Monday, August 27, 2012

tak salah menyukai seseorang....(untuk mr.jepun)

salam...

aku berjanji dengan mr.Jepun yang aku nak bercerita tentang hati dan perasaan aku padanya. Sejak aku mengenali dia dalam dunia BBM, aku mengaku aku menyukai dia. Well !! tak salah kan kalau kita menyukai seseorang dan aku berani katakan padanya yang aku suka dia..Walaupun aku tahu, dia sudah mempunyai keluarga dan memiliki anak anak yang sering dia ceritakan pada aku.

kenapa aku suka mr.Jepun.? Satu perkara yang aku lihat tentang dirinya adalah sifat 'cool' dia dalam menghadapi apa jua masalah yang mendatang. Cara dia menangani masalah membuatkan aku suka. Selain dari itu..sifat 'papa' yang ada dalam dirinya, sedikit sebanyak mencuit hati aku. Always care about his kids.

sepanjang aku berkawan dengan dia..dia tidak pernah menolak untuk melayan kerenah aku yang mcm kebudak budakan. Seringkali aku merungut dan merajuk dengan dia namun dia berjaya membuatkan aku mengalah...

kenapa aku panggil dia mr. Jepun, sebab dia lama bekerja di jepun..hahaha relevan kan...Dunia bbm ternyata telah menemukan aku dengan dia. Dia adalah orang kedua yang cool selain dari mr. H.
Hakikatnya..aku hanya menyukai dia..keperibadiannya dan sikap dia serta layanan yang dia berikan kepada aku...dan hakikatnya aku sedar bahawa lelaki yang aku suka ini sudah ada isteri, anak anak dan another gf..(jgn marah ye..!!)

aku berharap..persahabatan kami berkekalan..serius aku suka dia sebab bila aku cakap aku suka dia..dia tidak pernah menolak perasaan aku secara direct dan masih melayan aku sebaik mungkin...syg awak!!
aku pulak jenis yang cakap direct..suka aku akan cakap suka...memang la risiko tinggi tapi..bukan kah kehidupan memang begitu..penuh risiko...either u like it or not...kann!!

untuk mr.jepun..tq sebab hadir dalam hidup i..tq sb buat i boleh merajuk manja dengan u dan paling penting u buat i semakin teringin untuk memiliki u..hahahahah( just in my dream...) :)

nota: berkali kali remove dia dari bb, merajuk dgn dia..cuba lupakan dia..namun tidak berjaya..akhirnya aku terus menerus menyukai dia..alah..tak kena bayar pun..just suka kan...

permulaan sebuah kisah...

salam...

hari ini aku dah start keje setelah 10 hari bercuti. rasa malas tu tetap ada namun aku gagahkan jugak kerana aku fikirkan bahawa inilah rezeki ku yang harus aku cari. Suasana mode hari raya masih terasa . Opis rasanya masih lengang dan mungkin ramai yang mengambil EL hari ini.

Keadaan diri aku juga masih tidak ada banyak perubahan. Suara masih lagi serak serak basah..(ala ala ella) dan mood aku masih lagi swing. Seharian bersama mr.Z tidak memberi impak apa apa malah aku merasakan bahawa segala tekaan aku dan perasaan aku terhadap mr.Z adalah benar..maka aku memulakan langkah untuk menjarakkan diri aku dari dia. aku tidak mahu terus menerus menipu diri aku sendiri. Perasaan aku terhadap dia menjadi hambar setelah dia melakukan sesuatu yang membuatkan hati aku sebal. Bila di fikirkan..aku rasa apa yang datin Zura ckp pasal aku memilih adalah benar dan aku tidak tahu sama ada sikap begini adalah baik atau tidak.

kisah bermula di pagi isnin dengan perasaan yang cukup bercelaru apabila aku mendapati ada org yang berhasad dengki terhadap aku dan segala yang aku ada. Subhanallah!! aku masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa masih ada manusia yang rupa saja baik, namun hati nya hitam dan busuk malah lebih hitam dari air longkang yang busuk. Tiada apa yang dapat aku komen tentang perkara itu kerana aku bukanlah manusia yang sempurna, tidak seperti bidadari yang cantik dan lawa..Aku adalah aku...

kehidupan aku, kisah peribadi aku, kisah suka duka aku , adalah hak milik cipta terpelihara aku dan Tuhan.

Bagi sesiapa yang memang tak puas hati dengan aku dan kehidupan aku..aku mohon agar datang bertemu dengan aku dan berbincang , luahkan rasa tak puas hati pada ku...agar andainya ada kesilapan yang telah aku buat..maka aku dapat perbetulkan, andainya ada kesalahan yang telah aku lakukan..maka maaf akan aku utarakan....

juga..aku mohon dan  agar hentikanlah membuat fitnah kepadaku, memburuk - burukkan aku di mata pegawai pegawai yang lain .

Saturday, August 25, 2012

takdir dariNYA....

Salam...

Hari ini aku sudah berada di kl..setelah 1 minggu beraya di kampung. Sejak smlm lagi aku n mr.z..berperang dingin. Kami saling bengang apabila apa yg dirancang x jadi..malah aku merasakan..inilah tanda tanda bahawa dia bukan milikku..namun mr.z berkali kali yakinkn aku bahawa ini adalah dugaan kecik yg harus ada dlm satu hubungan.

Aku menilai ttg apa yg berlaku..dan aku rasakan bahawa aku tidak selayaknya utk dia. Banyak yg aku perlu dikorbankn dan hati terus bertanya...adakah berbaloi ngn apa yg aku korbankn..?.takdirnya.aku akn terluka lagi...mungkin ada hikmah disebaliknya...
Duhai hati. ...aku tahu kau tabah..maka tiada guna berduka lantaran dia bukan milik ku...

Nota: .......mode terluka.......:(

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 24, 2012

pengertian syawal. ...

Salam lebaran...
Syawal sudah masuk yang ke enam dan aku adalah anak mama yg terakhir ada dirumah. Pagi tadi..salmee n saddam berangkat pulang ke kl. Aku? Flight kul 1050 pagi esok...tok lorat sgt nok balik.
Syawal tahun ini memberi banyak kenangan yg baik dan yang tak baik. Yang baik...seluruh keluarga aku termasuk abg din yg duk jb pun balik beraya disini..dan yang tak baiknya...raya kedua..aku demam dan hampir 100% suara aku hilang. Hilang mood nak raya..
Keluarga aku buat majlis tahlil dan solat hajat pada hari raya kedua dan kemeriahan dlm keluarga aku cukup terasa cuma bila aku ni sakit..aku tak larat nak hapy hapy...hahahah

Bagi aku..syawal hanya utk budak budak n aku lak yang single mingle ni hanya nak beraya ngan bonda tersayang selagi dia ada. Kalau dia dah tak ada...aku rasa,aku balik pun stay kat hotel je..dah tak ada maknanya raya.

Tahun ini..raya lain sikit..sb aky beraya dlm mood bercinta...yg tu...to be continue....

Selamat hari raya maaf zahir dan batin...semoga lebaran ini memberi kebahgiaan pada semua...aminnn....

Published with Blogger-droid v2.0.6

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....