Wednesday, July 18, 2012

Semoga aku tenang di tempat baru

salam...

Tajuk entry pun dah poyo..hahaha.,...sebenarnya aku nak berkongsi berita gembira apabila aku officially dapat bertukar, walaupun pertukaran ini adalah pertukaran dalaman namun yang pasti aku tidak perlu lagi berdepan dengan pelbagai kerenah manusia, pelbagai tekanan audit dan pelbagai masalah yang sengaja di timbulkan. Apa pun aku bersyukur kerana pertukaran ini dapat memberi peluang kepada aku untuk belajar benda baru dan dunia baru.

Buat masa sekarang aku masih di bangunan lama kerana aku perlu siapkan kerja -kerja yang tertangguh dan pada 1 Ogos 2012 aku akan ke tempat keje baru dan di bangunan baru. Insya Allah..aku berharap aku diberi peluang untuk belajar dan meneroka suasana kerja baru.

Almost  4 years (2008 hingga 2012) berdepan dengan masalah, tekanan demi tekanan..dan yang paling aku tidak boleh lupa apabila difitnah dan saat aku sakit sehinga aku bercuti sampai seminggu. Itu semua kerana tekanan.

semoga ada sinar harapan di tempat baru..amin...


nota: yang paling best...ada yang sok sek kat aku...'si arfa tu belum lagi start keje baru..tapi citer dia dah sampai dulu..' .. aku hanya tergelak je . hebat sangat ke aku ni sampai kisah aku di jaja camtu sekali...hahaha nasib badan..orang glamer..ngan kontroversi...

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....