Thursday, July 14, 2011

jauh di sudut hati

jauh di sudut hati..aku merindui mu
jauh di sudut hati..aku mencintaimu
jauh di sudut hati...aku menyayangimu..

namun jauh disudut hati juga aku terluka..
juga kecewa
juga merana..

mungkin cinta itu bukan milik kita..mungkin juga ianya hanyalah persinggahan sementara aku dan dirimu...
semoga apa yang ada kini..akan terus kekal bersemadi di hati dan seandainya aku akan kehilanganmu..aku yakin dan pasti bahawa..aku akan terus meletakkan namamu, kenangan antara kita dan segalanya di hati ini..di sudut hatiku....untuk selamanya

Monday, July 11, 2011

tindas menindas, kena tindas menindas

salam pagi isnin.. hari ini aku amat bz dengan keje-keje . Walaupun begitu, aku still boleh berdepan dengan semua orang walaupun banyak perkara perlu diselesaikan dan aku tidak mahu mood di pagi hari berubah kerana benda benda kecil. Urusan kerja  aku terlalu menyusahkan aku kerana kekangan orang yang boleh membantu aku melaksanakan urusan aku. Mana nak handle yang ni , yang tu..belum sempat habis yang ni kena buat yang tu..tapi itu semua keje dan aku seboleh-bolehnya akan berusaha untuk siapkan keje -keje ini . Aku belajar menjadi seorang yang sabar dan aku tidak pernah terfikir boleh menjadi sesabar ini. Apapun aku berharap agar urusan keje aku diberkati dan aku berdoa semoga aku dapat bertukar dan seterusnya berada jauh dari orang-orang yang aku tak nak lihat dan pandang.

doa orang teraniaya..akan menjadi makbul dan insya allah aku akan berdoa bg mereka yang mengenakan aku di opis aku  ini.. Langit tak selalunya cerah..kekadang mendung akan datang..dan pastinya mendung dan hujan akan membersihkan segala kotoran ..

Tuesday, July 5, 2011

RENUNGAN UNTUK HATI

lately aku banyak berfikir tentang hubungan aku dan abie, malah aku rasakan bahawa hubungan kami dah semakin hambar. Tiada lagi bbm di awal pagi or waktu waktu biasa nya dahulu sering hadir dalam bb aku. Alasan bz kekadang membuatkan aku terfikir...Mungkin perasaan aku tetapi apabila semakin hari semakin kurang bbm dari Abie..aku fikir mungkin inilah masanya aku kaji semula kisah cinta kami. Sering aku bertanya pada diri sendiri....adakah abie akan mencintai aku seperti mana aku mencintai dia, adakah abie akan merindui aku seperti mana aku merindui dia. malah aku tahu bahawa abie bukanlah seorang lelaki yang romantik apatah lagi nak jiwang..so aku tak berani untuk berkata kata romantis padanya...takut di cop mengada-ngada..hehehehe..
semoga Tuhan mempermudahkan hubungan kami dan aku akan terima apa jua yang akan berlaku kerana aku tau Tuhan sudah menentukan yang terbaik untuk aku.

saya sayang abie....muahhhh

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....