layan lagu raya....

salam..

sejak dilantik sebagai Personal Assistant @ PA kepada Puan Pengarah Politeknik, aku terpaksa berada jauh dengan kekawan yang lain dan bertugas di sebelah biliknya. Sebagai pekerja..apabila keluar surat arahan untuk bertukar aku menurut perintah saja.. telan saja la apa yang berlaku. Sejak meninggalkan Jabatan Pelajaran Selangor dahulu dimana di sana aku bertugas sebagai PA tak rasmi kepada Tuan Haji Ahmad..inilah kali kedua aku menjadi PA dan ianya juga tidaklah rasmi cuma menjalankan tugas.

Ok...enuff with my job's story..now kita kembali kepada tajuk entry..layan lagu raya..!!serius aku dah start pasang lagu raya...walaupun ini adalah hari ke empat kita berpuasa...saja je..dah la duk sorang so aku layan la lagu raya...

lagu paling aku suka dengar :-

    a. pulanglah - Aisyah
    b. airmata syawal - ct nurhaliza
    c. ku pohon restu ayah bonda- mamat
    d. dari jauh ku pohon maaf - sudirman
    e. kepulangan yang di nanti - aman shah...

Banyak lagu yang best tapi itu yang sering aku dengar, so hari ni duk melayan lagu raya di opis...hahahah setiap kali orang datang untuk berurusan..hantar surat or apa saja...mesti akan cakap ' wahh!! dah pasang lagu raya!!"


nota: setiap kali dengar lagu dari jauh ku pohon maaf...mesti bergenang airmata


Comments

  1. lagu raya lama2 jugak jadi pilihan kan.nik suka semua lagu raya siti nurhaliza..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perempuan di mata lelaki

nilai sebuah perkahwinan : suami rogol isteri sendiri? kenapa dan mengapa?

part 2: masih di plaza alam sentral...