Tuesday, December 31, 2013

Mengimbau kenangan 2013

Salam...

hari ini adalah hari terakhir di tahun 2013...dan besok 2014 akan muncul..akan memberi sejuta lagi kenangan sama ada pahit or manis...

Sepanjang tahun 2013, ada banyak kenangan suka dan duka..tangisan dan ketawa ..pahit,masam dan manis..semuanya membuatkan aku menjadi lebih matang dan lebih menghargai orang di sekelilingku...

Sepanjang 2013...berikut adalah peristiwa yang berlaku...

1. awal tahun..sehari sebelum tahun baru cina , 2013..aku kehilangan seorang abang..akibat kemalangan. Seluruh duniaku gelap seketika..kerana aku hanya memiliki dua orang abang dan kedua-duanya adalah lelaki yang paling aku sayang..Pemergiaannya menjadi satu igauan pada aku kerana sehari sebelum kematian dia..aku sempat bercakap dengan dia dan jujurnya aku sendiri nak suprisekan dia..untuk ke Johor..melawat dia sementelah cuti lama..akhirnya dia yang suprisekan aku...

2. Aku bertemu semula dengan ABIE selepas berpisah. Kali ini kami menyambung semula ikatan yang putus..dan berusaha untuk menjadikan hubungan itu , hubungan yang sah...

3. Dugaan demi dugaan tentang kerja membuatkan aku makin matang berdepan dengan masalah sebegitu..dan syukurnya aku ada kawan kawan yang sentiasa memberi sokongan dan tak putus putus memberikan aku kekuatan untuk berdepan dengan masalah sebegitu...

5. Menghadapi sakit gastrik yang paling teruk sepanjang hidup ku...menderita sungguh!!!

4. Sentiasa berdepan dengan masalah cinta lelaki muda..semakin ditolak..semakin galak yang menghampiri..rimas dan lemas...

6.sahabatku..aklima dimasukkan ke wad..dua kali..meruntun hatiku...

7. hubungan aku dengan abie...akhirnya ternoktah sudah bila hasratnya untuk berkahwin dengan aku di halang oleh ibunya..dan aku berusaha untuk melupakan dia walaupun jauh disudut hati aku mengharapkan dia dan cintanya kekal bersama dengan aku...

8. hubungan aku dengan Hirul...bermula dengan restu keluarga..dan perancangan kami untuk bernikah direstui...NAMUN ...aku membuat keputusan untuk menangguhkan perkahwinan aku kerana aku merasakan aku harus fokus pada study dulu dan secara perlahan lahan membuat persiapan...insya allah..ada jodoh..ada lah...

9. mama sakit...dan aku resah...balik kampong seketika untuk menjaga mama...syukurlah dia sudah sihat..walaupun x sepenuhnya.

10. my ladyboss ditukarkan..dan aku kehilangan seorang sahabat yang paling rapat denganku..(dalam ketawa..aku menangis)

11. Aku Berjaya berubah..dan aku harap tahun 2014..aku akan berubah sepenuhnya...Insya Allah..

12. IC CARD aku di gunting oleh staff maybank , ttdi jaya, shah alam...kecoh satu hari gara gara kecuaian dia...


Aku berharap...2014 akan membawa aura baru dalam duniaku...dan semoga segala perancangan aku untuk tahun 2014 akan dipermudahakan dan di restui..Insya Allah...


pssttt...rindu 2013....


xoxo..rfa

Thursday, December 26, 2013

Staff MAYBANK kena attend kursus macamana nak bezakan Kad Pengenalan dengan Kad ATM!!!

Salam...

Tengok tajuk entry aku punyalah panjang..gara-gara urusan yang aku buat pada hari ini adalah berkenaan dengan Maybank..

Ceritanya begini...

aku terpaksa menukarkan kad baru kerana kad yang sedia ada telah expired..so pada hari ini 26/12/2013 aku telah ke maybank , cawangan TTDI Jaya , untuk prose penukaran kad, bersama azlin..dan aku adalah pelanggan yang pertama  (6001) untuk kaunter pertukaran kad tersebut. Apabila number aku dipanggil, aku kemukakan kad pengenalan dan kad lama aku ..dan setelah proses semua selesai, pegawai tersebut telah memberi sekeping kertas untuk aku tandatangan dan catatkan num telefon aku. Pada masa aku tengah menulis, aku dengar dia berkata " kak..kad lama saya potong ye"..dan aku jawab ye...suddenly bila aku dongak , aku lihat mukanya berubah...seolah olah serba salah...berikut adalah perbualan aku dengan dia..,

aku: kenapa cik..saya salah tandatangan ke?

pegawai maybank: er...saya minta maaf kak, saya tersalah potong ic akak.."

aku: **speechless**

pegawai maybank: saya minta maaf kak, saya tak sengaja...saya minta maaf...

aku: er...camna leh jadi camni...(menahan kemarahan)

azlin menghampiri kami..dan dia juga terkejut melihat IC aku yang dah kena potong...

pegawai maybank: saya bagi duit kat akak..buat IC baru..

aku: lama jugak nak dapat IC baru..hmm

pegawai maybank: tak kak..sejam dah boleh dapat..buat kat Plaza Masalam

aku: awak ni dah kawin ke?

pegawai maybank: *sambil menghulurkan angpau , duit gantirugi* saya dah kawin..

aku: mesti malam tadi awak gaduh ngan laki awak..

pegawai maybank: eh..taklah..kak..saya minta maaf banyak banyak( sambil memegang tangan aku)



semuanya aku catatkan kerana aku memang nak buat aduan berkenaan perkara ini.

Isunya sekarang..adalah kecuaian yang telah dibuat oleh dia, telah membuatkan masa aku dan azlin terbuang begitu saja. Dari mula, aku plan, urusan ini boleh selesai dalam pukul 10 pagi..alih alih kami berdua terpaksa ke Jabatan Pendaftaran Negara DAN urusan ini selesai hanya pada pukul 12 tghari. Azlin yang sememangnya tahu perangai panas baran aku..cuma menenangkan aku dan akibat menahan kemarahan yang teramat sangat..aku mula kena sakit kepala.

Buat MAYBANK...mungkin kena adakan kursus untuk membantu staff staff maybank mengenal pasti dan membezakan KAD PENGENALAN DENGAN KAD ATM...supaya tidak tergunting kad pengenalan orang lain

Buat aduan? baru je siap buat aduan ke Maybank..dan semoga mendapat perhatian yang sewajarnya..


psstt....mujurlah azlin ada..kalau tak semua urusan pending...TQ adik Lin...muahhh
        ....oppss lupa nak bagi tahu..pegawai tu bagi duit gantirugi RM 50.00...hmmm compare ngan  
             masa yang telah terhabis...adusss..x berbaloi


xoxo
RFA







Friday, December 20, 2013

Perpisahan yang menjerut hatiku...MY LADYBOSS

salam...

Pada saat dan ketika ini, aku tidak mampu berkata-kata. Mungkin ianya nampak senang dan mudah namun tidak bagi aku. Mungkin bagi orang lain ianya tidak begitu penting namun, bagi aku..dia adalah antara orang yang penting dalam hidup aku..selain dari keluarga aku.
Perpisahan yang paling menggetarkan hari aku akhirnya tiba... seorang sahabat yang begitu baik akhirnya akan pergi dan aku ...aku kehilangan seorang sahabat, kawan, pengkritik, pembimbing, malahan aku anggap dia adalah saudara ku sendiri..

Semalam, apabila dia memberitahu aku yang dia akan bertukar ke Kementerian lain, maka aku tidak ada rasa untuk memberi apa apa komen kerana aku tidak mahu menerima hakikat tersebut. Namun yang terjadi akan tetap terjadi..dan aku harus relakan perpisahan ini.

Aku mengelak untuk bersedih kerana aku tau aku pasti akan menangis.. Aku simpan perasaan sedih itu ...

mengenali dia, 4tahun yang lalu..membuatkan aku bersyukur kerana dipertemukan dengan dia, berkawan dan berkongsi rasa dengan dia. Mungkin kerana kami sebaya..maka banyak perkara yang dolu dolu yang boleh diceritakan bersama..lagu , kenangan sekolah, belajar di ipta, trend dolu-dolu...maka menjadikan aku rapat sangat dengan dia...

sahabat yang ku gelar CIK WAN, Kak Long, Ladyboss... semua itu panggilan untuk dia sementelah dia adalah pegawai atasan dan aku hanyalah staff biasa.

Aku mengenali dia sebagai seorang yang baik, sporting, open minded , tegas, dan sebagai pegawai...dia tidak sama sekali sombong atau berlagak. Sepanjang persahabatan kami...banyak suka duka yang telah kami tempuhi...suka duka yang mematangkan hubungan kami dan yang paling best..kebanyakkan situasi adalah sama...

Persabahatan aku dan dia..banyak mengubah aku menjadi seorang yang lebih baik , tiada lagi nakal dan liar seperti sebelumnya dan kebanyakkan masa aku lebih banyak bersama dengan dia dan paling ketara sifat tidak sabar serta baran aku ternyata berubah kerana dia. Salmee juga perasaan perubahan aku yang menjadi lebih sabar dalam semua perkara,

Menjadi sahabat dia..membuatkan aku selesa untuk berkongsi rasa malah selama 4tahun berkawan..aku serba sedikit tahu apa yang dia suka dan dia tak suka..dan dia cukup mengenali aku sebagai seorang perempuan yang sensitive...Ayatnya yang paling aku ingat.."Cik pah ni Nampak je garang namun dalam hati ada taman.."...sabo je la..

Aku bersyukur kerana mengenali cik wan..bersahabat dengan dia dan seterusnya menjadi seorang yang sentiasa menyokong aku dari belakang. Walaupun aku mempunyai ramai kawan..namun dia adalah yang teristimewa kerana memberi aku banyak panduan tentang hidup dan agama Islam  khasnya. Kami boleh bersembang tentang apa saja...dan aku cukup selesa dengan dia...Aku bersyukur kerana Allah telah menghantar seorang sahabat seperti dia dan aku berharap persahabatan aku dan dia tidak hanya akan berhenti di sini..mungkin berpanjangan hendaknya.

Bagaimana aku harus berdepan hari  tanpa dia di sisi aku.. setiap hari aku bersama dengan dia..x tahu bagaiama hari hari tanpa dia. Memang la hubungan  kami tidak akan putus di sini..namun aku ianya tidak sama bila habiskan masa bersama seperti sebelumnya.

Siapakah yang akan memberi aku nasihat apabila aku berdepan dengan pelbagai masalah...?

Siapa yang akan bercerita tentang agama Islam..berdebat, memberi pandangan dan sentiasa berkongsi maklumat tentang agama Islam..?

siapa yang akan menemani aku, tatkala aku sakit...teman aku semasa aku menunggu doctor?

siapa yang akan bersama dengan aku tatkala  filem filem hantu keluar panggung? padahal aku dan dia sama meminati filem hantu..

Siapa kah yang akan sentiasa memberi kata-kata semangat untuk aku tatkala aku sedih...

Gembira kerana dia akan keluar dari sini....yang mana tempat keje baru dia jauh lebih baik ..sedih kerana aku akan kehilangan seorang boss yang baik, teman makan aku, teman borak aku dan teman ketawa dan sedih aku...

Kau ada di kalaku suka
Di kalaku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada di kalaku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh
 
Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidupku
Kaulah yang di situ
Setia menunggu ku
Kaulah yang satu
Menjadi sahabatku
 
Kau ada di kala ku jatuh
Di setiap bangunku
Terus menemaniku tanpa rasa jemu
Kau ada di setiap tawa
Di kala bahagia
Kau menjadi sahabatku selamanya
Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidupku
Kaulah yang di situ
Setia menunggu ku
Kaulah yang satu
Menjadi sahabatku Sahabat... tetap bersama mu jika
Kau perlu... kan ku... dan ku tak kaku
Tak kekok kalau sampai buntu
Kita belok
yo...yo
Berjangkit sesama seperti mengusik
Si melatar
Kau kau jangan kau melampau dan
Kalau siapa mengusik Najwa tolong
Bagi tau aku tapau
 
Ku tahu ku kan selalu ada
Ada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu, menjadi
Ulang (Repeat) *
Ohh...ohhh...ohhhh
Menjadi sahabatku

 

 
pssttt...mengalir airmata saat menulis entry ini....:( ...I hate this feeling....cik wan..im gonna miss u...



xoxo...rfa


 
 
 
 

 

 

Monday, December 2, 2013

Filem "Penanggal"...dari pandangan aku peminat filem seram

salam

pagi isnin yang sejuk..awal pagi sampailah ke tengahari..hujan renyai renyai...hmmm tido pun sedap ni...

Kali ini aku nak bercerita tentang sebuah filem seram yang memang aku nanti - nantikan, mungkin sebab dah lama citer hantu tak de yang benar-benar menakutkan. Bukan untuk membanding-banding mana mana filem namun aku seorang peminat filem seram yang tegar..Pada jumaat malam yang lepas, aku, ladyboss dan aklima menonton citer tu...dan yang sedih..citer tu jauh dari expectation yang telah aku buat. Seriusly ianya tidak menjadi satu kisah yang seram namun lebih kepada sedih dan kelakar...walaupun ianya genre seram. Ini adalah pandangan dan persoalan yang aku boleh katakana tentang filem ini:-

1. Apa yang berlaku dengan watak "sharifah zaharah"( fasha sandha) setelah disembur oleh hantu penanggal?

2. Kenapa syarifah zaharah di ganggu oleh hantu penanggal , padahal hantu itu hanya akan muncul sekiranya ada ibu bersalin...dan syarifah zaharah adalah tetamu yang baru dtang ke kampong itu..

3. Bahasa arab bercampur melayu itu membuatkan satu panggung ketawa.. dan bagi aku rasanya macam tidak kena dengan penceritaan itu.

4. kisah ini ibarat ada sequel ...tergantung ...

Secara keseluruhan , bagi aku..kisah ini tidak seram dan rasanya tidak boleh dijadikan bergenre seram kerana ianya langsung tidak seram..Namun begitu..aku amat menyukai solekan pada pelakon yang terlibat terutama solekan pada 'syarifah zaharah' dan watak yang paling berjaya di bawa adalah watak  murni yang di bawa oleh Umi Nazirah.. gud job!! Kehadiran Syarifah Aini sebagai Ummi juga memeriahkan filem ini..congrats


berapa bintang nak bagi ni...hmmm 2 bintang ....sorry..


pssttt...bila tgk filem yang dikatakan seram tapi tak seram..x puas hati betul...

xoxo
rfa

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....