Wednesday, December 23, 2015

kisah "awak"


Kali ni saya nak cerita kisah awak..awak yang pernah hadir dalam diri saya dan awak yang sentiasa hidup di dalam pemikiran saya.

saya kenal awak 3 tahun yang lepas..masa tu saya anggap awak seperti adik saya..kerana umur awak 28 tahun dan saya sudah hampir hujung 30-an. saya suka melayan awak bercakap, suka melayan mesej-mesej awak dan paling suka melayan kemanjaan awak. demi Allah, masa tu..saya fikir awak adalah seperti adik saya.

namun..apa yang saya fikirkan tidak sama dengan apa yang awak fikirkan. dan saat awak meluahkan perasaan awak pada saya..saya terkejut...dan menjauhkan diri dari awak kerana saya merasakan..awak tidak patut ada perasaan sayang dan cinta pada saya. Selama beberapa bulan..saya jauhkan diri saya..membuang awak dari hidup saya..tapi..perasaan rindu dan sayang itu muncul tanpa di paksa. .dan akhirnya kita mengakui perasaan masing masing. Masa itu..saya tak pernah terfikir untuk mengakhiri hubungan kita dengan sebuah perkahwinan...jujurnya tidak pernah terfikir.

awal 2014..cinta kita diuji apabila keluarga awak menolak saya..kerana saya sudah berumur. Awak stress..awak merajuk..awak marah pada diri awak.. dan langsung tak cerita pada saya tentang masalah itu. bila di Tanya..awak cakap..awak tak nak saya risau..kerana awak sayangkan saya..

apabila saya tahu masalah itu...kita sama sama menangis dan sedih. Awak minta maaf pada saya dan saya tahu awak terluka.Saya buat keputusan untuk mengundurkan diri kerana saya tak nak awak menjadi anak derhaka. Saya cuba baluti luka itu..keseorangan tanpa sokongan dari awak..maka...saya hilang dari awak.

Ramadan 2014.. awak menghubungi saya kembali. Kala itu..tiada suara yang keluar dari mulut saya..hanya tangisan yang ada. Saya tidak mampu untuk bersuara kerana saya tidak sangka selama saya menghilang..awak berusaha menyakinkan keluarga awak bahawa saya adalah pilihan terbaik untuk awak. Namun restu dari keluarga awak...masih tidak dapat diperolehi. Sepanjang Ramadan , saya ditemani oleh awak..dan siapa yang dapat menyangka , hadiah dua pasang baju raya itu adalah hadiah terakhir awak.

syawal, 2014...balik kampong..saya ada bercerita tentang awak..namun mama saya ada menyebut..bahawa dia lebih suka kalau suami saya bukanlah berumur muda..hati saya yg dah sedia ada terluka..tiba tiba berdarah kembali..kata-kata mama adalah seolah olah hukuman pada cinta kita dan saya tahu inilah pengakhiran hubungan kita.. balik dari kampong..saya berserah pada Allah..seandainya jodoh saya dengan awak..diberkati maka hubungan ini akan wujud..dan andainya Allah nak beri awak jodoh yang baik dari saya..maka hilanglah hubungan ini...dan...ternyata percaturan Allah itu adalah sebaik baik rancangan.

Awak semakin jauh dari saya. Saya tak tahu apa puncanya namun akhirnya saya redha. Saya ada maklumkan pada awak bahawa akan ada seseorang yang akan datang untuk merisik saya.. dan masa itu saya merayu pada awak untuk datang merisik saya sebelum mereka. Namun awak membisu....dan bila saya bertanya..awak cakap awak nak tunggu umur awak 30 baru awak nak datang jumpa kelurga saya. Saya tersepit...saya serah pada Allah.. dan bila saya buat solat istikharah..saya tidak bermimpikan awak..tapi saya mimpikan mama..dan berkali kali saya buat ..itulah yang muncul..maka saya tahu bahawa Allah dah beri jawapan.

2015...apabila saya jelaskan pada awak..yang saya sudah jadi milik orang.. tunang orang..awak seperti tidak boleh menerima kenyataan. Awak mula meroyan.. awak mengajak saya kawin lari..awak marahkan diri awak..kerana tidak serius dengan hubungan  ini. Awak nak saya jadi milik awak..namun...saya akur bahawa..saya sudah tidak boleh membuat keputusan ..semuanya perlu difikirkan..dan akhirnya...di saat saya jadi milik orang..awak masih tidak boleh menerima hakikat.


kini... saya berusaha untuk melupakan awak. namun cinta awak memang sukar saya lupakan. Setiap kali saya solat..saya doakan awak bertemu dengan perempuan yang lebih baik dari saya..dan sesekali rindu pada awak itu selalu dtg..dan setiap kali saya rindu awak..saya harap awak juga sama seperti saya...Saya bahagia dengan suami saya..


untuk awak..terima kasih kerana memberikan cinta pada saya.. melayan saya dengan baik..namun jodoh milik Allah..dan Allah telah tetapkan bahawa..antara kita memang ditakdirkan untuk tidak bersama. Semoga rindu dan syg saya pada awak..akan berlalu mengikut masa...dan kenangan itu..masih kekal dalam ingatan sampai akhir hayat saya...


pssssstt....saya tengah rindu awak

Wednesday, December 2, 2015

Tidak perlu alasan...

Salam,

dalam dua minggu ini, sering terdetik di fikiran ,kenapa aku cukup berat untuk laksanakan perkara yang sering aku buat sebelum aku kawin...Soalan itu xdpt aku jawab. Rutin harian aku berubah selepas kawin..sedangkan sepatutnya aku harus istiqamah dalam melaksanakan perkara yang aku buat sebelum aku kawin.

Semalam..aku masih di buru soalan tersebut..dalam hati..kenapa x solat tahajud? kenapa x buat solat dhuha? apa yang jadi penghalang? aku tak ada jawapan untuk itu. begitu goyahnya aku sampaikan perkara yang rutin aku laksanakan sebelum kawin...dah terabai selepas berkahwin.

Namun..itu bukanlah alasan dan sebenarnya aku tak perlu alasan untuk melaksanakan SOLAT TAHAJUD DAN SOLAT DHUHA . Malunya aku dengan Allah. Sering memohon, meminta, menadah tangan..meminta malah merayu pada Allah..dan Alhamdullilah..apa yang aku minta..aku dapat..Allah beri malah memberkatinya...lalu aku jadi alpa.. aku lupa.

Kalau dulu..solat tahajud  adalah peneman aku tatkala aku bangun seawall 3 @ 4 pagi.. setiap hari..bercakap, bermuhasabah diri, meminta...semuanya dengan Allah.. kini..ianya bukan lagi satu perkara yang aku buat. Padahal setiap malam..aku akan terjaga..seawall 2@3 pagi....hmmmm

Kalau dulu, solat dhuha akan aku laksanakan seawal pukul 10 pagi..kini.ianya tidak Berjaya aku laksanakan..

tujuan bercerita tentang solat tahajud dan solat dhuha ni..bukan nak menunjuk nunjuk..namun nak bagitahu pada semua...bahawa..kita ni manusia yang sering lupa dan alpa. bila berada dalam kesusahan..kita memohon pada Allah..dan bila kita sudah senang..selesa...kita lupa untuk bersyukur...sungguh..aku malu kerana perkara itu...semoga aku kuat menghadapinya.

subhanallah.....Ya Allah..ampunilah hambaMU ini...


Semoga aku istiqamah dalam melaksanakan perkara perkara yang sepatutnya aku laksanakan.


crdt to Mr. GOOGLE

xoxo
rfa

Monday, November 23, 2015

Dugaan Allah..tiada siapa yang boleh menghalang ..

Salam...

Lama tak menulis. Hobi aku memang suka menulis namun disebabkan kekangan masa yang ada banyak focus pada my 'bucuk' so aku malas nak menulis...Idea lak..bukan leh datang macam tu je...mesti kena focus..nanti idea lari..hahaha..

Aku nak share tentang sesuatu..luahan hati ni aku rasa perlu aku paparkan dalam  blog..agar apa yang aku rasa dapat dihilangkan dengan baik.

Maha Suci Allah..segalanya datang dari Allah dan hanya Allah yang berhak ke atas hambaNYA ..iaitu kita semua yang hidup di dunia ni...sekadar meminjam nyawa..meminjam oksigen yang Allah kurniakan.. Allah menurunkan dugaan dan ujian pada hambaNYA..bukan saja saja..dan pastinya kemampuan hambaNYA sudah DIA tahu.  bahkan dalam Al-Quran ada sebut perihal ini :-


”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286]

Aku pasti ramai yang menerima ujian dan dugaan dalam hidup. Bagi aku, ujian yang paling berat yang pernah aku terima adalah..tatkala aku di uji dengan fitnah manusia. Seawal tahun 2009 hingga ke sekarang..aku masih menerima ujian itu..dan setiap kali aku menerima dan mengetahuinya..aku bersyukur pada Allah..kerana Allah sayangkan aku, sering memberikan ujian untuk aku lebih mengingati DIA. Alhamdullilah..aku kuat..kerana aku yakin dengan apa yang Allah janjikan. Paling aku yakin, doa orang orang teraniaya..Allah janjikan tiada halangan ..terus sampai pada DIA..dan sesungguhnya Allah Maha Adil. Memang kita manusia..tidak sempurna..perasaan sakit hati dan dendam itu pasti ada..namun aku belajar dari pengalaman..aku lepaskan perasaan itu demi keadilan yang aku tuntut dari Allah..

Bagi sesiapa yang sedang dilanda musibah..di uji oleh Allah..di duga oleh YANG MAHA AGUNG..bersabarlah. Muhasabah diri..jaga SOLAT , sujud padaNYA..jangan lalai dengan masalah ..kerana kadangkala suara bisikan syaitan itu sedang mempengaruhi dirimu.. jujur dengan semua orang..jaga hubungan dengan Allah..jaga hubungan dengan ibu bapa, keluarga..insya Allah.. Allah akan beri jalan dan membantu hambaNYA yang meminta bantuan dariNYA.


Ada juga dugan dan ujian dari Allah untuk melihat hambaNYA dengan memberikan hambaNYA kemewahan yang terlampau..berikan kesihatan yang baik ...bahkan ada yang dugaan berbentuk Pangkat, harta..dsbnya. Disaat kamu berada dalam kemewahan..berpangkat besar, bergaji besar..Allah temukan kamu dengan insan insan yang memerlukan..dan di saat itu..Allah uji kamu..sama ada kamu akn membantu mereka semua dengan ikhlas atau menutup hati untuk membantu..apalagi insan -insan yang memerlukan itu adalah saudara kamu sendiri...subhanallah...

aku sentiasa berdoa pada Allah..agar aku di jauhi dari perasaan riak dan takbur..kerana di situ ada syaitan yang menanti untuk menjadi batu api. Aku selalu berdoa agar aku diberi perasaan ehsan dan redha serta menjadi manusia yang bersyukur...insya Allah...


Untuk yang masih berada di jalan yang salah..belum terlambat untuk patah balik..dan memulakan langkah di jalan yang diredha oleh Allah...

Hari ini kamu ada segala-galanya...kemewahan, kasih sayang, harta, namun apabila sampai masanya Allah akan tarik semua nikmat yang diberi...sesalan tiada berguna lagi...


XOXO
RFA






Tuesday, October 6, 2015

hobby baru - art therapy


Salam..

dah dekat 2 bulan x menulis dalam blog ni ..bz dengan hobby baru..huhu..

"colouring book for adult".. mula kenal ttg perkara ni bila aku mencari gambar doodles..so aku mula search kat google tentang SECRET GARDEN , Johanna Basford. Rupanya ia mula menjadi salah satu trend di korea dan buku mewarna SECRET GARDEN sudah terjual 1 juta copy. Not bad kan..

Aku mula mencari buku tersebut..memula mencari kat MPH, kebanyakkannya dah hbs dijual..then satu hari..semasa aku tengah tunggu adik aku, tetiba aku masuk ke sebuah kedai buku di Seksyen 9, area Plaza Masalam..aku terjumpa dengan buku tersebut..

Muka depan buku tersebut
 
 
Maka bermulalah aku dengan hobi yang baru..dan aku makin obsess dengan pencil warna. Memula beli faber caster pastu sb nak warna yang terang..aku beli pula LUNA watercolour..so inilah hasil imaginasi mewarna aku..hahahah..macam budak kecik..sama minat dengan kak bam dan adik icha
 
 
 



 
Biasanya..lepas siap satu page aku akan share di Instagram Johanna Basford Secret Garden dan kat page fb johana basford fan.
 
Inilah hobi aku di masa lapang selepas bergelar isteri. Nak further study..tunggu tahun depan..mujur en suami menyokong je hobi aku ni..tq abg..
 
untuk sesapa yang berminat atau nak cuba art therapy ni..leh la start cari buku mewarna di MPH (hari tu cari kat sana..buku SECRET GARDEN dah sold out.. ) so..aku suggest kedai buku di seksyen 9 , sebelah kedai jual lampu..kat situ stok masih banyak..
 
 
happy colouring...
 
xoxo
rfa
 


Thursday, August 27, 2015

Jaga Hubungan Dengan Allah

Salam..

dah bersawang blog aku nih..lama x berceloteh. Kali ini aku nak bersembang tentang sesuatu yang bermain di fikiran aku sejak beberapa minggu. Mungkin ianya akan Nampak sacarstic pada mereka yang berfikiran terbuka namun ianya satu fakta yang tidak boleh kita lari.

Hubungan kita dengan Allah..

Aku bukanlah seorang ustazah yang bisa berbicara tentang agama dengan terperinci namun aku nak bercerita tentang menjaga hubungan dengan Allah..

ada banyak perkara yang bila kita tgk..ianya mudah namun sebenarnya itulah yang menyebabkan kenapa kita jauh dengan Allah. Satu perkara yang paling utama dalam usaha kita menjaga hubungan dengan Allah..adalah:-

 Solat

 -menyebut perkataan solat itu senang..namun nak laksanakan ianya susah, berat..apa lagi untuk solat subuh ..nak bangun punyalah susah..tau tau dah kul 12 tengahri..Bila solat subuh x dilaksanakan..macamana dengan solat yang lain.

- Apabila bersolat, ada orang ambik mudah dengan cara melaksanakan. Paling utama..bacaan dalam solat. sebab ada perkataan "mencuri dalam solat"

"Kenapa ramai di antara kita mencuri di dalam solat. Perkara ini sering berlaku  ketika ruku’, i’tidal, sujud dan ketika duduk antara dua sujud.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Pencuri yang paling jahat ialah yang mencuri di dalam solat; tidak menyempurnakan ruku’nya dan sujudnya.” Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah, Al-Tabarani dan Al-Hakim.

Suatu ketika Rasulullah melihat seorang yang tidak sempurna ruku' dan sujudnya. Baginda bersabda yang bermaksud:
“Kalau dia mati dalam keadaan begini, matinya tidak di dalam agama Muhammad. Dia solat mematuk-matuk seperti burung gagak mematuk darah. Perumpamaan orang yang tidak sempurna ruku dan sujudnya mematuk-matuk adalah seperti orang lapar yang makan satu atau dua butir tamar yang tidak akan mengenyangkannya.”– Riwayat dari Abu Ya’la, Al-Ajiri, Al-Baihaqi, Al-Tabarani, Al-Diya’ dan Ibnu Asakir.

Lagi sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Allah tidak akan memerhati solat hamba yang tidak meluruskan tulang punggungnya di antara ruku’ dan sujud” – Riwayat Ahmad dan Al-Tabarani.
Maknanya; Bagi orang yang tidak melakukan i’tidal dengan sempurna, Allah tidak mengambil kira solatnya.
Untuk menjelaskan lagi, agar kita tidak termasuk dalam golongan yang telah disebutkan tadi, marilah kita perhatikan beberapa lagi maksud potongan hadith yang berkaitan
.
“Apabila kamu ruku’, letakkan telapak tanganmu di atas lutut dan luruskan belakangmu dan tetapkan ruku’mu.” – Riwayat Ahmad dan Abu Daud.
Tetapkan ruku’mu; bermakna bertenang seketika (thoma’ninah).

“Solat seseorang tidak mendapat pahala sehinggalah dia meluruskan tulang belakangnya di dalam ruku’ dan sujudnya.” – Abu Awanah, Abu Daud dan Al-Sahmi.
“Tidak sempurna solat seseorang sehinggalah ia membaca takbir, lalu ruku’, kemudian membaca sami’Allahulimanhamidah (Allah mendengar orang yang memujiNya), sampai dia berdiri lurus.”– Abu Daud dan Al-Hakim.

Ramai orang tidak sempat berdiri lurus ketika bangun dari ruku’. Mereka cuma angkat badan sedikit dan terus sujud. Maknanya tidak ada i’tidal (berdiri lurus setelah ruku’) dalam solat mereka; sedangkan i’tidal adalah rukun.
“Apabila bangkit, tegakkan tulang belakangmu dan angkat kepala sehingga tulang-tulang kembali ke sendinya.” – Al-Bukhari, Muslim, Al-Darimi, Al-Hakim, Al-Syafi’e dan Ahmad.
“Apabila sujud maka mantapkan muka dan tanganmu sehingga tulang-tulangmu kembali kepada kedudukannya.” – Ibnu Khuzaimah.
“Tidak sah solat orang yang tidak menyentuh hidungnya ke lantai sepertimana dahinya menyentuh lantai.”– Al-Darqutni, Al-Tabarani, Abu Naim.
“Tidak sempurna solat seseorang itu sehinggah dia sujud sampai tenang persendiannya, lalu mengucap Allahu Akbar, mengangkat kepalanya sampai duduk dengan tetap.”– Abu Daud.

Begitu juga pada keadaan sujud dan duduk di antara dua sujud, memerlukan thoma’ninah (bertenang seketika).
Marilah kita perbaiki solat kita supaya segala rukun-rukun dilakukan dengan sempurna, terutama pada rukun-rukun yang pendek, iaitu ruku’, i’tidal, sujud dan duduk antara dua sujud.

Tentukan adanya thoma’ninah dalam setiap rukun setelah memperbetulkan kedudukan.
Semuga dengan panduan ini kita dapat memperbaiki amalan solat kita.Mudah-mudahan solat kita diterima Allah.
Rujuklah kepada guru-guru atau para imam bagi mendapat kefahaman yang lebih baik.

Sumber dari facebook..

Ambil masa bila bersolat...jangan ambik mudah..nak cepat siap sampaikan bacaan alfatihah pun x betul...rukuk pun x elok, dan yang paling penting...bertenang..sebab kitakan nak jumpa Allah..bayangkan kalau kita nak jumpa sultan..banyak protocol nak kena ikut..Ini kan pula nak jumpa Pencipta kita..Yang Maha Agung...

Aku bercerita tentang solat kerana ...aku masih belajar untuk memperbetulkan diri aku..dan aku rasa aku perlu berkongsi apa jua maklumat yang sama..agar sama - sama belajar. Ada orang ego menerima apa yang ditegur bahkan sanggup menipu kerana nak tunjukkan dia seorang yang alim dan warak..namun hakikatnya..tidak.

untuk yang belum mula bersolat... solatlah dari sekarang..kerana kita tidak tahu bila malaikat maut akan datang menjemput kita dan perlu diingat..orang yang bersolat pun belum tentu solatnya diterima..oleh tu..sebaiknya kita berusaha mencari ilmu untuk memperbaiki solat kita...semoga kita akan sentiasa diberkati dan dilindungi oleh Allah..Insya Allah.

Bila kita berdoa..memang kita harap..Allah akan makbulkan doa kita. Tapi andainya Allah tidak makbulkan doa kita..cuba check semula..hubungan kita dengan Allah.. cuba kita check..SOLAT KITA? NIAT KITA DENGAN ALLAH ? HUBUNGAN KITA DENGAN IBUBAPA? HUBUNGAN DENGAN ADIK BERADIK ? ...kalau ada masalah...baik selesaikan dulu

sb tu kita xboleh nak salahkan Allah andainya doa kita x dimakbulkan.


Semoga kita sama sama menilai diri kita..semoga Allah permudahkan segala urusan kita..di dunia dan mengisi keperluan kita di Akhirat nanti..Insya Allah


psssttt Semuanya untuk memperingati diri sendiri...

xoxo
rfa

Monday, August 3, 2015

jaga hubungan dengan ibu bapa

salam,

Kali ini kalau tgk tajuk..aku rasa ramai yang x perasan benda benda simple yang terjadi dalam hidup. Perkara yang simple itulah yg penting sebenarnya.

Aku baru lepas menonto satu video di you tube..macamana seorang anak menengking ibunya di depan orang ramai dan meninggalkan ibunya di tepi jalan. Mulanya si ibu menahan sampai menggigil tangan menahan kesedihan mungkin..namun selepas di tinggalkan oleh anak anak ..dia mula mengesat airmata..saat tu..aku rasa gerun dan takut..kerana ianya melibatkan seorang ibu. Semoga anak anak beliau insaf dan sedar..Insya Allah ..

Aku dilahirkan oleh seorang ibu yang cukup kental jiwanya..Insan istimewa itu aku panggil mama. Kami dari keluarga yang biasa..x mewah..x jugak miskin sampai tahap merempat ...tapi mama seorang yg berjiwa kental..dia menjalani perniagaan sejak dari aku kecil sampai la sekarang. Mama suka berniaga dan dia membantu arwah ayah dalam menjayakan rumahtangga. Semangat wanita Kelantan...memang 90% berniaga..dan aku..adalah salah seorang anak yang tak banyak cakap semasa kecil..dan aku terpaksa mengorbankan masa sewaktu aku berusia 11@12 thn...membantu mama di dapur. Memberontak tu memang ada..tapi siapalah aku nak mengamuk..hahaha..

bila aku menjadi lebih dewasa..zaman aku berada jauh dari keluarga..aku makin kuat memberontak. Sikap diam aku tanda aku memberontak dalam diam. Perasaan rasa x disayang dan tak ada yang ambik peduli..itu adalah perasaan aku ketika itu..dan aku rasa mama dan arwah ayah mencari salah aku..dan aku makin mahu melawan.

Kehidupan aku..di kl membesar tanpa kawalan. Aku bebas kemana saja..buat apa saja dan aku jarang nak balik kampong..malas nak berdepan dengan perkara yang mama dan arwah ayah x suka.

Namun...

bila aku kehilangan arwah ayah...aku sedar langit itu tinggi atau rendah.. aku akur bahawa selama mana pun aku pergi..aku tidak harus melupakan kedua ibubapa aku...dan akhirnya aku mula membuka ruang untuk menerima apa saja yang di beritahu oleh mama. Aku jauhkan perasaan marah pada mama kerana ianya hasutan syaitan..

DAN...

bila aku berkahwin..aku makin mengerti hubungan anak dan mak. Aku banyak membaca buku motivasi tentang merawat hati..merawat jiwa..dan mencari keberkatan Allah. Dan aku temui satu cara untuk aku merawat jiwa ,mencari keberkatan Allah dan berjaya dalam hidup..iaitu..mendahului dan memuliakan ibu..aku tekad untuk itu.. dan satu cara yang aku buat..setiap apa yang aku ingin aku lakukan..aku mesti menghubungi mama dan memberitahu dia ttg perkara tersebut dan yang paling penting aku perlukan doa mama..dan alhamdullilah..hati aku tenang..

Pengorbanan...

sepanjang aku menjaga hubungan aku dengan mama.. ada beberapa perkara yang aku korbankan demi menjaga hati mama.. antaranya :-

1. Memutuskan hubungan aku dengan seseorang yang berada di luar negara. Permintaan dia adalah supaya selepas berkahwin,  aku harus  mengikut dia dan menetap di sana..Masa tu..aku berfikir..bahawa aku masih ada mama dan sudah jadi tanggungjawab aku untuk berada disisinya..so aku lepaskan hati aku demi dia..

2. Pernah di ajak beraya dan menunaikan umrah bersama keluarga BF..namun aku harus lupakan kerana tiada gunanya aku beraya dan menunaikan umrah di Mekah tapi mama di rumah merindui aku, anak dia...so aku menolak dengan cara baik..

3. Aku pernah di lamar oleh seseorang dari Sabah. Dan hubungan aku terhalang kerana mama memberi kata dua pada ku..pilih mama atau pilih lelaki itu. Demi Allah..aku akan memilih mama aku...dan sejak dari itu..setiap cinta yang hadir ..dari Sabah dan Sarawak..aku akan stop sebelum melarat. Aku tidak mahu melukakan hati dia dan memang mama bukanlah prejudis dengan orang Sabah Sarawak..cuma dia takut anak dia jauh dari dia..hehehehe..

Seorang ibu..tiada galang ganti..biar lah yang datang itu jauh lebih baik ..tapi ibu adalah ibu.. darah yang megalir dalam diri aku..kehidupan aku..adalah kerana mama..so kenapa aku harus menjadikan sejuta alasan sedangkan mama tidak pernah ada alasan untuk mengandungkan aku, tiada alasan untuk menjaga kita waktu sakit..hmm..ibu tetap ibu...

" Nak keberkatan dalam apa yang dibuat..jaga hubungan dengan ibu..muliakan ibu..jgn sakitkan hati ibu..jgn biarkan ibu  mengalir airmata kerana perbuatan kita.. "


Aku masih terbayang wajah ibu yang dimaki oleh anak anaknya..mengesat airmata..sayu..

dan aku respect pada kawan kawan dan adik beradik yang telah menjadi ibu...kalaulah aku juga diberi peluang..aku juga ingin menjadi seorang ibu..insya allah..



psstt...I miss my mama...

xoxo
rfa



Monday, July 13, 2015

Beraya di Shah Alam

Salam Ramadan,

Kisah pasal raya..of course lah akan sentap sebab nak balik raya x boleh. Bukan dalam ertikata x boleh sebab xnak..tapi x boleh sebab ada banyak sebab. Paling utama..sebab en suami keje. Dia kena cover balik yang cuti kawin hari tu..so aku pun bersetuju untuk sambut raya di shah alam je. Malas nak pening pening. Disebabkan setiap tahun aku balik raya dengan flight ( booking awal..tiket murah), kali ni bila nak beli tiket..dah mahal..berganda ganda..sedangkan baliknya hanya 2 3 hari..x berbaloi langsung..

Sebab lain adalah kerana aku dan en suami..baru je balik bulan 6 hari tu..so jarak tu xdelah lama benor. Apa pun, en suami...dia steady je sebab dah biasa x balik raya..tapi aku nih..sentapppp sangat sebab ye la..masa bujang..aku x pernah miss balik..kecuali raya haji je so..bila kali ni dah ada suami..x balik lak..hmm tapi kesian jugak dia..kalau aku nak balik sensorang..so baiklah aku teman dia kat sini.

Kisahnya..aku baru sebulan lebih jadi isteri pada en suami. Happy? teruja? entah..mcm biasa je..itulah jawapan aku pada kawan yang menanya. Bezanya..sekarang ada en suami, tempat mengadu, tempat jadi punching bag bila stress..

Aku dan en suami menyewa rumah di area shah alam.. dan kalau sebut..sewa rumahnya pada kekawan, mesti cakap..mahal..tapi ye la..itu je yang kami mampu sewa. Minta kuarters? aku yg tak nak.. baru nak rasa..slip gaji bebas dari potongan elaun rumah..lagipun aku memang x suka suasana kuarters yang agak "kampong".

Untuk pengetahuan semua, kalau pun kami kena bayar sewa rumah 2k sekali pun..itu adalah pilihan kami..so pada kekawan yang pernah sibuk menanya dan pernah cakap macam macam pasal sewa rumah tu..well kami bayar kerana kami mampu dan kami yg buat keputusan itu. Bukan aku cakap en suami tu banyak duit..tapi apa salahnya kami saling bantu membantu..dah jadi suami isteri..x payah la kot nak berkira sangat.

Kenapa aku sentap pasal rumah sewa..sebab ada yang pernah cakap dengan aku tentang sewa rumah itu mahal..so ? kalau mahal? nak tolong bayarkan ke? dan sebenarnya aku dan en suami dalam proses untuk membeli rumah..tapi logiknya mana ada orang beli rumah, rancang hari ni esok dapat kunci rumah..hmmm x hbs hbs nak condem orang...

So far..aku happy dengan life baru kami. Aku dan en suami bersetuju untuk tidak terburu buru dalam buat keputusan. Memang dia bukanlah berharta...tapi cukuplah dengan usaha kami..jauhkan dari berhutang. Buat apa hidup konon Nampak mewah tapi hujung bulan..duk pk duit x cukup..

Semoga rumahtangga kami diberkati oleh Allah. Semoga perancangan yang Allah telah buat pada kami..akan membolehkan kami bersama sampai syurga...


psstt...aku cukup sentap pasal isu rumah sewa kerana..aku xsuka orang menyibuk pasal hidup aku selepas berkahwin...

xoxo
rfa



Alhamdullilah..selesai..

Salam Ramadan..

Baru ada masa nak update blog..Nampak sangat pemalas. Actually, bz dengan study (ayat poyo).

Semalam..(12/7/2015) baru selesai final exam..dan berharap agar aku lulus dengan baik untuk semua subjek yang aku ambil semester ini kerana ini adalah semester terakhir aku. Insya Allah, kalau dah lulus..dapatlah g konvo..hehehe..beria ria.

Belum pun sempat hilang stress study..en suami dah Tanya..next year..sambung lagi ke? aku macam..hmm..kalau ada rezeki..nak sambung lagi... sebab sebelum ada baby ( leh ngandung lagi ke ni), so komitment x banyak sangat..cuma ada jugak rasa nak rehat sekejap dari belajar...sebab dari dip sampai degree..nonstop study...

** tetiba blank..**..oklah stop dulu...


xoxo
rfa

Tuesday, June 16, 2015

my wedding part 2

 

sambungan.....

pada 5.6. 2015.. tarikh keramat..tarikh yang en. suami yang tetapkan masa majlis merisik dan menetap tarikh kawin. Dia tetap dengan keputusannya dengan tarikh itu...maka.. pada tarikh itu..berkumpullah 2 buah keluarga..meraikan cinta halal kami. Mama menjemput kaum keluarga yang rapat , kawan kawan dan jiran tetangga sahaja. Aku bertuah kerana mempunyai keluarga yang besar dan dengan bantuan dari kakak , abang dan adik..serta anak anak buah yang sponsor ..segalanya dipermudahkan.

pelbagai rintangan dan dugaan yang  muncul...serta masalah -masalah yang timbul di saat saat akhir membuatkan hubungan kami makin kuat dan akhirnya pada 5.6...tarikh yang dia janjikan untuk memiliki aku..tiba...

tq en suami kerana mengotakan janji dan mematri cinta halal kita...

dia mungkin banyak kekurangan dan begitu juga aku..namun bila cinta halal kami terparti..kekurangan itu pelengkap antara kami...insya Allah...

belum ready..baru nak duduk..yang pakai tudung biru..mak mertua...hehehe
very serius..sb nak dengar en suami lafaz nikah...mcm mimpi..omg!!! kt belakang tu..mama n my besfrend
di saat en suami melafazkan nikah.. jurunikah  yang handsome tu aka imam ..adalah abang sepupu kesayangan...tq abg din
antara barang hantaran yang digubah oleh my sister, kak zura..
menerima senaskah alquran...
ini dipaksa oleh kak zura..hahaha
di saat dia sudah sah menjadi suami ku
pengantin sama sama chubby ..hahaha...apa pun I luv purple...




me, en suami  n my lovely sister..kak ani...muka en suami dah penat..hahaha tetamu datang x berhenti



ini...aku dan kawan lama..memang tak sangka..namanya mariani...tq dear



 aku ucapkan ribuan terima kasih pada semua yang terlibat..terutama keluarga besar aku dan keluarga sebelah en suami...hasrat untuk buat majlis simple tapi bermakna telah Berjaya dan aku bersyukur kerana perkahwinan ini mendapat restu kedua belah pihak.

aku menerima dia seadanya..baik buruk..dan dia juga menerima aku seadanya..yang kurang kami berdua berusaha perbaiki...yang lebih..kami anggap satu rahmat dari Allah.


syukur alhamdullilah...

pssstt...dah jadi isteri orang...macam dalam mimpi..huhu

xoxo



my wedding part 1

Salam...

di sebabkan aku mengejar masa untuk  focus pada kelas terakhir pada 14hb..maka aku ambil masa untuk upload gambar kawin. Ramai yang duk Tanya..pasal pic kawin..hehe..tak de pic yang glam pun...just pic kawin untuk kenangan.

Aku mula ambil cuti..pada 1hb Jun..petang berangkat pulang ke Kelantan ...dengan flight Malindo Air( beli tiket murah)...
 
Nampak tak masa ni hujan kemain lebat lagi.. cuak jugak sebab takut flight delay...tapi alhamdullilah flight mengikut jadual. Terima kasih pada adik tersayang, salmee yang tolong hantar..termasuk lah anak dara aku..qaseh n icha.
 
Di kampung, aku bz dengan persiapan perkahwinan yang akan berlangsung pada 5.6.  Jujurnya, terasa cuak, takut, seram, happy , ..semua perasaan ada..
 
beberapa pic semasa persiapan :-
 
 
 
tengah test lampu
inilah hasilnya..
 
tengah sibuk pasang pelamin
 
barang barang untuk pelamin



anak dara yang sgtttt rajiiiin

doorgift yang siap di pack




 


to be continue.....
 
 




Monday, May 25, 2015

mode: bercuti...

Salam,

Fuhhh..menarik nafas lega kerana selesai urusan seminar utk pengajian aku...hanya tinggal 1 seminar je lagi..then exam final..then konvo..yeayyy

untuk urusan perkahwinan aku...boleh dikatakan hamper 100% siap ..dan aku mula "on" kan mode..bercuti.. sampaikan nak wat keje pun dah tahap light light je..(oh!! my English)

Aku akan mula bercuti 1hb Jun 2015 ...boleh pulak dalam otak..cuti dua minggu nak tidur je..hahah padahal aku ada dua majlis penting yang perlu aku settlekan dan of course keduanya akan berlangsung dengan penuh adat..mengikut kehendak mama dan bakal mak mertua aku. Kali ini aku happy sebab aku mendapat restu dari kedua dua belah pihak. Lepas ni kena fikir untuk mencari hadiah ..utk dua keluarga..

Dalam tempoh dua minggu..aku kerap sakit.. bahkan sakit yang pelik tapi Allah Maha Berkuasa..sakit itu penghapus dosa.. selagi tubuh ini boleh menerima dugaan ini..terima saja lah.. redha..aku berharap..sakit ini akan hilang setelah aku menjejakkan kaki ku di Kelantan...

untuk rakan-rakan yang tidak menerima kad jemputan..aku minta maaf sangat sangat kerana bukan aku tidak  menjemput kalian  ke majlis aku..tapi majlis ini adalah tertutup untuk keluarga sahaja. Majlis perkahwinan yang simple..sekadar akad nikah sahaja..(seperti akad nikah di masjid )..adalah di satukan dengan majlis kesyukuran..dimana mama telah berniat untuk mengadakan majlis kesyukuran sempena ..dia sembuh dari penyakit misterinya..(misteri ke?).

aku jugak tidak mengharapkan kalian datang ke majlis perkahwinan aku..kerana aku tidak sampai hati nak susahkan kawan kawan yg jauh n dekat datang..maklumlah..rumah aku kat kampong agak jauh.. oleh itu..menjadi satu masalah untuk kekawan untuk dtg kerumah.. apa pun..aku harap kalian semua dapat doakan agar semoga urusan aku dipermudahkan.. dan semoga kami kuat menghadapi dugaan selepas kawin...amin..


Perkahwinan bukanlah satu perkara yang menggembirakan..kerana ia satu permulaan sebuah perjalanan yang panjang...andainya Berjaya mengharunginya..maka selamatlah sebuah perkahwinan itu..namun jika gagal..maka berakhirlah sebuah perkahwinan itu...

aku dan dia , masing masing pernah berada di jalan itu..dan kami berdua gagal...namun kami tidak mengaku kalah dan kali ini kami ditakdirkan untuk bertemu di awal perjalanan..memeterai ikatan cinta halal dan seterusnya dengan izin Allah..maka kami akan memulakan perjalanan itu..dengan pengalaman yang ada...semoga kami Berjaya mengharunginya..Insya Allah...




xoxo
rfa

Tuesday, May 12, 2015

CINTA

Salam...

Sedar x sedar..x sampai sebulan lagi hari yang dinanti kan.. hmmm..apa pun aku hanya berdoa semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.

dalam tempoh sebulan ni...aku banyak menerima dugaan tapi aku anggap itu semua ramuan kehidupan yang perlu aku campurkan..barulah sedap rasanya.

Kali ini aku nak bercerita tentang cinta.. kerana aku dapati..cinta yang paling taksub terhadap pasangan akan membuatkan pasangan itu buta tentang reality sebuah percintaan . Mungkin ianya agak cliché namun itu adalah kenyataan.

Sebagai seorang perempuan..dah 38 tahun..aku mengenali lelaki dan perwatakan lelaki adalah seawal umur 19 tahun. Kali pertama mengenali lelaki selain arwah ayah dan abang abang..apabila aku belajar di KL. Saat itu..saat kebodohan yang tahap gaban..aku sentiasa di reject ..kerana rupa paras aku yang x de..masa tu memang rasa macam nak bunuh diri..tapi sabar adalah kuncinya...

lama-lama...aku mengenali perangai lelaki..dah boleh baca apa lelaki itu sebenarnya.Kebanyakkan lelaki adalah Makhluk yang paling terer berdrama...kenapa aku katakan begitu..kerana lelaki,..unpredictable. Hari ni sayang..cinta..kasih..esok belum tentu..Hari ni setia..esok belum tentu dan yang paling best..boleh lak pasang dua tiga awek..dan bila kantoi....ayat cliché...dah takdir , I jatuh cinta pada dia...hahahahaha...

Bagi aku..setelah mengenali pelbagai peringkat lapisan lelaki...aku faham satu perkara...lelaki..kalau dia sayangkan kita...cintakan kita..kasihkan kita..dia akan meletakkan kita di tempat istimewa di hati dia...dan tidak akan sesekali melukakan hati kita..yang paling penting..bila dia sudah bersedia..dia nak kita jadi milik dia...

Aku bercerita tentang diri aku..bukan kisah orang lain... aku bercinta dengan bie..bertahun..kami saling mencintai..namun halangan keluarga dia membuatkan kami jadi lemah.. dan yang paling perit adalah..dia langsung tidak mahu mempertahankan cinta kami..so dia bukanlah lelaki yang mencintai aku...hasilnya..selepas kami berpisah..x sampai sebulan..dia sudah ada orang lain yang kononnya di restui oleh mak dia..so..selepas peristiwa demi peristiwa sedih yang berlaku..aku nekad untuk menerima lelaki yang cintai aku..lebih dari aku mencintai dia...


Aku berharap perempuan di luar sana...buka mata...kembangkan minda..jgn fikir lelaki itu saja yang akan buat kamu bahagia..dan andainya tidak dapat bersama  lelaki itu..maka kamu akan mati..stop it!! duhai lelaki...jgn beri harapan dan cinta andainya x mampu nak menyintai mereka...jadilah seorang lelaki yang ada dignity...dari menjadi lelaki dayus yang mempermainkan perasaan perempuan..

Kembali pada Allah...

Allah akan berikan apa yang kamu perlu..bukan yang kamu nak hendak...


banyak lak membebel..mesti en tunang akan baca nih..hehehehe...

xoxo
rfa..



Monday, April 20, 2015

38thn....umur makin meningkat, hidup makin singkat..

Salam...

Hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran aku. Mlm tadi , tepat kul 12.00 tghmalam..en tunang gigih mesej...hehe...ucapan hari lahir. tq syg...

Apa pun, bagi aku, bila 38 tahun menjengah..bermakna satu peringatan tentang umur, tentang usia dan apa yang patut di lakukan. Jujurnya..aku agak terkilan kerana , aku masih belum ada 'keluarga' , sedangkan teman teman seangkatan..dah punya anak dara/ anak bujang yang dah besar-besar. Allah Maha Mengetahui..dan aku akur bahawa ini semua perancangan dari DIA. Sebagai hambaNYA..kenalah banyak-banyak bersabar.. Insya Allah..

38 tahun..memberikan aku kematangan dan yang pasti , aku bersyukur kerana Allah memberikan aku kekuatan untuk aku hadapi semua dugaan yang diberikan oleh DIA. Semakin usia meningkat, hidup kita akan makin singkat....

Impian aku..bila dah umur cenggini..aku berdoa semoga aku dapat memulakan kehidupan baru aku, berkeluarga, dan paling penting..aku mahu hidup dalam kesederhanan dan sentiasa berada dalam keberkatan Allah. Aku berharap aku sentiasa di peringatkan dan tidak lalai dalam usaha menjadi hamba Allah. Amin..

terima kasih pada kawan -kawan yang memberi ucapan , sahabat-sahabat, bestfriend- bestfrined yang tersayang, ahli keluarga yang tercinta, pada en tunang yang sentiasa ada disisi ...

semoga kehidupan kalian semua akan diberkati oleh Allah...Insya Allah..



bila tgk pic ni..mcm x caya..dah 38thn dah..lagi 2 tahun nak masuk 40thn..hmmm :(
 



xoxo...rfa


pssss...terima kasih en tunang sebab dah bagi hadiah besday...luv u syg..

Thursday, April 2, 2015

Menunggu Hari Penting...

Assalamualaikum...

Rasanya dah lama x tulis blog..bz seperti biasa...kelas dan juga kerja ..ada lah jugak terselit urusan majlis pernikahan aku nanti..

Semalam baru selesai urusan ujian HIV ..syarat wajib untuk berkahwin..so aku dan en tunang gigih la ambik cuti..g klinik kesihatan seksyen 19 seawal pagi. Sebagai orang Kelantan, akan bernikah dikelantan, kami diwajibkan utk bawa borang pengesahan dari Jabatan Agama Islam Kelantan ..download je..

Urusan kami dipermudahkan cuma aku agak nervous sebab aku agak fobia dengan klinik or hospital. Selain ujian HIV..ujian thalassemia juga dijalankan dan alhamdullilah..semuanya ok.

So..setelah ujian HIV selesai..maka completelah urusan aku dan en tunang ..dah boleh agihkan kad jemputan kawin dan hari ni..bila cross check dengan  akak aku..semua urusan di kg settle.

Syukurlah kerana semuanya di permudahkan..cuma menanti hari penting itu je. Aku berharap agar semuanya berjalan dengan lancar dan semoga urusan kami akan diberkati oleh Allah.

Tiada lagi rasa was-was..tiada lagi rasa gusar..cuma rasa panic tetap ada..kata kak zura..biasalah orang darah manis...hahaha..darah manis la sangat..


Ya Allah..Engkau yang pertemukan jodoh ini..maka restuilah perancangan kami...semoga diberkati olehMU..amiinn
sweet card untuk kawan kawan ...


pssst..panik tak terkata

Thursday, March 5, 2015

project my little sister...


Salam,

Kali ni aku nak citer pasal kreativiti my little sister..salmee suhana. Disebabkan untuk goodies perkahwinan aku nanti..dia yang buat..so aku nak share dengan u all..hasil kreativiti dia dalam membuat tasbih. Memang itulah kegemaran dia dan kalau ada yang berminat boleh lah menghubungi dia ..
kod: tasbih_01

kod: tasbih02

kod:tasbih03

kod:tasbih04

kod:tasbih05

kod:tasbih06

kod:tasbih07

tasbih comel-comel macam ni sesuai untuk dijadikan hadiah, utk majlis akikah, majlis cukur jambul dan untuk majlis perkahwinan...so..kalau sesiapa yang berminat untuk mendapatkan detail harga..leh la mesej or wassap my little sister : 012-6123033


xoxo
rfa...

Monday, March 2, 2015

masa semakin dekat..hati makin takut

Salam...

meneruskan perjuangan aku.. alhamdullilah..aku semakin menghampiri penghujung perjuangan dalam menghabiskan pengajian aku dan sekiranya Allah memberi keizinan..aku akan meneruskan pengajian aku dalam pengajian Sarjana..insya Allah.

Namun perkara yang paling menakutkan adalah majlis perkahwinan yang hanya tinggal 2 bulan saja lagi, tak termasuk bulan mac dan bulan jun. So far..persiapan aku dan dia hanya tinggal 20% lagi..dan aku xputus berdoa agar dipermudahakan urusan kami. Dia masih berusaha untuk memenangi hati aku dan aku masih berusaha untuk menerima dia..Insya Allah..aku yakin cinta selepas kawin adalah sebaik baik usaha untuk menjadikan sebuah perkahwinan yang bahagia..Insya Allah...

Aku memang seorang yang fobia tentang komitment dan perkahwinan. Sudah 8 tahun hidup sendirian, berdikari..susah senang, sakit demam...semuanya aku berusaha untuk survive sendirian. Namun apabila aku mengenali dia..aku di hadapkan dengan sifat prihatin yang menebal dalam diri dia. Sentiasa memastikan keperluan aku mencukupi dan memastikan aku dalam keadaan yang terbaik.

Dalam dua bulan ini..aku berharap aku akan Berjaya mengharungi dugaan yang muncul.. bersama sama dengan dia. Mungkin dia banyak kurang..tapi dia tetap berusaha menjadi yang terbaik di mata aku..dan aku juga sedar bahawa aku tidak sempurna...


"Ya Allah..ku mohon padaMU..agar KAU permudahkan segala urusan hambaMU ini..Amin"

xoxo
rfa

Friday, February 13, 2015

Kelantan menangis...

Salam..


Al fatihah untuk Allahyarham Tuan Guru  Nik Aziz..permata hati seluruh negeri Kelantan secara khususnya. Sebagai anak jati Kelantan, walau berada jauh di bumi Kelantan..aku turut rasa kesedihan dan kesayuan tatkala mendapat khabar ini...

Semalam..apabila menerima berita tersebut, aku mulanya agak keberatan untuk menerima berita tersebut kerana sudah terlalu banyak yang di jadikan senda dalam FB dan wassap tentang kematian Tuan Guru...namun ianya adalah satu berita yang sahih selepas membaca kenyataan rasmi dan media elektronik juga membuat pengumuman tentang pemergian tuan guru. Perasaan aku? perasaan yang hampir sama apabila aku kehilangan ayah , pada tahun 1999. Tanpa aku sedar..airmata mengalir...dan sayu mula menyelubungi hati dan jiwa

Pagi ini..bila melihat foto-foto di FB , suasana di Pulau Melaka khususnya..aku merasa bertambah sayu.. betapa kehilangan beliau berjaya menyatukan semua masyarakat Kelantan khasnya..untuk hadir sama..apa tah lagi yang berada di luar negeri Kelantan.. semuanya tidak mahu melepaskan peluang kali terakhir untuk sama sama bersolat jenazah untuk Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz.



. . semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang - orang yang soleh ..Alfatihah...



Wednesday, February 4, 2015

apabila dugaan hadir...

Salam,

Maha Suci Allah..dugaan yang datang bagaikan menjerut hati aku.. sehinggakan aku rasa down seketika. Sepanjang aku berjauhan dengan mereka mereka yang mengenali aku..masih ada perasaan benci mereka terhadap aku dan masih SIBUK untuk tahu apa saja berkenaan dengan diriku. Adat dunia.. manusia tidak puas untuk mencari aib dan kelemahan orang..padahal kelemahan dan aib sendiri tidak dipedulikan.

Aku memandang perkara ini adalah perkara biasa.. aku tidak mudah untuk melatah pun walaupun jauh disudut hati..rasa sedih itu ada..tapi aku berpijak di bumi yang nyata..sememangnya manusia tidak akan lari dari hasad dengki orang lain. Subhanallah...!!

Aku mendoakan semoga mereka -mereka yang sibuk dengan urusan peribadi aku..agar dimaafkan oleh Allah dan semoga mereka sedar bahawa perbuatan mereka itu adalah sia sia dan tidak memberi keuntungan pun. Aku juga berdoa semoga Allah akan memberi ketenangan pada mereka yang sentiasa risau tentang kehidupan aku..mana tahu aku menjadi lebih baik dari mereka..

Insya Allah... aku juga sentiasa berdoa semoga Allah tidak jauh dariku..sentiasa melindungi dan memberkati aku . Aku juga sentiasa berdoa agar dijauhi oleh perasaan riak dan takbur...

Aku sendiri ada juga tertanya Tanya..kenapa mereka nak ambik tahu tentang kisahku..kehidupan ku..dan masa itu..aku teringat tentang buku yang aku baca..LA TAHZAN.
 
Sang Pencipta dan Pemberi rezeki Yang Maha Mulia, acapkali
mendapat cacian dan cercaan dari orang-orang pandir yang tak berakal.
Maka, apalagi saya, Anda dan kita sebagai manusia yang selalu terpeleset
dan salah. Dalam hidup ini, terutama jika Anda seseorang yang selalu
memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha membangun, maka
Anda akan selalu menjumpai kritikan-kritikan yang pedas dan pahit.
Mungkin pula, sesekali Anda akan mendapat cemoohan dan hinaan dari
orang lain.Dan mereka, tidak akan pernah diam mengkritik Anda sebelum
Anda masuk ke dalam liang bumi, menaiki tangga ke langit, dan berpisah
dengan mereka. Adapun bila Anda masih berada di tengah-tengah mereka,
maka akan selalu ada perbuatan mereka yang membuat Anda bersedih
dan meneteskan air mata, atau membuat tempat tidur Anda selalu terasa
gerah.
Perlu diingat, orang yang duduk di atas tanah tak akan pernah jatuh,
dan manusia tidak akan pernah menendang anjing yang sudah mati. Adapun
mereka, marah dan kesal kepada Anda adalah karena mungkin Anda
mengungguli mereka dalam hal kebaikan, keilmuan, tindak tanduk, atau
harta. Jelasnya, Anda di mata mereka adalah orang berdosa yang tak
terampuni sampai Anda melepaskan semua karunia dan nikmat Allah yang
pada diri Anda, atau sampai Anda meninggalkan semua sifat terpuji dan
nilai-nilai luhur yang selama ini Anda pegang teguh. Dan menjadi orang
yang bodoh, pandir dan tolol adalah yang mereka inginkan dari diri Anda.


Maka, aku sedar bahawa.. selagi di namakan manusia..mereka tidak akan puas melihat orang lain jatuh dan tidak akan pernah puas melihat kesusahan orang  lain...subhanallah.. semoga aku tidak tergolong dari golongan sebegini...


pssstt...aku semakin mengenali diri ku dan aku semakin dekat dengan Allah..tatkala dugaan ini muncul..Alhamdullilah...

xoxo...
rfa

 

Wednesday, January 21, 2015

CINTA IV



mungkin kerana ianya adalah sesuatu yang masih baru dan pantas..aku tidak tahu sama ada aku menerima dia kerana aku benar benar bersedia atau sebaliknya. Dia mungkin lelaki yang tidak sehebat lelaki lain yang pernah aku kenali namun kegigihan dia untuk menempatkan hatinya dalam hati aku..itu yang buat aku kagum.

aku tidak tahu..kenapa dia bersungguh membuktikan dirinya adalah lebih baik dari lelaki lain yang aku kenal. aku sendiri tidak tahu..

dikala aku berusaha menerima dia dalam hidup aku...ternyata aku masih terkial-kial cuba melupakan kisah lama..masih menangis kehilangan cinta lalu dan yang paling utama ..aku masih tidak dapat melupakan dia..ingin aku katakan pada dia..aku tidak mampu untuk melupakan dia. aku tidak redha dia menjadi milik orang lain, tidak mampu menerima kenyataan..satu hari nanti..dia akan mempunyai keluarga sendiri dan ianya bukan dengan aku......!!!!arghhh!!!!

namun doa  aku tidak berhenti agar berikan aku ruang untuk aku menerima kenyataan demi kenyataan dan semakin hari aku semakin tenang dan walaupun aku teringat akan dia..aku menangis dalam hati...

perjalanan cinta aku..hanya Allah yang Maha Mengetahui...segalanya adalah perancangan dariNya dan sebagai hamba..aku harus redha.

untuk awak , terima kasih kerana hadir dalam hidupku..

untuk si pencinta semalam .....cinta kita walaupun manis namun akhirnya pahit jua. tanpa restu orang tua..cinta kita ibarat kapal yang bila -bila masa akan tenggelam. Walaupun  tidak mampu menerima hakikat bahawa awak akan jadi milik perempuan lain...dan perasaan itu terlalu perit dirasai...namun saya pasrah..

 +bukankah bahagia itu kita yang lakarkan..kita yang ciptakan..?

xoxo
rfa..





fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....