Thursday, April 26, 2012

kesan yang baru nampak

salam khamis...

semalaman aku tak dapat tidur dengan lena disebabkan betis aku yang sakit, sengal , kebas dan lenguh...serta ngilu. Ini gara-gara jatuh tangga semasa mengangkat dokumen ...baru nampak kesannya dan sakit. Disebabkan kesakitan itu, maka aku terpaksa tahan sakit yang berpanjangan..hmm..ada yang suruh aku mengurut, ada yang suruh aku g x-ray, mcm mcm suggestion sampai aku tak tahu nak ikut yang mana

note: setiap tahun aku mesti ada kaitan dengan jatuh..tahun lepas jatuh dalam bilik air..tahun ni jatuh tangga..nasib le...

Wednesday, April 25, 2012

movie: bunohan...yang tersirat dan tersurat..

salam..

aku berpeluang menonton satu filem karya Dain Said ..Bunohan. Apa yang membuatkan aku teruja melihat cerita ini adalah kerana ianya adalah versi kelantan sepenuhnya.Namun walaupun aku orang kelantan, pernah dengar 'bunohan' tapi tak pernah pergi pun..hahaha...

secara keseluruhannya..aku berpuas hati dengan jalan ceritanya dan apa yang menarik adalah yang tersirat itu akhirnya dapat di ketahui apabila di hujung ceritanya. Apabila melihat filem ini, teringat filem filem seperti 'jogho' ( yang versi kelantan) . Unsur-unsur yang ada dalam filem ini sebenarnya merupakan perkara sebenar yang berlaku di sekeliling kita.. bukan saja berlaku di kelantan. Meletakkan tanah dan kick boxing sebagai satu tema yang kuat..berjaya menarik perhatian..apatah lagi tanah dan kick boxing adalah sesuatu yang di kaitkan dengan orang kelantan.

Gabungan pelakon lama dan baru membuatkan cerita ini lebih terkesan. Aku suka mendengar Bront Palarae, Faizal Hussein, Zahiril Adzim bercakap dalam loghat kelantan. Aku salah seorang peminat Bront Palarae dan Faizal Hussein merasakan mereka berdua ada chemistry bila berlakon.
Apabila semua orang berbalah , bergaduh, saling berbunuh bunuhan..yang untung adalah 'Bakar' dan 'Jolok'...kerana mereka ibarat duri dalam daging... dan paling keji bila sanggup membunuh ayah sendiri kerana tanah...

 Tahniah kepada DAIN SAID kerana mengarah sebuah filem yang baik dan penuh dengan unsur unsur kemanusian. 

Ini hanyalah pandangan aku adalah sebagai seorang peminat filem dan mungkin orang lain mempunyai pandangan yang lain...berbeza. Sebuah filem yang perlu duduk, tgk, fikir, nilai dan akhirnya barulah yang tersirat itu dapat di mengertikan...



















note: mata tak lepas dok tgk Bront Palarae..hmmm sukanya bila dia cakap loghat kelantan siam....hmmm....(ikon lop lop)..hahahhaa

image kredit to (galaxieblog.com) ...

lagu mengusik jiwa...

I love the way it feels when you touch my hand
Don't wanna let you go
I love the way you say that I am yours
Don't understand why we can't go on and go on
Don't understand why
You don't belong in my arms

Ohh

And even if I cried a thousand tears tonight 

Would you come back to me

And even if I walked on the water
Would you come out to sea
Now I can't spend my life standing by
Cause even when I miss you
You're still not missing me

It's funny how my heart just won't let it go

I just don't understand

It's crazy how the pain seems to overflow
The memories of you here with me by my side
I can't deny that you are the love of my life

Ohh

And even if I cried a thousand tears tonight 

Would you come back to me

And even if I walked on the water
Would you come out to sea
Now I can't spend my life standing by
Cause even when I miss you
You're still not missing me

And I still cry for you

And I would die for you

I can't believe all the words I heard you say
And I still long for you
And I was strong for you
I can't believe that you'd throw it all away

I still cry for you

I would die for you

I can't believe all the words I heard you say
I still long for you
I was strong for you
I can't believe that you'd throw it all away

And even if I cried a thousand tears tonight 

Would you come back to me

And even if I walked on the water
Would you come out to sea
Now I can't spend my life standing by
Cause even when I miss you
You're still not missing me

I still cry for you

I would die for you

I can't believe all the words I heard you say
I still long for you
I was strong for you
I can't believe that you'd throw it all away

Now I can't spend my life standing by

Cause even when I miss you

You're still not missing me








note: bila dengar lagu ni..betapa aku mengerti bahawa...aku tidak pernah merelakan dirinya dari hati ini...dan aku tahu ianya sentiasa berada jauh di sudut hati kecil ku..

Tuesday, April 24, 2012

masalah....kenapa la muncul disaat aku stresss!!

salam..

pagi ni aku curi masa untuk menulis sekejap. sejak 2 minggu yang lepas aku rasa badan dan minda aku tak berfungsi dengan betul dan aku rasa letih sangat . Mungkin disebabkan kerja dan kelas...membuatkan aku rasa terlalu letih. pernah gak merungut ngan mama..sekali aku lak yang kena ..."dah nak belajar kan..letih ke tidak kena hadap la" ayat ayat cinta mama aku...hahaha...anak mama ini kuat la ( cewahh)

berulang kali berdepan dengan masalah yang sama dan berulangkali berusaha untuk melarikan diri dari masalah. memang masalah tak boleh di biarkan camtu je tapi entah kenapa masalah yang aku hadapi ini..aku malas nak berdepan.. letih kerana masalah ini adalah masalah 3 tahun yang lepas...dan kini aku kena berdepan semula...mengeluh pun tak guna kan..hahahah hadap je la..Rasa macam nak menjerit sekuat-kuat hati...

oklah..nak start wat keje...nanti sambung lagi..semoga 'masalah' itu tidak mengacau aku sekarang....adios

Monday, April 23, 2012

suka lelaki berumur...

salam..

selepas berhempas pulas menyiapkan kerja..tepat kul 5 petang..siap jugak kerja aku..yeayyy!! so aku ada masa sikit nak update blog ( mcm la kat rumah tu tak sempat)...

hari ini, aku menerima panggilan jauh setiap satu jam..daddy di Dubai asyik call je..hmm padahal perbualan banyak berkisahkan kerja, suasana di dubai la..and so on.. bila aku tanya kenapa ni daddy..call ? dia cakap dia rindu...aku hanya mampu mengeluh. jarak jauh kan..kena la accept. Perkara yang paling buat aku gelak bila dia nak aku kesana...well...nak kesana tu bukannya tak boleh tapi aku ada tanggungjawab kat sini, keje, kelas...semua tu kena arrange ngan baik. akhirnya aku biarkan je dia dengan perangai dia.  At least aku tak stress bila dengar suaranya...pastinya sudah ada rasa kasih dan sayang antara kami..(cewah)...


Apabila bercerita tentang lelaki berumur..aku suka menggelarkan kawan kawan yang berumur 40 ke atas dengan panggilan 'Daddy' . Sejak dari dulu lagi, aku suka panggil nama sebegitu. Lebih mesra...hahahaha
Sebab kenapa aku suka lelaki yang berumur...kerana sikap slow and steady, caring, selalu ambil berat pada aku dan yang paling penting lelaki berumur matang dalam membuat keputusan.


bila le dapat g Dubai..(berangan dulu)


note: yang penting aku happy dan yang penting mereka tidak memeningkan kepala seperti mana lelaki muda yang jenis tak sabar...(x semua ler)

Sunday, April 22, 2012

isu PTPTN: belajarlah menghargai sesuatu...

salam...

seminggu penuh dengan drama..audit dalaman dan kerja di pejabat, membuatkan aku tidak mempunyai masa yang berkuaiti untuk mengadap laptop dan update blog. rasanya ada satu isu yang ingin aku berikan pandangan kerana ianya melibatkan orang seperti aku..sebagai pelajar.

Isu PTPTN adalah sesuatu yang agak mengejutkan apatah lagi ada beberapa rakan blog yang membincangkannya...namun disini pandangan yang ingin aku luahkan adalah dari kacamata aku sebagai pelajar dan aku seharusnya mempertahankannya walau apa pun yang berlaku.

umumnya sudah mengetahu bahawa PTPTN adalah satu tabung yang memberikan pinjaman pengajian kepada pelajar yang berjaya masuk ke IPTA dan IPTS..dan aku adalah salah seorang yang memohon untuk mendapatkan pinjaman itu. Kenapa aku perlu kan pinjaman pengajian itu? kerana aku mendapat tawaran untuk sambung pengajian di Uitm secara epjj....ok...itu pasal aku ler..tapi yang aku tak faham bagi mereka yang memperjuangkan sesuatu untuk memansuhkan PTPTN. Kenapa harus begitu..sedangkan itu adalah kemudahan yang sepatutnya di hargai yang telah di berikan oleh kerajaan?  Seingat aku , waktu zaman susah..nak belajar melanjutkan pelajaran ke universiti, ibu bapa sangggup bergolak bergadai untuk memberikan segala kemudahan yang diperlukan oleh si anak..tapi yang pasti..ok..aku cakap yang pasti anak yang di taja hasil gadaian tanah mak bapak..berjaya dalam pengajiannya...itu yang pasti k..

apabila PTPTN  diperkenalkan..adik aku , salmee..merupakan salah seorang pelajar yang mendapat pinjaman tersebut. Syukur tak terhingga kerana, waktu adik aku masuk Uitm..mama bergelar ibu tunggal dan masih banyak tanggungan yang perlu di fikirkan. Oleh yang demikian, dengan duit PTPTN, mama sudah tidak risau ttg pengajian adik aku , dan sudah tentu adik aku, berjaya menunaikan harapan mama untuk melihat anak-anaknya berjaya dalam pengajian. Senario yang berlaku sekarang...berbeza sangat. Pelajar yang mendapat duit pinjaman PTPTN , sekarang ...selepas tolak yuran..mereka menggunakan duit itu dengan membeli pelbagai barangan dari gajet sampailah ke pakaian yang branded..itu kenyataan...

bagi aku, memansuhkan PTPTN adalah sesuatu yang tidak patut kerana dengan PTPTN , ramai anak orang miskin, mampu belajar ke menara gading sama seperti anak orang kaya..bahkan aku merasakan dalam dunia ni...tak akan ada yang percuma..semuanya kena bayar..so..bila tiba masanya..bayarlah semula...segala pinjaman PTPTN ...tak susah kot...

aku berharap..kerajaan tidak akan memansuhkan PTPTN..kerana aku masih ada cita-cita untuk sambung pengajian ke level Sarjana..dan hanya PTPTN yang aku harapkan untuk membantu aku mencapai cita-cita aku. Bagi yang tidak mahu PTPTN...so u all boleh belajar dengan duit mak ayah u all...maklumlah u all anak orang kaya semuanya...bukan macam aku dan rakan-rakan yang lain yang sememangnya dari keluarga yang tidak kaya.....

Isu ini isu remeh..bg yang tak nak pinjaman PTPTN..so..tak yah la isi form pinjaman dan bg yang nak pinjam (.macam aku ler)..aku akan sentiasa berharap agar di beri bantuan sebegitu..dan yang paling penting bagi yang dah guna secukupnya pinjaman PTPTN..bila kena bayar balik...SILA BAYAR BALIK...boleh di gunakan oleh adik adik yang sedang berjuang dalam exam SPM dan STPM ...untuk mencapai cita -cita...


note: Paling best ...kalau rasa macam kat Malaysia ni susah sangat ..itu tak kena, ini tak kena, itu salah , ini salah..apa kata orang yang banyak merungut itu..berhijrah jer..duk kat luar negara..habis citer..heheheh...

Friday, April 20, 2012

i'm officially...35thn..

Salam...

Hari ini..20hb 4 2012..genap 35 tahun aku...syukur kerana masih di beri kesejahteraan dan semoga kehidupan yang akan datang diberkati dan penuh dengan keceriaan..insya allah.
Terima kasih yang tak ternilai untuk mama yang melahirkan aku dan membesarkan aku serta memberikan secukupnya didikan agama..doa mama adalah yang paling utama dalam hidup ini..i luv u mama... (walaupun dia tak tahu pasal blog ini)
Suka duka yang berlaku selama 35 tahun ini banyak mematangkan aku tentang kehidupan....

Untuk kawan-kawan yang sentiasa menyokong , memberi semangat, memberi keceriaan pada ku , jutaan terima kasih kerana sentiasa ada di sisi aku tatkala aku memerlukan...

untuk Babang, daddys, abang, geng bbom, geng bb, geng kolej lagenda, geng fb  dan yang lain lain...semoga aku diberi masa dan peluang untuk bersama kalian..Insya Allah!!!



note: kena ingat diri yang dah semakin tua...tapi jiwa akan tetap muda sampai bila bila..hahahahah....

Thursday, April 19, 2012

egokah aku andainya menolak cintamu..? hurmmm

salam...

sambil berhempas pulas dengan audit dan sakit..aku  mencuri masa untuk menulis sekejap. Nak release tension  dari semua itu.
semalam aku mendapat call dari kawan lama ( tahun ini saja beberapa kawan lama muncul kembali). Entah kenapa rasanya aku hanya mampu menganggap dia kawan saja. berikut adalah sesi perbualan aku dengan dia( yang aku ingat)

Dia: Lama tak dengar cerita
aku: I biasa jer...still sama cuma bz
Dia: U dah kawin ker?
Aku: Apsal? kalau i belum kawin..u nak kawin dengan i ker?
....senyap seketika
Aku: Sebenarnya u nak apa dari i? U dah kawin dan dah ada keluarga..pls lupakan i..
Dia: Tak boleh..i x boleh lupakan u dan i tak tahu kenapa
Aku: I akan tolong berdoa agar u boleh lupakan i...insya allah
Dia: I tak nak lupakan u..pls..boleh tak u letak Ego u di tepi n terima i
Aku: I ego? I tak pernah ego dengan u..or dengan mana mana lelaki..syg..
Dia: U panggil i apa? sayang...hmmm
Aku: i panggil semua sayang..kerana i sayang kawan kawan i

Dia terus letak telefon..which is make me marah!!..Then aku call dia...

Aku: I cukup pantang bila tgh bercakap letak telefon!!


Dia: U ni kenapa? almost 3 years i tunggu u..i harap i dapat bersama dengan u..tapi u buat tak tahu  je..ok..soalan i..kenapa u tak boleh terima i ? apa salah i?


Aku: Ya! Allah..mana la i tahu..cuma yang i tahu..i tak boleh terima u..n i rasa u belum bersedia untuk i..sebab u dah ada seseorang dalam diri u ..n i tak nak hubungan yg tak de kesudahan!!


Dia: mmmm..oklah camni lah..i x akan buat apa apa yang u tak suka..janji u akan bersama dengan i...boleh..?


Aku: u..pls...


Dia: oklah..i janji i akan buat apa saja demi bersama dengan u..sebagai kawan pun i sanggup..janji u ada dengan i...oklah..selamat malam..sayang

then again dia letak telefon..teruk tul la...tak sempat nak cakap apa-apa...sabar je lah

soalnya...hati tak boleh paksa..aku sendiri tak tahu kenapa aku tak leh terima dia lebih dari kawan..biarlah dia tunggu  aku seribu tahun nanti...hmmmm entahlah..tolong bg pendapat u all..plsss..need help!!!

Saturday, April 14, 2012

Kenapa perlu memaksa...?

salam..

sabtu..sepatutnya masa untuk rilex namun sayangnya aku kena berada di pejabat kerana minggu depan aku akan menjadi terlalu sibuk.
Malam tadi, aku bertemu dengan Mr. T... walaupun keadaan aku yang separuh ok dan separuh tak  membuatkan aku rasa terlalu penat tapi disebabkan kesiankan dia..aku ikutkan saja..dengan janji untuk pergi makan saja. Namun begitu, aku mula merasakan bahawa Mr. T akan mungkir janji . Dia memujuk aku untuk ke Genting..which is..tempat yang paling aku tak suka pergi. Dalam marah, aku terpaksa ikut dia pergi sebab aku berada di dalam keretanya...Kalau dekat , dah suruh member datang ambik aku !!

Sepanjang jalan ke Genting, aku cuba memujuknya untuk tidak kesana..namun Mr. T tetap tak nak berubah fikiran so..aku mengambil keputusan untuk diam. Sampai nya kami di sana..aku tidak mahu keluar dari kereta dan nak berehat di dalam kereta . Kami akhirnya bergaduh dan dia seolah-olah menyalahkan aku kerana tidak memberi perhatian kepadanya. Aku beritahu dia yang aku tidak suka dengan apa yang dia dah plan sebab aku penat dan aku tidak rasa seronok pun naik ke Genting ni. Lupa lak nak bagitahu..sepanjang perjalanan itu, aku berbbm dengan bff aku.. terutama Hairul dan B dan chatting (YM ) dengan Azrin.. .. Mereka menemani aku berbbm sambil suruh aku balik...hahaha.. ternyata kedua dua lelaki kesayangan aku ini terlalu risau.

Jam 12 tghmalam..Mr. T akhirnya mengalah kerana melihat kedegilan aku . Dia akhirnya mengalah untuk balik dan menghantar aku pulang. Namun aku tahu dia marahkan aku.., bak kata B.. lantaklah dia..boikot dia!! Sepanjang jalan, kami hanya diam dan dia membawa kereta dalam keadaan marah.. sori ye!!

Sebenarnya Mr. T tu baik  namun dia silap membaca sikap aku sampaikan dia tidak tahu betapa aku ni terlalu penat dan tak enjoy. Aku tahu dia mahu habiskan masa dengan aku sebab dah lama tak jumpa namun dia kena ingat aku tak suka orang paksa aku.

Jam 2 pagi.. aku selamat sampai di rumah dan jam 3 pagi aku dah tidur..zzzzzzz.

Moralnya..kalau dah tak larat n penat, jangan la keluar..pasti akan hilang mood.

untuk Mr. T. . tak perlu sampai ke genting untuk habiskan masa bersama.. dan tak perlu nak impress me anything coz now..i'm rejecting u..forever..


note: Tq to Hairul my lalink,( tahan hati je kena leter)  B.. (yang tunggu i sampai i balik) dan Azrin yang sanggup call dari scotland semata-mata nak make sure aku dah selamat sampai...luv u all....muahhhhh!!!


Thursday, April 12, 2012

Entah di mana silapnya..

salam dan selamat malam...

entah di mana silapnya hubungan aku dengan dia tidak selancar yang aku fikirkan. Kami semakin jauh dah jauh . Tiada lagi...suara yang bisa meruntun jiwa ku dan tiada lagi kerinduan yang sering aku jejaki selama ini. Segalanya sudah berubah dan aku mula menyedari perubahan itu telah membuatkan apa yang ada di dalam jiwa ini kosong...

perpisahan..adalah sesuatu yang amat sukar untuk diterima namun..seandainya itu yang harus di lakukan maka aku bersedia. Tiada gunanya berpegang pada satu dahan yang rapuh sedangkan apabila tiba masanya ia akan patah juga dan pasti yang terluka adalah diri ku.

Kenapa? Mengapa ? Dua persoalan yang tak bisa aku jawab. Teringat kata-kata seorang teman baikku. Perasaan yg ada di dalam diri aku adalah milik seseorang yang tak mampu aku miliki. Aku jadikan dia benchmark untuk org lain so selagi aku tak dapat seseorang yang lebih baik dari dia mahupun setara dengan dia maka perpisahan demi perpisahan akan berlaku .

Perit rasanya untuk berdepan dengan perkara sebegini. Aku sendiri sudah tidak mampu untuk berdepan dengan pelbagai masalah..masalah kerja terutamanya...my study, my famili..segala -galanya harus di beri tumpuan.

Sekali lagi aku mengeluh..entah di mana silapnya. Doa ku agar segalanya akan menjadi bertambah baik..dan andainya dia bukan menjadi milikku..aku redha..aminn..!! Untuk dia..seandainya dia ada yang lain waktu ini.apalah daya aku , terpaksa membawa diriku dan hanya Tuhan saja yang mengerti...




note:
"kala ku mengelamun sendirian, berderai airmata di pipiku...kerana terlalu pilunya hati kau pergi dari ku tanpa pesan..disudut hatiku yang terluka ini..terpahat nama mu...kaulah kekasih.."

tetiba sayu bila mendengar lagu "romantis-spring' ..adus mak..aku dah jadi jiwang karat!!!!

perbandingan antara dua perkara : cerdik dan bodoh

salam .....

it's time to blogging....

Petang semalam , semasa aku lepak dengan bestfrend aku...kami membincangkan beberapa topik semasa dan pasal agama juga..itu yang buat aku suka tentang dia..boleh sembang apa saja. well satu topik yang hangat kami bincangkan tentang perbandingan dua perkara...antara manusia yang cerdik , pintar ,open minded ( kita letak singkatan Manusia Cerdik -MC ) dengan manusia bodoh, close minded ( kita letak singkatan Manusia Bodoh- MB) di pejabat-pejabat x kira pejabat swasta atau kerajaan..

ini bukan nak mengata sesiapa..secara generalnya..aku dan kawan kawan bersetuju dengan kata -kata
"manusia ni rambut sama hitam namun hati lain -lain." Manusia tidak sama akal dan fikirannya dan disebabkan kata-kata itu..aku bisa berdepan dengan mereka yang MB dengan senang hati...

Ini lah beberapa perbezaan yang boleh aku dan kawan kawan aku simpulkan :

Dari segi sikap ...
MC - bersikap lebih tenang dan bersikap lebih profesional. Mereka berdepan dengan masalah dengan tenang dan tidak memalukan diri sendiri. MC akan berfikir tentang baik dan buruk tentang sesuatu perkara dengan sejelas-jelasnya.

MB- bersikap tidak profesional, sering memalukan diri sendiri ...suka mencari perhatian agar akan ada yang memberi perhatian tentang semua perkara. Bercakap dan bercerita seperti orang yang kurang waras..seolah-olah dirasuk...(nauzubillah..minta dijauhi)

Dari segi teguran
MC- apabila menerima teguran, mereka  menerimanya dengan baik . Cuba memperbaiki diri dan cuba berubah ke arah kebaikan. Sentiasa berfikiran positif

MB- apabila kena tegur...melenting, mengamuk,meroyan, macam orang hilang akal..dengan tak rasa segan or malu...namun perlu di ingat..itu lah taraf mereka sebenarnya....

Dari segi pergaulan
MC- mereka bergaul dengan semua orang, berkawan dengan semua orang dan sentiasa berfikiran terbuka.

MB- mereka berfikiran kolot dan tidak boleh berada diluar dari pemikiran mereka. Apa yang mereka tahu, mereka perlu tubuhkan group dan hanya berkawan di kalangan mereka saja...


itu di antara kesimpulan yang boleh aku dan kekawan aku buat. Namun yang paling penting..tepuk dada tanya selera..kita nak stay kat dalam kelompok yang mana....belajar tinggi pun tak semestinya cerdik dan belajar rendah pun tak semestinya bodoh...yang penting akal yang diberi oleh Tuhan haruslah di gunakan dengan sebaiknya....

note: kena masuk kelas pengurusan diri...ala ala anger management class....uikkkss!!!


Misteri Nusantara : Bilikku Berbau Bangkai.....

Salam....

hari ni aku nak bercerita tentang satu perkara pelik yang berlaku kat bilik aku. Pada mulanya aku rasa tak de apa apa tapi bila difikir fikirkan aku rasa..ianya satu perkara yang aneh.

Hari Selasa...bila aku balik dari makan malam..tiba-tiba aku rasa bilikku berbau bangkai...pada mulanya aku ingat disebabkan sampah or bau kucing tapi ternyata semua tu tak de. Sangkar Oyen ada di luar bilik, sampah semua dah buang... Aku amati kawasan bilikku dan masih tidak tahu apa puncanya.. Puas la sembur dengan pewangi bilik....sampai kan aku rasa dah nak habis sebotol..

Sambil mencari punca..tiba-tiba meremang bulu roma ku..dan ceoat -cepat aku sms bestfrend aku.. dan dia menyuruh aku membaca ayat surah alhasru, ayatul kursi..ulang 3kali ayat terakhir surah tu.... selepas baca...bau itu agak kurang tapi still ada....

besoknya..hari rabu..100 % bau itu hilang...hmmmm..menjadi tandatanya..

1. apakah bau bangkai itu? kalau nak di katakan tikus or apa saja...mustahil sebab kalau ada bangkai betul pasti ada semut or ulat tapi bilik aku clear je.

2. kalau betul ada 'sesuatu ' yang ikut aku..kenapa dia ikut aku?

3. aku hanya takut ada sesuatu yang di hantar oleh seseorang yg pastinya tidak puas hati or marah kat aku...tapi aku tidak takut ..kerana Tuhan sentiasa melindungi hambaNya..Insya Allah.


Apa pun...peristiwa ini akan menjadi satu perkara yang kekal dalam ingatan aku kerana selama ini aku tak pernah alami...mungkin sekarang..hijab pandangan aku sudah ditutup tapi hijab bauan aku dibuka so ...aku rasa..mungkin masa aku duk cari cari apa bauan tu..entah entah ada mayat berbau duk sebelah aku...(jauhnya pemikiran aku) ....


note: Kalau betul la ada hantu...kenapa la dia tak muncul mcm selalu..heran heran.....



Tuesday, April 10, 2012

la luna violetta.....sweet name

salam...

aku rasa aku nak bercerita tentang kesukaan kaum wanita...kalau shopping...hehehe..mesti  kasut ,handbag n pakaian. Aku akui aku memang suka handbag..tak kira la mahal ke murah..cuma lately aku mencari handbag yg boleh digunakan secara lasak . Handbag aku mestilah dapat mengisi my lovely playbook+organizer+external harddisk+purse+jamuratu dara+suppliment+pen+tisu+my bb+kunci rumah(kunci keta tak ada)+pantyliner+dll...giler banyak barang. Tapi aku tak kisah la...kalau dapat masukkan lappy aku yang pinky tu lagi bagus...hahahahah...(coming soon ...galaxy note ...aminnn !!)

so..dalam banyak -banyak facebook page pasal handbag..aku memang suka this facebook page ' la luna violetta'. Seronok gak tgk koleksi handbagnya ..rambang mata... teringat kata-kata ex hubby aku..babang..."kalau nanti duit dah habis..awak rebus je la kasut n handbag yang awak beli tu.." masa tu gak aku buat muncung itik...nak wat camna kan...pompuan memang tak leh lari dari handbag n kasut.....ala..para suami kalau sayang dan nak pujuk wife..senang je..beli handbag @kasut@baju...mau tiap tiap malam di layan....ahahahhaha

so all my frend..kalau nak tgk koleksi handbag...u all boleh ke facebook page nye..banyak jugak yang cantik cantik...http://www.facebook.com/LaLunaVioletta .


note: terbayang handbag n kasut...lamanya tak shopping...insya allah...me nak shopping...jum cik jennifer n yayu..bershoping kita....huhuhu

menjatuhkan air muka orang...

salam...

sebelum masuk keje kul 2 ptg, sempat update blog jap. kul 4 petang nanti ada meeting sambungan dari yang tadi pagi.. nasib la..dah jadi urusetia kan.. so ngadap la.

well...sepanjang mesyuarat aku banyak berfikir..(org mesyuarat aku berpk)...tentang satu perkara...sikap orang yang suka menjatuhkan air muka org lain / mengaibkan org lain di depan khalayak. Sikap ini tak sepatutnya ada dalam diri kerana itu sudah mencerminkan sikap seseorang yang tidak bagus.

Kalau ada kesalahan, atau apa yang perlu di tegur, maka seeloknya tegur dengan baik...kalau dia seorang boss..dia sepatutnya panggil staff nya, ajar dengan bahasa yang baik kerana bagi aku bahasa menunjukkan bangsa..dan bahasa jiwa bangsa..

aku pernah berdepan dengan satu situasi... apabila adik adik aku mals untuk belajar. aku memanggil mereka seorang demi seorang, kat bilik n bercakap elok-elok agar mereka tidak merasa malu atau pun di marahi dengan cara yang tidak sepatutnya..

semoga orang yang suka menjatuhkan airmuka orang /mengaibkan orang ni..sedar bahawa...Tuhan akan membalas dengan balasan yang sama setara atau mungkin lebih teruk di malukan...


note: walau macamana pun rasa tidak suka..belajar lah menghormati orang lain sekiranya kita nak di hormati..!!!!

tiada sambungan interntet.....OMK!!!!

salam...

pagi -pagi datang opis..ingat nak print format untuk meeting..sekali tiada internet la pulak...meeting kul 10 pagi! (gaya meraung sekejap)..uwaaaaa.... !!! nasib baik untuk update blog aku bawa umobile broadband( iklan sat...hehehe)...

Semalam guruh petir berlaku..so satu opis kena effect..nasib kat umah ada karen!!

apabila tiada line internet di pejabat, masalah besar jugak sebab nak print, nak check email, nak send email, nak itu, nak ini...( nak tgk facebook dan so on) susah sgt....tapi aku tahu di ICT tengah berusaha ni ( chaiyokk..)

Apa akan berlaku kalau satu hari saja..tiada line internet dan talian telefon? kalau tanya aku..sure mengamuk sakan sebab aku tak boleh tidak ada benda benda tu semua. i need my facebook, my ym, my bbm n semua my lagi lah. tapi kalau di fikirkan semula..zaman dulu tak de pun semua benda tu..boleh je hidup ...hahah boleh je berjaya...malah masa dulu orang tak de komputer pun boleh berjaya..dengan mesin taip je.. tapi kini ..mcm tak boleh jeee...

aku bersyukur kerana di berikan kemudahan sebegini dan aku berharap generasi akan datang, mereka akan lebih ke hadapan dan makin menghargai apa yang mereka ada...

oklah...nk sambung print..internet dah ada..yeahhh.. tq for ICT sb berusaha menyambung semula talian internet.. so no alasan untuk tidak buat meeting....

bye u all

note: baru tahu my best frend nak g korea....jeles n sedih ..hahaha...sebut korea je..teringat winter sonata..tu je yang aku tahu....!!! peace!!!

Monday, April 9, 2012

kata-kata semangat di pagi hari

salam...

pagi ni aku dah start update blog aku. well nak kasi semangat sikit..janji mood aku tak di kacau hari ini. Kerja macam aku ni kena banyakkan bersabar kerana aku bekerja mengejar dateline dan aku harus berdepan dengan audit sana sini...namun sebenarnya itulah yang mematangkan diri aku dan juga membuatkan aku belajar bahawa hidup ini bukanlah senang dan mencari rezeki bukanlah mudah...

memula dulu berangan gak nak kawin dengan orang kaya...hidup mewah namun semua tu pernah aku kecapi suatu masa dulu dan ianya tidak lah  seronok mana pun...now aku bahagia dengan kehidupan aku sendiri..jauh dari kekayaan dan kemewahan cuma sesekali rasa rindu dengan lifestyle yang dulu membuatkan aku sedikit kerinduan..hehehehe.....

hurmmmm,,.,,life must go on...tanpa ada seorang lelaki yang benar-benar jujur di sisi dan tanpa ada kongkongan hidup 'sugarbaby' , aku kuatkan semangat dan kuatkan iman serta memberikan yang terbaik untuk diri aku sendiri..tetiba syahdu....siooot je

oklah..back to work..ada beberapa meeting kena rancang dan menantikan kepulangan bigboss balik dari umrah..nak pujuk hatinya...supaya tukarkan aku..yeahhhh!!!! Kalau aku dapat tukar ke department lain...aku buat pulut kuning rendang ayam..pasti!!!


kan best dapat bersantai di tepi pantai camni...( ini version x tutup aurat) 





note: walau apa jua yang berlaku..dengan izin Allah..aku akan terus berdiri teguh berdepan dengan semua masalah ini...Insya Allah!!

Sunday, April 8, 2012

Nilai sebuah perkahwinan : Kenapa suami curang dengan isteri?

salam ..
selesai sudah semua urusan..kemas bilik, basuh baju, masak dan masa untuk melihat Anugerah Bintang Popular Berita Harian, sambil tulis blog la...hahahha..smlm aku dah tidur lewat..so hari ini aku nak tidur awal..besok banyak keje kot..hahaha.

Kalau tgk tajuk..aku nak citer pasal kecurangan...kali ni aku nak citer pasal kenapa suami perlu curang dengan isteri? Banyak yang aku temui semuanya menjurus kepada kecurangan...dalam erti kata yang sebenarnya..menduakan isteri. Aku tak nak citer pasal menduakan kekasih..kerana bagi aku selagi belum menjadi suami isteri yang sah..bebas kot nak pilih mana yang terbaik.

kenapa wujudnya isu curang? susah nak di gambarkan..tapi ada banyak faktor kenapa suami berlaku curang. Antara yang paling ketara..jawapannya tiada persefahaman dengan isteri., isteri tidak mengambil berat tentang layanan ...isteri sibuk dengan kerja, isteri itu..isteri ini..sehinggakan aku merasakan aku ingin balas je dengan menjawab..kalau rasa tak suka..cerai je la...tak menyiksa kan semua orang...

Nak curang perlu ada sebab..hahhaha..aku tak merasakan itu semua penyebab nya..Jujurnya..aku berpendapat bahawa..suami curang kerana dia memang nak curang..dah sifat lelaki yang mudah suka kan benda benda baru.Para suami memang mudah tertarik dengan perkara -perkara yang sememang nya tiada pada si isteri. So apabila mereka melihat, berkenalan, berkawan ..maka mereka akan mudah jatuh cinta dan di sini bermulalah detik detik kecurangan mereka.Semua alasan yang diberikan adalah ramuan penyedap untuk menarik perhatian 'kekasih gelap' , meraih simpati..

kebanyakkan para suami pasti akan mengamuk kalau membaca blog aku ni..heheh tapi hakikat kot. Bukan seorang , dua malah lebih dari 10 org yang aku kenali..semuanya memberi beribu -ribu alasan . Tapi sebenarnya..disini aku nak memberi pandangan dari sudut seorang wanita..
pertama, aku hairan sangat bila ada kebanyakkan suami, berkata..suka kan sesuatu yang tiada pada isterinya...contohnya..nak isteri chubby, nak isteri macam ni, nak isteri macam tu...tapi yang aku tak faham tu..kenapa masa nak kawin tak cari yang camtu..bila dah kawin dah beranak pinak..mula la rasa isteri tu tak menepati citarasa? adus..sungguh tidak baik pemikiran suami camtu..

kedua, kebanyakkan suami menyalahkan isteri yang banyak berleter, banyak fokus pasal keje, pasal urusan rumah tangga dan sebagainya..so alasan yang diberi..perlukan perhatian..maka dengan adanya kekasih gelap..so perhatian akan di perolehi...well it's all rubbish...kalau seorang suami yang sayang kan isteri dan sayangkan keluarganya..pasti dia akan faham dan akan bertolak ansur dengan semua perkara yang berlaku dalam keluarganya. tiada isu perhatian sebenarnya...

ketiga, kebanyakkan suami...tidak boleh bertolak ansur dengan rumahtangga yang dibina, masih tidak mahu bertanggungjawab atas keluarga dan yang paling penting mereka dapat memenuhi kehendak mereka..

sebenarnya..dari apa jua yang berlaku, pasti akan berbalik kepada suami..selaku ketua rumah tangga..maka seharusnya si suami harus tahu apa yang terbaik untuk isteri dan keluarga.

Aku merapu kat sini sb aku rasa aku perlu luahkan apa yang aku rasa tak betul. Buat kawan-kawan lelaki yang aku kenali dan yang ada kekasih gelap..aku harap..tak perlu curang..andai anda rasa mampu dan adil..kahwini la sampai empat ...maka anda akan ketemui kebahgian yang di cari.

sori..sebab merapu..

note: next ..."kenapa isteri curang dengan suami"

nilai sebuah perkahwinan: layanan seorang isteri terhadap suaminya

salam...

akibat ambil ubat batuk siang tadi..aku tak dapat nak lelap mata malam ni..masalahnya besok ada kelas..aduss...tensen jugak ni.. tapi tak per..boleh le aku merapu kat blog ni...hahahaha...
kalau  tgk tajuk kali ni pasal perkahwinan..hmm ada banyak yang boleh di bicarakan ttg perkahwinan dan kali ini aku nak merapu ttg tanggungjawab seorang isteri kepada suaminya..mungkin ini akan menyedarkan ramai para isteri yang ada di luar sana.

Ada beberapa senario yang berlaku di kalangan para isteri yang  mana telah membuatkan para suami akan  makan luar..dlm erti kata ada perempuan simpanan or kekasih gelap. Lain pandangan lain pendapat lain perasaanya namun aku merasakan..ada banyak faktor kenapa menjadi begitu..bak kata kawan aku..'terjebak'

Dalam keadaan sedar atau tidak..para isteri telah terlupa tentang satu perkara dan disebabkan kelupaan itu..maka suami akan mencari alasan untuk mendapatkan perhatian diluar yang mana hanya kekasih gelap yang mampu berikannya. LAYANAN ZAHIR DAN BATIN..adalah satu perkara yang mana kebanyakkan isteri lupa. Banyak kes yang aku jumpa..adalah disebabkan oleh perkara itu. 10 lelaki yang aku kenali, 9 darinya ada kekasih di luar dan apabila aku tanya..mereka mengatakan isteri sudah lupa untuk melayan mereka..baik dari segi zahir mahupun batin...

Punca utama adalah apabila isteri sibuk ngan urusan keluarga dan kerja , maka mereka menganggap layanan untuk suami sudah tidak penting. Tidak di nafikan, seorang isteri..kerjanya bukan terhenti kul 5 petang saja..belum lagi nak balik masak or basuh baju or layan anak tapi sepatutnya sebagai isteri..agenda untuk layanan suami perlu di letakkan bersama jadual yang lain. Seharusnya sebagai isteri, jgn biarkan seorang suami mencari dan mendapat alasan untuk curang atau mempunyai kekasih gelap. pengalaman menjadi seorang isteri suatu ketika dulu membuatkan aku mengerti kenapa lelaki akhirnya mengalah dan mencari keseronokan diluar. Mujurlah perkahwinan aku yang dulu berakhir bukan kerana insan ketiga .

Untuk para isteri, berilah layanan yang sepatutnya kepada suami kerana itu adalah satu perkara yang di tuntut. Suami juga perlu bertolak ansur dalam hal ini. Teringat kata-kata seorang rakan..yang mana memiliki kekasih gelap ..dia berkata..."i boleh tolong dia dalam apa jua..masak, basuh kain tapi bagi i layanan yang baik dan ikhlas untuk i..! seandainya dia penat nak urus rumah tangga..i mampu upah  maid..janji bila i nak dia layan i..dia layan ngan baik baik.."
Banyak 'mungkin' yang keluar dari pemikiran aku..apabila aku melihat bukan sorang atau dua orang kawan aku memiliki kekasih gelap..gara-gara kurangnya layanan dari isteri mereka..antaranya:

   1. isteri penat dan letih nak melayan
   2. isteri merasakan layanan sudah tidak perlu..dah ada dua tiga orang anak
   3. isteri stress ngan keje di pejabat
   4. tiada perasaan cinta yang hadir dalam diri isteri
   5. isteri ada scandal lain
   6. isteri ada perasaan marah /benci pada suami
   7. isteri yang queen control
 
Walau bagaimana pun..apa jua yang aku tulis ni...hanyalah pandangan aku dan berharap para isteri tidak cepat melatah. Cuma inilah yang boleh aku katakan kerana aku melihat perkara ini di sudut pandangan kaum suami yang menjadi kawan kawan aku.


nota: besok aku  nak tulis 'kenapa suami perlu curang dengan isteri' ...tungguuuuu

FRIENDS..

salam...

Entah kenapa tv series yang satu ni sering bermain dalam fikiran aku. FRIENDS..satu-satunya tv series yang aku paling suka. mungkin kerana jalan ceritanya yang best dan sempoi atau mungkin kerana pelakonnya yang dah cukup untuk menarik perhatian aku. seingat aku,...fenomena jennifer aniston ngan rambutnya adalah salah satu dari kesan tv series itu.


sebenarnya..aku pernah berangan nak stay dengan kekawan macam dalam citer FRIENDS ...lepak sama..makan, berkumpul n share moment tapi kat malaysia mana boleh lepak cam tu..tak pasal pasal pintu rumah kena ketuk dengan JAIS.

Aku merasakan hubungan kawan mcm tu memang best..without any sex attraction, just lepak, makan..tgk tv sama..n share sedih n hapi sama sama...namun aku tahu ianya mustahil untuk aku krn..ini malaysia...bukan US. hahahaha..berangan lebih siot.
Persahabatan itu adalah yang paling penting. Masa susah n senang bersama..suka dan duka bersama..n yang paling penting respect each other. Di sekeliling aku..aku sudah ada kawan sebegitu, Sis Luna, yayu, Aklima, my ladyboss,azlin, B, lalink Cemuff..dan beberapa kawan lagi...

friendship is everything...luv u all

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....