Tuesday, November 8, 2011

Yahoo Messengger :baik atau buruk!!!

Salam aidladha utk semua..dan untuk kali kedua berturut turut, aku tidak pulang ke kampung pada hari raya. Nasib baik mama sporting. cuti tak ada..n mood raya juga tidak ada.  Sepanjang cuti dari sabtu hingga isnin..adalah agenda -agenda yang aku telah penuhi tapi yang paling aku tak sangka ialah 'berchatting' di Yahoo Mesengger(YM) . Satu aktiviti yang telah lama aku tidak lakukan kerana aku merasakan chatting di YM sudah agak lama dan tidak efisien lagi. Disebabkan aku dah dapat semula laptop pinkiy aku ..so aku mula dapat melayari chatting di YM dengan jayanya. Apabila difikir-fikirkan semula..kenapa aku tidak minat untuk melayari chatting YM adalah disebabkan beberapa faktor. Antaranya:


1. YM penuh dengan lelaki giler seks 
    - Ayat tu bukan untuk semua, sb ada gak yang ok cuma aku ni kurang bernasib baik sebab tak jumpa dengan lelaki baik dalam YM. Selalunya aku akan kenal lelaki yang kepala otaknya asyik ingat sex..antara ayat ayatnya 'jom notty-notty', 'u pakai bra saiz berapa', u pernah xxx tak?' dan banyak lagi. Aku tergelak besar bila memulakan comunication. Baru bagi salam dah ajak notty..what de hell!!

2. YM penuh dengan penipuan
  - Dalam dunia ni..kenapa la susah sangat nak bercakap jujur sedangkan perkara itu adalah yang terbaik dalam hidup. Aku sering terkena dengan lelaki yang katanya bujang tapi hakikatnya suami orang dan pastinya selang sebulan or dua bulan..aku akan menerima call dari 'isteri' n marah -marah. Ayat aku senang je..pada isteri orang tu..aku tidak tahu pun laki ko tu berstatus kawin..sb aku tanya dah kawin ke belum , di cakapnya tak kawin..
arghhhh...bosan siot...semuanya penuh dengan penipuan.


3. YM penuh dengan video lucah yang free
 - Ada satu perkara yang aku tidak faham tentang lelaki dalam YM ..suka sangat bagi video lucah percuma. Bila buka cam mereka..Ya!Allah..mereka semua ada yang naked, ada yang pakai boxer, ada yang pakai spender dan lain-lain.. kekadang rasanya baik mereka berlakon dalam filem blue..hahah tak pun dalam iklan seluar dalam.. or boxer...kalau bagus ok gak..ini....hampeh..


Walau bagaimana pun, aku tak nafikan bahawa YM ni banyak membantu aku mengenali dengan lebih dekat tentang lelaki , tentang hati dan perasaan. Disitu aku mengenali siapa lelaki yang jujur or yang berniat sebaliknya.


Tq YM sb menjadi peneman di kala aku kebosanan tahap gaban...namun diharap pengguna YM janganlah menyalahgunakan YM untuk tujuan yang tidak elok...



No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....