Wednesday, December 31, 2014

HARI TERAKHIR 2014


Selamat Tinggal 2014..

Selamat Datang 2015..


Hari ni adalah hari terakhir di tahun 2014..terlalu banyak peristiwa demi peristiwa yang berlaku dan ianya memberikan kesan yang cukup mendalam. Mengimbau peristiwa yang paling memberi kesan dalam diri aku adalah 3 perkara yang berlaku di Malaysia..masa tu aku merasakan bahawa betapa beruntungnya aku .

1. Kehilangan MH370..

Masa peristiwa ini berlaku..aku meletakkan diri aku sebagai penumpang MH370..sehinggakan aku bertanya pada semua kawan kawan lelaki  aku serta anak buah aku..seandainya aku yang berada di dalam flight tersebut ..apa tindakan mereka.. dan sesungguhnya kehilangan MH370..membuatkan aku jadi sayu..apatah lagi keluarga mereka. Memang mengalir airmata setiap kali mendengar berita tentang itu... semoga misteri kehilangan itu akan dapat terungkai..

2. MH17 ditembak jatuh

Berlaku di bulan Ramadan. Masa tu aku belum tido..dan sumber pertama yang aku perolehi adalah dari twitter. Memang terkejut dan secara automatic..aku menangis. Dan apabila upacara menerima jenazah n abu mayat mangsa MH17 , kebetulan aku cuti..dan setiap kali jenazah di bawa keluar dari kapal terbang..aku menangis. Sayu..."berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul"

3. Banjir Besar..Kelantan, Terengganu dan Pahang...

Ini adalah penutup tahun 2014.. dan Kelantan ibarat mengalami tsunami kecil. Namun aku yakin dan percaya...semangat rakyat Kelantan tak akan mudah luntur..dan lebih hebat dari masyarakat ACHEH yang menerima kehadiran tsunami  serta lebih kuat dari masyarakat JEPUN , tatkala tsunami muncul. Banjir kali ini adalah antara yang terburuk...dan aku berharap ianya akan dapat ditangani dengan baik utk masa masa akan datang.

Banjir kali ini berjaya melahirkan ramai pemfitnah dan penyebar cerita tanpa usul periksa dan ianya mengundang panic di kalangan mangsa mahupun masyarakat Malaysia amnya.
Apa pun..semoga rakyat Kelantan tabah menghadapi dugaan ini....


Ketiga-tiga peristiwa ini memberikan impak pada diriku. Bersyukur kerana masih dilindungi Allah. Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul. Aku lebih menghargai masa dengan keluarga dan kawan kawan...kerana apabila maut muncul...masa tu..tiada siapa di dunia ini yang boleh menahan..


Aku berharap..di tahun 2015..aku diberi kesempatan untuk melaksanakan ibadah dengan tenang dan jayanya. Matlamat aku adalah untuk menjadi hamba Allah yang baik dan pastinya aku harap..segala urusan aku dipermudahkan di sepanjang tahun 2015.


berselfie di hari hari terakhir tahun 2014....
 

xoxo
rfa...

Tuesday, December 16, 2014

Dengan izinNYA...

Salam..

Lama tak berblog..dah bersawang blog aku..hehe..bz dengan keje n kelas sehingga aku hampir terlupa tentang blog kesayangan aku ni..

Kebanyakkan kawan kawan yang rapat dengan aku..tahu bahawa aku sudah memutuskan pertunangan aku . Peristiwa itu sedikit sebanyak membuatkan aku mengambil keputusan untuk menjauhkan diri ..cuba untuk melupakan segala permasalahan itu. Namun siapa aku untuk menolak takdir yang telah ditentukan oleh Allah. Bermula dengan berkawan..dengan alasan untuk tidak mahu dikatakan sombong..dek kerana sidia juga berasal dari Kelantan..maka aku berkawan seperti biasa dengan dia..sehinggalah dia melamar aku secara spontan..dan berusaha untuk mendapat restu orang tua. Aku seperti tidak percaya kerana aku baru saja putus tunang. Kali ini kami sepakat untuk tidak bertunang dan kalau ada jodoh..kami akan terus nikah ..itu pun kalau ada jodoh...

Jumaat lepas...12.12.2014...keluarga aku membuat sedikit majlis untuk menerima ketibaan keluarga sidia. Orang Kelantan..penuh dengan adat..kalaupun kami berdua hanya nak jadikan ianya satu pertemuan keluarga namun ianya x menjadi..huaaaaa...nak menangis rasanya sebab apa yang diplan tak jadi ..

Namun Alhamdulillah..dengan izinNYA..urusan aku berjalan dengan lancar..hajat sidia di luahkan dan diterima baik oleh keluarga ku. So untuk kekawan yang berteka teki..aku x bertunang..cuma majlis itu adalah majlis adat yang biasa dibuat oleh orang Kelantan..untuk tetapkan tarikh nikah..dan berkenalan kedua dua belah pihak..

hantaran yang x seberapa dan last minute..hahahaha
 


Sekadar mengikut adat yg diamalkan oleh keluarga kami..so aku dan sidia akur. Semoga Allah memberkati urusan kami dan permudahkan. Tiada yang lebih indah..dari restu keluarga..dan semoga ianya akan berakhir dengan sebuah perkahwinan. Semua ini adalah dengan izinNYA...dan sebagai hambaNYA...aku bersyukur...


psstt..thanx to my family kerana banyak bantu...


xoxo
rfa

Wednesday, November 26, 2014

Cinta III


Hari ni cinta datang menjengah laman hati..memberi sejuta harapan agar nanti akn terbina sebuah rumah kasih sayang yang akhirnya kekal sehingga akhir hayat..
namun ...
tanpa disedari cinta muncul bersama kuman kuman dan bakteria , penipuan, bohong, kecurangan..maka harapan yang diberi telah membuatkan rumah kasih sayang menjadi suram..bahkan menjadi hitam..dan akhirnya virus tersebut telah membuatkan rumah kasih sayang itu roboh dan cinta akan beralih pada laman hati yang lain..


jujurlah dalam sebuah hubungan...:)



Tuesday, November 11, 2014

Cinta II

Salam...

Aku adalah insan yang tidak sempurna ..dilahirkan dengan banyak kekurangannya namun dia adalah pelengkap dalam setiap kekurangan ku. Sudah hampir 2 tahun mengenali dia..suka duka bersama dia adalah saat yang terindah dalam hidup ini...

Hubungan kami seringkali dilanda badai yang hadir untuk memecahkan hati dan perasaan kami..namun sekuat mana badai itu...semakin kuat perasaan kami..dan sesungguhnya sekuat mana cinta kami tidak dapat melawan  takdir Allah yang mana ia adalah jawapan pada segalanya...

Dugaan terbesar inilah yang membuatkan aku dan dia terpaku...cinta dia padaku dan kasih sayang seorang anak..pada ibunya telah membuatkan dia sendiri berada di dalam persimpangan dilemma. Aku berusaha menyakinkan dia bahawa dia patut memilih ibunya..dan melepaskan aku pergi..namun..dia tidak mahu dan tidak akan membuat apa apa keputusan demi cinta kami.

betapa sayunya hati bila melihat bahawa ada dua hati yang menderita. Pada dasarnya , kami bahagia..sering ketawa..namun di hati..masing masing tahu..bahawa pengakhiran hubungan ini bukanlah satu pengakhiran yang baik.

dia lelaki yang cukup sabar dan paling tabah yang pernah aku jumpa. Dia sentiasa memberi ruang dan peluang pada aku dan hubungan ini. Seringkali aku putus asa..namun kata-kata semangat dari dia membuatkan aku yakin  dengan hubungan ini...

 Namun....

Aku perlu bersedia untuk melepaskan dia..redha dengan apa yang berlaku...dan menerima kenyataan dia bukan milikku.

aku perlu kuatkan semangat demi dia.. dan aku sentiasa berdoa agar bahagia itu milik dia..dan melihat dia bahagia adalah saat yang paling menggembirakan aku.

Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya
Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta
Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati
Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta
Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati
Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta

Derita ini hanya kami saja yang mengetahui....
luka ini hanya kami yang merasai...
kecewa ini hanya kami yang tempuhi...


psstt..ambik mood buat kisah baru..harap idea ini akan berpanjangan.....



xoxo
rfa




Friday, November 7, 2014

30 hari cabaran blog ...hari ke- 5: 3 perkara yang anda ingin katakan kepada bekas kekasih


Salam..

menyambung cabaran yang ada...3 perkara yang ingin aku katakan kepada bekas kekasih

1. awak bukanlah lelaki yang direstui oleh Allah untuk saya..so walau sekuat mana pun cinta kita..kita x akan dapat bersama.

2. Get lost...I don't need u anymore

3. I hate u


pssttt..emosi tak stabil

Thursday, November 6, 2014

30 hari cabaran blog ...hari ke- 4 : BUKU KEGEMARAN ANDA


Salam...

sambungan pada 30 hari cabaran blog...hari ke 4 berkenaan buku kegemaran. Yang ni memang aku paling suka sebab aku suka buku. Sanggup menghabiskan masa di rumah hanya untuk habiskan novel yang ada. Antara buku - buku kegemaran aku adalah :-



1. Biografi Muhammad bin Abdullah - Perjalanan Hidup Seorang Nabi
     (menangis membaca buku ini)

2.Koleksi buku "Twilight"

3. Koleksi buku Sophie Kinsella

4. Koleksi buku Jackie Collins..

5. Koleksi buku 'Harry Porter"

6. P/s I love you- Cecilia Ahern (berulang - ulang baca)

7. Kisah pasal perang salib...



psttt....gila buku...

Wednesday, November 5, 2014

30 hari cabaran blog ...hari ke- 3 : SESUATU YANG MENGUATKAN ANDA

Salam dan selamat pagi...

pepagi lagi dah start sahut cabaran hari ke 3...SESUATU YANG MENGUATKAN ANDA

well...rasanya kawan kawan yang rapat tau akan kisah silam aku..jatuh bangun aku..kegembiraan aku dan kedukaan aku dan rasanya sepanjang 38 tahun aku berada di muka bumi ini..ada beberapa perkara yang bisa menguatkan aku..dari segi mental dan fizikal..antaranya:

1. Doa , mohon dari Allah

     Aku yakin dengan yang berdoa, sujud pada Allah dan meminta minta dengan Allah..maka ianya memberi satu semangat untuk aku jadi lebih kuat dan sentiasa bersyukur.

2. Mama
     Dialah segala-galanya untuk aku...tanpa doanya..aku tidak pasti dimana aku berada..dengan kisah silam aku yang menakutkan itu. Pernah cakap dengan adik, kalau tak kerana doa mama..tak kiralah panjang atau pendek doa itu..mungkin aku berada di tepi jalan merempat. Pada dia...segala-galanya ku korbankan...luv u mama

3. Keluarga
    Tanpa keluarga yang ada..siapalah aku...suka duka adik beradik , gaduh, baik, semua itu rencah yang memberi kesedapan dalam makanan dunia ku...alhamdullilah..apalagi dengan kehadiran anak anak buah ku..mereka adalah kekuatan jiwa aku yang paling dalam...

4. Sahabat

     Sahabat yang sentiasa disisi ku..pahit manis dalam dunia persahabatan sebenarnya memberikan aku kekuatan untuk aku teruskan hidup. Merekalah suka duka aku...dan pastinya mereka adalah insan - insan yang dekat dengan aku..kerana mereka berada di sekeliling aku...sayang u all....muahhh

5. Insan yang dicintai ...

    Dia sesungguhnya seorang lelaki yang Berjaya menutup segala kekurangan aku dan sentiasa memberikan peluang dan ruang dalam hubungan ini. Setiap kali ada saja pergaduhan..kami sentiasa mencari titik permasalahan dan usaha untuk kembali kepada sedia kala. Dia berusaha untuk buktikan pada aku dan bila aku perlukan dia...dia pasti ada untuk aku...thanx fairuz kerana cinta dan hubungan ini...



psstt..terasa syahdu lak bila fikirkan betapa mereka semua adalah kekuatan jiwa ku..





Tuesday, November 4, 2014

30 hari cabaran blog ...hari ke2 : 5 CARA MEMENANGI HATI ANDA


sALAM...

menyahut cabaran blog... hari kedua : 5 cara memenangi hati anda


1. Buku.. adalah satu perkara yang boleh memenangi hati aku. Bawa aku shopping buku..maka segala merajuk,marah akan hilang

2. Bercuti..

3. Belanja makan ice cream..

4. Tengok wayang cerita hantu..

5. Keikhlasan seorang lelaki....


Monday, November 3, 2014

30 hari cabaran blog..

 
 
 
Tetiba rasa nak buat cabaran di atas...bila tgk ramai yang buat...heheh...
 
Cabaran 1 - Gambar terbaru anda dan 5 fakta tentang diri anda
 
 
 


Pic ni aku crop..tapi kira ni yang paling latest...OMG...gemuknya aku...hehehe

Fakta menarik tentang diri aku :-

1. Walaupun berwajah garang, tegas tapi hati ku terlalu lembut..sensitif..mudah  menangis..

2. Sukakan motorbike dan berangan nak beli motorbike

3. pengemar cheese dan daging

4. mudah jatuh cinta dengan lelaki yang lebih tinggi /sama tinggi dengan aku

5. xpernah ada lessen memandu...



pssstt...cabaran seterusnya...

Monday, October 13, 2014

Cinta

Ya Allah...jika benar kami tidak ditakdirkan bersama...maka jauhkan perasaan kami...

Dia terlalu banyak menderita kerana hubungan ini...dan aku tidak mahu dia terus menerus menderita....

Ya Allah... berikan dia kebahgiaan yang sewajarnya...

Aku hanya akan gembira bila melihat dia gembira...semoga dia tabah dan redha atas apa yg berlaku...

Tuesday, October 7, 2014

gelagat lelaki..yang cukup memeningkan kepala..

salam..

lama tak online..heheh..bz dengan keje dan class untuk semester ini pun baru bermula..maybe kena belajar nak manage masa untuk lebih focus...belum terlewat nak ucap selamat hari raya aidiladha...aku seperti biasa..x balik kampong...cuti kejap..x best...hehe( alasan je tu)...

hari ni mood nak citer pasal gelagat lelaki yang cuba mendekati aku..rasa kesian pun ada..kelakar pun ada..tapi apa pun aku terharu dengan semangat diaorang yang cuba mendekati aku..padahal aku ni kalau di lihat..dah xde number...nak di kelaskan..maklumlah..dah tua ..status J lak..rasanya bersepah anak dara yang muda dan cun dan lawa dan cantik dan body pergh..lawa...
Apa pun...aku tahu disebalik semangat mereka nak mengorat aku (perasan la pulak)..ada maksud tersirat dan yang pasti..aku tahu apa yang tersirat...

ada beberapa kategori yang duk muncul depan mataku...

1. lelaki yang dah kawin...
     lelaki begini..berusaha mengajak aku untuk jadi scandal la..kekasih gelaplah..isteri num 2 la..isteri num 3 la...macam macam alasan diaorg bagi..kununnya..isteri x sihat la..kuota nak cukup kan la..sampai aku rasa kesian dengan wife diaorang. Aku amat menghormati perasaan perempuan yang lain..dan seringkali aku cakap..aku tak mahu melukai hati perempuan yang lain...

2. Lelaki muda
     Lelaki muda ni...kalau umur beza 2 3 tahun...masih boleh aku terima..tapi ini..umur 23 hingga 29 tahun...OMG..!! memang la aku suka..seronok sebab mereka ni leh layan kerenah aku..demand aku tapi kang jatuh cinta kang..cinta terhalang lak..mana ada mak bapak suka anak lelaki dia kawan dengan perempuan tua cam aku...hahha...contoh dah terang n jelas..si ABIE...Kerenah mereka cukup menghiburkan.. ada yang sanggup datang jumpa aku..luahkan perasaan.., ada yang sanggup apa saja...untuk aku...ada yang sanggup kena maki dengan aku..janji aku sudi terima dia...pelik betul bebudak begini...aku? terhibur ..itu saja yg leh aku cakap...

3. Lelaki berstatus duda..
  Lelaki mcm ni..diaorang tak nak ada komitment..just nak fun...bagi diaorang..no more masalah...single is better.. dan mereka ingat aku pun akan berfikiran yang sama..hidup nak enjoy..nak fun..nak notty..hhmmm nak tau prinsip aku...umur makin meningkat...hidup makin singkat...beringat lebih baik...

Bagi aku...aku anggap semuanya kawan..cuma aku paling benci lelaki gelojoh..lelaki yang notty...lelaki yang x respect aku...dlm ertikata..aku yang tentukan..letih nak layan kerenah mereka..apalagi dengar ayat ayat cinta dari m ereka yang aku tak suka....


pssss...sudah sudah la duhai lelaki ...aku ni dah tua dan xcantik...



Monday, September 8, 2014

Saat aku kemurungan....

 
Salam,
 




                                                                                                                         TQ MR.GOOGLE
Minggu lepas..aku mengalami kemurungan yang tak disangka. Airmata menjadi peneman dari siang sampai ke malam. Serba - serbi salah..Saat itu aku rasakan aku tidak perlu berada di dunia ni dan aku bersedia untuk menghadap penciptaku namun mujurlah dengan bantuan kawan kawan yang rapat..menghubungi..berusaha untuk menggembirakan aku dan yang paling penting mereka tidak berputus asa untuk memberikan nasihat yang terbaik untuk aku..thanx pada kembar aku(u know who u are), Hafiz Dear, Syg Din dan beberapa lagi temanku. Disaat aku rasa down...aku membaca satu mesej dari Sis Luna yang mungkin dia share kat FB..dan kata kata itu membuatkan aku tersedar..dan rasa sedih itu mula hilang...kat sini aku nak share kata-kata itu..n tq sis Luna sebab share...I really need this .
 
"To all my friends, whether close or casual. Everyone will go through some hard times at some point. Life isn't easy. Just something to think about. did you know the people that are the strongest are usually the most sensitive? Did you know the people who exhibit the most kindness are the first to get mistreated? Did you know the ones who take care of others all the time are usually the ones who ne...ed... it the most? Did you know the three hardest things to say are I love you, I'm sorry, and help me? Sometimes just because a person looks happy, you have to look past their smile to see how much pain they may be in. To all my friends who are going through some issues right now--let's start an intention avalanche. We all need positive intentions right now. If I don't see your name, I'll understand. May I ask my friends wherever you might be, to kindly copy and paste this status for one hour to give a moment of support to all of those who have family problems, health struggles, job issues, worries of any kind and just needs to know that someone cares. Do it for all of us, for nobody is immune. I hope to see this on the walls of all my friends just for moral support. I know some will!!! I did it for a friend and you can too. You have to copy and paste this one, NO SHARING."


 
Saat ini dan ketika ini..aku mahu berada di sisi keluarga ku...menatap wajah mama, bergelak ketawa dengan anak anak buahku, bergaduh dengan kakak kakak ku...
 
 
psssttt..i'll be strong..i promise..!!!!

 

Tuesday, September 2, 2014

aku dan kesayuan

Salam...

Hari ini..hari kedua dalam bulan September dan aku tidak tahu..kenapa hari ini aku rasa terlalu sayu..dan hiba sehinggakan airmata mengalir dengan perlahan-lahan. Hormon? baru je lepas minggu sakit puan..takkan nak beremosi lagi..huhu..

Bila ditanya oleh seorang rakan baik..aku sendiri tidak boleh nak jawab.. apa yang aku nak sekarang adalah..menangis dan terus menangis kerana perasaan hiba dan sayu itu terus menerus ada di hati.

Berusaha beristigfar...berzikir..namun kesayuan itu masih terasa.

Ya Allah! beratnya dugaan yang KAU berikan  sehinggakan aku merasa lemah sebegini...namun aku tahu dan sedar betapa semakin kuat dugaan yang KAU berikan..semakin sayang KAU pada hambaMU ini.

Duhai hati..bertabahlah demi sebuah perasaan
Duhai cinta..andainya kau mahu pergi..kulepaskan kau dengan hati yang redha..
Duhai kasih..hadirmu menyelimuti jiwa dan hidupku..amat bermakna walaupun ditakdir sekejap cuma
Duhai sayang...berbahagialah dikau berada disisiku walaupun hanya seketika...


Sehingga aku menulis ...hatiku masih sayu, airmataku masih mengalir. Beberapa kawan cuba menceriakan aku namun resultnya still sama...malah aku masih hiba...


pssstttt - rindu pada dia...jauh dimata dekat dihati...
            - teringat kata-katanya.."andai takdir dari Allah..kita saling memiliki..Insya Allah"
            - "U still need me? -aku
               "I still need you..4ever... - dia


xoxo
rfa

Monday, August 25, 2014

Tangguh Kawin...

Salam...

Setelah berhempas pulas menghadapi dugaan demi dugaan dalam pertunangan, setelah lama aku dan dia berusaha untuk mngukuhkan hubungan kami , maka aku dan en. Tunang mengambil keputusan untuk menangguhkan perkahwinan kami ke tahun depan.
Banyak masalah yang timbul dan aku sendiri tidak kuat untuk menghadapi dugaan itu. Kesibukkan en.Tunang menguruskan projek- projek, kesibukan aku untuk semester baru..dan pelbagai masalah yang ada membuatkan aku dan dia bersepakat untuk menangguhkan perkahwinan kami.

Mungkin ini adalah berita yang ditunggu - tunggu oleh musuh - musuh ku kerana pastinya mereka semua bergembira melihat kedukaan dan kesedihan yang aku  dan en Tunang alami. Apa pun..Allah Maha Berkuasa ..dan sebagai hambaNya aku percaya bahawa perjalanan hidup aku adalah telah ditentukan oleh DIA.

En. Tunang lagi lah..bersikap cool je..sebab dia yakin bahawa itu semua perkara biasa dalam meniti sebuah ikatan yang sah..Syaitan akan terus menghasut dan terus menghasut .

Aku dan en.Tunang sepakat untuk membiarkan kehangatan masalah ini reda dan sejuk...Biar semuanya diselesaikan dengan keadaan yang tenang.

Aku percaya..andainya en.Tunang adalah jodohku yang ditetapkan oleh Allah ..walaupun datanglah dugaan dan halangan..dia tetap akan jadi milikku dan aku tetap akan jadi milik dia..Insya Allah...



psssttt kalau ikutkan 31 Ogos adalah tarikh kawin kami..tapi apakan daya...hmmm :(

xoxo
rfa
tq mr.google

Thursday, August 7, 2014

syawal datang dan pergi

salam...

lama jugak tidak meng updatekan apa apa di ruangan blog ini. Bukan kerana tidak ada masa, malah ada beberapa draft yang aku tak Berjaya habiskan...idea dok maghi.

Apatah lagi..sekarang hubungan aku dengan en.Tunang sedang dilanda masalah..semoga Allah memberikan kekuatan aku dan dia menghadapi masalah ini...:(

Sekarang masih dalam bulan Syawal.. dan belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin.. untuk semua kekawan yang sudi membaca blog aku..yang tak seberapa ini.

Tahun ini, adalah cuti yang paling pendek yang pernah aku ambil untuk balik kampung..cuti ku bermula.. 27hb (ahad) hingga 30hb (rabu)..singkat giler..orang kata...penat tak hilang..mujur juga naik flight.

Raya, bagi aku , adalah di pagi raya..bersalam, bermaafan dengan bonda tersayang dan adik beradik aku sahaja. Aku bujang..so tiada persiapan yang aku nak kecohkan pada pagi raya...dan seperti tahun tahun sebelumnya...pasti aku akan mengalami food poisoning..padahal makanan adalah sama...hmm
tension rasanya sebab x dapat nak menikmati makanan sepenuhnya..

Raya kedua...my sister, zura, buat open house..lagi lah tersiksa kerana makanan yang dimasak sedap, tapi semuanya boleh membuatkan aku makin sakit perut..dan kali ini..adik aku, salmee suhana juga mengalami perkara yang sama..hahaha berjangkit siot..


Apa yang aku rindu di hari raya..adalah arwah ayah..kerana kami kehilangan dia juga dalam bulan syawal. Aku merindui dia..dan masih terbayang betapa segaknya dia berbaju melayu dan masih terkilan sehingga kini untuk membelikan dia baju raya..


kesimpulannya.. raya sudah tiada makna bagi aku..sekadar pulang ke kampung, jumpa bonda dan habiskan masa dengan dia sehari dua..then balik semula ke shah alam..


opss...lupa lak..di syawal ini juga, aku kehilangan seorang sepupu, yang meninggal pada hari sabtu (2/8)..berita itu amat mengejutkan kerana sehari sebelum nya, kakak aku telah kerumah sepupuku untuk beraya..hmm sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..Semoga arwah ayu ditempatkan di tempat orang-orang beriman dan al fatihah untuk dia....



xoxo
rfa

Sunday, July 27, 2014

Kali pertama...KLIA2

Salam...

Perjalanan pulang ke kelantan kali ini harus diklia2 dan bukan lagi di lcct. Teruja jugak sebab kali pertama berada disini...

Bila memasuki ruang legar klia2...baru aku teringat ianya seperti di airport kuching, bezanya..ia lebih besar. Tanda arah amat memudahkan. Flight aku kul 345 dan skrg kat gate K2 menunggu.

Datang awal sb takut org ramai dan takut sesat...hahah..apa pun setiap tahun ginilah aku...alone..kat airport...balik kg..

X sabar nak jumpa mama dan anak anak buah tersayang..terutama kakak n icha.

Diaorg pernah tanya aku...

"ateh naik kapal terbang ke?"
"Ha ah..kenapa? Kalau kapal terbang ateh jatuh atau hilang...kakak sedih tak?
"Mestilah kakak sedih"

Perasaan budak umur 6thn...terluah...inikan pula mereka yg dah dewasa...aku jadi sayu bila kakak ckp mcm tu...sb aku tahu dia syg atehnya...

Tragedi MH 370 dan MH 17 , cukup memilukan dan sebab itu..anak anak buah aku terkesan dek berita yg diaorg tgk kat tv.

Takziah pada keluarga mangsa MH 17 n MH 370...

pssstttt....balik rumah kena jadi chef...ingat leh la nak diva...aiyooo

Xoxo
Rfa

Friday, June 27, 2014

RAMADAN datang lagi...hatiku rindu

Salam...

Mencari masa yang sesuai untuk menulis. Agak bz dengan kerja dan study ..sebab nak exam dalam beberapa hari lagi...mood study pun bercampur aduk dengan mood nak puasa..

Bulan puasa makin menghampiri dan setiap kali datangnya bulan Ramadan...aku akan teringatkan arwah ayah..ini adalah kerana..Ramadan terakhir dia bersama kami adalah Ramadan yang tidak dapat dilupakan oleh aku...pada tahun tersebut, aku berhenti kerja di Pasir Gudang, Johor dan pulang ke Kelantan . Niatnya nak bantu mama, berniaga bulan puasa di Wakaf Bharu.

Sepanjang bulan puasa, aku sempat melayan kerenah arwah ayah dan aku tidak menyangka itulah layanan aku yang terakhir untuk dia. Dibulan puasa tersebut, aku dapati arwah ayah banyak menghabiskan masa di rumah dan beribadat lebih sikit dari biasa..

Minuman kegemaran arwah ayah adalah...Nescafe Panas...yang pekat dan manis..dan pastinya minuman tersebut juga adalah minuman kegemaran aku sehinggalah aku di larang meminumnya oleh doctor kerana ianya salah satu punca penyakit gastric aku yang teruk.

Makanan kegemaran arwah ayah banyak..tapi yang aku tahu.. Gulai Kepala Ikan Tenggiri, Mee goreng Basah...mee yang di goreng dan di campur dengan telur yang separuh masak..

Aku teramat merindui arwah ayah. Masih terbayang saat berbuka puasa dengan dia di bulan Ramadan yang terakhir. Rindu nak buatkan air minuman dia, rindu nak masak dan hidangkan makanan kegemaran dia..

Semoga...Ramadan kali ini aku dapat lalui dengan tabah. Sudah 3 kali Ramadan , aku jatuh sakit.dan ianya membuatkan aku trauma. Paling aku tak boleh lupa, pada Ramadan yang lepas, aku mengalami gastric yang teruk sehinggakan aku muntah sehingga kerongkongku berdarah...dah la jauh dari family, duduk seorang diri , berpuasa seorang diri dan bila sakit..aku menghadapinya seorang diri. Setiap kali bersahur..mesti menangis...(dalam hati ada taman)

Kali ini aku bersedia dari mental dan fizikal. Aku dah senaraikan makanan yang boleh dan tak boleh dimakan dan yang paling penting...ubat ubatan yang perlu ada.

Buat kawan kawan semua..selamat menyambut bulan Ramadan...

pssstt..rindu ayah......alfatihah

xoxo
rfa

Wednesday, June 4, 2014

rindu pada dia...



Lahirku mengenalimu sebagai lelaki pertama yang berdiri didepanku
Dikaulah lelaki pertama yang menjadi cinta hatiku
Setiap kata..setiap sentuhan darimu amat bernilai untukku
Engkaulah cinta hatiku yang pertama


Aku rindu untuk menyentuh kedut tua diwajahmu
Melihat jauh kedalam matamu...pudar..
suaramu yang menusuk dihati..hilang dibawa angin lalu..
aku rindu padamu Ayah...

Terkujur di depanku tanpa kata
riuh rendah...suara menjerit..namun
ayah tetap membisu...dan aku tetap berdiri
di depanmu..di hujung kakimu...

Bunyi itu..masih kekal diingatanku
bunyi itu... tanda ayah pergi dariku...
kaku...tanpa sempat aku ucap selamat tinggal..
luluh...tanpa sempat aku ucapan ampun dan maaf...

Monday, May 26, 2014

gurl's day out..Banting n Pantai Morib

Salam,

sempena nak meraikan aku dah hbs kelas..maka aku mengajak adik Azlin dan kak Faridah, untuk melawat rumah Cik Wan Hakimah..sementelah mereka berdua belum lagi pernah menjejakkan kaki ke rumah banglo Cik Wan. Aku  takut lepas ni dah tak berkesempatan untuk ke sana..bz dengan exam, puasa , raya, majlis kawin..(opssss)...

So kami bertiga bertolak dari shah alam kul 7.30 pagi.. Azlin memandu mengikut jalan lama ke banting dan  sempatlah kami singgah bersarapan di area klang..tak ingat dah nama tempat tu..Warung tu jual nasi lemak..best jugak n comel sngt ..so aku panggil nasi lemak comel...

 
 
Nasi lemak comel, sambalnya manis macam macam sambal sira air gula...tapi oklah rasanya...
 
 
oklah...next destination kerumah cik wan hakimah..kami sampai lebih kurang kul 9.30...lapor diri kat guard house..then terus kerumah dia...rupanya dia baru nak minum..so kami sembang sembang. Dia jamu kami dengan air zam - zam dan kurma serta kekacang ( cik wan baru balik dari umrah)
 Bagi kak faridah n Azlin..mereka kali pertama sampai..so satu rumah diterokai..n aku lak boleh bantai tido jap kat sofa rumah dia...letih ...
 
 Lebih kurang kul 12.30...Cik wan mengajak kami ke pantai morib..lunch kat sana ...first time ke pantai morib..not bad la..lepas makan..sesi jalan jalan jap..ambik angin pantai...saja le..lepas makan..walaupun panas terik tapi angin pantai agak berbeza...
 
 
 
 
 
 
Berlatarbelakangkan pantai morib...mujur ada pelajar semester 1, UPM tolong snap pic..

 
This me n cik wan...jauh dimata dekat dihati...
 
 
 
 
Lepas habis sesi bergambar..jalan jalan..kami balik kerumah untuk solat zohor dan plan nak ke Putrajya , meneman Cik Wan, jumpa kawannya. Sampai di putrajaya...suasana sesak sebab ada Jom Heboh dan Hari Belia...mujurlah just temankan cik wan untuk jumpa kawan dia..ala ala jejak kasih sekolah rendah...hahahahah
 
Balik dari Putrajaya, solat asar...kami semua dah plan nak g makan kat Warung yang jual seafood celup tepung... not bad la rasanya dan murah jugak...
 
nama warung.."Warong sotong celup tepung"

Ketam Celup Tepung

posing tangan je cukup


mcm tak caya..sepinggan sotong celup tepung..RM5.00


Balik dari makan makan...kami solat maghrib dulu then nak singgah Kerepek House...nak memborong kerepek..katanya..hahahah..
 
 




Jenuh memilih kerepek..last last..aku beli sebungkus kerepek malinjau...my feveret kerepek...azlin dan kak faridah..sakan la memborong..harga not bad la...so sesapa yang nak datang ke sini...Kerepek House, jalan cempedak, kampong sungai lang baharu, ..depan kedai..ada org bukak gerai makan char kuew tiau...
 
So...itulah coretan aku dan kekawan..gurl's day out...ke banting...sampai rumah kul 10.00 malam. En. Tunang duk mesej.."Xbalik lagi ke" ..selang sejam..jeles la tu..hahahaha
 
 
 
pssst...sesekali seronok gak release tension..
 
xoxo
rfa..

 



 




Tuesday, May 20, 2014

Hanya tinggal 3bulan lebih...

Salam,

Baru saja selesai kelas terakhir di seminar terakhir untuk semester ini. Pada saat ini..aku mula menghitung betapa tarikh keramat yang kami plan semakin dekat. Persiapan? well langsung aku tak fikirkan lagi..en. tunang juga bz dengan projek- projeknya membuatkan aku dan dia miss communication tentang perkara ini. Aku stress dengan assignment, quizzes and test..dia lak stress dengan projek yang dah dekat due date..so masing masing mood nak kawin kelaut..hahaha

Jujurnya..aku tidak tahu bagaimana aku nak react bila ada yang Tanya..pasal persiapan perkahwinan aku. Kami masih menikmati rasa menjadi tunang orang..belum fikir pun pasal nak nikah ...boleh gitu?

En.Tunang sendiri terlalu sibuk sehinggakan lately dia jarang call or sms aku..(dia x minat whatsaap or wechat or bbm)..so akulah yang ambik inisiatif untuk call n sms..cuma sesekali kecik hati sebab dia x nak banyak cakap..padahal aku sudah diberitahu awal awal ttg sikap dia..hahaha...demand giler kot aku ni!! Dugaan masa bertunang..terlalu banyak...dan paling terkejut..masih ada yang nak cuba ngorat aku walhal aku dah cakap yang aku dah bertunang n akan kawin tak lama lagi...itu belum lagi exbf yang duk meroyan sampai sekarang..sb tulah..en. Tunang nak aku tukar no. fon...tapi sayang la pulak nak tukar sebab dah guna lama..
.itulah satu -satunya permintaan en.tunang yang aku tak dapat nak penuhi lagi.. sori abang..heheheh!!


Insya Allah..lepas Exam nanti aku n dia akan siapkan segala yang berkaitan dengan perkahwinan kami. Mujurlah aku memang plan nak buat majlis tertutup dan hanya melibatkan dua buah keluarga saja..dan mujurlah keluarga ku sudah tau apa yang perlu dibuat untuk majlis nanti....tq so much !!!




tq mr google
 

 
 
Semoga apa yang dirancangkan akan berjalan dengan lancar dan doaku semoga hubungan aku dan en.tunang akan berpanjangan sehingga ke akhir hayat kami
 
 
psssttt entry hari ni sebab aku rindu en.tunang...boleh gitu?!!!!hahahaha
 
 
xoxo
rfa

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, May 14, 2014

Bila Cik Pah Buat Kuih

Salam..

Cuti sempena hari wesak..memberikan aku peluang untuk aku mencuba resepi kuih tradisional Kelantan yang paling aku suka. Kuih ini wajib aku makan di bulan puasa...Kuih Jalo Mas..

First time mencubanya...aku memang teruja sebab ianya menjadi..cuma disebabkan telur kat rumah x banyak so aku hanya buat sikit je..buat kuih tu sebagai intro..hehe mencuba je dulu..bila dah tahu cara - caranya..so bulan puasa tahun ini...aku sudah boleh makan kuih Jalo Mas..di shah alam..kalau tak..pastinya aku terpaksa balik ke Kelantan baru boleh makan...


Inilah kuih Jalo Mas hasil air tangan aku..

bangga tu..sebab nak tgk aku buat kuih muih ni..10 tahun sekali kot...hahaha..cuma..aku memang failed kalau buat biskut n cake..so dah cakap siap-siap kat en. tunang..jgn nak demand lebih lebih..aku x akan buat itu semua..beli je lagi senang..bila lagi nak bantu kawan kawan yg menjual...


pssttt...tetiba teringin nak memasak je...


xoxo
rfa



Wednesday, April 30, 2014

rindu en.Tunang

Salam..

selepas menjadi tunang orang, baru sekali aku bertemu dengan en.Tunang..itu pun sekejap je..dia datang..menjenguk ku...memang totally lepas bertunang..dia banyak berubah..ramai kekawan bgtau..mungkin sebab dia dah memiliki aku so dia dah x kisah untuk berusaha 'mengorat' aku...

pada mulanya..aku agak sedih sebab dia mcm buat tak kisah..tapi lelama aku dah mula faham perangai dia..so aku pun buat x kisah jugak..sebab aku nak tgk sikap dia...

dan untuk kesekian kalinya..pada hari ini..aku rindu dia dan berharap supaya dia dapat muncul didepan aku sekarang...:(


tq to mr.google
 
 
Abang..semoga apa yang kita rancang akan dipermudahkan dan pastinya restu Allah adalah sebaik baik restu...I love u so much...
 
 
pssst   menghitung hari...serba serbi tak kena...
 
 
xoxo
rfa



Thursday, April 24, 2014

Let it go...n move on...

salam...

Dalam usaha mencari diri sendiri..aku menemui banyak kisah, banyak pengajaran hidup yang dapat aku kutip dan jadikan satu panduan dalam menerusi kehidupan ini. Mungkin bukan aku seorang, namun ramai lagi yang diluar sana..ada cinta yang sukar dilepaskan..dan pada aku..cinta aku pada ABIE..adalah sesungguhnya cinta yang sukar untuk aku lepaskan.

Sewaktu aku mengambil keputusan untuk menerima pinangan en.Tunang, aku terlebih dahulu berbual dengan abie..bertanyakan pendapatnya dan jelas sekali dia sedih dengan berita itu. Dia tidak berdaya untuk mempertahankan cinta kami walaupun sebenarnya dia dah berusaha memujuk ibunya untuk menerima cinta kami dan memberi kebenaran untuk berkahwin. Namun ianya tidak berhasil dan aku harus move on..meneruskan hidup tanpa menunggu cinta kami diakhiri dengan perkahwinan. Sayu bila membaca ayat - ayat di whatsapp..dan aku sendiri menangis..Dan ternyata sehingga sekarang aku masih berharapkan ada keajaiban ... aku dan dia dapat disatukan..namun itu semua hanyalah satu mimpi ..tiba masa..aku akan dikejutkan ..dan kembali ke alam realiti.

Memang kita akan mengharapkan orang yang kita cinta akan bersama dengan kita..namun apakan daya kita...kita leh merancang..tapi Allah tentukan ..dan..status aku sebagai tunangan orang ini pun bukanlah satu perkara yang pasti bahawa aku akan dapat memiliki dan dimiliki kerana ..perjalanan cinta kami jauh lagi..dan Allah akan memberi dugaan pada hambaNYA dalam pelbagai bentuk..sebab tu aku selalu ingatkan pada diri aku..dia bukan milik aku..dia milik Allah...!!!

Ada di kalangan kawan kawan..yang masih mengharapkan cinta..yang x pasti..dan aku turut merasa kesedihan mereka..namun ini pandangan aku..tentang perkara tersebut.Aku harap ianya tidak menyinggung perasaan mana mana pihak..dan andainya tersinggung..harap maafkan..

1. Perkara pertama yang perlu dibuat adalah let it go...lepaskan lelaki itu dari dalam hati..jangan lagi mengenangkan dan mengharapkan apa apa dari lelaki tersebut. Bagi aku..seandainya benar dia cintakan kita..dia sayangkan kita..pasti dia akan berusaha untuk kita..fight for our love (bak kata sis luna) dan seboleh-bolehnya..dia mahu kita jadi milik dia..bukan hanya membiarkan kita dibuai mimpi mimpi indah.

2. apabila kita kata..let go...maka stop stalker fb dia, stop mesej, stop call, dia..biar dia tertanya -Tanya kenapa kita x call..dengan cara ini..kita akan lihat..adakah dia benar benar care tentang kita. kalau seminggu or dua minggu dia tak hubungi kita...bermakna..kita bukanla seseorang yang penting dalam diri dia..

3. Apabila sudah let go..so..time to move on..lupakan dia..jangan lagi mengharapkan cinta dia..dan mula mencari cinta baru. Berkawan dengan ramai orang..be open minded..enjoy dengan life yang ada..penuhkan aktiviti yang melibatkan ramai orang..berani ...itu dinamakan usaha..

4. zaman sekarang..bukan zaman menanti je cinta yang hadir..kerana cinta perlu dicari..dan bukanlah zaman urtv..hantar pic ke ruangan kembang setaman dan menantikan sang arjuna menulis surat, menghulurkan perkenalan..NO..!!!! zaman sekarang..x salah kalau kita , perempuan mulakan dulu salam perkenalan. Kalau kita ada minat kat seseorang..apa salahnya kita approach dia..kalau x cuba kita tak tahu..mungkin sebenarnya dia pun suka kat kita..but then..kalau dia hanya anggap kawan..so..apa salahnya terima dia sebagai kawan..mana tahu dengan doa yang ikhlas dan tak berhenti...Allah makbulkan doa kita..dan dia akan suka dengan kita...

5. berdoa..itulah senjata utama kita, orang islam..berdoa bukannya sekadar menadah tangan..minta dengan Allah..namun kena ikhlas dan yakin bahawa apa yang berlaku adalah didalam kekuasaan Allah..berdoa semoga dapat lupakan dia yang tidak pernah menghargai cinta kita dan berdoa agar Allah pertemukan kita dengan lelaki yang diberkati dan direstui oleh Allah...Insya Allah

Aku sering berdoa..agar dipermudahkan segala urusan mereka..dan sekaligus..ia mengingatkan diri aku sendiri supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah telah berikan. Namun siapa kita untuk melawan takdir Allah.. andainya Allah berkehendakkan aku berpisah dengan en.Tunang..tanpa sempat kami berkahwin..aku terima dengan redha..dan aku tidak akan menyalahkan sesiapa bahkan aku bersyukur kerana Allah sayangkan aku...dengan memberi dugaan sebegitu...


pssssttt DUGAAN DAN UJIAN TANDA ALLAH SAYANGKAN KITA...

xoxo
rfa

Monday, April 21, 2014

37thn dan perjuanganku...

Salam...

20.4.2014 adalah ulangtahun kelahiranku yang ke 37thn.. Alhamdullilah..umur semakin meningkat, hidup semakin singkat. Aku bersyukur kerana Allah masih memberi aku peluang untuk menikmati kehidupan dan kenikmatan dunia , masih diberi peluang untuk berusaha menjadi lebih baik dan paling penting berhijrah ke arah yang lebih baik...

Ada kawan yang tegur.. aku banyak berubah..alhamdullilah..setiap perubahan yang berlaku dalam diri aku adalah dengan kuasa Allah..yang gerakkan hati aku..untuk menjadi lebih baik. Kenapa dan bagaimana aku berubah? Seriusly, kalau aku fikirkan semula..kenapa dan mengapa aku berubah..macam tak percaya...tapi itulah hakikatnya..

Dihujung tahun lepas..selepas aku menerima kehilangan salah seorang sahabat akibat kemalangan jalan raya klik disini..aku mula takut..paling aku takut, andainya Allah jemput aku dalam keadaan aku masih tidak bersedia..hahaha ada ke ayat camtu..aku mula berfikir tentang dosa , tentang banyak mana pahala yang aku kumpulkan, apakah aku sudah bersedia dari mental dan fizikal untuk mati? Banyak perkara yang aku harus betulkan, antaranya:

1. Solat..
Nampak mudah namun hakikatnya solat adalah satu perkara yang paling susah. Aku akui kekadang aku ada juga terlewat, tertinggal dan aku mula takut , memikirkan zaman muda-muda , yang mana sering kali meninggalkan solat...nauzubillah...

2. Aurat...
Sememangnya dari kecil..aku dibesarkan dalam keluarga yang memang mementingkan untuk tutup aurat namun bila sudah berada jauh dari keluarga..aurat terutamanya rambut dan cara pakaian adalah sesuatu yang dipandang remeh oleh ku. Namun sejak tahun 2010..aku sudah Berjaya memakai tudung dengan baik. Mungkin dorongan dari kawan baikku..maka aku jadi termalu dengan sendiri..Alhamdullilah. Dan..dari segi pakaian..alhamdullilah..aku semakin membetulkan pendirian terhadap pakaian aku...syukur alhamdullilah

3.Pergaulanku..
awal tahun 2014..aku mula bertekad untuk tidak lagi keluar malam balik pagi, juga mula membataskan pergaulan aku dengan kawan kawan lelakiku..mungkin agak susah untuk berubah namun aku berusaha..dan alhamdullilah..aku Berjaya mengawal keinginanku untuk menerima ajakan kekawan yang sering tak putus mengajak aku keluar...Alhamdullilah..

3 perkara yang besar yang aku alami inilah ..antara perjuangan aku sekarang untuk berubah. Tidak malu untuk mengaku bahawa aku masih dalam proses belajar mengenal diri aku...tanpa ada disebabkan oleh sesiapa. Ianya datang dengan sendiri...dan aku bersyukur sangat kerana Allah masih memberi peluang dan ruang untuk aku berubah. Aku juga diberi dugaan yang pelbagai dalam menghadapi perjuangan aku. Ramai kawan kawan lelaki yang mula memberikan pandangan negative dan cuba menarik aku kembali ke jalan yang salah...namun aku anggap ianya dugaan dalam menempuhi perjuangan aku mencari diri sendiri...

Dan kini..menyambut tahun ke 37 ini..aku bersyukur kerana Allah mendengar semua doaku..Allah makbulkan doaku..terutamanya untuk terus beristiqomah dalam perjuangan aku terhadap 3 perkara yang aku sebut di atas. Aku dapat merasakan kenikmatan yang Allah berikan...terasa kekuatan yang hadir itu adalah dari Allah..Subhanallah..

Terima kasih untuk kawan kawan yang mengucapkan selamat hari lahir padaku.. kalian juga berada dalam doaku..

Untuk mereka yang membenci aku..terima kasih kerana sudi membenci aku...mungkin aku sudah banyak menyakitkan hati kalian..so di kesempatan ini, aku minta maaf..dan apa saja yang kalian buat padaku..aku juga maafkan..Insya Allah..kalau diberi peluang dan ruang oleh Allah..maka benci itu mungkin bertukar menjadi suka..mana kita tahu kan...


Bagi aku..sesuatu yang berlaku itu ada sebab musababnya dan untuk memikirkan tentang apa yang berlaku akan datang..bukanlah kerja kita..tapi hanya Allah Maha Mengetahui..apa yang boleh kita buat ialah..bersiap sedia apabila di jemput olehNya, berusaha membetulkan apa yang perlu dibetulkan..dan jangan lupa dan jangan berhenti BERDOA..


crdt to mr.google





pssttt semoga Allah sentiasa meletakkan aku dalam golongan yang bersyukur..Aminn

xoxo
rfa















Terima kasih en.Tunang...

Salam...

Dah jadi tunang orang!!! OMG..macam tak caya je..sebab ianya seperti dalam mimpi ..(banyak la mimpi)...yess..akhirnya en.BF yang selama ini berusaha untuk memiliki aku akhirnya menunaikan janjinya dan membuktikan bahawa dia betul - betul cintakan aku..(alamak..terpoyo la pulak)...

Al-kisahnya..apabila selesai bertemu dengan bakal mak mertua..en.bf ada cakap nak hantar cincin tanda+risik+tunang..tapi masa tu aku ingat ianya hanya bualan biasa antara kami. Aku Tanya kenapa nak kena hantar cincin tanda..jawapannya..sebab takut aku berubah hati dan dia nak buktikan dia jujur dengan aku...hmm aku cakap tak kisah la...sebab sekarang aku amat selesa dengan en.BF..dan aku terima dengan redha andainya hubungan kami putus..cuma memang la rasa sedih..sebab dia antara lelaki yang suka melayan kerenah aku yg macam kanak - kanak.

Akhirnya..Jumaat ..18/4/2014.. kami secara rasminya bertunang.. dan ucapan pertama aku cakapkan pada dia ..terima kasih abang...heheh...terasa janggal kerana ianya berlaku dengan cepat..namun alhamdullilah..lepas solat istikharah, mendengar nasihat dari kawan-kawan (sis luna, sis ani dan cik wan) maka hati aku jadi tenang.

 
 Sebentuk cincin belah rotan.. dari en.Tunang...

 
 
selamat disarung ke jariku...hahah...
 
 
 
 
Apa pun..aku bersyukur kerana Allah dah tetapkan hati aku menerima en.Tunang..dan paling penting hubungan kami direstui oleh kedua belah pihak. Aku tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari...kerana Allah Maha Mengetahui..namun buat masa sekarang..aku tahu bahawa aku sudah menjadi seseorang dalam hidup en.Tunang .
 
Terima kasih pada semua kawan kawan dan ahli keluarga yang mendoakan kebahagiaan kami dan semoga ianya akan dipermudahkan..Insya Allah..
 
 
Doaku semoga jodoh kami diberkati oleh Allah, dipermudahkan segala urusan perkahwinan kami..dan di restui oleh semua pihak..
 
Untuk en. Tunang..thanx sebab tunaikan janji mu..thanx sebab sudi hadir dalam hidup sayang,..thanx sebab sudi menerima sayang  seadanya.....I love u so much...
 
 
pssttt..kena belajar menjadi seorang tunang yang baik...
 
pssttt inilah hadiah hari jadi yang terbaik yang pernah aku terima...luv u...
 
xoxo
rfa
 

 
 




Tuesday, April 15, 2014

iklan: Almond Crunch..antara yang best

Salam,

Sejak aku merasa Almond Crunch , raya tahun lepas, aku mula berangan nak belajar camna nak buatnya namun dari hari ke sehari niat tu berlalu macam tu saja.

Tapi..selera untuk Almond Crunch masih tak tertutup...mujurlah officemate aku, CIK NIK HAFIDZA, cuba membuatnya dan alhamdullilah, Berjaya. Sejak dari hari itu, aku hanya order saja dari dia..dan apa yang aku suka tentang almond crunch dia..tak terlalu manis dan fresh. Kenapa aku cakap begitu..kerana almond crunch yang aku rasa sebelum ni..terlalu manis , dan ada yang aku beli di stesen minyak..kacangnya dah lama dan tak fresh lagi...

Almond Crunch ni..kalau makan..non-stop..sb tu kekadang satu balang..aku boleh hbiskan sehari semalam...




oklah..bagi sesapa yang mahu order boleh hubungi/ sms cik nik di talian:
0126275267. cik nik menerima tempahan dan satu balang..harganya RM 25.00(termasuk pos)..percaya atau tak..aku dah pun tempah 6 balang untuk hari raya aidilfitri nanti...


xoxo
rfa

pssttt inilah antara makanan kegemaran aku..yuhuuu

paranoid tentang komitmen dan perkahwinan

Salam,

paranoid? fobia? trauma?...itulah yang aku alami sekarang setelah en.BF mula bercerita pasal hubungan yang serius, bercerita tentang perkahwinan...satu perangai aku yang aku tahu selepas bercerai 7 tahun yang lepas, adalah aku akan mula mengelabah dan takut bila bf bf aku sebelum ni bercerita tentang komitmen.

Kali ini..aku bertambah takut dan very paranoid sebab hubungan kami memang dah mendapat restu dari kedua belah keluarga..so aku takut seandainya ia hanya tinggal angan angan dan keluarga akan menyalahkan aku kerana buat perangai..

en.BF steady je sebab dia dah nyatakan hasrat hatinya, dia dah buktikan yang dia serius dengan aku namun apakan daya..aku masih curiga dan was-was dengan dia. Semalam , perasaan paranoid aku makin kuat sehingga aku merasakan bahawa hubungan ini akan berakhir macam tu je..

mujurlah ada kawan kawan yang begitu sabar, terutamanya Sis LUNA, yang memang menjadi pakar rujuk aku seandainya aku dalam masalah relationship n life. Apa yang dikatakan sememangnya betul dan aku tidak nafikan apa yang dia katakana cuma ketakutan yang aku alami ini adalah disebabkan rasa tidak percaya aku terhadap lelaki..dalam fikiran aku..selalu di desak dgn..soalan "what if..."

Malam tadi...selesai solat Istikharah..en.BF call..dan dia memujuk aku supaya tidak terlalu memikirkan tentang hubungan ini. Dia sendiri mengharapkan aku tenang dan bersabar..kerana dia juga takut..maklumlah kami berdua pernah mempunyai kisah rumahtangga..dan kini masing-masing cuba untuk kali kedua.

kesian en.BF...dan aku rasa bersalah sangat sebab buat dia begitu..dia perlu sokongan dari aku sedangkan aku membuatkan dia semakin stress...

Selepas selesai berbual dengan dia, aku memikirkan semula nasihat yang aku terima..dari en.BF, dari Sis Luna, dari Aklima dan yang lain - lain. Akhirnya , alhamdullilah, perasaan takut tu hilang..cuma aku harus berhati-hati dan masih tidak dapat mempercayai kata kata lelaki sepenuhnya...

untuk en. BF...

"harap abang bersabar dengan sayang..."


psssstt serabut juga bila memikirkan banyak perkara..mama yang sakit, test yang berlambak,  
               assignment yang menimbun dan rindu pada en. BF...


xoxo
rfa.

crdt mr.google

Monday, April 7, 2014

menerima layanan yang tidak diduga..alhamdullilah

salam,

hari isnin memang lah satu hari yang cukup lemau..kena lak internet very slow..but then aku guna intenet hotspot BB aku so..leh la layan blog jap.

Just nak share tentang pertemuan aku dengan family en.BF..yang mana hanya beberapa orang saja yang tahu tentang pertemuan ini..Sejak aku kenal en.BF...dia berulang kali menyuarakan hasratnya untuk membawa aku bertemu dengan mak dia..khasnya dan family dia ..tapi aku banyak kali berdolak dalih kerana masih fobia dengan 'mak mertua' dan aku belum bersedia untuk direject oleh mak en.BF.

Berulangkali dia memujuk, dan selepas aku buat solat malam..aku beri keputusan bersetuju untuk bertemu dengan keluarga en.BF. So, pada 4.42014, en.BF bertolak dari Sabak Bernam, seawall 7 pagi..dan aku sendiri sudah siap menunggu dia. Gara-gara nervous, dia telah tersesat..tapi alhamdullilah, akhirnya dia sampai depan rumah aku dalam kul 930pagi. Sebenarnya aku nak ajak dia bersarapan dulu di area shah alam..namun dia nak balik terus sebab nak sampai kerumah sebelum solat jumaat. Aku hanya diam saja..opss. lupa nak citer..hari ini dalam sejarah..aku pakai baju kurung bila keluar hari cuti. Memang sebelum ni..en.BF dah request supaya aku berbaju kurung..sebab katanya nampak comel n cute..(tang mana cute..tak tahu la)..

Sepanjang perjalanan, aku banyak bercerita betapa aku risau untuk bertemu dengan mak dia..tapi dia cuba yakinkan aku yang hubungan ini akan dapat restu dari dia..insya allah.

Bila dah sampai depan rumah en.BF..hati aku berdebar makin kuat..mujurlah mak dia tak de masa tu sebab ada urusan di surau. Rupanya , mak en.BF ni aktif dengan persatuan wanita kampong tu...yang ada dirumah adalah adik ipar en.BF..so aku hanya bersembang dan cuba mengenali sikap mak en.BF melalui adik ipar en.BF.

Bila mak en.BF balik...semasa aku bertemu di depan pintu rumah, perkataan pertama yang aku dengar yang keluar dari mulut mak dia ialah.."besar"...dalam bahasa jawa..dan aku hanya ketawa kerana mereka menyangka kan aku tidak tahu tentang bahasa jawa. Boleh le sikit sikit.

Sesi soal jawab dengan mak dia bermula dan hanya Allah saja yang tahu betapa gemuruhnya hati aku. En.BF tinggalkan aku dengan mak dia..dan memang tanpa bantuan sesiapa aku kena berdepan dengan mak en.BF . Perbualan kami makin rancak..dan alhamdullilah aku dah hilang nervous..dah boleh  bersembang dengan betul..hahaha (macamlah selama ni x reti bersembang)

Sebelah malam..aku teman dia sambil sembang sambil lipat kain..dan itulah perbualan paling serius yang aku pernah hadapi. Pada dia aku nyatakan bahawa hubungan kami tak bererti sekiranya tiada restu dari dia..dan mak en.BF berulangkali mengatakan bahawa pihak dia tak de masalah...

Aku bersyukur kerana mendapat restu dari mak en.BF. ini adalah kerana...en.BF adalah anak emas dan anak mak ..manja dengan mak..dan pastinya mak en.BF mahukan seorang menantu yang terbaik..

en.BF juga lega bila aku berjaya menawan hati mak dia..hmm ye la..yang nak menjawab semua persoalannya aku..dan dia hanya ketawa je...

kenapa aku share kisah ini? bagi yang tak suka baca..jangan baca..tapi kenapa aku share? sebab aku sebenarnya ada kisah silam yang aku takutkan...tentang penerimaan orang tua bf-bf aku selama ini. Paling menyedihkan apabila parent ABIE langsung tidak mahu memberi peluang mengenali aku padahal ABIE dah separuh gila menyintai aku...


semoga hubungan ini akan dapat keberkatan dari Allah lantaran restu dari kedua belah pihak telah kami perolehi. En, BF bukanlah lelaki yang perfect tapi sebab dia x perfect la maka aku jatuh cinta pada dia..

psssttt..sepanjang perjalanan pulang ke shah alam, en.BF asyik tersenyum je..bila aku Tanya..dia cakap dia dah tak jiwa kacau sebab dah dapat restu mak..ceh..takut mak rupanya...

psstt...akibat nervous dan berserabut..aku lupa nak snap picture...bila balik sini barulah aku sedar yang aku x de sekeping picture pun untuk dijadikan kenangan


xoxo

rfa..



crdt to mr.google

Wednesday, March 19, 2014

surat untuk seorang kawan

salam...

Entry aku pada hari ini adalah disebabkan soalan dari seseorang yang khas tujukan pada aku. Bukan berkias bukan berlapik lapik..direct to the point..

"sudah 7 tahun sendirian..kenapa macam tu? kenapa x berusaha untuk mencari pengganti? memilih ke?orang camna lagi ko nak?".. bertalu- talu soalan yang ditanya..dan aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri seketika. Jujurnya aku terasa dengan soalan itu namun aku tidak pernah menyalahkan dia kerana sebagai seorang kawan biasa..dia tidak tahu apa yang ada dalam isi hati aku..apa lagi untuk tahu kenapa dan mengapa aku masih lagi seorang diri..dan tidak berusaha untuk mencari pengganti..

Aku mahu dia baca disini..menyelami dan memahami kenapa dan mengapa aku masih tidak bertemu dengan insan yang bergelar suami.

" untuk kawan ku...,

untuk pengetahuan kau..aku berpisah dengan suamiku pada tahun 2007 , setelah 7 tahun menjadi suami isteri. Aku terima segala ketentuan takdir Ilahi yang jodoh aku hanyalah pada takat itu dan hanya Allah yang berkuasa ke atas segala galanya. Selepas berpisah dengan suami..aku mengambil masa setahun untuk menerima cinta baru dan cinta baru ku..adalah lelaki yang bukan muslim..namun cinta kami tidak  panjang dan berpisah juga akhirnya.. dan hari bersilih ganti..tahun bertukar tahun..aku masih tidak bersedia untuk mencari cinta utk di ikat menjadi sebuah perkahwinan kerana aku takut..aku fobia dengan kesedihan yang aku alami. Aku tidak mampu untuk berdepan dengan kisah sedih aku berulang ulang. Dan sesungguhnya, aku gembira dan bahagia kerana Allah telah memilih aku untuk diberi Ujian dan Dugaan. Bukankan ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah menunjukkan bahawa DIA sayangkan hambaNya.

Duhai kawanku..

seharusnya engkau mengerti bahawa ini semua adalah kuasa Allah.. dan aku tidak sedikitpun merasa marah atau benci pada Allah kerana tidak memberikan aku jodoh yang baik pada diri aku kerana aku tahu Allah Maha Berkuasa...DIA sudah membuat perancangan yang baik untuk aku...maka kau tak sepatutnya menerjah aku dengan soalan - soalan yang sebegitu. Kau seolah - olah mempertikaikan kekuasaan Allah..Subhanallah!! Bohonglah aku sekiranya aku mengatakan bahawa aku boleh hidup tanpa lelaki...dan jujurnya aku tidak pernah kehilangan kasih sayang seorang lelaki kerana aku mempunyai hubungan yang baik dengan sahabat-sahabat lelaki aku yang sentiasa mengambil berat pada aku. Hanya kerana aku tidak bersuami dan hidup sendiri, bukan bermakna aku harus menjauhkan diri, hidup kera sumbang tanpa ada hubungan social dengan kawan kawan aku.

Duhai kawan...

Aku tahu kau sudah bahagia dengan suami dan anak anak..maka aku akan doakan agar kau bahagia selamanya..Walaupun soalan soalan yang kau tanya itu adalah soalan yang mengguriskan hati aku namun aku tahu kau ambil berat pada aku dan aku tidak pernah menyalahkan kau dalam soal ini..

Duhai kawan..

Terima kasih kerana Berjaya membuatkan aku sedih dan hiba.. kerana seboleh bolehnya aku berusaha untuk melupakan kesedihan aku dan hanya fikirkan tentang yang baik baik sahaja..

Duhai kawan..semoga jawapan yang kau cari dari aku..sudah kau perolehi..tq so much






krdt to mr.google




psstt...bersabar...:(



xoxo

rfa











Thursday, March 13, 2014

apabila menjadi wartawan tak bergaji..

hai semua...

rasanya dah lama sangat x berceloteh di blog ni.. maybe ada silent reader yang tertanya-Tanya kot mana la aku hilang..(ada ke silent reader) hahahaha.. apa pun aku ada je cuma keadaan sekarang amat menyukarkan aku untuk menulis walaupun aku banyak idea nak menulis...

Semuanya tengah kelam kabut dengan kehilangan MH 370..dan aku sendiri setiap kali melihat kisah kehilangan MH 370, melihat kesedihan ahli keluarga mereka..aku jadi sebak. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Doaku semoga mereka tabah menghadapi dugaan yang diberikan..Allah Maha Mengetahui atas segala yang berlaku...

Oklah..back to my entry title.. rasanya aku tak delah nak marah sangat pada wartawan -wartawan x bergaji  yang ada di sekeliling aku cuma aku nak zahirkan apa yang aku rasa..dan kekawan boleh la memberi pandangan terhadap apa yang aku katakan.

Mungkin sejak dari dulu lagi , aku memiliki kawan kawan lelaki yang terdiri dari pelbagai umur. Berkawan bukan bermakna bercinta, berkawan juga bukan bermakna nak jadikan laki..cuma aku merasakan berkawan dengan lelaki lebih selesa.

Namun, aku tidak menyangka dengan zaman yang serba serbi canggih ini..masih ada yang berada di takuk lama..mempunyai pemikiran yang bagi aku rasa x sepatutnya ada..Sikap busybody mereka terhadap aku membuatkan aku rasa kesian pada mereka. .

Kadangkala aku merasa hairan dengan manusia - manusia yang ada disekeliling aku..terlalu banyak masa untuk mencari keburukan orang, kesilapan orang, kelemahan orang. Bukankah masa yang ada itu lebih baik digunakan untuk memperbaiki diri sendiri..Aku kesian pada mereka -mereka yang bersungguh sungguh bergossip hanya kerana aku.

Ada lagi yang best..depan kita punyalah baik, manis mulut, puji melangit..belakang kita...siap kutuk kaw kaw hanya kerana letak gambar bf kat pic profile..x kiralah..kat fb ke, kat whatsapp ke kat wechat ke kat twitter ke...hahaha. yang ini lagi sedih...

Kalau baca status-status aku, baik di whatsapp,BBM, wechat, twitter, fb...aku memang selalu letak status aku yg ada kaitan dengan bf-bf aku..so kalau x suka or annoying giler giler sgt..jgn jadi kawan aku...sb aku tak kisah pun..bagi aku semua orang ada hak untuk express perasaan dia..

Mungkin entry ini dilihat macam emosi terlebih tapi aku menaip entry ini dengan gelak ketawa kerana apa yang aku tulis..rasa cam kelakar.. namun tujuan aku hanya satu saja..untuk menjelaskan apa yang aku rasa..

"hari ini...kita melihat kelemahan, kekurangan orang lain..dan menjadikan bahan untuk topic gossip...ingatlah bahawa besok lusa...Allah akan membuka kelemahan dan kekurangan kita lebih teruk lagi...."

Aku juga punya kelemahan dan kekurangan dan aku bersyukur kerana Allah telah memberikan aku kurnia yang tak terhingga..dan aku sentiasa berdoa agar aku tidak berada dalam golongan yang tidak tahu bersyukur..subhanallah..!!


untuk haters aku...terima kasih kerana mengambil berat pada segala apa yang berlaku pada diri aku..namun aku berharap untuk masa masa akan datang..berhenti lah menjadi wartawan x bergaji kerana xde faedah pun..bagi yang memberi nasihat...terima kasih kerana prihatin dan memberi nasihat pada aku...alhamdullilah..


psssttt....jagalah tepi kain sendiri supaya tidak terkoyak kerana tepi kain aku bukan saja berjahit cantik, bahkan siap letak labuci labuci lagi...


xoxo...
rfa

Thursday, February 27, 2014

Serupa tapi tak sama

salam ...

Baru berpeluang untuk menjenguk blog kesayangan hamba ini...disebabkan terlalu banyak perkara yang perlu disettlekan, maka aku memerlukan masa untuk bercenta centa dengan blog aku..

Oklah..banyak perkara telah berlaku sepanjang bulan februari dan secara kesimpulannya, bulan Februari bukan bulan kegemaran aku..hahah..just kidding.. apa pun yang berlaku, tak de la nak salahkan bulan.

Well..bulan februari adalah bulan memperingati pemergiaan Abang Din..abang kesayangan yang pergi setahun yang lalu di bulan Februari. Masih tidak dapat menerima kenyataan, aku merasakan dia sentiasa ada disisi..apatah lagi..kata-kata dan usikannya masih terngiang-ngiang di telinga aku. I miss him..so much...kalau lah dapat undur masa..dan kalau lah aku masih berpeluang bertemu dengan dia..hmm..mustahil kan...

Dalam mengharungi bulan Februari..aku mendapati ada beberapa perkara yang rasanya ingin aku kongsikan bersama dengan kekawan. antaranya:-

1. Kita sama manusia..namun setiap manusia tidak memiliki  pemikiran yang sama, sifat yang sama atau senang cite..kita ni sama je manusia..rambut sama itam..tapi otak kita berbeza. Ada sesetengah orang, dia mungkin seorang yang slow learner...so jangan lah pulak kita dengan automatic , terus berkata..dia seorang BODOH... kerana seperti yang aku nyatakan tadi..memang la kita SERUPA TAPI TAK SAMA...

2. Perkataan SABAR, sudah mula pupus dalam kamus hidup manusia, padahal sekiranya kita bersabar..nikmat Allah berikan cuba besar . Bersabar dalam menghadapi dugaan, bersabar dengan kerenah orang lain, bersabar dengan ujian yang diberikan olehNya..Itu semua memerlukan kesabaran yang tinggi dan percayalah..dengan sabar, kita sebagai hambaNya..akan dapat merasai betapa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

3.Sikap Kelam kabut..aku sendiri tidak faham kenapa manusia manusia di sekeliling aku ni...perlu ada perangai kelam kabut ? Apa yang untungnya menjadi seorang yang kelam kabut. X boleh ke berada dalam keadaan yang rilex, keadaan yang tenang..? Bagi aku, dengan keadaan yang kelam kabut, perkara tak akan menjadi lebih baik namun menjadi lebih teruk .

Banyak lagi perkara yang berlaku di sekeliling aku namun cukuplah tiga perkara itu yang aku sebut.

Sebagai manusia, kita harus sentiasa muhasabah diri dalam mencari jawapan pada pelbagai soalan yang timbul dalam diri kita. Soal pada diri, kenapa? mengapa? dan bagaimana? untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
Contohnya..jangan asyik duk berdengki dengan orang lain, kenapa orang lain berjaya ada BF tapi kita x dapat? cuba tgk diri kita..cuba kita nilai diri kita terlebih dahulu..adakah kita ni seorang yang menyenangkan orang lain? adakah cara kita bercakap dengan orang lain itu menyejukkan hati atau kasar ? adakah kita ada ciri -ciri wanita yang di ingini oleh lelaki? ...muhasabah diri!!!fikirkan!!

sering aku dengar dari orang orang tua...biar rupa paras tak cantik , tetapi perangai elok, berbudi bahasa, sopan santun,..dan aku setuju dengan kata - kata tersebut...



crdt to mr.google
 
 
 
 
 

psssttt..rahsia memikat lelaki...manja, tidak bercakap kasar, matang, penampilan yang disenangi oleh lelaki..tidak berlebih, tidak pula kurang....renungkanlah..!!


xoxo...
rfa...




Thursday, February 6, 2014

Kadangkala...

Salam..

curi masa sekejap nak update entry..walaupun tengah bz nak siapkan dokumen untuk audit...

Kadangkala...kita merasakan bahawa kita dah jumpa dengan lelaki yang benar benar sesuai dengan kita namun hakikatnya dia adalah lelaki yang dipinjamkan sementara untuk mengubati kelukaan hati kita..

kadangkala..kita merasakan bahawa apa yang kita buat selama ini...adalah yang terbaik yang pernah kita buat namun hakikatnya perkara yang kita buat selama ini adalah menyusahkan diri kita dan juga orang lain.

kadangkala..kita merasakan bahawa cinta kita cukup kuat, kesetiaan kita cukup utuh namun hakikatnya...apabila kita diduga dengan cinta baru..kita jadi lemah dan akhirnya kita berlalu dengan cinta lain...

kadangkala...kita berusaha untuk menjaga hatinya..berusaha untuk tidak melukakan jiwanya namun hakikatnya..dia ternyata sudah terluka dengan perbuatan kita...

kadangkala..lelaki yang mengutuk, yang sering mengkritik kita, yang sering mencari salah kita adalah lelaki jahat yg cukup kita benci..namun hakikatnya..lelaki itu adalah cermin diri kita, pelengkap jiwa kita...


hehehe....


pssttt...mr. teddybear...u complete my life...(xde kena mengena la pulak)


xoxo
rfa
krdt to mr.google

Thursday, January 30, 2014

kembali selepas lama menghilang

salam...

aku dah lama x update blog...mungkin kerana kekangan masa dan juga mood yang swing membuatkan aku menjadi hilang idea untuk menulis. Last update 8 Januari 2014..lama tul..

Sepanjang aku tidak menulis..banyak perkara yang berlaku..

1.Bz dengan final exam...walaupun paper yang aku ambik tak banyak untuk semester ini namun aku kena struggle gak sebab tak motivate untuk study.

2. Bz membantu ladyboss aka kak long berpindah...Memang aku clearkan semua aktiviti aku dengan orang lain semata-mata nak bantu dia kerana selama ini dia banyak membantu aku..she's my priority

3.masalah terbangun pertengahan malam ..dalam kul 330 pagi..membuatkan aku jadi x cukup tido dan badan jadi lemah.

4. rentetan dari masalah bangun kul 330 pagi...beberapa hari aku mengalami insomania..mata dah cukup letih untuk berjaga, badan dah cukup penat namun mata tak nak lelap...terlalu banyak berfikir.


Namun , alhamdullilah banyak masalah dapat diselesaikan dan secara rasminya, ladyboss telah berpindah ke Banting dengan selamatnya. Aku merindui dia..rindu nak bersembang dengan dia. Penyakit susah nak tidur juga aku cuba ubati dengan berusaha untuk tidak terlalu memikirkan tentang banyak perkara dan ubat yang paling mujarab adalah solat malam serta berzikir lebih kerap. Alhamdulilah..

Kini, hidup aku 100 persen berubah selepas ladyboss tiada. Actually aku sudah belajar untuk menerima ketiadaan dia selepas aku dapat tahu yang dia akan berpindah. Alhamdullilah aku Berjaya menyesuaikan diri tanpa dia disisi..apa pun jasa dia pada aku amat tidak terbalas oleh aku..dan aku berharap serta berdoa semoga hubungan persahabatan ini kekal ke akhir hayat..amin..

Hari-hari terakhir bulan januari memberikan aku ruang untuk aku melihat kembali peristiwa yang berlaku pada bulan Januari 2014 dan adakah azam aku untuk tahun ini akan Berjaya terlaksana. Apa pun aku bersyukur kerana pada tahun 2014, beberapa perkara yang aku harapkan untuk berubah sudah aku capai...syukur pada Allah yang mendengar doaku.....


pssssttt...aku rindu dia...


xoxo..rfa...

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....