Thursday, May 24, 2012

rasa lemah jiwa ini

salam...

masa nak tulis entry ni terfikir gak sama ada dia ada membaca atau tidak blog aku tapi aku harap kalau kawan kawan dia membaca...aku mohon agar beritahu dia..aku minta maaf sangat sangat kerana kesilapan yang aku buat. Rasa bersalah itu menebal kerana aku tidak berniat untuk mengguris hatinya apatah lagi melukakan jiwanya.

selepas kejadian itu, DIA terus remove aku dari semua channel social network sehinggakan aku merasakan lemah jiwa ini tatkala aku sudah tidak boleh menghubungi dia. Ku kira dia mahukan masa untuk bertenang namun amarahnya terlalu besar sehinggakan aku rasakan dia sudah tidak mahu maafkan aku.

kenapa DIA terlalu istimewa? kerana dia antara yang aku kenal sejak aku mengenali social network ini. Dia banyak memberi pandangan dan semua pandangannya adalah utk kebaikan.dan i'm totally happy sebab kenal dia...Dia seorang perempuan yang tegas dan berprinsip dan aku amat senang menjadi kawan dia.

di ruangan ini, aku mohon jutaan maaf kepada nya atas kesilapan yang aku buat dan andainya dia tidak mahu dan tidak akan memaafkan aku..maka aku tidak berdaya untuk lakukan apa apa lagi..selain berdia semoga pintu hatinya terbuka untuk menerima aku kembali sebagai kawannya.


nota: maafkan saya....:(....

Tuesday, May 22, 2012

lelaki..o..lelaki

salam pagi isnin

agak lama tidak berada di ruangan blog ini. Ini disebabkan tanggungjawab pada keje dan pada study buat aku menolak seketika minat menulis. segala jenis bentuk penulisan , termasuk penulisan novel terpaksa aku ketepikan. Insya Allah..aku akan siapkan juga novel itu...

Sejak beberapa minggu ni..aku banyak menerima cerita dari kekawan aku tentang perangai lelaki . Well , standardlah kot kalau dah namanya lelaki. Pada mulanya aku ingat nak lupakan je..tapi rasanya baik aku komen dan bercerita tentang apa yang aku maksudkan telatah lelaki ...bunyinya macam cliche tapi kenyataannya walaupun tak semua tapi ada gak lelaki yang macam ni

Kawan aku si R bercerita, dia mengenali seorang lelaki dan sering bertemu dengannya. Apa yang dia sakit hati apabila setiap kali keluar dengan lelaki itu, dia je yang asyik kena keluarkan duit.. tak kiralah time tgk wayang ke, time makan ke , semuanya dia. Alih alih, dia diamkan diri dan tidak mahu bertemu dengan lelaki itu lagi. Lelaki itu pulak call dia dan  mengajak dia keluar tapi kawan aku ni dah nekad dah..serik sebab dia tahu pasti dia yang akan kena keluarkan duit.

kawan aku si Z mengadu dengan aku pasal seorang lelaki yang di kenali, lelaki ini hanya muncul bila dia rasa perlu saja. Z dah cukup bersabar sb dia rasa di pergunakan oleh lelaki itu..which is true.

Dua kisah ni sebenarnya banyak terjadi dalam dunia sekarang ni. Baik lelaki mahupun perempuan semuanya melakukan perkara yang sama dan ianya tidak disedari.

Kebanyakkan lelaki yang bersifat macam tu mungkin sebab mereka rasa selesa dengan pompuan yang kuarkan duit utk mereka padahal sifat perempuan ni dia tak reti nak jelaskan bahawa apa salahnya share..kalau dah pompuan belanja tgk wayang, apa salahnya belanja makan ke..bukannya suruh makan yang mahal mahal kan.. kesian kawan aku tu..harap dia pandai memilih yang terbaik untuk dia . Bagi kes kedua...untuk Z..cubalah fikir untuk cari orang lain. Lelaki macam tu terlalu pentingkan diri sendiri, tak layak jadi kawan kau la..dan untuk lelaki itu..sedar lah diri..kalau kau tu org popular ok lah jugak..n aku rasa yang popular tu pun x akan pentingkan diri sendiri ..macam lelaki tu..sabar ye R & Z..

semoga lelaki di luar sana akan menjadi lebih sensitif dan yang nyata be gentleman...

note: tahniah pasukan kelantan kerana menjuarai piala FA...dan tahniah untuk penyokong kelantan yang cukup sopan tanpa sebarang drama berlaku...(maybe sebab menang..cuba kalah...mau terbakar stadium).....:)

Saturday, May 12, 2012

budak minta derma:isu lama yang x selesai

salam...

selamat berhujung minggu semuanya...sementara nak refresh otak nak siapkan asignment, aku nak kongsi satu hal yang selama ini aku banyak perhatikan..
ok..pasal budak sekolah agama/budak dari rumah anak yatim n so on..mereka mengutip derma untuk sekolah/untuk asrama sambil jual kismis la, kalendar la...ok...semua itu seolah-olah tiada usaha dan langkah untuk membendung nye kerana aku merasakan semua budak budak yang buat perkara itu adalah kerana terpaksa kot..

semalam..aku makan di port biasa aku dan cik wan..sambil makan, sembang, tgk internet..suddenly ada seorang budak datang minta derma. Normally aku or cik wan akan angkat tangan dan itu tandanya tak mahu...mereka semua akan paham. Namun ada sesuatu di wajah budak ini yang buat aku rasakan terlalu kesian. Belum sempat aku nak ajak makan sama..dia sudah berlalu pergi ke meja yang lain. Rasa simpati mula menular....ingin aku bertanya padanya kenapa dia buat benda benda macam ni sedangkan umur seperti itu adalah untuk belajar, menikmati kehidupan sebagai seorang kanak kanak..aku tidak tahu manusia jenis apa yang menyuruh mereka mengutip derma begitu. silap silap..tak cukup kuota..tak leh makan. Terlihat di wajah mereka keletihan , mungkin makan mungkin tidak..

Bagi pendapat aku, tidak sepatutnya mereka di layan sebegitu. Masa mereka sekarang adalah untuk belajar, bukannya berjumpa orang dan minta derma. Bagi aku minta derma/mencari sumbangan adalah tanggungjawab pengurusan mereka..

Rasanya pihak yang berwajib perlu melaksanakan usaha yang berterusan untuk membendung perkara ini memandangkan mereka semua adalah generasi akan datang yang akan turut sama membangunkan negara. Bagi rumah anak anak yatim yang memang tiada sumber..septutnya perlu di bantu dan rasanya banyak lagi cara untuk dapatkan sumbangan dari orang ramai..tapi bukan dengan meminta sedekah/derma.

Semoga akan memberi kesedaran pada mereka ...insya allah


note: membayangkan sekiranya saudara mara sendiri berada di situasi tersebut....nauzubillah...




Friday, May 11, 2012

Hari Ibu...i miss u mama....

salam jumaat...

buat masa sekarang aku memang jarang update blog..ini adalah disebabkan kekangan kerja yang makin banyak, kerenah orang di pejabat dan yang paling teruk..aku merasa kepenatan yang melampau. Itu belum lagi kira asignment n projek yang perlu di siapkan dalam masa seminggu dan preparation untuk test yang akan di adakan pada hujung bulan ni...uwaaaaaaaa!!!

citer kali ini pasal Hari Ibu. Well..pada pandangan aku..hari ibu bukanlah satu perkara yang luarbiasa yang perlu di celebrate kan cuma sudah menjadi trend nak sambut hari ibu, macam hari kekasih, hari bapa dan sebagainya. Untuk aku..hari ibu tiada dalam istilah hidup aku kerana setiap hari adalah hari ibu dan aku sentiasa mendoakan kesejahteraan mama setiap kali selepas solat..dan itulah yang mampu aku buat...seadanya.. Seperti luahan hati yang lalu tentang mama...aku sentiasa sematkan dalam hati bahawa aku sanggup gadaikan seluruh hidup aku demi dia..seandainya dia perlukan sesuatu dari aku..anything untuk mama..dan aku sentiasa berdoa semoga usianya dipanjangkan kerana aku berharap..aku dapat menjaganya seandainya dia sudah uzur.. mahu menemani dia di waktu tidurnya, mahu memandikan dia , mahu menyuapi makanan untuknya.., mahu membacakan surah -surah alquran untuk dia dengar ..subhanallah... sesungguhnya aku terlalu takut seandainya aku tidak di beri ruang dan peluang untuk lakukan itu semua...

untuk mama...terima kasih kerana melahirkan aku, membesarkan aku dan mendidik aku seadanya dan rasanya tiada hadiah yang dapat menukarkan kasih sayang mama terhadapku dan tiada yang lebih utama selain kesejahteraan mama...

inilah mama kesayangan aku..puan azizah...muahhh mama
i love u mama....so muchhhh


bagi ibu -ibu yang aku kenali..sesunguhnya u all semua wanita-wanita hebat yang tiada galang gantinya...all the best...


note: mengalir lak airmata ni tatkala menulis entry ni..sedih siot....sebab nak jadi ibu bukannya senang...dan teringatkan kerenah aku semasa kecil..betapa mama seorang yang cukup sabar dengan segala perangai anak anaknya...

Monday, May 7, 2012

Seharian bersama HAJRUL....

Salam...

pagi isnin memang dah bajet nak menulis sikit pasal apa yang berlaku semalam.. ahad..

well...pagi ahad aku dapat bbm dari Haj..ajak aku ke PWTC.. Aku cakap ok je..sebab aku rasa dah lama tak jumpa dia so inilah masanya nak lepak dengan dia. Sekali dia bbm lagi cakap g sana naik motor ..bila aku baca tu..aku dah tergelak besar tapi aku fikir why not..just for fun with him kan..so aku setuju.Aku cuma tanya..muat ker? sb kami berdua bersaiz besar..mana la tau..pastu takut la tayar pancit ke apa ke..hahah..tapi dia ok je..so aku ok le
Lebih kurang kul 1 tghari..dia call n bgtahu dah ada depan rumah . Bila aku bukak je pintu..aku dah start gelak..motor kapcai.. oooo..ini nak merempit la ni...aku cool je sebab inilah first time aku naik motor ngan lelaki yang bukan ahli keluarga ku. Kalau setakat naik motor ngan adik aku, si saddam tu kira biasa ler..( terbayang muka dia kena cubit kat peha setiap kali bawa laju..hahah nasib le adik)

Perjalanan kami bermula...suasana lak redup je..sebab baru lepas hujan. Sepanjang jalan..Haj sentiasa bertanyakan aku..aku ok ke? selesa ke?..so far aku tak de masalah la...Sampai di PWTC...memang ramai sangat orang..aku rasa sesak nafas pun ada...sebab aku sebenarnya tak suka berada dalam kelompok orang ramai. Aku ekori Haj..sebab dia yang tahu kemana dia nak pergi...kang ada yang sesat ...nanti HAJ  yang terpaksa buat announcement..ada member ilang...aku le tu..

Kami menuju ke Malaysian Sport Exhibition...Aku teruja jugak sebab kat dalam tu kira banyak pasal sport. Kami jelajah dari satu booth ke satu booth. Haj memang suka kat sukan extreme...so aku boleh nampak wajahnya yang cukup excited. Sebagai kawan..aku sokong apa yang dia suka..mungkin untuk sertainya tak tapi  at least he can share about it with me...

Bila sampai kat booth Paintball ala ala tentera ( tak tahu nama betul sukan ni).. dia bertemu kawan nya, dia bersembang dan aku lak leka dengan gambar-gambar yang di tunjukkan. cool juga sukan ni tapi sure aku surrender awal la kalau join game ni. Rupanya Haj juga salah seorang player untuk game ni..so bila dia citer..aku membayangkan dia dalam pakaian tentera ( hummmmm)..so cute miut

Habis meronda kat situ..kami ke pameran buku... well ada le bebrapa buku yang aku suka tapi x plan kan datang so .. aku tak beli la..cuma take note la bila nak beli kat kedai buku nanti...

Setelah habis meronda di pameran buku...Haj mengajak aku ke plaza low yat..well aku pun tak rasa nak balik lagi so apa lagi kami merempit lagi ke sana...hahahah..it's so fun ...Rupanya cik abang tu nak ke plaza low yat nak survey walkie talkie untuk dia bawa masuk hutan...

Bila bersama dengan Haj..satu kisah baru sebab aku tak pernah ada member yang suka kan hiking n extreme game.. so banyak benda yang leh di kongsi..sharing is caring kan...

untuk HAJ..tq sebab sudi ajak i keluar.. tak kisah la keluar naik motor ke, naik kereta ke, komuter ke, lrt ke..yang penting bila keluar tu rasa enjoy dan puas hati...sepanjang perjalanan balik..Haj asyik bertanyakan pasal keselesaan aku, puas hati ke, seronok ke, ok ker, sampai aku dah tak reti nak jawab.. yang pasti memang ok le..cuma penat..tapi standard la tu..


note: lain kali kuar dengan dia naik motor lagi...hehehe....

Friday, May 4, 2012

sujud syukur padaMU...

Salam...

Rasanya berita yang baru di perolehi merupakan hadiah yang tak ternilai yang Tuhan telah berikan. Sesungguhnya doaku ..dimakbulkan. Setelah menerima pelbagai fitnah dan  pelbagai hasutan...hasad dengki, benci , dengki dan sebagainya...akhirnya berita yang aku terima adalah tanda bahawa doaku telah di dengari.
Disaat aku menerima segala fitnah, setiap titisan airmata yg mengalir kerana fitnah dan kata kata keji dari mereka, aku hanya mampu untuk bersabar dan sujud pada Tuhan yang Maha Mengetahui tentang segala yang berlaku. Namun aku juga mengucapkan terima kasih yang tak terhingga pada mereka yang mahu melihat aku jatuh dan sengsara..kerana merekalah yang mengajar aku tentang kebenaran dan kejujuran serta keikhlasan hati seseorang yang bergelar sahabat. 

pada kawan kawan yang sentiasa menyokong aku...terima kasih...tidak ternilai harganya sebuah persahabatan antara kita dan i love u all....

Wednesday, May 2, 2012

BERSIH 3.0 : dari kacamata aku..

salam..

hari ni aku bekerja seperti biasa walaupun aku plan nak cuti..sebab aku rasa macam tak de benda nak buat so aku datang opis je le. Rasanya semua orang dah tau pasal kes demostrasi BERSIH 3.0 yang gah diperkatakan dan gah di pertontonkan oleh seluruh masyarakat Malaysia (maybe org luar jugak dapat melihat). Ramai kekawan bertanya adakah aku nak beri pandangan dalam blog aku atau tidak..well aku memang akan luahkan apa yang aku rasa dalam ni..
pada hari kejadian, sabtu, aku ke KL bersama dengan kekawan..terperangkap dengan kesesakan di dalam komuter membuatkan aku rasa ini semua adalah disebabkan perhimpunan BERSIH. Dalam komuter, hampir setiap gerabak ada saja peserta perhimpunan BERSIH dan mereka bersuara seolah olah gerabak itu adalah mereka yang punya. Paling tak boleh blah..bila saja komuter tu agak slow..dikatakanya di sabotaj oleh kerajaan dan KTM..walhal..setahu aku..kalau keadaan komuter dah macam tin sardin yang expired..memang la akan slow...Orang kalau dah tak suka tu...semua benda salah..kesian!kesian!kesian (baca ala -ala upin ipin)..hahaha

 Dari kacamata aku, salah seorang yang menghuni bumi Malaysia ( tanah tumpah darahku) , ini yang ingin aku perkatakan:

1. Aku tidak melihat perhimpunan ini mencapai targetnya kerana apa yang berlaku adalah menjurus kepada keganasan dan ketidakpatuhan masyarakat Malaysia khasnya tentang arahan undang-undang.

2. Ramai yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan, contoh peniaga- peniaga, pemandu teksi, malah pelancong asing juga dapat merasakan bahang suasana perhimpunan ini..

3. Kenapa kita perlua menyamakan diri kita  dengan masyarakat di luar yang berdemostrasi demi hak dan disebabkan kekejaman oleh pemerintah contohnya negara-negara timur tengah yang sememangnya bergolak.. terutama bumi yng di jajah oleh Israel., walhal di Malaysia..kita hidup tenang, cukup segala-galanya...makan , pakai, kerja, tempat tinggal..

4. Semasa perhimpunan itu berlaku, ada mereka yang membawa anak anak kecil sedangkan waktu sebegitu adalah masa mereka bersama keluarga dan membawa anak ke perhimpunan sebegitu bukanlah masa yang berkualiti yang sepatutnya mereka rasai.

5. Di perhimpunan itu juga, kelihatan kaum wanita, yang mana bertudung labuh dan nampak sopan..namun bagi aku...ianya tidak mengagumkan pun sb sepatutnya seorang wanita yang bertudung labuh..seharusnya menjaga kesopanan dan harus lah menjaga tertib nya..bukan berada di perhimpunan sebegitu...alahai..

6. Sekiranya mereka..ahli perhimpunan itu memerlukan perhatian..sememangnya mereka berjaya mendapat perhatian..malah mendapat perhatian dari akhbar luar negara...syabas la kerana ianya memberi kesan negatif sebegitu.

Ok..itu pandangan aku...sekarang aku nak memberi cadangan pada penganjur seandainya mereka mahu melakukan perhimpunan itu lagi..:

1. tolong sediakan bas utk semua yg akan menyertai perhimpunan ini tanpa menggunakan pengangkutan awam seperti LRT dan Komuter..kerana apabila berlaku perhimpunan...kesesakan yang berlaku memberi kesan kepada mereka yang tidak mahu masuk campur dalam hal sebegitu. kasihan la pada ibu-ibu mengandung, ibu yang bawa anak terkena tempias bila gunakan pengangkutan awam sewaktu perhimpunan berlaku.

2. bagi yang banyak merungut tentang sesuatu perkara yang berlaku di Malaysia tanah tumpah darahku ini...silalah isi borang utk berhijrah..cari negara yang dirasakan akan memberi kepuasan dari semua segi.

Pokok pangkalnya...sebagai manusia yang diberi akal dan fikiran yang waras..gunalah sebaik-baiknya untuk menilai dan mentafsir perkara ini kerana yang bijak tak semestinya pandai, yang bodoh tak semestinya tidak cerdik...renung-renungkanlah....

Tuesday, May 1, 2012

Hari cuti

Salam semua. .

Hari pertama di bulan mei. . Masa untuk berehat namun bila dpt cuti macam ni x reti nak berehat.terasa bosan bila duk kat umah.. Bosannya. . .

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....