Friday, November 2, 2012

isu : tidak boleh terima hakikat...

salam..

Pagi Jumaat yang cukup dingin ini memberikan aku satu idea untuk aku menulis tentang satu isu yang aku rasa ramai berlaku di kalangan kita. Aku sendiri pernah mengalaminya..apabila aku terlalu obsess dengan sesuatu atau dengan seseorang maka aku tidak boleh menerima hakikat...

TIDAK BOLEH MENERIMA HAKIKAT...adalah perkara yang mana boleh mengundang masalah yang besar dalam kehidupan .Ada beberapa jenis situasi yang mana isu tidak boleh menerima hakikat ini muncul antaranya:
1. Apabila kita sudah terlalu menyukai seseorang dan seseorang itu tidak pernah menyukai kita pun..kononnya bertepuk sebelah tangan..maka kita tidak boleh menerima hakikat yang itu berlaku. Kita sering menafikan perasaan itu..padahal sudah terang dan jelas..bahawa seseorang itu tidak pernah menyukai kita..

2. Apabila seorang isteri diceraikan oleh suami..maka dia tidak boleh menerima hakikat tentang penceraian itu. Maka akan berlaku situasi dimana si isteri masih tidak boleh berpisah dengan bekas suami dan paling teruk apabila si isteri masih mengaku pada semua org yang dia masih ada suami..padahal tidak..

3. Apabila seorang rakan tidak boleh menerima hakikat yang kawan baik /kawan yang dia kenal lebih dari dia..dari segala segi..maka timbullah hasad dengki dan prasangka sehingga membawa kepada fitnah dan umpatan pada kawan dia...

4. Apabila seorang suami tidak boleh menerima hakikat yang isteri mempunyai pendapatan lebih dari dia..dan merasakan bahawa hak suami hilang di sebabkan perkara itu..

actually banyak lagi situasi yang berlaku disebabkan isu itu namun apa pun yang berlaku bagi aku.. kita sebagai hamba Allah seharusnya sentiasa muhasabah diri dalam menghadapi segalanya. Aku sendiri pernah mengalami situasi ini dan aku cepat cepat bermuhasabah diri dan berfikir bahawa semua itu adalah ujian dan dugaan pada aku..

terbaca satu kata-kata hikmah kat web...

" Sehina-hina manusia adalah apabila dia mencari keburukan/kesalahan orang lain sedangkan  keburukan/kesalahan itu sebenarnya ada dalam diri dia sendiri...wallahualam..."



nota: aku bersyukur kerana walaupun aku menerima fitnah dan umpat keji orang namun aku memiliki sahabat sahabat yang baik seperti ladyboss, azlin, luna aurora dan seluruh geng bbom serta kekawan di alam maya...hehe..luv u all

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....