Posts

Showing posts from May, 2014

gurl's day out..Banting n Pantai Morib

Image
Salam,

sempena nak meraikan aku dah hbs kelas..maka aku mengajak adik Azlin dan kak Faridah, untuk melawat rumah Cik Wan Hakimah..sementelah mereka berdua belum lagi pernah menjejakkan kaki ke rumah banglo Cik Wan. Aku  takut lepas ni dah tak berkesempatan untuk ke sana..bz dengan exam, puasa , raya, majlis kawin..(opssss)...

So kami bertiga bertolak dari shah alam kul 7.30 pagi.. Azlin memandu mengikut jalan lama ke banting dan  sempatlah kami singgah bersarapan di area klang..tak ingat dah nama tempat tu..Warung tu jual nasi lemak..best jugak n comel sngt ..so aku panggil nasi lemak comel...

Nasi lemak comel, sambalnya manis macam macam sambal sira air gula...tapi oklah rasanya... oklah...next destination kerumah cik wan hakimah..kami sampai lebih kurang kul 9.30...lapor diri kat guard house..then terus kerumah dia...rupanya dia baru nak minum..so kami sembang sembang. Dia jamu kami dengan air zam - zam dan kurma serta kekacang ( cik wan baru balik dari umrah)  Bagi kak faridah n A…

Hanya tinggal 3bulan lebih...

Image
Salam,

Baru saja selesai kelas terakhir di seminar terakhir untuk semester ini. Pada saat ini..aku mula menghitung betapa tarikh keramat yang kami plan semakin dekat. Persiapan? well langsung aku tak fikirkan lagi..en. tunang juga bz dengan projek- projeknya membuatkan aku dan dia miss communication tentang perkara ini. Aku stress dengan assignment, quizzes and test..dia lak stress dengan projek yang dah dekat due date..so masing masing mood nak kawin kelaut..hahaha

Jujurnya..aku tidak tahu bagaimana aku nak react bila ada yang Tanya..pasal persiapan perkahwinan aku. Kami masih menikmati rasa menjadi tunang orang..belum fikir pun pasal nak nikah ...boleh gitu?

En.Tunang sendiri terlalu sibuk sehinggakan lately dia jarang call or sms aku..(dia x minat whatsaap or wechat or bbm)..so akulah yang ambik inisiatif untuk call n sms..cuma sesekali kecik hati sebab dia x nak banyak cakap..padahal aku sudah diberitahu awal awal ttg sikap dia..hahaha...demand giler kot aku ni!! Dugaan masa bertu…

Bila Cik Pah Buat Kuih

Image
Salam..

Cuti sempena hari wesak..memberikan aku peluang untuk aku mencuba resepi kuih tradisional Kelantan yang paling aku suka. Kuih ini wajib aku makan di bulan puasa...Kuih Jalo Mas..

First time mencubanya...aku memang teruja sebab ianya menjadi..cuma disebabkan telur kat rumah x banyak so aku hanya buat sikit je..buat kuih tu sebagai intro..hehe mencuba je dulu..bila dah tahu cara - caranya..so bulan puasa tahun ini...aku sudah boleh makan kuih Jalo Mas..di shah alam..kalau tak..pastinya aku terpaksa balik ke Kelantan baru boleh makan...


Inilah kuih Jalo Mas hasil air tangan aku..
bangga tu..sebab nak tgk aku buat kuih muih ni..10 tahun sekali kot...hahaha..cuma..aku memang failed kalau buat biskut n cake..so dah cakap siap-siap kat en. tunang..jgn nak demand lebih lebih..aku x akan buat itu semua..beli je lagi senang..bila lagi nak bantu kawan kawan yg menjual...


pssttt...tetiba teringin nak memasak je...


xoxo
rfa