cinta tanpa restu mereka

salam...

malam tadi.aku berwhatsapp dengan abie.. perbualan kami mesti ada rindu dan sayang dan di hujung perbualan..dia berjanji untuk memujuk mak dia agar merestui perhubungan kami. Yes..aku dan abie memang saling mencintai namun apa kan daya..bila mak abie tidak mengizinkan dia memiliki aku dan aku tidak boleh memiliki abie..padahal kami seperti tidak boleh dipisahkan.
abie sendiri seperti takut untuk ucapkan cinta..takut aku terluka dan dia tidak sanggup untuk mendengar tangisan aku..dan tidak mahu melihat aku sedih .
Bermula 2011 hingga kini..aku masih menyimpan cinta abie di satu sudut dalam hati aku walaupun kami terpaksa berjauhan kerana masalah itu namun..sayang dan kasih aku masih tetap sama..dan begitu juga dia. Cinta kami pelik kerana tiada restu mak abie..itu je yang buat aku dan abie terpaksa berpisah tanpa rela.
Sama ada abie atau aku malah kawan kawan rapat..semuanya hairan kenapa mak abie tak pernah memberi peluang pada aku untuk menunjukkan pada dia yang aku menerima abie seadanya dan hubungan kami serius..

Malam tadi..sejak setahun yang lalu..pertama kali aku menangis kerana abie. sebelum ni, aku berjanji dengan dia yang aku tak akan meratapi perpisahan tanpa rela ini namun apa kan daya..hati aku sayu sangat . Terlalu banyak hati yang perlu kami jaga..padahal hati kami sendiri terluka. Kami terpaksa berkorban cinta dan hati kami demi seorang ibu. Semoga pengorbanan ini berbaloi..

abie...mungkin kita ditakdirkan untuk bertemu, berkenalan, jatuh cinta,, saling merindu namun tidak ditakdirkan untuk bersama .




pssttt teringat lagu "sedetik lebih" ..bilamana abie nyanyikan untuk aku...semasa kami karok bersama...hmmm kenangan

pssttt I need u badly...


xoxo
rfa..
tq mr.google

Comments

  1. moga tabah.moga Allah lembutkan hati mak abie untuk terima awk

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

nilai sebuah perkahwinan : suami rogol isteri sendiri? kenapa dan mengapa?

Perempuan di mata lelaki

part 2: masih di plaza alam sentral...