Wednesday, October 31, 2012

Dalam keadaan bertenang

salam...

Aku memulakan tugas aku dengan lagu 'zheng fu'..(tq for sis luna yang perkenalkan lagu ini...)..mood jiwang siot..

semalam ada baca berkenaan kisah Ben Shaari yang kehilangan beg sandang yang penuh dengan gajetnya. Teringat kata-kata ladyboss bila dia tgk handbag aku yang penuh dengan gajet..."kalau kena curi..raya hindu pencuri tu sebab semua gajet dalam satu beg"..untuk ben shaari..bersabar lah..

sekarang ni aku dalam tempoh bertenang..bermaksud..setelah aku break off dengan semua sayang sayang aku..maka aku berusaha untuk menyesuaikan diri . selama ini ada je call dari syg syg saya..kali ini tidak lagi!..sunyi ke? ada gak tapi kena biasakan diri..kerana aku tidak mahu berhadapan dengan masalah demi masalah tentang cinta..cukup cukup lah tu...masa untuk focus pada pengajian dan yang penting aku tidak mahu lost macam tu je...

Ya Allah...sesungguhnya  padaMu tempat aku meminta dan padaMu lah tempat aku mengadu..kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar Lagi Melihat....

aku berdoa semoga kekuatan akan hadir dalam diri ini untuk hadapi segala kemungkinan yang berlaku dan memberikan aku ketabahan dalam menghadapi segala hal..Insya Allah


pic:crdt to google

Sunday, October 28, 2012

Hasil dari bercuti...

Salam...

Sebelum lena dibuai mimpi indah...aku ingin mencatitkan apa yang aku rasa setelah bercuti 3hari 2mlm...selama itu..aku berfikir panjang..mencari satu jawapan dan akhirnya..aku harus buat keputusan..yang mana ia pasti akan ada yang terluka dengan keputusan yang aku buat.

Rasanya biar luka sekarang dari luka akan datang. Aku membuat keputusan untuk break off ngan semua syg syg aku...kenapa ek jadi camtu?..sb aku rasa..hubungan kami ni x kemana pun..hanya berlegar diruang mimpi mimpi semata. Tiada yang realiti dlm hubungan kami maka aku rasa lebih baik aku berhenti.  semoga mereka akan bertemu dengan insan yang lebih baik dari aku....

Semoga hati aku menjadi kuat untuk berdepan dengan semua ini.

Nota: saya minta maaf. ..:(

Friday, October 26, 2012

Cream puff...nyum nyum

Salam...

Actually...aku nak citer pasal cream puff ni dah lama..sejak aku mula kenak makanan ni kat midvalley. Cream puff ni memang sedap..intinya perasa vanila atau choc...tapi aku prefer vanila. Biasa duk makan yg cinonet je..sekali aku dapat makan yg besar camni..sekali beli enam...hahah tamak... Sesapa suka makan cream puff leh try yg ni...dijual di level bawah..midvalley...





Perkahwinan

Salam...

Apabila tgk tajuk entry mesti pk aku nak kawin kan...hahaha..tapi sebenarnya..aku nak citer ttg benda lain..tapi berkaitan ngan perkahwinan. Satu berita sedih yg aku dapat..sahabat baik aku tidak jadi berkawin. Pada mulanya aku ingat dia tunda..rupanya dia cut off terus dan akhirnya terkubur. Saat aku mendengar ceritanya...aku sebak..kerana aku tahu dia dan kisah hidupnya. Aku dpt rasakan kesedihan hatinya.

Inilah kenapa...aku tidak mahu perkahwinan (serik)...maksud aku bukanya aku menolak utk berkahwin namun utk menempuhi proses tu dan sekiranya x jadi..hati yg terluka. Mana nak letak muka..kad dah diedar..makanan dah ditempah...baju dan barang hantaran dah di beli..alih alih x jadi.

Dugaaan kan..bila datang. .x pasti tapi sebagai hambaNya kenalag bersedia dan redha. Aku harap sahabat aku..akan tabah dalam menghadapi dugaan ini. Itu bermakna lelaki itu bukanlah jodoh kamu dan pastinya akan ada yg lebih baik dari itu..insya allah...

Aku juga berharap agar akan ada insan yang baik untuk dia dan untuk aku..amin

Selamat hari raya aidiladha

Salam di hari raya...

Baru lepas sembang ngan mama...alhamdullilah aku masih bernafas untuk menyambut hari raya kali ini. Untuk kali ini..aku menyambutnya di sini..di kl...di shah alam. Mungkin kerana keluarga aku tidak buat korban makan ianya tidaklah disambut sgt.

Ramai yg mengatakan..kelantan,  kalau hari raya korban meriah...actually...hari raya korban meriah pada zaman dulu. Aku masih ingat sewaktu kecik dulu....rumah aku dan beberapa rumah jiran buat korban..maka mereka akan masak dan menjamu tetamu yang datang..so..suasana menjadi cukup meriah. Namun sekarang..ianya dah berubah. Daging korban banyak di sedekahkan dan hanya daging yang untuk dimakan oleh ahli keluarga saja yang di ambil...mama pernah ckp...zamab skrg ni dah x macam dulu. Lgpun anak anak duk jauh..cuti pun x banyak so kalau korban..x de yg nak menolong.

Apa pun mama kena sesuaikan diri ngan ketiadaan anak anak..mana tau aku berada di luar negara..lagi syahdu....(berangan x habis)

Anyway..buat semua kawan kawan. .yang menyambut hari raya ini..selamat hari raya.

Aku? Layan movie..window shopping...tidur dan berehat utk 3hari

Nota: teringat arwah ayah...dia paling suka makan otak lembu dimasak kari or kerutup...best!

Wednesday, October 24, 2012

Hari raya aidiladha...

Salam dan selamat malam...

Lusa..jumaat..hari raya aidiladha akan muncul dan akan disambut diseluruh negeri di malaysia. Aku buat keputusan untuk tidak balik ke kampung kali ini kerana ada beberapa sebab..satunya sb x sempat nak booking tiket flight n bila nak beli skrg..harganya dah jadi mahal..so better save the money.

Sebab yg kedua..aku x ada banyak cuti..n mama akan dtg sini sempena majlis konvo sadam husin. So aku bercadang utk bercuti n berehat...tenangkan fikiran...

Untuk kawan kawan yg balik ke kampung..semoga selamat di perjalanan...hati hati di jalan Raya....

Nota: nasib baik mama tak buat korban..kalau x asyik tgk org makan daging je la sb aku x boleh makan daging...uwaaaa!!

jalan jalan cari sotong kangkong

salam

hari ini aku dan azlin pergi jalan jalan cari makan di sini. Pak Hailam Kopitiam., Tesco  Shah Alam. Apa yang menarik adalah SOTONG KANGKONG yang ada dalam menu di sini. Disebabkan aku suka sangat dengan menu itu, maka setiap kali datang ke situ, aku akan order menu itu. Best jugak


Selain itu, kuih pau yang ada di situ juga agak sedap, apatah lagi makan kuih pau bersama hot white coffe..heaven rasanya..

nota: nanti nak upload banyak banyak pasal makanan...huhuhu

Tuesday, October 23, 2012

Mommy cat..

Salam

Masa aku makan kat mcd di CITTA MALL, ada seekor ibu kucing yg duk mengendeng kat kaki aku. Kebetulan aku tgh makan Ayam goreng Mcd. Bila tgk  ibu kucing itu..aku rasa kesian dan ingin share makanan aku...nasib baik aku makan ayam..at least makanan yg dia boleh makan..kalau aku makan salad ke buah ke..langsung x leh makan.

Sebelum keluar dari mc d..aku sempat snap pic dia..dan pandangannya seolah olah mengucapkan terima kasih sb bg rezeki pada dia. Aku sentiasa suka kan kucing dan setiap kali makan..yg kat open air..mesti ada kucing yg datang...


Monday, October 22, 2012

Dunia makanan ku tanpa DAGING

Salam...

Hari ini aku bertugas di JHEP dgn rasminya. Best gak..cuma agak memboringkan. Hehe..kalau tgk topic aku nak citer pasal makanan. Bermula minggu lps..aku kena let go segala makanan jenis daging...kerana akan menyebabkn tekanan darah tinggi. Aku tanpa makanan jenis daging?..hmmm terus mati selera.

Bagi aku segala jenis makanan berasaskan daging merupakan makanan pembuka selera.bila x de...segala selera aku terus mati. Macamana nak survive kalau x leh makan. .huhuhu..

Demi kesihatan aku akan berusaha utk let go daging yg tersangat sedap....kecur air liur...

Nota: baru seminggu x makan daging..aku dah x lalu nak makan...naik muak ngan ayam dan ikan...hmmmm...

Sunday, October 21, 2012

Susahnya nak dpt lelaki baik...

Sebelum mengakhiri hari minggu yg penuh hatic..aku terpanggil utk berbicara tentang lelaki baik...

Rasanya ramai yg akan setuju ngan pendpat aku..susah nak jumpa lelaki baik.kalau ada pun...dah jadi suami org. aku sering gak terasa bila kenal ngan suami org yg baik. Hati rasa jeles  kat isteri diaorg..sb dpt suami yg baik..

Apa yg dikategorikan ngan lelaki baik...? Pada pandangan aku..lelaki baik..adalah lelaki yg x pernah mengambil kesempatan ke atas perempuan yg dia kenal..,x pernah bersikap kurang ajar atau notty pd perempuan dan yg paling penting..seandainya dia menyukai dan menyayangi perempuan itu..maka dia akan menjaga maruah perempuan itu..

Itulah kategori yg aku cari...hahah...tapi sehingga kini x jumpa. Ada member pernah ckp..baik cari ustaz..or yg duk belajar di pondok!..aku cuma ketawa je sb itu bukan maksudnya. Aku pun bukannya pompuan yg baik sb tu berharap akan ada lelaki baik yg membantu aku ke jalan yang benar...

Aku berdoa semoga satu hari nanti aku akan bertemu dengan lelaki baik..insya allah

Nota: spesies lelaki baik ni dah pupus agaknya..

part 2: masih di plaza alam sentral...

sambungan dari post yang lalu..selepas makan kat kenny rogers...me make decision untuk balik ambik lappy, miss pinky sb rasanya sempat la nak format baru. aku bajet dalam RM 50 . ramai yg tanya kenapa x g low yat je..so jawapan aku...malas nak g sana..dan aku rasa aku lebih yakin kat Plaza Alam Sentral..lgpun dekat je dlm shah alam gak... so..dengan jasa baik 'encik babang'..aku balik ke ttdi jaya, letak barang yang aku beli then ambik miss pinky. mcm kartun sudah hari ni..haha..tapi encik babang tak bz...syg babang..muahhh!!

ok..aku tinggalkan miss pinky kat kedai..one hour lepas tu aku dtg semula. jarang aku berjauhan dengan miss pinky sb ia adalah salah satu kesayangan aku..ok..apa nak buat ek untuk satu jam ni..hmmm...sambil pusing pusing kat plaza alam sentral ..aku ternampak satu salon..memang plan mula mula nak g gunting rambut tapi dah tersangkut kat sini so plan tu mcm nak ngan tak nak je..

"Hani Salon hair n beauty"..bila aku masuk..aku target nak gunting layer je..x nak cuci , x nak apa pun. pekerjanya not bad..peramah dan yang penting banyak info diberi untuk penjagaan rambut..so rasa selesa tu ada.




so far aku puas hati le cuma masa je yg tak de nak ke salon ni. bagi yang ada di plaza alam sentral..leh g kedai ni..sb ada produk baru selain inai..utk colorkan rambut yng beruban. aku rasa kalau ianya bagus..leh teruskan ngan treatment ni sb harganya tak semahal satu produk untuk lebatkan rambut..yang mana kos nya mencecah RM20,000.00..

HANI HAIR & BEAUTY SALON, 1ST FLOOR, PLAZA ALAM SENTRAL..CONTACT NUM: 016-2382946

oppss... lupa nak gtau..Salon ini khas untuk wanita sahaja..so wanita yang bertudung akan selesa sb ia ada ruang tertutup bg yang bertudung untuk memanjakan rambut anda...hehehe


so..lepas gunting rambut..masa untuk g ambik miss pinky..kesian dia check up..tapi alhamdullilah..miss pinky dah sihat...always sayang u misspinky...


part 1:misi mencari external hard disk n beg kecil utk miss red di Plaza Alam Sentral

Salam hari ahad...
Hari ni aku outing lagi...bermakna duit akan mengalir keluar lagi...tapi memang dah nak beli kedua barang tu so nak tak nak kena gak cari. Lokasi yg dituju...ke plaza alam sentral. Mulanya..aku nak bawa sekali miss pinky tapi pk takut lbat je diaorg repair tapi bila aku tanya..sejam dua dah ok dah..so aku rasa nyesal lak...
Ok..dah beli dua barang yg aku hendak..external hard disk 500gb dan beg comel utk mis red..harganya...cukuplah aku katakan masih dlm bajet aku yg dah kering kontang ni.kena jimat weh..nak beli notes 2 kan!  cik arfa oiii!!!


Lepas habis survey..aku lepak kat kenny rogers..my faveret place ever..tak jemu makan kat sini...sedapp ayamnya awesome!...


sambung ke part 2...jeng jeng jeng...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, October 16, 2012

obsess ngn produk nutox

salam..

sejak berlaku kes di pejabat, aku menjadi makin sibuk dengan kerja kerja di opis...sampai tak de masa nak berblog . Satu perangai aku, bila stress..aku perlu mengemas so hari minggu hari tu..aku bukan main lagi mengemas.. satu bilik aku kemas, alih tempat letak katil dan lain lain...sekali bila aku duk menyusun semua produk  yang aku guna, baru aku sedari yang aku sememangnya pengguna nutox.. gile..bila ianya berubah menjadi obsess..nak tahu kenapa? sb aku beli produk tu banyak banyak walhal yang ada belum habis lagi. konsep aku..beli banyak masa ada duit..sb harga nutox ni boleh tahan mahalnya...dan kalau nak berkesan..kena pakai 1 set. 

Cuba tgk kat bawah...


 
set kecantikan..biar pun simple dan murah  tapi suka memanjakan diri dengan semua  produk ni...

kalau tgk kat pic tu..ada yang masih dalam kotak..giler obsess... paling aku suka... cream spot away .. segala parut marut kat muka..yang gelap gelap tu semua dapat di hilangkan (ikut keserasian kulit) .. tapi kena disiplin bila gunanya...


*wink *wink..harap harap ada le yg sponsor nutox untuk aku..!! hahahaha


nota: satu famili aku promote produk ni..tapi kena ikut keserasian kulit gak..cuma aku cukup selesa dengan produk ni..

Friday, October 12, 2012

x boleh percayakan sesiapa pun...

Salam hari jumaat...

Hari ni aku hanya nak tulis ayat ini je

'aku x akan percaya pada sesiapa lagi dan sesungguhnya x boleh percayakan sesiapa pun..! '

Nota: kawan pun akan makan kawan dan kawan pun x akan menyokong dan membantu kawannya yg lain. ..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, October 10, 2012

alhamdullilah

salam..

baru saja aku melepaskan keluhan berkenaan kerja yang aku lakukan untuk tempoh beberapa bulan ini, tiba tiba pengganti yang selayaknya datang untuk melapor diri. syukur kerana Tuhan Maha Mendengar. Kali ini aku di arahkan untuk bertugas di Hal Ehwal Pelajar berkuatkuasa 15hb Oktober 2012. Alhamdullilah kerana doa aku dimakbulkan dan aku berharap perpindahan ini akan membuka kehidupan baru untuk aku khasnya.

Tekanan dari orang yang tidak pernah suka pada aku membuatkan aku berfikir untuk bertukar dari Politeknik dan aku rasa, Insya Allah..Tuhan akan mendengar permintaan aku...

Buat manusia -manusia yang tidak pernah bermuhasabah diri dan sering dengki tentang kehidupan aku..maka aku mohon agar hentikan segala apa yang dilakukan. Sentiasa bersyukur dan muhasabah diri.


nota: apa jua yang berlaku, ada hikmahnya...

Sunday, October 7, 2012

perasaan yang hadir..cinta or simpati; rela or terpaksa?

salam hari minggu..

dalam kesibukkan menyiapkan kerja-kerja yang pending dan settle kan masalah yang x habis habis..aku masih sempat mengadap blog. Rindu nak berkarya dan rasanya inilah karya 'hidup' aku.

Jumaat malam yang lalu, Mr. W yang menghilang kerana merajuk dengan aku , call n nak datang membawa sesuatu untuk aku. Sengaja nak buat aku terkejut..opis dia dah berpindah di subang...alamak dekat lak dengan umah aku!!
Ingatkan adalah dinner yang best best tapi hampeh kerana dia perlu berada di pejabat semula atas alasan tugas..what de...!! oklah tu. semasa aku mula kenal dengan dia, dia memang meletakkan kerjanya num.1,after that his wife..n num 3, me!! hahaha..yes..Mr.W is married man tapi i still boleh terima dia..

Apa yang paling membuat aku terkejut , semasa dia datang bertemu dengan aku...dia ucapkan yang dia masih merindui aku, menyayangi aku, menyintai aku..( ayat poyo)..dan dia mahukan hubungan seperti dulu..kononnya la..

aku? well aku tak cakap banyak sepanjang pertemuan itu, kerana aku tidak tahu apakah yang hadir saat itu di dalam hati ini adalah cinta? sayang? kasih? benci? rela? paksa?...kerana dia pernah merajuk lama dari aku kerana cemburu. Cemburu tanda sayang..kata dia.. !huh sayang la sangat kan

di  hujung pertemuan, dia merayu agar aku menerima dia kembali dan dia berjanji.. tidak akan merajuk dan cemburu lagi...!! boleh caya ke nih! padahal aku memang suka kenakan lelaki agar lebih cemburu ...hahaha..

biarkanlah masa dan keadaan yang menentukan..aku tidak pernah menolak kehadiran lelaki dalam hidup aku namun untuk berada di tahap serius dan memberi komitmen yang tinggi..aku tidak tahu nak huraikan. Segalanya ketentuan dari Allah...

nota: suka tengok lelaki manja manja ni...hehehe

Friday, October 5, 2012

Balik menetap di kelantan? bersediakah aku?

salam

Jumaat yang indah ini memberikan aku ketenangan dan sesunguhnya aku secara tiba-tiba di beri idea untuk mengisi borang pertukaran dan kekuatan itu lahir setelah aku merasakan tiba masanya aku balik..bersama mama.... pindah ke kelantan? menetap di sana, kalaupun tidak dirumah mama tapi at least berada dekat dengan mama. Ada banyak sebab kenapa aku harus bertukar dari Shah Alam:-

1. Aku nak dekat dengan mama, semoga ada ruang dan peluang untuk aku, berbakti kepadanya
2. aku bersedia untuk berubah dan perubahan itu mungkin ada hikmah di sebaliknya
3. Aku merasakan bahawa di sini...sudah tiada apa yang boleh menceriakan hati aku.
4. Aku ingin melupakan kisah pahit dan duka di sini..mungkin bila berdekatan dengan keluarga..aku akan menjadi lebih tenang


Semoga aku akan menjadi seorang yang tabah dalam menghadapi dugaan hidup dan yang paling penting..walaupun aku jauh di kelantan kelak..ikatan kasih sayang sahabat sahabat aku..terutama ladyboss, azlin, aklima , group bbom especially luna n yayu..semua itu tidak akan terlerai...

nota: miss my mum....

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....