Tuesday, November 22, 2011

Mencari Idea untuk Novel

Aku masih tidak dapat menyiapkan novel yang ada kerana ketiadaan idea. Tak boleh nak connect antara satu sama lain..walau bagaimanapun aku tgh berusaha mencari feel supaya aku dapat siapkan jugak novel ini. Watak watak yang ada di dalamnya penuh emosi dan bermain dengan perasaan..aku perlu mencari idea dengan pergi bercuti kot..tensennya...arggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Monday, November 21, 2011

Masa untuk serius tentang semua perkara

semalam 20/11/2011, aku berada seharian di kampus puncak perdana. Kelas bermula dari 8 pagi sehingga 6 petang membuatkan otak menjadi sangat sangat penat dan aku terasa amat letih. Namun nasib baik semua input selamat berada di dalam kepala hotak aku ni...
Study adalah satu perkara yang paling aku suka.. sejak dari dulu ( sebelum aku melakukan kesilapan besar dalam hidup aku) sehingga lah sekarang. Berada di sekeliling buku-buku  membuatkan aku bersemangat dan merasakan diri ini di berkati oleh Tuhan kerana memberikan kekuatan dan IQ yang baik.





Exam makin hampir tapi aku kurang membuat persediaan. ..so now adalah masanya untuk membuat segala persiapan sebelum exam..hmmm




tapi .. dugaan demi dugaan menggoda..mampu ke aku ni...hahahahahahaha



Wednesday, November 16, 2011

penjelasan yang boleh diterima



berdasarkan teguran aku pada pihak pengurusan Les Copaque melalui email, maka aku menerima jawapan dan aku mengucapkan terima kasih kerana email aku berjaya mendapat perhatian pihak pengurusan. aku menerima cara pihak pengurusan terutama Tuan Haji Burhanuddin menjawab email aku dan terima kasih atas penjelasan tersebut. Apa yang penting pihak pengurusan seharusnya memberikan perhatian tentang tahap perkhidmatan mereka.


persahabatan itu diukur dengan apa?

persoalan yang menjadi tajuk post aku kali ini sebenarnya adalah dari perasaan aku tentang seorang sahabat yang aku anggap 'best frend'. Mungkin bagi dia aku hanyalah sekadar kawan biasa yang tak penting tetapi bagi aku, dia aku anggap sahabat baik kerana aku sebenarnya tidak mempunyai ramai kawan perempuan yang rapat. Aku tidak menyangka bahawa dia berubah dengan tiba-tiba. Aku tahu dia sekarang sudah ada seseorang yang boleh menjadi harapan untuk dia dan aku bahagia kerana dia sudah tidak menderita tentang cinta dan lelaki. namun..kenapa perlu menyisihkan aku sebagai kawannya?

apa pun..aku berdoa dia akan bahagia cuma aku terasa di hati sebab di kala dia menderita tentang cinta, segala  masalah dia...aku adalah insan yang dicari dan sering mendengar masalahnya namun kini..semuanya tiada...

buat dia..semoga dia bahagia ....

Tuesday, November 15, 2011

order lain dapat lain....Satu peringatan!!!!

lokasi: gengs corner , jam 8.00 malam, tarikh 14.11.2011..

aku dan lady boss mencari tempat makan yang selalu kami g makan tapi rupanya tutup..so sebagai altenartif..kami memilih RESTORAN GENGS CORNER sebagai tempat makan malam kami

Aku dan ladyboss kekadang citerasa lebih kurang cuma yang pasti aku tak makan nasi so menu berasaskan nasi tak akan di pandang (cewah..perasan) menu aku order : bihun goreng biasa +sup tulang+ jus tembikai+ ais kosong (air wajib) dan ladyboss : nasi putih+ sup tulang+ jus tembikai.

kami menunggu dengan sabar kerana melihatkan tak de la ramai orang kat restoran ni..ditambah dengan hujan yang cukup lebat. apabila sampai makanan yang di order....kami tergamam kerana menu yang di order lain  yang datang dalam bentuk lain..hahaha..jeng jeng jeng.!!!!.lupa lak nak ambik pic sb tngah marah...
aku dan ladyboss meruap rasa nak marah sb setahu kami..tak de pun ayat order" sup tulang untuk dua orang makan" sb kami order berasingan. sup tulang kami rupanya di satukan dalam satu mangkuk. punya la hangin aku sb aku tidak makan pedas sedgkan ladyboss ada le rasa pedas sikit sikit...

kami makan dengan hati yang sebal dan marah sb x puas hati...aku ni kira seorang yang suka makan dan mencari tempat makan yang best dan kalau best memang best la tempat tu. namun inilah kali pertama aku berdepan dengan cara yang paling teruk sekali. aku tidak boleh terima benda camni...sedangkan kedai makan tepi jalan (SHASHA TOMYAM ) yang semuanya pekerja dari siam dan pattani..pun tak buat kesilapan macamni....

sebagai seorang yang pernah makan di kedai ini...aku tidak akan rekomenkan tempat makan ini..kerana servis yang teruk dan tidak bagus..ok berbalik dengan citer tadi..

selepas kami selesai makan...setelah menantikan kaunter bayaran tak de orang..maka aku dengan hati yang membara telah meluahkan ayat ayat manis pada penjaga kaunter. pada mulanya aku cakap lembut tetapi selepas budak jaga kaunter tu beri satu jawapan yang paling b***h yang pernah aku dengar :
"kenapa akak tak cakap nak asingkan"

aku terus naik angin dan keluarlah ayat ayat membebel aku. persoalannya..perlu ke kami cakap nak asing sedangkan order kami juga asing..melainkan aku dan ladyboss nak share...huh...sakit hati giler..mati selera makan...

last-last..aku beli dua bungkus super ring (jajan) dan ladyboss beli burger ..



Monday, November 14, 2011

menerima cinta kerana benar benar cinta atau kerana simpati??

pagi lagi aku dah di hadapkan dengan masalah cinta. Aku mengenali NIK bermula dengan kawan biasa dan akhirnya dia mengaku dia menyukai aku. Walau bagaimanapun, hati aku tiada feel terhadap dia walaupun dia seorang yang baik dan aku rasa dia seorang anak yang patuh krana dia sanggup tidak bekerja di bandar semata mata nak menjaga mak . Aku tidak tahu apa yang aku mahukan dari seorang lelaki namun NIK bukanlah lelaki yang mampu membuatkan aku ada rasa feel.

Biarlah semua orang berkata aku MEMILIH dan tidak cermin diri sendiri namun aku yang pernah mengalami dunia perkahwinan merasakan lebih baik aku tidak mengalami kesusahan semasa berkahwin dahulu. Aku lebih rela hidup begini..tanpa perlu pk kan tentang kewujudan lelaki dalam hidup aku..
....................
NIK deserve better women dan aku bukanlah perempuan itu. Aku takut untuk melukakan hatinya kerana aku tak nak satu hari nanti aku akan dilukai..namun aku juga tak nak perasaan simpati mengatasi perasaan cinta dan sekaligus aku mencintai dia dalam PAKSA...
..................
Dari rupa paras, aku tidak pernah memilih tetapi lelaki pilihan aku semestinya seorang lelaki yang boleh bawa diri kemana mana....baik dalam keluarga aku maupun keluarga dia..dan yang paling penting, ada rasa tanggungjawab serta perancangan hidup...

Penat aku memujuk dan menjelaskan kepada NIK ttg prinsip dan perasaan aku namun NIK seolah-olah menuduh aku ada lelaki lain dan menolak cintanya kerana lelaki lain. Demi Allah aku tidak ada lelaki lain cuma aku jadi PENAT dan LETIH dengan rindu, cinta, kasih, sayang..lelaki...bosan sih!!!



Thursday, November 10, 2011

sesuatu yang memenatkan

semalam..tiba - tiba aku rasa seluruh hidup aku kosong dan entah kenapa aku rasa...aku lah manusia yang tidak pandai untuk bersyukur. hhhhhmmmm....alamak..ayat tetiba tergantung lak...

Tuesday, November 8, 2011

this is my lovely fren....

salam..
lupa nak masukkan kisah aku, sis luna, baby askim and ayu..berkaraoke...last october. ini adalah kali pertama pertemuan aku dengan baby askim.. well she's so fun n sporting.tq baby askim!!!.. rasanya kalian boleh lihat kegembiraan kami melalui pic -pic di bawah





Siapa sangka...hubungan persahabatan (2thn) membuatkan kami seperti adik beradik.Hubungan aku dan luna..dari geng group lama until group baru..kami seperti adik beradik...Gaduh, dingin, mesra, merajuk, marah, sensitif..semuanya membuatkan hubungan kami unik. Apa pun she's so special to me...luv u all gegurl BBOM...

Yahoo Messengger :baik atau buruk!!!

Salam aidladha utk semua..dan untuk kali kedua berturut turut, aku tidak pulang ke kampung pada hari raya. Nasib baik mama sporting. cuti tak ada..n mood raya juga tidak ada.  Sepanjang cuti dari sabtu hingga isnin..adalah agenda -agenda yang aku telah penuhi tapi yang paling aku tak sangka ialah 'berchatting' di Yahoo Mesengger(YM) . Satu aktiviti yang telah lama aku tidak lakukan kerana aku merasakan chatting di YM sudah agak lama dan tidak efisien lagi. Disebabkan aku dah dapat semula laptop pinkiy aku ..so aku mula dapat melayari chatting di YM dengan jayanya. Apabila difikir-fikirkan semula..kenapa aku tidak minat untuk melayari chatting YM adalah disebabkan beberapa faktor. Antaranya:


1. YM penuh dengan lelaki giler seks 
    - Ayat tu bukan untuk semua, sb ada gak yang ok cuma aku ni kurang bernasib baik sebab tak jumpa dengan lelaki baik dalam YM. Selalunya aku akan kenal lelaki yang kepala otaknya asyik ingat sex..antara ayat ayatnya 'jom notty-notty', 'u pakai bra saiz berapa', u pernah xxx tak?' dan banyak lagi. Aku tergelak besar bila memulakan comunication. Baru bagi salam dah ajak notty..what de hell!!

2. YM penuh dengan penipuan
  - Dalam dunia ni..kenapa la susah sangat nak bercakap jujur sedangkan perkara itu adalah yang terbaik dalam hidup. Aku sering terkena dengan lelaki yang katanya bujang tapi hakikatnya suami orang dan pastinya selang sebulan or dua bulan..aku akan menerima call dari 'isteri' n marah -marah. Ayat aku senang je..pada isteri orang tu..aku tidak tahu pun laki ko tu berstatus kawin..sb aku tanya dah kawin ke belum , di cakapnya tak kawin..
arghhhh...bosan siot...semuanya penuh dengan penipuan.


3. YM penuh dengan video lucah yang free
 - Ada satu perkara yang aku tidak faham tentang lelaki dalam YM ..suka sangat bagi video lucah percuma. Bila buka cam mereka..Ya!Allah..mereka semua ada yang naked, ada yang pakai boxer, ada yang pakai spender dan lain-lain.. kekadang rasanya baik mereka berlakon dalam filem blue..hahah tak pun dalam iklan seluar dalam.. or boxer...kalau bagus ok gak..ini....hampeh..


Walau bagaimana pun, aku tak nafikan bahawa YM ni banyak membantu aku mengenali dengan lebih dekat tentang lelaki , tentang hati dan perasaan. Disitu aku mengenali siapa lelaki yang jujur or yang berniat sebaliknya.


Tq YM sb menjadi peneman di kala aku kebosanan tahap gaban...namun diharap pengguna YM janganlah menyalahgunakan YM untuk tujuan yang tidak elok...



fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....