Thursday, November 1, 2012

Maha Suci Allah...

Salam..

Aku mengambil masa beberapa minit ini untuk meluahkan sesuatu yang aku pendam sejak aku tahu tentang perkara ini. Aku mula sedar..sejak beberapa minggu..semakin aku mendekatkan diri aku dengan Allah...semakin kuat dugaan yang muncul dan aku faham..bahawa Allah menyayangi aku lantas diberikan aku dugaan supaya aku akan menjadi bertambah kuat dan tabah.

Beberapa minggu yang lepas..aku mendapat berita tentang seorang rakan yang menyebarkan tentang kisah aku pada seluruh Politeknik( aku agak la) . Dia yang pastinya seorang perempuan, menyebarkan fitnah bahawa aku ini menggunakan khidmat bomoh dan amalkan dalam mendapat perhatian sesiapa saja..boss, bf, kawan kawan dll. Apabila aku mendengar kata-kata itu..aku beristigfar banyak banyak..kalau dulu..masa aku tidak mampu mengawal perasaan..sudah pasti aku akan bersemuka dengan dia...bertanya kenapa dia buat begitu pada aku? namun..kini aku sudah berjaya mengawal perasaan aku walaupun akibatnya tekanan darah tinggi aku akan terus naik dan naik...Aku merasa KESIAN dengan perempuan itu...kerana dia terlalu inginkan perhatian agaknya maka dia seronok bila bercerita dengan orang lain tentang keburukan orang lain.. Sesungguhnya dalam keadaan dia yang ku rasa sudah hampir menjadi ANDARTU..seharusnya dia menjaga tertib dan juga menjaga perilaku...kerana Tuhan itu Maha Adil..

Aku guna bomoh? Hahaha..itu satu perkara yang melucukan. Kalau aku guna bomoh..baik aku gunakan utk dapatkan suami yang kaya raya..berpangkat Dato' atau Tan Sri ...dan semua harta nya jatuh dalam genggaman aku..tapi ini nak guna untuk perhatian boss, kekawan dan bf..tak ada untung satu sen pun...logiknya la...Kalau aku guna bomoh...tunjukkan bukti..aku nak tgk bukti itu...kalau tak de bukti aku boleh saman dia kerana menfitnah....

Aku memang tidak akan maafkan sesiapa yang menaburkan fitnah pada aku...mengumpat keji aku ..Dan aku benar benar berharap agar Tuhan akan makbulkan doa aku..orang yang teraniaya..agar sesiapa yang bersalah pada aku menerima balasannya..dan aku yakin balasan yang Tuhan beri kelak..samada cepat atau lambat..Insya Allah!

nota: Sememangnya kita harus saling maaf bermaafan namun seandainya Dia tidak datang meminta maaf dengan aku..maka dia bawalah dosa itu sampai ke lubang kubur....kerana sampai aku mati..aku takkan maafkan dia...itu sumpah ku

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....