadan bersama..siapkan makanan kegemaran ayah..gulai lemak kuning ikan tenggiri dan air minuman kegemarannya , nescafe panas yg kaw dan yg manis. Masih terbayang wajah ayah..ya allah rindunya...
Ayah,
Andainya ayah masih ada...pasti masalah yg timbul tidak akan berpanjangan. Anak lelaki ayah ada 3..abg din...juga turut menjejaki langkahmu..abang man...satu satunya abg yg tinggal dan adik bongsu yg sedang membina karier dia. Masalah disini adalah abang man...dia anak kesayangan ayah..bahkan disebabkan terlalu dimanjai oleh ayah...maka kesannya berlaku sekarang. Apa pun abg man sudah tidak mampu menjadi abg pada kami adik adik. Sepatutnya abg man yg menjadi tempat rujuk..sebagai abg..dia sepatutnya menyatukan keluarga..pemberi semangat ...namun hidupnya dlm kegelapan dan dia akan terus gelap. Sayu bila dia semakin hilang dlm dunia keluarga ayah..dalam hati dia...kami semua sudah xberguna pada dia...
Ayah,
Rindunya pada ayah tak tertanggung..semakin rasa rindu tu dtg..semakin sakit dihati mencengkam rasa kerana terlalu banyak perkara yg ingin dikongsi..namun Allah lebih sygkan ayah...dan sememangnya ayah milik allah...xboleh dipertikaikan.
Ayah,
Kini anakanda dh berkahwin dan alhamdullilah suami dan keluarga mertua baik baik semuanya. Syukur kerana dpt berkongsi kasih pada ayah mertua..semoga dpt berbakti kepadanya...insya allah.
Ayah,
Damailah disana. Tiada doa yg anakanda titipkan selain semoga allah ampunkan segala dosa dosa ayah dan semoga ayah berada dikalangan org org beriman...aminnn





Thursday, April 13, 2017

Demi anakanda tersayang...

Assalamualaikum...
Rasanya ramai yg sudah tahu ttg berita aku selamat bersalin. Alhamdullilah...aku selamat bersalin anak lelaki pada 30.3.2017. Walaupun aku berharap sgt baby boy aku ni lahir dalam bulan kelahiran aku namun siapa kita utk melawan kuasa Allah...
Sudah hampir 2 minggu aku berpantang..dan baru sekarang aku berpeluang untuk update kisah ini. Percaya x..sewaktu aku menaip kisah ni...jam kul 12.55tghmalam..yes...my baby boy berjaga malam so rutin tido aku juga sudah berubah.
Aku nak bercerita ttg pengalaman bersalin which is..aku x pernah sangka aku berpeluang untuk merasai saat saat bersalin...
Pada 27.3.2017...selepas melayan tv...aku plan utk mandi namun sewaktu aku bangun nak ke toilet...tiba tiba...ada rasa air keluar laju melalui peha. Aku segera ke toilet namun x sempat masuk toilet...air tersebut makin banyak keluar. Aku panggil en suami dan maklumkan ttg perkara ni...dan aku sempat call adik aku utk sahkan air itu air ketuban. Masa tu kandungan aku 36minggu..ngam ngam 9 bulan. En suami dah panik...tapi aku still rilex. Sempat lagi mandi ...kemudian kami bergegas ke hospital shah alam..terus ke PAC. Bermula dari kul 1230 tghmalam..aku berada di PAC sampailah kul 7 petang ke esokkannya..barulah aku dpt masuk wad. Memang aku akui..ramai ibu ibu nak bersalin.
Pada 29hb...seawal jam 630 pagi...sesi check laluan dijalankan oleh doktor. Masa kena seluk tu..x berapa sakit dan air ketuban aku still leaking. Bila doktor ckp..laluan terbuka 2 cm..aku just..hmm ok...then dr masukkan ubat pertama. Yang kelakar..aku xrasa sakit apa apa. Kemudian...sebelah petang..doktor masukkan ubat kedua...yg ni memang terasa sakit but still boleh gelak gelak...dan malamnya bila dicheck laluan lagi sekali...bukaan adalah 3 cm. Aku mula rasa takut but still boleh control.
Pada 30.3. Doktor maklumkan yg aku kena bersiap sedia sekiranya labour room ada kosong ...so aku ingt benda tu lambat lagi...aku sempat request ngn en suami...nak makan nasi ayam azira...dan semasa dia dtg bawa nasi ayam tu...aku diberitahu perlu ke labour room..aduhai mujurlah sempat juga jamah nasi ayam walaupun dlm keadaan tergesa gesa..
Di labour room...aku di tanya ttg suntikan epidural dan aku terpaksa juga mengambilnya kerana tekanan darah aku tidak cantik..dan sekiranya sakit terlampau..akan memberi  kesan pada aku...en suami juga bersetuju. Ubat terakhir dimasukkan selepas pakar bius suntik epidural..dan bermula dari 3 petang sampailah 12tghmalam...aku merasai tekanan dan kesakitan yg melampau. Epidural tidak banyak membantu aku kerana aku masih merasa sakit. Sepanjang masa tersebut..aku mengalami komplikasi tekanan darah tinggi dan denyutan jantung yg tidak normal serta aku mengalami sesak nafas yg teruk. Akhirnya selepas di check laluan ..dan masih tidak ada progress...dr decide utk emergency czer. Dlm hati..aku rasakan bahawa czer itu sepatutnya dibuat awal lagi.
Dan akhirnya tepat 3.46 pagi...lahirlah baby boy dan aku sendiri mcm x percaya bila melihat dia...anak yg aku kandungkan..yg aku selalu berbicara...yg aku rasa tendangannya dan yg merasai setiap perasaan yg aku rasai.
Aku terpaksa berehat selama 6 jam tanpa bergerak dan selepas itu aku diberitahu...baby boy aku terpaksa ditahan di NICU untuk pemantauan kerana aku gdm on insulin. Aku redha...janji  anak aku selamat. Dan pada 1.4 2017..aku dan baby boy dapat discaj..walaupun baby boy ada kuning sikit..so kena follow up kat klinik kesihatan seksyen 7.
Pengalaman yg x ternilai dan amat berharga kerana aku mempertaruhkan nyawa aku demi baby boy aku...
Untuk en suami yg sentiasa sabar melayan kerenah aku...fayyadh adalah  hadiah syg utk abg..untuk famili dan famili mertua...terima kasih kerana memberi sokongan dan doa......terima kasih juga untuk kawan kawan yg mendoakan aku...

tunjuk lengan sado je la...hehehe...



Monday, January 16, 2017

my 3rd trimester

Salam,


Dua tiga hari lagi , aku akan masuk fasa ketiga pregnant. 27 minggu dan ke atas..Rasa berdebar makin dirasai sebab bila masuk fasa ketiga..bermakna kena readylah untuk bersalin. Ramai pulak yang di bagi amaran takut bersalin awal..masuk 7 bulan..tapi aku hari hari bercakap dengan adik baby..supaya keluar dengan sama tarikh besday aku.. 20.4. (due adik baby 19.4).

Setakat ni..aku masih ok..cuma muka makin berubah..kaki makin bengkak..mujurlah selera makan tak berubah..masih maintain..mungkin aku dah setting dlm fikiran aku..bahawa aku harus jaga makan. sesekali bila teringin nak makan benda manis saja..aku makan la jugak..ambik rasa. Nasi memang sekali sehari ... 1/4 sahaja.. beserta sayur hijau .
bila cerita pasal makanan..walaupun dah melepasi 6 bulan, aku masih lagi teringin nak makan macam macam..dan insya allah..aku akan balik ke Kelantan pada 20 - 24hb untuk kenduri doa selamat ...so aku dah demand mcm mcm dengan mama.. tak sabar nak makan ubi rebus, gulai kuning keladi campur udang..(sambil menaip sambil menahan rasa..kecur air liur..), yang pasti..xnak orang lain buat kecuali mama..hahah diva betul..

Barang baby pun banyak yang sedia ada. aku x membeli secara besar besaran kerana aku hanya gunapakai baju dan barangan baby milik anak buah aku..si uwais. boleh save bajet..lagipun baby cepat besar..so kalau nak beli..tunggu  nanti dia besar...hehehe..


semoga aku berjaya mengharungi 3rd trimester ni dengan jayanya.


pssttt... daddy adik baby dah excited beli baju baby..setiap kali ke giant, tesco..kalau dia hilang..mesti ada kat area barangan baby..hahaha...


xoxo
rfa

Wednesday, December 7, 2016

surat untuk kau...

Assalamualaikum...
 
Aku dikejutkan dengan berita bahawa kau berpoligami. Macam x percaya saja..bila berita itu sampai ditelinga aku.. aku membayangkan siapakah perempuan malang yang akan dikikis oleh kau seperti mana kau mengikis duit bini kau sebelum ini.. dan siapakah perempuan yang bodoh itu yang sanggup menangung hidup kau ..ibarat menanggung biawak hidup..at least..biawak ni kalau dah x berguna boleh juga jual kat orang...dapat juga duit..tapi aku x salahkan perempuan tu sebab dia tertipu dengan kau ..dia tidak tahu bahawa kau bukannya lelaki baik..
 
Jantan macam ni..jantan dayus...jantan x guna.Aku bukannya penentang poligami kerana kita sekeluarga tahu ..kita dari keluarga poligami, X pernah melarang untuk berpoligami tapi biarlah betul dengan syariat islam..tanya diri tu dulu..mampu ke nak kawin lagi satu..mampu ke nak jalankan tanggungjawab seorang suami..mampu ke jadi imam pada isteri dan anak anak? mampu ke tanggung isteri dan anak anak. Hari ni boleh la lepas dengan apa yang telah dibuat..akhirat nanti..menjawablah dengan Allah. Sekarang memang isteri tua x tahu..tapi satu hari nanti...Allah Maha Berkuasa...
Bercakap seolah olah menongkat langit...menipu sana sini, minta duit dengan anak yatim..biadap ..kurang ajar.. semuanya ada pada jantan x guna ni...semua orang tahu sikap kau yang sebenarnya..bau bangkai x boleh nak ditutup..akhirnya keluar juga bau tu..hahaha..
kenapa aku nak sibukkan tentang kau ? mesti itu yang ditanya..kerana dalam darah kau ada darah aku dan dalam darah aku ada darah kau..kita sedarah..dan rasa kasih dan sayang aku pada kau lah..membuatkan aku ambik  apa yang berlaku dan kalaulah pemilik darah yng mengalir dalam diri kita ini masih hidup..dia pasti menangis melihat kejahilan kau..
aku kesian dekat kau..kerana kau bukan saja kepapaan di dunia namun kau juga kepapaan harta akhirat. Umur kau dah setengah abad..namun kau masih lagi hidup nak menongkat langit. Kau abaikan tanggungjawab kau dan kau sendiri yang nak memutuskan tali darah kita...
tidak pernah sekali pun aku tertinggal berdoa untuk kau dan seluruh keluarga agar diberkati dan dilindungi oleh Allah di setiap solat aku..ye..aku pun bukan baik tapi manusia berubah bila usia meningkat tapi kau..semakin kau tua..semakin kau lupa diri. ..dan kini doa aku pada kau..agar Allah memberikan balasan yang setimpal pada kau kerana penganiayaan yang telah kau buat..Aku maafkan kau dunia akhirat kerana aku nak Allah yang memberi pengadilan atas apa yang kau buat. Kalau kau terselamat di dunia..belum tentu kau akan selamat di akhirat kerana masa tu..bukan suara kau yang penuh dengan penipuan itu yang akan keluar namun anggota badan kau yang akan berkata kata..
 
kau rasa kau hebat kan...bahkan kau bangga mengatakan bahawa semua orang sayang dan ambik berat pasal kau..tapi kini ternyata..kau silap kerana sekali saja kau putuskan tali darah ini..maka Allah mula membuka semua yg tertutup.. kau ingat kau Tuhan ke?
 
aku masih boleh simpan rasa hormat kat  kau walaupun  kau mula mengeluarkan kata kata ugutan pada aku..kau kata..jgn sampai kau marah..dan benci aku.. !! kalau kau marah dan benci aku..apa yg kau dapat? apa yang aku dapat..aku tetap aku..tapi sehingga ke hari ni bila aku dapat kesahihan ttg kisah poligami itu..maka hormatku hilang...langsung hilang..kerana selama ni aku fikir kau akan berubah...
 
namun aku maafkan kau dunia akhirat..kerana aku xnak kau tersiksa ..aku berharap Allah membalas apa yang kau dah buat..dan memberi hukuman yang setimpal..dengan apa yang kau dah buat..aku juga mengambil keputusan untuk "melihat drama swasta hidup kau"..sambil makan pizza...hahahahahaa
 
 
seandainya satu hari nanti ..kau berada ditepi jalan ..merempat pun..pasti aku akan hulurkan duit kat kau kerana aku kesian..dan andainya masa tu kau rasa kau nak mengaku aku ni saudara kau..satu soalan yang aku nak Tanya kau.."Kita ni sedara ke?...
 
sekian..wassalam..
 
 
 

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....