Tuesday, July 31, 2012

aku difitnah lagi...

salam ramadan..

sejak menjawat portfolio baru , sebagai PA kepada boss..aku ingatkan boleh la tenang sikit namun ternyata Tuhan menduga aku lagi dengan fitnah terhadap aku yang datang bertubi tubi kepada boss aku. Sesungguhnya hancur luluh hati apabila membaca catatan  tersebut kerana aku merasakan bahawa itu semua adalah fitnah semata . Dalam hati, aku menangis. Sayu kerana aku tidak pernah di minta jadi begini.

Aku tahu bahawa aku dibenci tetapi aku tidak pernah kacau orang..tidak pernah nak sakitkan hati orang dan yang paling penting aku hanya melaksanakan kerja aku saja. Aku bukanlah sempurna ..setiap kerja yang aku jalankan pasti ada cacat celanya dan itu adalah kelemahan aku sendiri...namun aku tidak tahu kenapalah orang akan dengki , benci dengan aku...

Bagi mereka yang dengki dan benci..aku mohon sangat sangat datang bersemuka dengan aku dan seandainya aku ada buat silap.aku mohon maaf.. tapi tak perlu lah nak memburukkan nama aku dan yang pasti semua itu tak betul..subhanallah...!!

Jawatan sebagai PA bukanlah satu jawatan yang aku inginkan dan seandainya ada sesiapa yang nak gantikan tempat aku..dipersilakan.. dengan persetujuan pengurusan...bukan susah rasanya..

Jawatan sebagai kerani perolehan juga bukanlah satu jawatan yang menjadi kegilaan ..bz dengan audit, bz dengan sprm bz dengan kerenah pengurusan..semua itu perlu di tangani dengan baik..namun aku tetap macam ni jugak...

Buat mereka semua...jadi lah manusia yang bersyukur dan mohon muhasabah diri supaya sedar diri..fitnah sebegini tak akan kemana dan silap silap akan malu sendiri...



nota: sedang mendapat nasihat dari kawan kawan yang pakar, sama ada nak buat report polis atau tidak...semoga Tuhan melindungi aku..Amin..!!!



Tuesday, July 24, 2012

ku mohon sejuta kemaafan...

salam..

bulan yang penuh keberkatan ini membuatkan aku mengenangkan segala kesilapan yang telah aku buat dan juga perkara-perkara yang telah aku lakukan sehingga aku menyinggung perasaan orang lain. Setiap manusia memang melakukan kesilapan kerana lahirnya adalah tidak sempurna dan begitu juga aku.

untuk insan-insan yang tersayang..aku mohon sejuta kemaafan kerana banyak melukakan hati dan membuatkan kalian semua terpaksa melangkah pergi atau pun aku yang melangkah pergi. Buat mereka yang terpaksa aku tolak cinta..bukan kerana aku memilih namun kerana keserasian itu tiada antara kita dan yang pasti kita masih boleh berkawan..

untuk DIA, sahabat baik  yang pernah hadir dan mewarnai hidup aku..aku mohon sejuta kemaafan kerana melukakan hati mu tetapi demi Allah! sesungguhnya aku tidak pernah terlintas untuk melukakan hatimu apatah lagi menimbulkan kemarahan....dan sesungguhnya sehingga kini aku tidak berdaya menghubungi mu kerana aku tahu aku bersalah dan aku tidak mahu hatimu terguris lagi...

untuk adik beradik aku..yang membesar bersama..walau macamana pun kita bergaduh, membenci, marah, sakit hati, menyampah, menghina, dihina dan sebagainya...aku mohon sejuta kemaafan dan sesungguhnya kita dari darah yang sama...tak akan terputus sampai bila -bila...

untuk kawan - kawan sekerja...dimana jua anda berada...yang lepas atau yang semasa...aku mohon sejuta kemaafan seandainya ada perkara-perkara yang telah menyinggung perasaan kalian..

Hanya dengan meminta maaf, aku menjadi tenang dan kemaafan itu memberi keinsafan kepadaku bahawa aku masih memerlukan kalian semua...


nota: untuk dia...i miss our moment..and pls forgive me...

layan lagu raya....

salam..

sejak dilantik sebagai Personal Assistant @ PA kepada Puan Pengarah Politeknik, aku terpaksa berada jauh dengan kekawan yang lain dan bertugas di sebelah biliknya. Sebagai pekerja..apabila keluar surat arahan untuk bertukar aku menurut perintah saja.. telan saja la apa yang berlaku. Sejak meninggalkan Jabatan Pelajaran Selangor dahulu dimana di sana aku bertugas sebagai PA tak rasmi kepada Tuan Haji Ahmad..inilah kali kedua aku menjadi PA dan ianya juga tidaklah rasmi cuma menjalankan tugas.

Ok...enuff with my job's story..now kita kembali kepada tajuk entry..layan lagu raya..!!serius aku dah start pasang lagu raya...walaupun ini adalah hari ke empat kita berpuasa...saja je..dah la duk sorang so aku layan la lagu raya...

lagu paling aku suka dengar :-

    a. pulanglah - Aisyah
    b. airmata syawal - ct nurhaliza
    c. ku pohon restu ayah bonda- mamat
    d. dari jauh ku pohon maaf - sudirman
    e. kepulangan yang di nanti - aman shah...

Banyak lagu yang best tapi itu yang sering aku dengar, so hari ni duk melayan lagu raya di opis...hahahah setiap kali orang datang untuk berurusan..hantar surat or apa saja...mesti akan cakap ' wahh!! dah pasang lagu raya!!"


nota: setiap kali dengar lagu dari jauh ku pohon maaf...mesti bergenang airmata


Saturday, July 21, 2012

salam ramadan...untuk semua...

Salam...
Hari ini adalah hari pertama puasa. Semalam aku dapat bersahur ngn 'encik papa'...tq ye!..
Awal pagi tadi. .setelah sahur sesi kedua ngn housemate aku...sempatlah call puan sri azizah yg pastinya sibuk ngan kuih kuih..yg akan dijual di bazar ramadan (windunya nak g berjual di bazar ramadan)...

Semalam..aku mendapat berita ttg skop kerja aku yang baru. Dalam hidup aku..inilah kali pertama aku menerima surat pertukaran dua kali dalam satu bulan..dan Isnin nanti aku akan bertugas di opis baru ngan portfolio paling glamer di PSA..

Semoga aku berjaya handle segala masalah yg mendatang...dan aku harap aku dpat menjauhkan diri dari fitnah dan hasad dengki org..

Nota: semoga ramadan kali ini..sempat lah khatam quran..every year duk pasang niat nak khatam..tapi mesti x sempat hbs..uwaaaaa!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 19, 2012

perasaan yang sering muncul...

salam..

aku ambik masa sikit kali ni sebab ada perkara yang berlaku malam tadi. Aku tidak tahu adakah ini adalah perasaan yang biasa atau pun tidak.. namun yang pasti aku tahu perasaan ini muncul selepas dia hadir dalam diri aku. Aku jadi seorang yg cukup sensitif bila dengan dia..bila berbbm dengan dia dan bila bercakap dengan dia. Aku buka pintu hati aku untuk dia..menerima dia setelah 4 tahun lamanya dia dan aku saling bermusuhan.(musuh, kawan,kekasih, gengster)

aku pernah membenci dia malah pernah aku membohongi dia, dengan mengatakan bahawa aku sudah berkahwin dan memiliki suami...so..dapatlah aku lari dari dia sekejap. namun itu tidak lama, kerana dia tetap akan call aku, bertanya khabar dan kekadang aku tersasul ..akhirnya kantoi. namun dia tetap maafkan aku...

awal tahun 2012..aku bertemu dengan dia...dan ucapan dia masih sama...masih sayang, masih rindu dan masih angau kan aku...( mcm la aku ni layak untuk itu semua..pirahh).. sampaikan dia tuduh aku bomohkan dia...buat dia tergila-gila akan aku..sob!sob! sampai hati...

walaupun begitu..aku tidak cepat melatah menerimanya kembali , cuma bulan lepas, bila dia start menggunakan blackberry..dan kami sering bbm barulah aku mula menerimanya secara perlahan lahan..dan apabila dia secara direct meluahkan perasaannya pada aku...aku jadi serba salah namun yes...jauh di sudut aku menerimanya. Ego kan aku ni...hahaha....benarlah kata dia..aku memang ego kerana tidak mahu mengaku tentang perasaan aku padanya... kisah dia...pernah aku citerkan dalam blog ini...kisahnya disini...

sori ye kekawan ...terpaksa membaca la jiwang karat aku ni...

cuma..benarlah kata orang..jangan benci orang...nanti lama lama akan suka...dah kena batang hidung sendiri..


nota:  bak kata akak aku..kak ani.. yang sering berubah hati kau..bukannya pihak lelaki..
          alahai..terkena lagi aku!!!

Wednesday, July 18, 2012

Semoga aku tenang di tempat baru

salam...

Tajuk entry pun dah poyo..hahaha.,...sebenarnya aku nak berkongsi berita gembira apabila aku officially dapat bertukar, walaupun pertukaran ini adalah pertukaran dalaman namun yang pasti aku tidak perlu lagi berdepan dengan pelbagai kerenah manusia, pelbagai tekanan audit dan pelbagai masalah yang sengaja di timbulkan. Apa pun aku bersyukur kerana pertukaran ini dapat memberi peluang kepada aku untuk belajar benda baru dan dunia baru.

Buat masa sekarang aku masih di bangunan lama kerana aku perlu siapkan kerja -kerja yang tertangguh dan pada 1 Ogos 2012 aku akan ke tempat keje baru dan di bangunan baru. Insya Allah..aku berharap aku diberi peluang untuk belajar dan meneroka suasana kerja baru.

Almost  4 years (2008 hingga 2012) berdepan dengan masalah, tekanan demi tekanan..dan yang paling aku tidak boleh lupa apabila difitnah dan saat aku sakit sehinga aku bercuti sampai seminggu. Itu semua kerana tekanan.

semoga ada sinar harapan di tempat baru..amin...


nota: yang paling best...ada yang sok sek kat aku...'si arfa tu belum lagi start keje baru..tapi citer dia dah sampai dulu..' .. aku hanya tergelak je . hebat sangat ke aku ni sampai kisah aku di jaja camtu sekali...hahaha nasib badan..orang glamer..ngan kontroversi...

Tuesday, July 17, 2012

harta yang tidak ternilai....

salam...

agak lama tidak menulis apa apa di blog.. idea tu ada cuma masa yang tak ada. Sabtu hari tu..aku mengajak adik adik berkumpul di rumah..masak masak..saja menjamu selera bersama, termasuk lah anak anak buah aku yang comel, manja dan nakal..

Merekalah harta yang tidak ternilai yang aku miliki. Kasih sayang aku pada mereka tidak dapat di gambarkan dan sesekali air mata pasti akan mengalir apabila merindui mereka.

 Qaseh adalah insan yang paling rapat dengan aku dan dia tahu..segala kemahuan dia pasti aku akan tunaikan sekiranya aku mampu. Aku tidak tahu bagaimana sekiranya aku berpisah jauh dengan dia.. pasti airmata akan mengiringi rinduku pada dia..




Qisha pula simanja yang sentiasa blur dan suka tersenyum.. membuatkan hati aku menjadi cair. Walaupun kami tidak rapat kerana dia tidak membesar di depan mata aku dan tidak bersama dengan aku namun...sayangku pada qisha sama seperti sayangku pada qaseh..





Merekalah antara anak anak buah aku yang menjadi punca suka duka aku.... dan pastinya aku berdoa semoga mereka akan membesar dengan baik dan . Aku hanya berharap agar aku dapat menumpang kasih mereka lantaran..peluang untuk aku memiliki anak sudah tidak ada...barangkali..


untuk semua anak anak buah ku ( tak silap 20 orang) semoga menjadi seorang yang berguna dan sentiasa patuh dengan kedua ibu bapa..belajar menjadi seorang yang baik dan bertanggungjawab...


nota: ateh sayang semua anak anak buah ateh!!!

Wednesday, July 11, 2012

koleksi buku bertambah...

Salam...
Hari ini baru berkesempatan layan blog. Tadi duk leka baca blog kakimotong...pasal kucing yang dipotong kaki depan pasai makan ikan.namanya HERO..sempatlah nanges.. (muka brutal n garang tapi hatiku kecik!)

Ok..cukup pasal kucing..yang aku nak citer pasal picture kat atas tu...buku yg baru aku beli..tajuknya 'perang suci'..penulisnya 'Karen Armstrong'. Mula tu..aku kenal buku ni masa g Pesta Buku kat PWTC. .ngan si Haj.Kat situ..aku dah jatuh cinta ngn buku tu tapi sb x plan nk beli buku so aku x bawa duit extra.

Maybe dah ditakdirkan yg buku tu akn jadi milik aku so masa g pesta buku selangor..ngan adik Lin..aku jumpa buku tu n tq to adik Lin..sb tolong belikan..nanti akak ganti ye...sb masa tu aku baru balik dari exam..memang x bawa duit byk...

Buku ni pasal sejarah..perang salib..pencetus..dan kesannya. Aku seorang yang suka kisah sejarah..so inilah bacaan aku yg baru utk aku hbskan di bulan Ramadan selain baca AlQuran....Insya Allah!

Nota: buku yg ada pun belum hbs baca..bila la nak hbs baca buku 'doctor in the house'....caiyok!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 9, 2012

hapuslah air mataku...

Salam..

Kala malam bertamu
Sepi itu mengetuk hati
Memberi salam rindu pada dia
Namun apa kan daya..salam tanpa balasan..
Dia disana..pastinya sudah berbahagia...
Namun aku masih begini...
Aku masih menyusuri sungai memori yg penuh dengan kenangan...
Aku masih menghitung bintang cinta kita..walaupun ianya makin malap..
Aku masih bermain di taman cinta kita biarpun..yang tinggal adalah bunga kecewa yg makin layu...

Dia...x mungkin aku lepaskan..walaupun hati ini sudah hancur berkecai...

Nota:tetiba jiwang...sengal!!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 8, 2012

last paper...

Salam n selamat malam....

Malam ni adalah malam terakhir utk study for this semester. Memang terasa sgt semester ni x bersemangat utk belajar.mungkin kerana banyak masalah di opis...benarlah kata salah seorg lecturer aku...'keje n belajar dlm masa yg sama..memerlukan kekuatan fizikal n mental yg kuat..' nasib baik aku x de anak n suami...x boleh bygkan. ..mcm salmee..nak layan suami..nak layan anak   dara dua org tu..keje lagi...asignment lagi...huhu...

nota: tinggal 1tahun setengah nak hbs..next..master..tapi puan sri azizah dah kuar warning utk stop study n cari suami...hehe..sori mama..ada jodoh..ada ler...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, July 3, 2012

melaksanakan tugas sebagai pelajar

Salam dan selamat pagi...
Hari ini aku akan menghadapi exam..paper human resource.sejak dari minggu lepas aki asyik x lena sbkan fikirkan exam ni..semoga aku diberikan kekuatan utk hadapi semua paper. ..x banyak pun..hanya 3 paper..tapi semuanya subjek yg kena banyak membaca..otak dah tepu...
Awal awal lagi dah call mama..mohon restu...dan mohon di doakan utk aku...amin
Nota: semester ni memang x bersemangat nak ambik exam...maybe stress keje...tq aklima coz bagi semangat..!
Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 1, 2012

segala jadi mudah

Salam

Sejak adanya blogger droid..semua aktiviti berkaitan ngn blog menjadi mudah. Ditambah ngn broadband prepaid umobile..segala-galanya mudah.

Tq for those who always baca blog aku dan yg pasti kalau ada idea utk dikongsi boleh la bgtau aku.

Nota: my gajet ni masih lagi duk cari chemistry with me..masih terkial kial. .

Published with Blogger-droid v2.0.6

sepetang ahad bersama best frend

Salam...
Disebabkan otak dah tepu study tapi x masuk gak..so aku ajak bff aku g minum petang. Kali ni kami g jauh sikit...g seksyen 18..tempat yg plg byk kenangan.makan dan sembang lebih kurang.sblm tu kami singgah mydin sat..beli apa yg patut..
Lepas hbs urusan di seksyen 18.., kami ke tesco extra..misinya membeli air mineral. Satu persamaan aku n my bff adalah menitikberatkn penggunaan air minuman. Wajib beli air mineral klau singgah tesco..

Nota: banyk minum air bukan saja kulit cantik tapi juga boleh kuruskn badan....

Published with Blogger-droid v2.0.6

tidur kul 1pagi..bangun kul 4pg..!!

Inilah padahnya bila terlalu banyak berfikir.padahal aku terlalu letih untuk berjaga sampai pagi. Apabila terbangun...,yang jadi mangsa adalah tv kesayangan aku..terpaksa di pasang sampai aku lena semula. Tak suka la bila bgn tetiba gini.

Apalah yg aku tengah aku fikirkan sampai boleh terbangun..? Eeeeee....tak suka..baru plan nak bgn lambat..sb ahad kan....

Nota: nak makan ubat tido...dah hbs...kena standby ni!

Published with Blogger-droid v2.0.6

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....