Friday, March 23, 2018

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung


sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia..omg..mengalir airmata melihatnya sb sepatutnya aku yang membelikan selipar tu dan melihat dia melangkah..memulakan langkah pertama nya. I missed that moment...Allahu.

Banyak perkara yang berlaku dalam tempoh beberapa bulan ni...n aku merasakan aku banyak berhutang dengan fayyadh. Aku x ada disisi dia tatkala dia perlukan pelukan mommynya. waktu dia sakit..waktu dia rindukan aku dan waktu aku rindukan dia.

kalaulah aku dapat describe perasaan rindu aku pada fayyadh..ibarat lautan tak ada tepian..dan tak ada penghujung..dan aku rasa air mata kerinduan pada fayyadh kalau dikumpulkan dah satu baldi kot..hahaha...

seringkali aku berbisik dihati.."fayyadh..mommy minta maaf sebab tak dapat menjaga fayyadh buat masa sekarang"..

dan aku sangat sangat berharap bahawa dia akan mengerti kenapa aku tidak ada disisinya. Segala yang berlaku ada sebab musabab..Allah telah merancang segalanya dan aku, fayyadh..adalah insan - insan terpilih untuk menerima ujian dari Allah..semoga dengan kesabaran yang aku pegang ini akan memberikan aku dan fayyadh nikmat yang tak terhingga nanti..insya allah..





selipar pertama fayyadh..mommy x sabar nak balik n tgk fayyadh melangkah depan  mommy..


p/s: mama ceritakan bahawa fayyadh sekarang makin manja dan makin cerdik..Allahu..mommy selalu doakan fayyadh dilimpahi kasih sayang yang tidak bertepi dari tokma, ibu, ciklong,kak aisyah dan saudara yang lain..

5 comments:

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....