Thursday, November 29, 2012

Tahniah..Team Malaysia...

salam,

Malam tadi perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Laos dan Team malaysia berjaya mengalahkan Laos 4-1. Tahniah di ucapkan kepada mereka dan ternyata..kegagalan pertama bukan akan gagal selamanya. Sebelum ini..apabila kalah dengan Singapura, ada di antara penyokong Team Malaysia menunding jari pada pemain-pemain terutama APEK yang dikatakan kurang menonjol.

Bagi aku, walaupun bukanlah peminat fanatik bola sepak namun aku tidak ketinggalan mengikuti perkembangan sukan yang cukup popular ini..apatah lagi...THE RED WARRIOR adalah team faveret!!!

Pasang surut permainan bola sepak adalah adatnya Percaturan jurulatih juga memainkan peranan yang penting dalam  kejayaan tersebut. Apa jua yang berlaku sebelum ini...jadikan ia pembakar semangat...

go Malaysia go...
crdt to mr.google



nota: Semoga pemain-pemain team malaysia tidak ter usik dengan kata-kata dari penyokong-penyokong...yang penting sentiasa cool ...gud luck !!

Wednesday, November 28, 2012

kisah cinta semusim...

salam...

beberapa hari ini aku banyak berfikir dan berbincang tentang PERKAHWINAN!!

 adakah DATIN SERI ARFA ni nak mengakhiri zaman single mingle dia?
 hahahah jawapan no!..

cuma perbualan aku dengan mirza, kami merancang untuk akhiri zaman bujang pada tahun depan. Sememangnya antara kami sudah ada kisah rumahtangga yang penuh dengan trauma dan fobia..maka baik aku mahupun dia..kami perlu berhati hati dalam membuat keputusan. Mungkin sikap ini membuatkan ramai yang berfikir aku memilih ...

 Mungkin orang akan berkata..belum kawin dah heboh satu malaya..belum kawin dah berangan nak kawin tahun depan dan sebagainya..namun sebagai manusia yang kita boleh merancang segala-galanya tetapi Tuhan menentukan segalanya...begitu pun kita diharuskan berusaha...betul tak?
Ramai kekawan dan adik beradik aku yang bosan menanti, bila aku akan mengakhiri zaman bujang aku..dan siapakah yang bakal jadi suami aku. Namun aku tidak berdaya untuk merealisasikan perkahwinan aku tanpa kuasa Tuhan. !!!

aku dan mirza berkawan, sambil mengenali hati budi masing masing..malah kami pernah bergaduh, berperang, membenci dia dan akhir sekali..hubungan kami berakhir. Aku yang minta putus sebab aku merasakan ketika itu hubungan kami tidak akan kemana.. namun dia masih tidak pernah putus asa dengan perhubungan ini..dan aku pernah memarahi dia " tolong jangan call saya kerana saya sedang berusaha untuk melupakan awak" kata-kata itu membuatkan hati dia kecewa. memang salah aku..memang silap aku..namun kalau dah jodoh tak kan kemana...kami dipertemukan semula..

kini..setelah dua bulan berpisah..aku kembali kepada dia.. kembali merindui dia..kembali menyintai dia kerana setelah aku melihat dan menilai..sesungguhnya hanya MIRZA yang sentiasa sabar dengan sikap kepala angin aku...aku akui bahawa kesilapan yang berlaku adalah kerana keegoaan aku dan kali ini aku tidak mahu tersilap lagi...

semoga..hubungan kami direstui..semoga apa yang kami rancang akan di berkati dan di permudahkan..



tq mirza...kerana sentiasa sabar dengan segala kerenah dan keegoan saya..




nota: sori pada yang membaca..ayat jiwang terlebih..untuk kekawan..doakan kami ye

Tuesday, November 27, 2012

mood bercinta....

Salam...
hari ni mood nak dengar lagu anuar zain je..hehe..salah satu lagu yang best dan lirik yang penuh makna...PERNAHKAH




Pernahkah engkau berfikir
Apa yang ku lakukan itu
cintaPernahkah engkau sadari
Setiap ku bicara itu cinta
Pernahkah engkau mengerti
Yang ku inginkan berdua denganmu
Walaupun hanya sedetik
Memandang wajahmu itu cukup bagiku
Hanya kau yang ku mahu
Ku takkan hidup tanpa dirimu
Hidup tiada ertinya
Bila aku tak bisa
Memiliki dirimu
Hanya kau yang ku mahu
Ku takkan hidup tanpa dirimu
Hidup tiada ertinya
Bila aku tak bisa
Memiliki dirimu
Dan bila kau rasakan
Seperti yang ku rasakan
Sambutlah tangan ini
Dan berikan cinta
Dan bila kau tak mengerti
Dengarkan lagu ini
Ku berkatakan sejujurnya
Dan ku cinta kau
Hanya kau yang ku mahu
Ku takkan hidup tanpa dirimu
Hidup tiada ertinya
Bila aku tak bisa
Memiliki dirimu

cdrt to mr google

nota: rindu mr.mirza...hmmm









Monday, November 26, 2012

satu perasaan...



pic from mr.google



hmmm.....

setelah 2 bulan berpisah


salam...

lama tidak update blog..sebab bz dengan tugasan memandangkan..kelas pun dah nak abis..kena submit asignment, kena practice untuk presentation dan sebagainya.
Sejak dua bulan yang lepas..selepas aku dan mirza bersetuju untuk cuba berpisah..kerana mahu melihat kemampuan diri tentang hati dan perasaan..maka akhirnya terlerai juga segala persoalan.
Aku akui dalam ramai ramai lelaki yang hadir..termasuk onie (miri guy)...hanya dua lelaki yang banyak menahan sabar dengan kerenah aku yang sengaja aku ciptakan untuk melihat penerimaan mereka.
Mirza dan abie..Mereka berdua yang berusaha untuk tidak mengamuk dengan aku dan menurut saja segala kerenah aku.

semalam....selepas 2 bulan berpisah, aku bertemu dengan Mirza..dan apabila kami bertemu..seolah olah aku dan dia baru bertentang mata..haha...rindu siot!! tapi di tahan kan perasaan ini. Pada pertemuan ini..aku banyak membebel dan seperti biasa..mirza akan sentiasa mengiyakan saja...hahaha kesian aku lihat dia.

kenapa aku berpisah dengan dia? kerana aku nak lihat sejauh mana aku dan dia berjaya mengatasi kerinduan dan aku cuba untuk mengalihkan pandangan aku pada orang lain..which is nampak sangat aku yang tak leh setia kan..hahaha...dan mirza akui bahawa dia tahu aku ramai kawan lelaki dan memang dia nak aku membuat pilihan. akhirnya ..semalam kami akui yang kami saling memerlukan antara satu sama lain dan aku sendiri tidak tahu bagaimana hati ini masih mahukan dia di antara bf bf aku yang lain... (jiwang karat tul la...)

insya allah..dia akan ikut aku balik ke kampung..untuk berkenalan dengan keluarga ku dan aku harap ianya seperti yang di rancang..

untuk onie..miri guy..maybe kita tak ditakdirkan bersama lantaran layanan dan penerimaan famili u yang tidak seperti yang diharapkan..apa pun im happy for u..


nota:  ada hikmahnya pertemuan yang dirancang..kita sekadar mampu merancang namun Tuhan jua yang tentukan segalanya..baik atau buruk..segalanya telah di takdirkan...

Monday, November 19, 2012

Palestin : Duka terpahat di hati masyarakat Islam di Seluruh Dunia

Salam...

Palestin di serang lagi dan serangan itu telah menyebabkan ramai yang tidak berdosa menjadi mangsa. Aku bukanlah seorang pemerhati kisah kisah dunia cuma apabila serangan post  di FB berlaku berkenaan Palestin dan boikot..aku terpanggil untuk bersuara.

Satu dunia sudah tahu..tentang kesusahan yang berlaku di Palestin dan tentangan dan serangan dari Israel..namun berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..cuma apabila di Malaysia..especially di FB tentang boikot memboikot produk yang menyokong Israel..maka aku merasakan tidak adil bagi kita menjatuhkan hukuman sebegitu di Malaysia. Antara beberapa perkara yang perlu di fikirkan bersama :

1. Mcdonald malaysia..pekerja -pekerjanya adalah terdiri dari RAKYAT MALAYSIA...berusaha mencari sesuap nasi ..rezeki namun apa akan terjadi sekiranya boikot ini berlaku? pastinya mereka terpaksa mencari kerja lain which is..susah nak cari sekarang ni..so adilkah kita menjatuhkan hukuman ?

2. Apa yang di post di FB ..hanyalah boikot pada Mc Donald.. kenapa tidak pada rokok? which is 1 % dari penjualan rokok jugak di salurkan kepada Israel..tahukah anda? so kalau begitu baik kita boikot rokok..dan impian nak tgk Malaysia bebas rokok tercapai dan tak perlu lagi iklan TAK NAK dlm tv or media massa.. namun yang tu tak di pandang oleh mereka...sebab mereka x boleh hidup tanpa rokok..( kebanyakkan lelaki..yang mana bersemangat gile post kat FB pasal boikot memboikot)

3. Apabila propaganda ini berlaku..masyarakat kampung yang tidak mempunyai maklumat yang sahih akan berprasangka ..contohnya di kampung kampung..mereka akan terus mempercayai apa yang mereka dengar tanpa melihat kebenarannya..subhanallah..ini  x sepatutnya berlaku . Ketaksuban untuk memboikot itu akan menyebabkan berlaku pergaduahn dan sekiranya di kampung, anak jiran bekerja di McDonald..pasti mereka akan di pandang tak elok oleh masyarakat kampung..(tetiba teringat kat kg aku.. pernah satu ketika sepupu aku mendapat tawaran belajar di UITM..namun arwah paksu..menentang keras dan tidak membenarkan anaknya belajar di UITM ..ini berlaku kerana dia duk di kedai kopi..mendengar cerita cerita yang UITM tu x bagus, milik kerajaan BN la..yuran mahal la..padahal...setahu aku..yuran UITM adalah yang paling rendah.. nasib baik aku boleh bersuara dan alhamdullilah..sepupuku dapat juga belajar sampai degree...moralnya..pandangan orang kampung..mudah percaya ttg sesuatu perkara ini membuatkan ia menjadi satu senjata yang bahaya dalam memporak perandakan hubungan dalam masyarakat..khususnya.

4. Apalah salahnya kalau kita titipkan doa, solah hajat, mohon agar keselamatan saudara kita akan di lindungi dan semoga mereka semua tabah dalam menghadapi dugaan yang Tuhan berikan .

5. Pernah mendengar seorang kawan berbicara..kadangkala..apa yang berlaku di bumi Palestin adalah dugaan Tuhan atas apa yang berlaku di bumi itu sendiri..seperti bala yang Tuhan turunkan pada masyarakat sebelum ini.. sebagai tanda dan amaran bagi orang lain ..dan untuk menjadi iktibar kepada yang lain. Oleh itu..di Malaysia sendiri..banyak perkara yang boleh mengundang kemurkaan Tuhan.. Gay..Lesbian, Zina....dan tidak mustahil..kalau kita tidak beringat dan bertaubat serta berdoa..hukuman Tuhan akan di berikan kepada kita...seperti masyarakat Islam yang terdahulu. Oleh itu..kita patut menanganinya dan bersama-sama mencegah perkara perkara itu berlaku....Nauzubillah..

Palestin..tetap di hati setiap manusia di seluruh dunia...malah kesengsaraan mereka turut sama di rasa ..cuma tiada apa yang dapat dilakukan..cuma doa dipohon agar akan ada bantuan yang mampu meringankan beban dan kesengsaraan mereka..


nota: sorry..terover..cuma luahan dari seorang yang suka memerhati seperti aku...


Wednesday, November 14, 2012

tetiba..

salam..

tak tahu camna nak luahkan..tapi yang pasti tempoh yang diberikan oleh dia..pertengahan tahun depan membuatkan aku rasa risau.. kerana aku belum bersedia untuk apa jua yang berlaku. Dia tidak seharusnya buat aku begini..bagi aku masa dan yang paling penting aku perlu jelaskan pada mama yang cukup x suka...

apa pun...aku berdoa semoga segala urusan di permudahkan dan insya allah kalau benar dia jodoh aku..bersatu lah kami...

untuk Onie...semoga apa yang di rancang oleh mu berjalan lancar ...enam bulan bukanlah lama..mana lagi akan sentiasa berjauhan kita kan..hehehe..sabar itu separuh daripada iman..




crdt to mr.google

nota: tetiba kepala aku berserabut..hmmm...subhanallah

Monday, November 5, 2012

kucing..satu kisah yang menyayat hati

salam..


semalam, aku ada terbaca satu entry yang mana bercerita tentang  kisah kucing.. yang berjaya diselamatkan..maka aku teringat tentang satu video clip pasal nasi goreng kucing...yang mana hanya berlaku di luar dari malaysia..Kucing di jadikan makanan exotic..tak dapat bayangkan ...klip video ni aku tak ingat dapat dari mana cuma bila hari tu aku duk transfer data ke external hard disk baru..itu yang terpandang.

apabila ada blogger yang aku follow pasal kucing ( kakimotong dot com) ..aku respect pada dia..kerana ikhlas hatinya terhadap perhatiannya terhadap kucing. apa pun kesabaran adalah yang paling penting bila berdepan dengan kucing..

aku sendiri suka sangat kucing..namun masa dan keadaan membuatkan aku tidak berjaya untuk memelihara kucing cuma..kalau aku g kedai makan dan ada kucing yang bergesel di kaki aku..pasti akan ada habuan untuk dia..kesian..itulah yang aku rasakan...

Tetiba teringat kat CAT..kucing yang aku bela masa dia bersaiz tapak tangan sampai la dah obes macam pic bawah ni. Antara gelagat nya yang masih aku ingat :

1. apabila aku marah dia..sambil bawa penyapu lidi..dia akan merajuk masuk bilik adik aku dan tak nak berpaling bila aku panggil..even sogokkan dengan friskies pun tak jalan

2. teringat masa dia menjilat air nescafe aku..selang sejam dia mengalami sakit perut..dan tatkala itu aku sedang bersila berborak ngan adik aku..dia dengan spontan ..naik dan duduk di paha sambil mengingau ..seolah olah..bagi tahu aku..yang dia sedang sakit perut..

3. terlalu manja dengan aku sampaikan tatkala aku nak pindah..dia merajuk panjang..tak nak balik rumah kerana mungkin dia tahu yang aku nak lepaskan dia..supaya dia berdikari sedangkan dia tidak tahu berdikari langsung..

4. 'isteri ' yang aku cari untuk dia.namanya kitty....memang tak cantik tapi anak anak nya cantik dan comel...


CAT sentiasa ada dalam ingatan mummy..

apabila aku baca kenyataan pasal kucing or tgk video klip pasal nasi goreng kucing tu..aku pasti akan sedih Zalim dan kejam..itu yang leh aku katakan...


nota: semoga CAT akan dijaga dengan baik...

aku dan kegilaanku...

salam...

pagi Isnin yang amat dingin ini aku nak kongsikan tentang sesuatu berkenaan kegilaan aku. Sejak dari aku start jadi bini orang..(bini encik babang) sampailah aku dah single mingle..aku amat gilerkan handbag..terutama handbag yang bersaiz besar kerana ianya memudahkan aku untuk mengisi segala jenis barang yang aku rasa nak masukkan...oklah..kalau pada masa sekarang...senarai barang yang aku akan isikan dalam handbag aku adalah:

1. purse merahku
2.blackberry murahku
3.glaxy notes 2
4. body spray jenama nike ( yg ni obses giler)
5. external hard disk
6.panty liner/pad (untuk kecemasan)
7. uphamol/panadol
8.tisu/wet tisu..
9.brooch

  9 item ni yang wajib ada. tapi kekadang aku ada masukkan novel atau kalau kena ngan gaya, aku masukkan miss red untuk sesi fotografi syok sendiri.

Kalau dulu, tempat yang aku tuju untuk membeli handbag adalah di uptown, jalan TAR, Sogo,Subang Parade, Plaza Alam sentral tapi kini aku banyak membeli secara online dengan LA LUNA VIOLETTA ( pernah aku promote dalam entry tahun lepas).. sila rujuk fbpage dan blognya ( klik disini) untuk keterangan lanjut. ok..kenapa pilih beli kat situ..? sebab :-

1. ownernya member bbm aku
2. banyak choice dan semuanya chantek
3. penghantaran yang menyakinkan..
4. harganya ok..

aku pulak jenis yang suka tukar tukar handbag so aku tidak memilih untuk membeli handbag yang original..sebab satunya mahal keduanya..aku ni bukannya berkemampuan nak beli beg original yang harganya ribu riban.(kalau harga beg ori 1K, aku boleh dapat berpuluh handbag..ikut kaler, ikut design)hahah nampak sangat berkira..

tapi...aku memang jaga handbag aku..dan kat rumah sekarang ni aku dah ada dua kotak besar tempat simpan handbag so sekarang ni nak tambah yang ke tiga...hahaha..teringat kata kata encik babang..

"awak tu beli handbag banyak banyak..nanti tak de duit..rebus je la handbag tu buat sup.."

walaumacamana sekalipun...aku tetap suka kan handbag..dan aku rasa semua wanita begitu..sama ada suka original, replika or yang murah..semuanya akan suka kan handbag... am i rite ?  handbag yang paling disayangi jenama COACH n TIMBERLAND...jarang pakai sebab takut rosak..tapi handbag yang paling best di gunakan jenama- AT SENSE- (rujuk pic bawah)





kalau ada member member nak share citer pasal handbag..jum share sama..macam one of member yang aku follow..moon punya blog ..citer pasal handbag dan fungsinya...


nota:  lama lama leh bukak kedai jual handbag secondhand..hahaha tak kot..!!!

Sunday, November 4, 2012

Kita hanya merancang...

Salam hari minggu...

Setelah seharian semalam aku berperang ngan sakit perut sb salah makan..aku ingat hari ini aku dpt ke kelas..namun siapa sangka malam tadi aku tidak dapat tidur gara gara sakit perut sehingga subuh tadi aku buat keputusan untuk tidak ke kelas memandangkan condition aku yg teruk. Rasa bersalah kerana aku tidak hadir ke kelas kerana aku ketinggalan banyak perkara. Harap aku dpt kejar semula apa yg tertinggal.

Kita hanya merancang tapi tuhan yg menentukan...

Nota: kena study harder n smarter le jawapnya....

Friday, November 2, 2012

isu : tidak boleh terima hakikat...

salam..

Pagi Jumaat yang cukup dingin ini memberikan aku satu idea untuk aku menulis tentang satu isu yang aku rasa ramai berlaku di kalangan kita. Aku sendiri pernah mengalaminya..apabila aku terlalu obsess dengan sesuatu atau dengan seseorang maka aku tidak boleh menerima hakikat...

TIDAK BOLEH MENERIMA HAKIKAT...adalah perkara yang mana boleh mengundang masalah yang besar dalam kehidupan .Ada beberapa jenis situasi yang mana isu tidak boleh menerima hakikat ini muncul antaranya:
1. Apabila kita sudah terlalu menyukai seseorang dan seseorang itu tidak pernah menyukai kita pun..kononnya bertepuk sebelah tangan..maka kita tidak boleh menerima hakikat yang itu berlaku. Kita sering menafikan perasaan itu..padahal sudah terang dan jelas..bahawa seseorang itu tidak pernah menyukai kita..

2. Apabila seorang isteri diceraikan oleh suami..maka dia tidak boleh menerima hakikat tentang penceraian itu. Maka akan berlaku situasi dimana si isteri masih tidak boleh berpisah dengan bekas suami dan paling teruk apabila si isteri masih mengaku pada semua org yang dia masih ada suami..padahal tidak..

3. Apabila seorang rakan tidak boleh menerima hakikat yang kawan baik /kawan yang dia kenal lebih dari dia..dari segala segi..maka timbullah hasad dengki dan prasangka sehingga membawa kepada fitnah dan umpatan pada kawan dia...

4. Apabila seorang suami tidak boleh menerima hakikat yang isteri mempunyai pendapatan lebih dari dia..dan merasakan bahawa hak suami hilang di sebabkan perkara itu..

actually banyak lagi situasi yang berlaku disebabkan isu itu namun apa pun yang berlaku bagi aku.. kita sebagai hamba Allah seharusnya sentiasa muhasabah diri dalam menghadapi segalanya. Aku sendiri pernah mengalami situasi ini dan aku cepat cepat bermuhasabah diri dan berfikir bahawa semua itu adalah ujian dan dugaan pada aku..

terbaca satu kata-kata hikmah kat web...

" Sehina-hina manusia adalah apabila dia mencari keburukan/kesalahan orang lain sedangkan  keburukan/kesalahan itu sebenarnya ada dalam diri dia sendiri...wallahualam..."



nota: aku bersyukur kerana walaupun aku menerima fitnah dan umpat keji orang namun aku memiliki sahabat sahabat yang baik seperti ladyboss, azlin, luna aurora dan seluruh geng bbom serta kekawan di alam maya...hehe..luv u all

Thursday, November 1, 2012

Maha Suci Allah...

Salam..

Aku mengambil masa beberapa minit ini untuk meluahkan sesuatu yang aku pendam sejak aku tahu tentang perkara ini. Aku mula sedar..sejak beberapa minggu..semakin aku mendekatkan diri aku dengan Allah...semakin kuat dugaan yang muncul dan aku faham..bahawa Allah menyayangi aku lantas diberikan aku dugaan supaya aku akan menjadi bertambah kuat dan tabah.

Beberapa minggu yang lepas..aku mendapat berita tentang seorang rakan yang menyebarkan tentang kisah aku pada seluruh Politeknik( aku agak la) . Dia yang pastinya seorang perempuan, menyebarkan fitnah bahawa aku ini menggunakan khidmat bomoh dan amalkan dalam mendapat perhatian sesiapa saja..boss, bf, kawan kawan dll. Apabila aku mendengar kata-kata itu..aku beristigfar banyak banyak..kalau dulu..masa aku tidak mampu mengawal perasaan..sudah pasti aku akan bersemuka dengan dia...bertanya kenapa dia buat begitu pada aku? namun..kini aku sudah berjaya mengawal perasaan aku walaupun akibatnya tekanan darah tinggi aku akan terus naik dan naik...Aku merasa KESIAN dengan perempuan itu...kerana dia terlalu inginkan perhatian agaknya maka dia seronok bila bercerita dengan orang lain tentang keburukan orang lain.. Sesungguhnya dalam keadaan dia yang ku rasa sudah hampir menjadi ANDARTU..seharusnya dia menjaga tertib dan juga menjaga perilaku...kerana Tuhan itu Maha Adil..

Aku guna bomoh? Hahaha..itu satu perkara yang melucukan. Kalau aku guna bomoh..baik aku gunakan utk dapatkan suami yang kaya raya..berpangkat Dato' atau Tan Sri ...dan semua harta nya jatuh dalam genggaman aku..tapi ini nak guna untuk perhatian boss, kekawan dan bf..tak ada untung satu sen pun...logiknya la...Kalau aku guna bomoh...tunjukkan bukti..aku nak tgk bukti itu...kalau tak de bukti aku boleh saman dia kerana menfitnah....

Aku memang tidak akan maafkan sesiapa yang menaburkan fitnah pada aku...mengumpat keji aku ..Dan aku benar benar berharap agar Tuhan akan makbulkan doa aku..orang yang teraniaya..agar sesiapa yang bersalah pada aku menerima balasannya..dan aku yakin balasan yang Tuhan beri kelak..samada cepat atau lambat..Insya Allah!

nota: Sememangnya kita harus saling maaf bermaafan namun seandainya Dia tidak datang meminta maaf dengan aku..maka dia bawalah dosa itu sampai ke lubang kubur....kerana sampai aku mati..aku takkan maafkan dia...itu sumpah ku

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....