Thursday, August 29, 2013

bab 2: Angin Surga


Salam...
enjoy reading ....
******************************************************************
 
“My son.. Faisal Adly”

Apabila dia berpaling ke arahku..rupanya lelaki yang melanggar aku pagi tadi.

“Opps..Puan yang pagi tadi kan..”

Aku hanya tersenyum. Memang handsome pun. Patutlah si Suhaila tu gila bayang.

“Nur Athirah” Kami bersalaman.

“Oklah Athirah..i’m sure u dah tahu yang kita ada meeting di Langkawi this Wenesday..tapi i akan hantar Faisal sebab dia akan uruskan resort kita di sana. So I nak u dan  dia hadir dan pastikan semuanya ok..” Arah Tan Sri Rashdan. Tegas.

Perbincangan kami berlarutan sehingga waktu makan tengahari. Perutku dah minta di isi. Kalau ikutkan perangai Tan Sri …memang tak sempat lah aku nak makan.

“ Ok Tan Sri, saya rasa kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu..”

Tanpa diduga, Faisal juga turut mengekori aku, keluar dari bilik Tan Sri.

“Cik Athirah..ada apa – apa yang perlu saya tahu berkenaan meeting rabu nanti?

“Yes..ada..nanti I minta Suhaila, my assistant jumpa  u.. she will brief u about that meeting”

“Kenapa tidak u saja yang brief I?”

Aku ketawa. Naif nya anak Tan Sri Rashdan !” Bisik hati kecilku.

“Normally.. Suhaila yang buat semua tu.. dan dia akan ikut sama nanti”Jelas ku.

Faisal semacam tidak puashati dengan penjelasan aku. Aku sengaja biarkan dia keliru.


Suhaila menjerit suka bila aku minta dia bertemu dengan Faisal. Pucuk dicita ulam mendatang..! Aku biarkan suhaila dengan kegilaan barunya.

Aku sengaja offkan blackberry ku . Tidak mahu di ganggu sehingga habis waktu kerja. Aku tahu Zulhasmi pasti akan terus menerus menghantar BBM pada aku.

“Cik Athirah…lunch?”

Tetiba faisal muncul di depan pejabat aku. Terkejut!

“Jum temankan I lunch.. ada banyak perkara yang I nak diskus dengan u” Faisal seolah-olah mengarah aku.

Entah kenapa, aku hanya mengikut. Aku capai handbag dan mengekorinya. Bila aku keluar dari pejabat aku, pantas aku memanggil Suhaila.

“Su..jum lunch?..” Aku mengajak Suhaila

Faisal memandang aku dengan pandangan yang pelik dan disebabkan pandangan itu, Suhaila seolah-olah mengerti.

“It’s ok Cik Nur…saya  sudah makan” Dalih Suhaila.

Suhaila menghantar kami dengan pandangan yang sayu.

Aku menjadi agak kurang senang bila bersama dengan Faisal. Mungkin kerana dia anak boss aku ataupun kerana sikap Faisal yang terlebih peramah dengan aku.

“Cik Athirah selalu ke makan kat sini?”

Faisal melepaskan pandangan kawasan persekitaran. Mungkin dia kekok dengan suasana kedai makan ala ala Kelantan di TTDI Jaya, Shah alam.

“I selalu makan kat sini sebab I memang suka makan makanan Kelantan”

“U orang Kelantan ke?” Soal Faisal spontan.

Aku ketawa kecil. Pastinya dia tidak menyangka bahawa aku adalah anak Kelantan jati.

“Yup..kenapa? tak percaya ke?”

Faisal hanya tersenyum.
Makan tengahari itu lebih kepada perbincangan aku tentang kerja dan penjelasan aku tentang tugas – tugas yang aku laksanakan di syarikat itu. Rupanya Faisal tidak begitu meminati kerja –kerja pejabat namun disebabkan arahan Tan Sri , dia akur dan apabila dia ditawarkan untuk menguruskan resort milik Tan Sri, dia gembira kerana dia tidak perlu berada di bawah perhatian Tan Sri Rashdan.

“Kalau I offer u kerja dengan I di Langkawi..?” Faisal bertanya tatkala kami berjalan beriringan ke kereta.

Soalan itu membuatkan langkah aku terhenti..

“Kenapa?” Soal Faisal lagi.

Aku hanya menggelengkan kepala.  Kenyataan Faisal memberikan aku idea, bagaimana aku harus berjauhan dengan Zulhasmi..Aku mesti berusaha demi janjiku dengan mama.

“So?..apa cerita?” Suhaila muncul seolah olah tidak sabar mahu mendengar cerita aku dan faisal.

“Come la Su.. I and  Faisal? Huh..in your dream..” Jelasku sambil menyusun kertas kertas yang berselerak di depanku.

“Ye la..I tau u ada Zulhasmi tapi I nak tau pasal Faisal..don’t u think he’s so handsome..”

“Su..nanti kat langkawi..i bagi chance untuk u tackle dia…ok..” pujukku . Bukan aku tak tahu perangai si suhaila ni…suka sangat dengan lelaki kacak..

Lewat petang,baru saja aku switch on blackberry, aku menerima call dari Zulhasmi.

“Dear, why u off your blackberry?” Soalnya lembut. Itulah Zulhasmi..sentiasa menyenangkan perasaan aku.

“Sori sayang…bateri drain..our dinner..hmm after maghrib I jumpa u..” Aku cuba berdalih.

“Nope..i rasa nak makan kat rumah je..kita jumpa di rumah ye..”

Aku tahu..kehendak Zulhasmi adalah sesuatu yang tidak boleh dibantah. Disebabkan sikap dia begitu, maka aku jadi susah untuk membuat keputusan.

 

Setibanya di Prima Court, aku sudah dapat melihat kereta Zulhasmi di tempat parking. Awalnya dia sampai” bisik hati kecilku.

Sewaktu aku masuk ke rumah, kedengaran suara dia menyanyi kecil di dapur. Bau masakan menusuk di hidung aku. Kalau tak silap.. bau kuah spaggeti ni! Bisik hati kecilku lagi.

“Assalamualaikum..”

Zulhasmi muncul dari dapur. Wajahnya ceria. Aku pulak yang jadi serba salah apabila melihat dia.

“Apa mimpi u masak  ni..ada berita gembira ke?” Soal ku. Memang aku jadi hairan bila dia tetiba berubah.

“Saja je..i susah payah belajar untuk masak spaggeti kesukaan u..” Jelas Zulhasmi. Suaranya bernada riang.

“ U rilex, mandi, solat …ok..nanti dah siap..i panggil u..”

Aku tidak mahu membantah. Biarlah dia dengan semangat memasaknya itu.

“Sayang, kita perlu berbincang..” Aku mula bersuara.

“Berkenaan apa? Hubungan kita? No..we already discuss it” Tegas Zulhasmi.

Perlahan-lahan, aku menyuap makanan spaghetti masakan dia. Sedap juga namun ianya menjadi begitu perit bila mendengar  ayat –ayat yang keluar dari mulut zuhasmi.

“Mama nak kita kawin..kalau tak..i kena pilih sama ada u atau mama” Ujarku perlahan.

Suapan Zulhasmi terhenti. Seketika dia memandang tepat ke wajahku.

“I’m serius about this..please sayang..kita kena berbincang..” Aku mula merayu pada dia.

“U dah tahu masa kita mula –mula kenal..bahawa I tak boleh berkahwin dengan u..”

“Then leave me..lepaskan i..” Aku mula bertegas. Aku memandang tepat ke wajahnya. Aku mahu dia tahu yang aku memang serius tentang perkara ini.

Suasana mula menjadi tegang.

“I tak boleh kehilangan u..pls nur..u tahu betapa I cintakan u..tak mungkin I dapat lepaskan u”

Kata-kata itu membuatkan aku rasa sayu

“I kena buat pilihan sayang..and I pilih mama”. Aku cuba untuk tidak menangis..sekurang-kurangnya bukan didepan dia.

Zulhasmi tidak mahu meneruskan perbincangan ini. Dia mencapai kunci keretanya dan terus keluar meninggalkan aku dalam keadaan terpinga pinga. Begitu mudah bagi dia. Setiap kali berbincang perkara ini, Zulhasmi pasti akan menarik diri. Dia tidak mahu hati aku dan hati dia terluka.

 

Aku mengemas meja makan yang ditinggalkan oleh zulhasmi. Aku tahu bukan ini yang dia harapkan..bahkan dia sendiri tidak menyangka mama akan bertindak begitu.

Sepanjang malam ...aku menantikan mesej dari zulhasmi namun hampa. Mungkin dia perlukan masa untuk menerima hakikat..bahawa kami memang ditakdirkan kenal...bercinta ...berkasih sayang namun bukan untuk saling memiliki. Aku berharap zulhasmi akan dapat berfikir secara rasional dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

 

Selesai menemuduga beberapa calon yang terpilih. Selepas ini aku kena buat laporan dan cadangan tentang calon yang telah disenarai pendek.

"suhaila...mcmana dengan persiapan ke langkawi besok..?"

"semua dah siap..cuma maklumat berkenaan bajet dari bahagian kewangan belum diterima.."penjelasan suhaila sedikit sebanyak melegakan hatiku.

"are u ok ? Dari tadi  saya tengok cik nur macam ada masalah.."

"nothing..cuma penat ...i nak balik awal hari ni,..anything ..call i.."

"kalau encik faisal cari ?"..soal suhaila. Terhenti seketika langkah ku.

"hmmm..pandai pandailah u cakap..."

Aku tidak mahu berada di pejabat. Risau sekiranya Faisal datang mencari aku. Rimas juga dengan sikap terlebih peramah tu.

Zulhasmi masih tidak menghubungi aku..malah tidak ada satu mesej  bbm padaku. Entah apa yang  berlaku padanya. Selama aku menjalinkan hubungan dengan zulhasmi..aku tidak dibenarkan untuk   menghubungi dia..kecuali dia yang call or sms or bbm terlebih dahulu. Aku tak akan mungkir   janji hanya kerana pergaduhan semalam..tapi hati ini bagaikan tidak sabar untuk mendengar  suara dia. Rindu.

 

Seminggu berlalu, namun zulhasmi masih tidak juga menghubungi aku. Sesekali muncul di benak ku untuk menghubunginya namun aku tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Aku masih di pejabat, ketika menerima panggilan telefon dari seseorang.

“Boleh saya bercakap dengan Athirah?”

Suara perempuan itu agak tenang.

Apabila aku memperkenalkan diri…

“I melisa, isteri zulhasmi..”

Kata-kata itu membuatkan aku tersentak.



Tuesday, August 27, 2013

Bab 1: Angin Surga...


          Tangisan kuat seorang kanak kanak yang duduk dua barisan depan..membuatkan aku tersentak. Tidur ku terganggu. Biasanya bila berada dalam flight, aku akan lena atau membaca novel yang sentiasa aku simpan dalam handbag..namun kali ini gangguan sebegitu membuatkan aku rimas..Aku cuba memejamkan mata namun yang terbayang adalah dia..Ternyata bayangan dia masih dalam fikiran aku walaupun aku sudah berusaha untuk melupakan dia.
Masa sejam dari Kota Bharu ke KL membuatkan aku jadi tidak sabar.. padahal  jarak sejam itu sudah menjadi biasa namun kali ini aku merasakan ianya terlalu jauh. Percutian balik ke Kelantan , walaupun sekejap telah memberikan solusi untuk aku berdepan dengan masalah yang aku hadapi. 
+ Bila balik kl?
Mesej BBM terpapar bila aku  switch on Blackberry aku. Bila aku tgk nickname..ternyata dia yang hantar mesej.
+ now ada di lcct..baru touchdown
+ I miss u so much..nak I g ambik u ke?
+miss u too..nope..i balik sendiri..
+bila nak jumpa? Rindu ni

Aku membiarkan soalan itu tanpa di jawab. Aku sendiri tidak pasti..bila aku dapat bertemu dengan dia. Zulhasmi..lelaki yang telah mengubah seluruh persepsi aku tentang cinta..apatah lagi cinta dengan suami orang..
Sepanjang perjalanan pulang ke shah alam , ingatan aku kuat pada dia..walaupun rindu itu terlalu mendalam namun aku harus sedar..dia milik orang… ternyata cinta aku pada dia adalah satu kesilapan..

Suasana di restoran Taste of Asia agak bising…semua orang  tengah menikmati makanan dan aku terpaksa duduk disitu sambil menunggu waktu untuk masuk ke balai berlepas.
“Boleh i duduk di sini?” seorang lelaki muncul di depan aku. Kaget..tetiba blur
Aku memerhati keadaan sekeliling..memang penuh..Cuma meja aku je yang kosong..
“ yeah…sure..kalau u tak kisah” Aku hanya memberi  ruang pada dia untuk meletakkan dulang makanan dia.
Lelaki itu asyik dengan makanannya, sesekali melihat gajetnya..dan aku pun sama..
“u guna Note 10.1 ek” Lelaki itu mula menegur...
“ Yup..it’s amazing kan..best giler”
Maka perbualan aku dan lelaki itu mula rancak, berbual tentang gajet yang di gunakan. Rupanya kami mempunyai minat yang sama.
“Nama I zulhasmi..u?”
“Nur athirah..call me nur”
Bermulalah episod perkenalan aku dan dia..
“Cik..kita dah sampai..” suara pakcik driver teksi membuatkan aku tersentak. Mengelamun lagi…
Sampai di depan rumah, aku terkejut. Rupanya Zul sudah sedia menanti.
“Surprise..!!” Jeritnya.
“ U buat apa kat sini?” Soalan bernada serius. Walaupun dalam hati aku happy dengan kehadirannya. Sayang..kita saling merindu…
“Nur.. kenapa ni? U tak happy ke jumpa i?” Soal Zul sambil menarik tangan aku.
Sabar nur! Sabar!
“I penat la syg…lagipun besok I ada meeting” Aku mula memberi alasan. Hmm sejak bila ni?
Zulhasmi hanya tersenyum. Dia mengekori aku dari belakang, masuk kerumah aku..rumah kami.
Tanpa disuruh, dia sudah terbaring di sofa .
“U tak keje ke hari ni?” Soalku sambil menuju ke dapur.  Aku tahu kegemaran Zul, jus apple.
“Malas, tak de mood..” Jawabnya ringkas sambil tangan sibuk menekan remote tv.
Aku meletakkan segelas jus apple di depan dia dan belum sempat aku berlalu, dia sempat meraih tanganku..dan belaian itu membuatkan aku makin rindu padanya
“Sayang..kenapa dengan u ni? I ada buat silap ke?” Zul cuba meraih perhatian dariku.
Aku melepaskan keluhan. Terasa diri ini dihargai..malah aku memang rindu dia.
“hubungan kita…” hanya itu yang mampu aku katakan. Zul melepaskan keluhan. Aku sudah dapat membaca apa yang ada dalam fikirannya. Sejujurnya..aku tidak mahu kehilangan dia bahkan aku tidak mampu namun desakan mama membuatkan aku sedar bahawa aku harus membuat pilihan dan aku yakin bahawa membuat kebaikan pada seorang ibu bahkan menyenangkan hati ibu adalah pilihan yang tepat. Aku harus bertindak.

Aku tidak tahu bila Zulhasmi keluar ..Cuma bila aku lihat skrin blackberryku..bbm dia menjawab persoalan aku.
+sayang..i ada urgent meeting..nanti kita jumpa..luv u


Baru seminggu cuti..sudah rasa bertahun aku tinggalkan pejabat. Sewaktu aku menolak pintu pejabat, aku dilanggar oleh seseorang.
“Maafkan saya puan..saya tak sengaja” Dia menjadi serba salah
Aku hanya melepaskan senyuman. Staff baru kot..!bisik hati kecilku.
“Suhaila..masuk sekejap..” Aku mula memanggil Suhaila, pembantu peribadiku.
Suhaila muncul dengan  wajah yang ceria.
“Wah..ceria je..ada apa apa ke?” Usikku.
Suhaila  tersenyum.
“Ok..seminggu saya bercuti..ada apa apa yang berlaku tak?”
Suhaila membuka organizernya dan mula berceloteh
“Ok..Rabu nanti, Cik Nur kena ke langkawi untuk menghadiri mesyuarat bersama pengurusan resort.”
“Langkawi? Hmm..u ikut sekali..ok”
Suhaila bertambah ceria. Pergi langkawi, pastinya untuk menghabiskan masa selain bermesyuarat di sana.
“Selain itu, Tan Sri nak Cik Nur adakan satu temuduga untuk mengisi kekosongan PA Tan Sri. Iklan saya dah buatkan dan besok calon-calon yang terpilih akan hadir..”
Aku sedar, jawatan itu agak lama dibiarkan. Susah nak uruskan Tan Sri yang cerewet dan teliti.
“Oklah..ada apa – apa lagi yang perlu saya tahu?”
Kali ini Suhaila bagaikan teruja untuk bercerita.
“Sehari selepas Cik Nur bercuti, anak Tan Sri datang untuk memulakan tugasnya di sini....” Suhaila bagaikan anak remaja yang menggilai kumpulan Kpop pulak. Teruja sangat.
"Apa kaitan dengan saya? Ish..!!” Tegasku. Tapi dalam hati, aku juga ingin melihat anak Tan Sri yang dikatakan handsome itu.
+Kita lunch sama?

Aku membaca paparan mesej di Blackberry ku.

+Sorry dear, I ada lunch date dengan Tan Sri

+Ok then..kita dinner ok

+hmm..oklah..kita jumpa tempat biasa

Akhirnya aku tewas juga. Memang aku berniat untuk menjauhkan diri dari dia. Namun, hati ini merintih merindui dia..mana mungkin aku abaikan kehendak hatiku.

“Cik Nur, Tan Sri need to see u now...” Suara Suhaila kedengaran .

Baru saja aku bercadang untuk bertemu dengan dia..kerana seminggu cuti, pastinya ada banyak perkara yang perlu dibincangkan terutamanya pembukaan baru resort di Langkawi.
Aku mengetuk pintu biliknya.
“ Athirah..come…lama betul kamu cuti”
Hanya Tan Sri Rashdan saja yang suka memanggil aku Athirah.
Aku kaget seketika.Ternyata  ada tetamu.
“Sorry Tan Sri, saya tak tahu  ada tetamu..” Aku rasa serba salah.
“Athirah..Saya perkenalkan…”
 
******************************
Hai..
saja je postkan pre-novel..enjoy reading
 

nilai sebuah perkahwinan : suami rogol isteri sendiri? kenapa dan mengapa?

Ohsenyum : Suami Rogol Isteri Sendiri 

Mereka sudah beberapa bulan tidak tinggal bersama kerana dalam proses perceraian, namun kerana gagal mengawal nafsu dia menceroboh rumah isterinya di Sungai Besi, di sini, sebelum membelasah dan merogol wanita itu.
Malah mangsa berusia 35 tahun diperlakukan dengan kejam sehingga cedera di muka dan badan turut diugut. Bunuh lelaki berusia 30-an itu jika melaporkan kejadian itu kepada polis.

Selepas ‘hajatnya’ tercapai, tanpa rasa bersalah lelaki itu terus beredar meninggalkan mangsa.Sumber polis berkata, akibat kejadian itu yang berlaku Khamis lalu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber itu berkata, suspek datang ke rumah mangsa yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja jam 11 pagi.

“Suspek meminta anak lelaki mereka berusia 13 tahun membuka pintu. Bagaimanapun anaknya tidak mempunyai kunci rumah kerana disimpan ibunya. “Suspek membuka pintu rumah menggunakan kunci pendua dan sebaik masuk, suspek menuju ke bilik isterinya dan mengajak mangsa mengadakan hubungan seks,” katanya.

Sumber itu berkata, apabila mangsa enggan suspek menampar pipi serta mencekik leher wanita itu sebelum merogolnya.-mymetro
sumber daripada:OhSenyum.blogspot.com
.............................................................................................................................................
Saja nak share maklumat ini pada semua kawan kawan...terutama suami isteri dan aku sendiri mempunyai seorang kawan yang bermasalah tentang hubungan suami isteri .
Oklah..aku nak bercerita tentang satu kisah benar yang terjadi pada seorang sahabat aku. Dia sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak dan jujurnya , dia seorang yang bernafsu kuat..
Aku merasakan bahawa  dia berkeadaan begitu kerana hubungan batin antara dia dan isterinya tidak berjalan dengan lancar. Ibarat kata orang.."tak cukup kasih sayang". Ini terjadi  kerana banyak sebab.. antaranya, isteri dia tidak mahu beralah untuk tinggal bersamanya , keluarga isteri dia masuk campur dalam urusan rumahtangga mereka dan yang paling teruk, isteri tidak menyukai keluarga suaminya. Disebabkan hal ini..rumahtangga mereka bermasalah.. dan ianya sudah terjadi sejak beberapa tahun yang lalu.
Si suami, sahabatku ini sering bercerita tentang masalah dia pada ku dan apa yang boleh aku buat ialah..memberi nasihat, agar dia boleh berfikir yang mana baik atau buruk...dan antara cadangan aku ialah..menceraikan isterinya dan kawin baru, mencari scandal untuk diri dia ataupun mencari penyelesaian dengan isterinya. Namun begitu semua nasihat aku tidak mahu diikuti..so aku berharap sangat..dia tak akan menjadi seperti yang di atas.
Bila aku melihat sendiri kisah rumahtangga sebegini..aku kekadang terfikir.. kenapalah si isteri sanggup membelakangi suami? tidakkah mereka tahu..dengan cara mereka ignore kehendak suami..zahir dan batin..maka mereka semua memancing dosa...dan tidakkah mereka tahu semua itu? Aku sentiasa mengingatkan diri aku dan juga kawan kawan terdekat aku..bahawa..sekiranya seorang isteri memberi layanan yang terbaik untuk suami, sentiasa membahagiakan suami..sentiasa berfikiran terbuka dengan suami..sentiasa berbincang dengan suami...insya allah..sesebuah rumahtangga itu akan menjadi harmoni..
Aku berharap, sahabat aku dapat menyelesaikan masalahnya dengan baik dan berharap ianya tidak akan berakhir seperti kes di atas...
xoxo
rfa...

Wednesday, August 21, 2013

cinta tanpa restu mereka

salam...

malam tadi.aku berwhatsapp dengan abie.. perbualan kami mesti ada rindu dan sayang dan di hujung perbualan..dia berjanji untuk memujuk mak dia agar merestui perhubungan kami. Yes..aku dan abie memang saling mencintai namun apa kan daya..bila mak abie tidak mengizinkan dia memiliki aku dan aku tidak boleh memiliki abie..padahal kami seperti tidak boleh dipisahkan.
abie sendiri seperti takut untuk ucapkan cinta..takut aku terluka dan dia tidak sanggup untuk mendengar tangisan aku..dan tidak mahu melihat aku sedih .
Bermula 2011 hingga kini..aku masih menyimpan cinta abie di satu sudut dalam hati aku walaupun kami terpaksa berjauhan kerana masalah itu namun..sayang dan kasih aku masih tetap sama..dan begitu juga dia. Cinta kami pelik kerana tiada restu mak abie..itu je yang buat aku dan abie terpaksa berpisah tanpa rela.
Sama ada abie atau aku malah kawan kawan rapat..semuanya hairan kenapa mak abie tak pernah memberi peluang pada aku untuk menunjukkan pada dia yang aku menerima abie seadanya dan hubungan kami serius..

Malam tadi..sejak setahun yang lalu..pertama kali aku menangis kerana abie. sebelum ni, aku berjanji dengan dia yang aku tak akan meratapi perpisahan tanpa rela ini namun apa kan daya..hati aku sayu sangat . Terlalu banyak hati yang perlu kami jaga..padahal hati kami sendiri terluka. Kami terpaksa berkorban cinta dan hati kami demi seorang ibu. Semoga pengorbanan ini berbaloi..

abie...mungkin kita ditakdirkan untuk bertemu, berkenalan, jatuh cinta,, saling merindu namun tidak ditakdirkan untuk bersama .




pssttt teringat lagu "sedetik lebih" ..bilamana abie nyanyikan untuk aku...semasa kami karok bersama...hmmm kenangan

pssttt I need u badly...


xoxo
rfa..
tq mr.google

Wednesday, August 14, 2013

Surat Untuk Ayah

Salam,
Catatan ini aku tulis masa ramadan yang lalu..disaat aku rindu sangat sangat kat ayah..dan disebabkan kesibukan yang melampau..aku hanya sempat postkan entry tu sekarang..i love u, ayah..

Assalamualaikum
Sudah hampir 13 tahun ayah meninggalkan mama dan kami. Setiap tahun arfa dan adik beradik serta mama selalu ziarah kubur ayah..dan setiap saat merasakan ayah ada disisi ini. Tahukah ayah..kami rindu ayah…terlalu rindu pada ayah namun apa kan daya..Tuhan lebih berhak ke atas ayah dan pastinya doa kami, anak anak ayah..semoga ayah tenang di sana…
Ayah,
Arfa rindu ayah…rindu nak menatap wajah ayah, rindu nak dengar suara ayah…Tahukah ayah, semasa ayah disahkan tiada…Arfa berdiri di hujung kaki ayah tanpa  ada tangisan, arfa berdoa masa tu agar ayah sedar , dan usaha nurse yang naik ke atas badan ayah untuk buat CPR itu berhasil..namun apabila mesin hayat itu berbunyi dan suara nurse mengatakan..”dah straight line dah”, telah memberi jawapan pada doa yang arfa pohon. Ayah sudah tiada. Walaupun seluruh keluarga kita menangis meratapi, namun Arfa  tidak mengalir air mata..ini kerana Arfa tidak mahu dilihat lemah depan ayah apatah lagi..saat itu..tiada seorang pun yang mendekati arfa untuk menenangkan hati dan perasaan arfa. Mama dan kak ani menangis, begitu juga saddam, zura berpelukkan menangis dengan abng man dan abg din, kak bani dengan hubbynya, dan yang paling tak disangka..adik ayah..mami..yang datang selepas ayah tiada..meraung…meratapi..”kenapa tak tunggu aku”..rupanya mami pergi dapatkan nasi air, memenuhi keinginan ayah. Saat itu masih lagi segar dalam ingatan arfa sehingga kini. namun  malam selepas ketiadaan ayah..tatkala Arfa lihat melihat baju melayu ayah warna hijau..arfa menangis dan perasaan sebak makin kuat tatkala baju itu arfa peluk dan cium. Ternyata..arfa lemah..ayah..

Ayah..
Banyak yang sudah berubah..mama sudah tidak seperti dulu, sering sakit sakit namun semangatnya kuat..kak ani juga begitu..dan dia adalah teman mama di kampong,  salmee sudah berkahwin dan sudah ada  dua orang anaknya..iaitu cucu ayah. Petah berkata – kata dan nakal . Arfa pasti ayah akan suka dengan dua cucu ayah ini. Arfa sendiri sudah berkahwin dan akhirnya sudah berpisah..kalaulah ayah ada, mahu rasanya arfa luahkan segala rasa sedih dan sayu pada ayah…kak bani sudah ada cucu..bermakna ayah sudah menjadi moyang, kak chik juga begitu..abg man juga sudah menetap di kampong , anak bongsu ayah, Saddam juga sudah menjadi seorang lelaki yang handsome, dan alhamdullilah..dia juga sudah banyak berubah..

namun ayah..
Satu berita yang harus ayah tahu.. abg din sudah tiada..benar..anak kesayangan ayah sudah meninggal kerana kemalangan pada Februari lalu. Abang man, Arfa, salmee  dan saddam berada disisi dia dari mula dia dimandikan sehingga ke liang lahat. Saddam  sendiri tidak lepas pandangan dari abg din..

Ayah..
Sehingga ke saat ini, arfa masih tidak dapat memaafkan diri kerana tidak sempat meminta ampun dan maaf pada ayah. Terlalu banyak perkara yang arfa nak ceritakan pada ayah..Cuma pada  malam terakhir..apabila diminta untuk membaca yassin..arfa sempat membacakannya dan rasa syukur kerana arfa boleh alunkan suara utk bacakan yassin pada ayah..dan sebelum balik, sempat arfa memegang tangan ayah, salam dan cium tangan ayah dan saat itu..genggaman ayah kuat sangat. Kalaulah arfa tahu itulah kali terakhir arfa dapat lihat mata ayah..pasti malam itu arfa tak  balik dan akan terus berada disisi ayah. Ye..arfa menyesal sangat…rasa sesalan itu hingga ke hari ini masih dirasai. Itu lah saat saat yang sehingga sekarang arfa ingat..Kalaulah arfa ada mesin waktu..arfa nak balik semula ke zaman kanak kanak..dapat lihat ayah, dapat manja dengan ayah..arfa nak ayah balik!!
Ayah..
Tenanglah ayah disana..dan arfa nak ayah tahu..sehingga ke saat ini arfa tak boleh menerima hakikat akan kehilangan ayah..arfa x boleh lepaskan ayah pergi…tak boleh, tak akan dan tak nak…
 
al-fatihah.....

 


 

 

Tuesday, August 13, 2013

Nilai cinta seorang isteri

salam...

aku mengambil masa agak lama untuk menulis pandangan aku tentang tajuk entry aku..mungkin kerana pada mulanya aku memikirkan untuk menjaga hati banyak pihak namun semakin hari semakin aku seakan akan tidak dapat membendung perasaan ini apatah lagi ianya ada kaitan dengan insan yang sedarah dengan aku...
 
Kalau ada kekawan yang membaca entry di blog aku..pastinya tahu bahawa aku telah kehilangan seorang abang yang cukup aku sayang..walaupun tidak terzahir dengan kata-kata ataupun perbuatan namun demi Allah..dia adalah abang aku dunia akhirat dan pastinya apabila yang berkaitan dengan dia maka aku akan turut terasa. Dan dikalangan keluarga ku..mereka tahu bahawa hubungan aku dengan isteri abang aku..tak begitu baik..namun aku masih ada rasa hormat pada dia atas dasar, dia isteri pada abang aku.
 
Seminggu sebelum puasa..adik aku..salmee mengkhabarkan bahawa..isteri arwah akan berkahwin dalam bulan syawal . Masa itu, tidak tergambar perasaan ini..marah?terkejut?benci? semuanya bercampur gaul..dan saat itu aku membayangkan ketiga-tiga anak arwah yang bakal mendapat ayah tiri , pakej bersama saudara tiri 5 orang. Masa itu, aku terbayangkan abang din berdiri didepan aku sambil memandang sayu padaku...Ya Allah.!!
 
Aku bercakap atas dasar pengalaman seorang ibu yang cukup tabah dan kental dalam mengharungi suka duka kehidupan ...tanpa suami disisi..iaitu mama aku sendiri. Bukannya dia tidak mahu berkahwin , ada suami baru namun mama lebih memikirkan perasaan anak anak yang mana tidak mahu ayah diganti oleh orang lain..terutama Saddam Hussien yang masih kecil ketika itu. Trauma kehilangan ayah...masih terasa sehingga kini..walaupun ayah sudah meninggal tahun 1999. Mama masih terus menerus membandingkan keperibadian ayah dan lelaki diluar sana yang meminati mama masih tidak berjaya mematahkan perasaan cinta mama pada ayah walaupun ayah terkenal dengan sikap womanizernya..(sama seperti abang din)...
 
Rasa terkilan aku pada sikap isteri arwah abang aku ..telah membuktikan bahawa...itulah perangai dia yang sebenarnya...Aku hanya minta setahun..just one year after...sekurang-kurangnya tak delah orang tuduh kau macam macam...

Ini adalah kata kata  aku pada isteri arwah abang.....

" Cinta seorang isteri..bukanlah hanya meratap meraung pengsan dikala suami kau meninggal dan selepas 8 bulan..kau berupaya untuk mencintai lelaki lain dengan alasan kau tak boleh hidup tanpa ada suami. Bukannya kau tidak boleh berkahwin sepanjang umur kau namun sekurang-kurangnya...bagi lah masa 1 tahun selepas kematian suami kau. Adakah kau fikirkan tentang perasaan anak anak kau? Adakah kau yakin dengan memberikan mereka ayah baru maka segala masalah selesai? Begitu mudah kau menyayangi lelaki lain hanya selepas 8 bulan kematian suami kau? Jadi apa yang berlaku pada hari kematian dia adalah drama yang boleh kau lakonkan dengan begitu baik sekali? Well..tahniah kerana berjaya menjadi pelakon terhebat.
 
Tahniah di atas perkahwinan kau..dengan suami baru kau dan apabila kau sudah menjadi isteri pada lelaki itu yang mana dikatakan kawan arwah..itu adalah urusan kau dan aku sendiri tidak mahu ambil tahu tentang urusan kau...cuma aku harap jangan disebabkan kau sibuk dengan laki baru kau..maka anak anak kau terabai..itu saja..."
 
 
Mungkin entry ini agak beremosi namun ini adalah luahan aku...so aku harap kawan kawan faham kenapa aku beremosi begini...


psssttt...i miss my abang...

xoxo
rfa


Monday, August 12, 2013

kerana itu takdir dariNya

salam..

aku tidak tahu nak mulakan dari mana kisah ini namun yang pasti aku perlu luahkan kerana apa yang terjadi merupakan satu keajaiban yang aku rasa...sememangnya adalah kehendak Allah. Hmmm.. 20 tahun yang lalu...semasa aku mengenali dia..kami sama sama satu sekolah..dan aku memanglah bukan pelajar yang hebat dan dia juga bukanlah pelajar yang terbaik namun hubungan persahabatan antara aku dan dia memang terjalin baik dengan ikatan yang ikhlas. Kali terakhir aku bertemu dengan dia setelah aku mendapat tahu yang dia akan berhenti sekolah semasa di tingkatan 4. Pertemuan aku dan dia di tepi jalan, memberi ruang untuk aku memujuk dia agar kembali ke sekolah kerana aku merasakan bahawa aku akan kehilangan seorang sahabat seperti dia..namun ianya tinggal kenangan. Akhirnya aku kehilangan dia , sebagai kawan yang cukup baik dengan aku..

Sewaktu aku berada di kl...dia pernah menghubungi aku dan entah kenapa aku menjadi tidak berani untuk bertemu dengan dia...padahal..ketika itu , dia berusaha datang dari shah alam..tengah malam semata mata untuk bertemu dengan ku..namun aku tidak berani untuk bersemuka..kerana pada ketika itu aku merasakan bahawa aku tidak selayaknya bertemu dengan dia.....maka perasaan  itu berlalu begitu saja...
namun..pada syawal tahun ini, apabila dia muncul di FB aku..perasaan terkejut itu mengisi ruang hati aku. Sahabat lama yang aku sendiri tidak pernah terfikir akan bertemu dengannya...
Kami bersembang di FB Messengger agak lama...apabila aku melihat FB dia..ternyata dia sudah bahagia ..ada sebuah keluarga yang bahagia..dan sebagai seorang sahabat, aku turut bahagia dengan dia. Mungkin sekiranya aku bertemu dengan dia malam itu, di kl..hubungan aku dan dia akan berubah menjadi bukan sahabat namun takdir Allah..kita tidak tahu. Allah dah tetapkan hubungan kita adalah sebagai seorang sahabat sampai bila bila...amin..

Terima kasih awak..kerana sudi menghubungi saya dan apa yang penting..kita bersahabat sampai mati..biarlah apa yang perlu dirahsiakan akan tetap menjadi rahsia antara kita...


pssstt kisah zaman sekolah yang penuh syahdu...huhuhu

xoxo
rfa
logo sekolah..lencana smkwb

paparan bangunan smkwb..dulu lain ..
crdt to mr.google
 
 
 

kisah hari raya 2013.....part 2

salam..

hari ni dah start keje..mood raya dah habis dah...mood keje n mood untuk start semester baru...mula muncul..huhuhu...

oklah..nak citer sambungan kisah raya 2013...

untuk raya tahun ini, ada beberapa perkara yang aku tidak lakukan..yang kebiasaannya rutin setiap hari raya..antaranya..untuk kali pertama...aku tidak menziarahi pusara arwah ayah..mcm tak percaya kan...tapi itulah hakikat...sebab utama kerana aku tidak sihat...maka aku offer untuk stay kat umah..berehat..Selain dari itu, disebabkan sakit jugaklah..aku tidak beraya dengan kak ani..hmmm tak best betul raya tahun ni..semuanya terpaksa dilupakan gara-gara sakit..nak buat camna..dah nak sakitkan.

raya tahun ini jugak..aku dapat dengar banyak gossip gossip dalaman dan luaran keluarga aku. yang tu aku tak nak share cuma apa yang aku boleh katakan..."hari hari makan pengat..sendiri mau ingat". Mungkin kisah kisah itu memberikan aku pengajaran agar aku tidak lupa diri ...

secara keseluruhannya..aku menyambut hari raya dengan sederhana..gara-gara sakit...


pssstt..setiap kali balik kampung..mesti ada je barang tertinggal..kali ini...aku tertinggal dress kesayangan aku...huhuhu...

xoxo
rfa


Saturday, August 10, 2013

Kisah hari raya....2013..part 1

Salam aidilfitri untuk semua...
Hari ini adalah hari ke3 , umat islam menyambut syawal dan aku sudah berada di airport untuk balik ke shah alam. Yesss....aku balik awal..kerana nak rehat dirumah dan isnin aku dah keje.
Kisah tentang hari raya tahun ini..aku rasa..paling suram yang pernah aku alami..apa tidaknya...aku tidak menyambut syawal seperti org lain...
Disebabkan oleh kerana sejak dua minggu aku asyik sakit..muntah dan sakit perut...gara gara gastric...maka sakit itu bertambah teruk bila aku di kampung. Namun semangat bersahur dan berbuka puasa di kampung membuatkan aku berusaha untuk puasa ..namun di pagi syawal...aku mula start sakit perut, muntah dan ianya berlarutan sampai malam...yang bestnya..aku hanya sempat g beraya ke rumah dua org kakak ku...kak chek dan kak bani...itu pun aku hanya minum air dan makan cup cake ...sadis tul...
Dirumah..hari raya pertama...juadahnya satay dan nasi impit...salah satu faveret aku...hari raya kedua...nasi beriani , kurma daging dan kambing masala..manakala hari ni...awal pagi tadi si zura sedang menyiapkan nasi dagang ...semua tu makanan faveret aku..namun sedihnya aku tidak dapat makan sepuasnya.
Now...aku tengah tunggu nak naik flight...balik dengan keadaan yang masih sakit dan mood yang bercampur campur...apa pun...aku bersyukur..walaupun aku x sebegitu sihat namun aku masih sempat beraya dengan mama dan adik beradik aku...alhamdullilah...
Pssssst..rindu shah alam...hahahha
Xoxo
Rfa

Sunday, August 4, 2013

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima: isu gelandangan..

Salam...

Aku terpanggil untuk berkongsi rasa dan pendapat tentang tajuk entry aku. Mungkin ayatnya sering dilihat dimana mana namun ianya memberi satu makna yang mendalam seandainya kita memahami dengan betul ..

Rakyat malaysia memang terkenal dengan sikap pemurah ...tak kira apa saja..janji dapat didermakan pasti mereka akan dermakan.  Di fb aku...ada beberapa aktiviti sukarelawan yang menguruskan derma derma pada gelandangan..di ibu kota. Tahniah pada mereka yang memperjuangkan perkara tersebut...malah ianya satu aktiviti yang sihat...dan bermanafaat.

Namun...apabila dilihat dari satu sudut...apabila kita banyak menyumbangkan derma pada mereka yang hidup gelandangan ini...telah menjadikan mereka seorang yang hanya menunggu bantuan diberi tanpa berusaha..untuk berubah...mencari pekerjaan tetap, berusaha untuk tidak terus berada di bawah jambatan. Kalau dilihat gelandangan yang ada...kebanyakan terdiri dari warga asing, penagih penagih dadah, kurang siuman, pekerja sosial dan orang orang tua. Kalau tak silap aku...kerajaan telah menyediakan rumah yang sepatutnya untuk mereka..seperti hostel, yang ditubuhkan oleh jabatan kebajikan masyarakat, bg yang tua...rumah rumah org tua..pusat pemulihan dadah dsbgnya..

Apabila rakyat malaysia kerap menderma kepada mereka...yang terjadi adalah...mereka tidak mahu berubah..kerana mereka tahu..mereka akan disalurkan bantuan...dan ianya menjadikan masalah gelandangan tidak akan selesai....

Aku teringat kata kata seorang kawan .."saya dekati mereka yang gelandangan, duduk dikalangan mereka bila ada masa...dan bila ditanya...kenapa tidak bekerja...jawapan mereka...buat apa nak kerja...selalu ada je rezeki ...ada org dtg bg makanan, pakaian dsbnya". Ini bermakna mereka sanggup menunggu bantuan dari sukarelawan dari bekerja. Yang sihat dan boleh bekerja juga akan terus menerus menerima bantuan dari sukarelawan tanpa berusaha untuk memajukan diri.

Aku harap..isu gelandangan mendapat tempat dihati pihak kerajaan...insya allah. Dan buat sukarelawan yang berusaha dan terus berusaha..apa kata kalau dari memberi makanan dan baju...baik berusaha mengubah cara hidup mereka dan pemikiran mereka..seperti mencari pekerjaan dan berusaha mendapatkan tempat tinggal yang sempurna...insya allah..ianya dapat diubah...amin...

Psstt hanya kita yang mampu berubah diri kita...bukan orang lain. Daripada menadah tangan memohon bantuan sebegitu..lebih baik mencari pekerjaan yang halal...tak kisahlah tukang sapu ke..cleaner ke...janji halal....

xoxo
Rfa...

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....