Tuesday, December 27, 2011

2012..semakin menghampiri

2012..tahun baru yang di nantikan..semoga dengan kehadiran tahun baru, aku kuat semangat, tabah dan paling penting semoga aku bertemu dengan cinta baruku di tahun baru...pernah aku katakan bahawa sekiranya pada tahun 2011, aku tidak bertemu jodoh..maka aku akan menutup pintu hatiku pada sesiapa saja..dan mungkin itu yang aku akan lakukan..cuma sesekali timbul kasihan di hati apabila MAMA begitu berharap agar aku bertemu jodoh dan hidup berkeluarga.

Aku juga berharap..pada tahun 2012, aku akan di murahkan rezeki, semoga aku akan dapat kerja lain , jawatan lain bersesuaian dengan kelayakan aku.

juga..aku berharap agar aku sentiasa dilindungi olehNYA...dan diberkati olehNYA.. AMIN...

Tuesday, December 20, 2011

OMBAK RINDU....satu fenomena

semalaman aku membaca novel OMBAK RINDU, cuba mencari apa yang dikatakan sedih, meleleh dan sayu..dan aku dapati..kalau dari novelnya..tidaklah banyak bab yang menyedihkan kecuali semasa watak pak dollah dan mak jah..which is parent sebenar Hariz...bertemu dengan Hariz..dan ayat yang paling menyentuh perasaan adalah tatkala mak jah nak menunjukkan baju yang dikaitkan untuk Hariz...sayu terasa...disitu isu kekeluargaan dapat dilihat dan aku merasakan ianya benar-benar hidup.

aku sememangnya penggemar novel, malah aku dalam usaha nak siapkan novel yang ada..merasakan naskah OMBAK RINDU  adalah di antara novel yang hidup..kerana jalan ceritanya yang kreatif..perkahwinan rahsia..cinta yang wujud di antara IZZAH DAN HARIZ . Tiada siapa yang menduga bahawa PAK DOLLAH DAN MAK JAH adalah ibubapa kandung HARIZ.

Mungkin kalau aku  menonton filemnya..maka aku akan membuat kesimpulan yang berbeza. Kiranya penulis ini sememangnya bertuah kerana hasil nukilannya di angkat menjadi sebuah filem yang bernilai lebih dari RM 10 JUTA keuntungannya...

Insya Allah..kalau berkesempatan melihat filemnya..aku akan comparekan antara kedua -duanya..dan kalau dilihat dari yang lepas-lepas..movie yang di ambil dari novel..boleh dikatakan..membaca buku adalah lebih bagus dan real dari filem..entah lah...

Monday, December 19, 2011

ME AND MR.ETHAN HUNT

Salam semua...

semalam( 18/12/2011) , aku tgk wayang dengan azlin ( dalam demam-demam dan banyak masalah) aku gagahkan juga sebab aku memang peminat mission impossible dan yang pasti aku suka kan watak TOM CRUISE aka AGENT ETHAN HUNT.  Sebab dah janji dengan azlin...so aku g tgk...citernya memang best la..penuh dengan aksi dan thrill( standard citer omputih) ..tapi yang paling aku suka tentang aksi di dubai..


inilah aksi yang paling aku suka... sebab aku seorang yang gayat..so bila dia berada di atas macam ni..mau gugur jantung aku..hahah

so far..citernya tak mengecewakan... dari mula sampai akhir...n yang paling untung adalah watak jutawan india..yang dilakonkan oleh ANIL KAPOOR..sememangnya dah tahu kan..kalau ada je artis asia yang akan masuk pasaran HOLLYWOOD bermakna mereka akan cepat jadi terkenal dan bayaran pun pasti mahal..

Saat ETHAN HUNT tgk isterinya..dari jauh...setelah dia terpaksa memalsukan kematian isterinya , terasa bahawa pengorbanan dibuat demi yang tersayang  (cewahh) ...5 star for this film...




Thursday, December 15, 2011

apa harus aku buat!!!!

pepagi lagi aku dah mula masuk blog ni dan sebenarnya dari malam tadi lagi aku memikirkan untuk menulis kerana aku sudah tidak tahan dengan apa yang telah berlaku. Kalau sebelum ini aku ada bercerita tentang lelaki  yang bernama NIK, kini aku kembali bercerita tentang dia...
Aku sudah tidak tahan dengan sikap dan perilaku nya yang aku anggap sudah tidak dapat diterima dek akal aku, dan kerana itu, dia tidak lagi menjadi my MR. NICE GUY.
Aku memberikan peluang kepadanya berulang kali sehinggalah satu ketika...apabila kami membincangkan tentang hati dan perasaan dan aku meminta untuk menjadikan hubungan aku dan dia hanya kawan....dia melenting dan mengamuk. Aku sendiri tidak tahu kenapa dia perlu marah sedangkan selama ini aku tidak pernah menyatakan secara langsung tentang perasaan aku padanya. Mungkin inilah kesilapan aku yang mana aku tidak akan ulangi lagi.

kenapa aku tidak suka dia?

NIK bukanlah lelaki yang teruk, yang suka berfoya-foya dengan pompuan lain ataupun suka mempermainkan perasaan perempuan.. namun NIK seorang lelaki yang terlalu sensitif, mudah mengamuk dan panas baran. Apabila dia marah..semua benda akan keluar dari mulutnya dan ayat yang aku tak tahan adalah apabila dia mengatakan bahawa "aku sudah ada jantan lain" which is not true, kerana bagi aku, selagi aku tidak menjadi isteri kepada sesiapa, aku berhak berkawan dengan sesiapa saja dan aku tidak seharusnya terikat dengan seorang lelaki saja. Berkawan...apa salahnya,

Aku sudah tidak sanggup menerima apa saja kata -katanya ketika marah dan dia akan merajuk apabila di tegur dan paling aku tidak tahan lagi apabila dia akan meletakkan telefon tanpa sempat aku berkata apa -apa . Rude!! dan semalam...kemuncaknya..aku mengugut agar dia tidak call atau sms aku kerana sikap dia yang suka letak fon sesuka hati itu....

Berkali - kali aku fikirkan..adakah aku perlu lelaki sebegini dalam hidup aku? Its my life we talking about and i have my own reason y i shud think twice about it.  Ini belum kawin lagi ni...kalau tak..hmmm hancur...

Aku akan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini..namun begitu...buat masa sekarang..aku perlu fokuskan pada kerja, dan study sebab masa nak exam dah dekat!!! untuk NIK..better cari pompuan lain k...

Monday, December 5, 2011

breaking dawn movie review

salam semuanya..
aku mengambil masa untuk menulis tentang filem breaking dawn yang di tayangkan di seluruh dunia. kisah twilight saga ini memberikan impak yang besar dalam industri perfileman. pada 26/11/2011. aku, azlin, sis luna dan ayu telah menonton filem ini . Very excited. 





Sepanjang filem itu di tayangkan aku merasakan bahawa banyak adegan -adegan yang sepatutnya pelengkap kepada kisah vampire ini telah di potong  dan ianya membuatkan cerita ini tidak menarik dan lost. Bagi yang telah membaca buku-buku twilight, akan rasa kecewa kerana banyak adegan telah di potong . Mungkin pihak yang bertanggungjawab ada alasan yang untuk membuat potongan adegan ini .  Untuk filem ini, aku berikan 4/5 kerana ianya di cacatkan oleh adegan -adegan yang tergantung. Berharap agar breaking dawn part 2 tidak akan di potong adegannya....











fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....