bab 2: Angin Surga


Salam...
enjoy reading ....
******************************************************************
 
“My son.. Faisal Adly”

Apabila dia berpaling ke arahku..rupanya lelaki yang melanggar aku pagi tadi.

“Opps..Puan yang pagi tadi kan..”

Aku hanya tersenyum. Memang handsome pun. Patutlah si Suhaila tu gila bayang.

“Nur Athirah” Kami bersalaman.

“Oklah Athirah..i’m sure u dah tahu yang kita ada meeting di Langkawi this Wenesday..tapi i akan hantar Faisal sebab dia akan uruskan resort kita di sana. So I nak u dan  dia hadir dan pastikan semuanya ok..” Arah Tan Sri Rashdan. Tegas.

Perbincangan kami berlarutan sehingga waktu makan tengahari. Perutku dah minta di isi. Kalau ikutkan perangai Tan Sri …memang tak sempat lah aku nak makan.

“ Ok Tan Sri, saya rasa kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu..”

Tanpa diduga, Faisal juga turut mengekori aku, keluar dari bilik Tan Sri.

“Cik Athirah..ada apa – apa yang perlu saya tahu berkenaan meeting rabu nanti?

“Yes..ada..nanti I minta Suhaila, my assistant jumpa  u.. she will brief u about that meeting”

“Kenapa tidak u saja yang brief I?”

Aku ketawa. Naif nya anak Tan Sri Rashdan !” Bisik hati kecilku.

“Normally.. Suhaila yang buat semua tu.. dan dia akan ikut sama nanti”Jelas ku.

Faisal semacam tidak puashati dengan penjelasan aku. Aku sengaja biarkan dia keliru.


Suhaila menjerit suka bila aku minta dia bertemu dengan Faisal. Pucuk dicita ulam mendatang..! Aku biarkan suhaila dengan kegilaan barunya.

Aku sengaja offkan blackberry ku . Tidak mahu di ganggu sehingga habis waktu kerja. Aku tahu Zulhasmi pasti akan terus menerus menghantar BBM pada aku.

“Cik Athirah…lunch?”

Tetiba faisal muncul di depan pejabat aku. Terkejut!

“Jum temankan I lunch.. ada banyak perkara yang I nak diskus dengan u” Faisal seolah-olah mengarah aku.

Entah kenapa, aku hanya mengikut. Aku capai handbag dan mengekorinya. Bila aku keluar dari pejabat aku, pantas aku memanggil Suhaila.

“Su..jum lunch?..” Aku mengajak Suhaila

Faisal memandang aku dengan pandangan yang pelik dan disebabkan pandangan itu, Suhaila seolah-olah mengerti.

“It’s ok Cik Nur…saya  sudah makan” Dalih Suhaila.

Suhaila menghantar kami dengan pandangan yang sayu.

Aku menjadi agak kurang senang bila bersama dengan Faisal. Mungkin kerana dia anak boss aku ataupun kerana sikap Faisal yang terlebih peramah dengan aku.

“Cik Athirah selalu ke makan kat sini?”

Faisal melepaskan pandangan kawasan persekitaran. Mungkin dia kekok dengan suasana kedai makan ala ala Kelantan di TTDI Jaya, Shah alam.

“I selalu makan kat sini sebab I memang suka makan makanan Kelantan”

“U orang Kelantan ke?” Soal Faisal spontan.

Aku ketawa kecil. Pastinya dia tidak menyangka bahawa aku adalah anak Kelantan jati.

“Yup..kenapa? tak percaya ke?”

Faisal hanya tersenyum.
Makan tengahari itu lebih kepada perbincangan aku tentang kerja dan penjelasan aku tentang tugas – tugas yang aku laksanakan di syarikat itu. Rupanya Faisal tidak begitu meminati kerja –kerja pejabat namun disebabkan arahan Tan Sri , dia akur dan apabila dia ditawarkan untuk menguruskan resort milik Tan Sri, dia gembira kerana dia tidak perlu berada di bawah perhatian Tan Sri Rashdan.

“Kalau I offer u kerja dengan I di Langkawi..?” Faisal bertanya tatkala kami berjalan beriringan ke kereta.

Soalan itu membuatkan langkah aku terhenti..

“Kenapa?” Soal Faisal lagi.

Aku hanya menggelengkan kepala.  Kenyataan Faisal memberikan aku idea, bagaimana aku harus berjauhan dengan Zulhasmi..Aku mesti berusaha demi janjiku dengan mama.

“So?..apa cerita?” Suhaila muncul seolah olah tidak sabar mahu mendengar cerita aku dan faisal.

“Come la Su.. I and  Faisal? Huh..in your dream..” Jelasku sambil menyusun kertas kertas yang berselerak di depanku.

“Ye la..I tau u ada Zulhasmi tapi I nak tau pasal Faisal..don’t u think he’s so handsome..”

“Su..nanti kat langkawi..i bagi chance untuk u tackle dia…ok..” pujukku . Bukan aku tak tahu perangai si suhaila ni…suka sangat dengan lelaki kacak..

Lewat petang,baru saja aku switch on blackberry, aku menerima call dari Zulhasmi.

“Dear, why u off your blackberry?” Soalnya lembut. Itulah Zulhasmi..sentiasa menyenangkan perasaan aku.

“Sori sayang…bateri drain..our dinner..hmm after maghrib I jumpa u..” Aku cuba berdalih.

“Nope..i rasa nak makan kat rumah je..kita jumpa di rumah ye..”

Aku tahu..kehendak Zulhasmi adalah sesuatu yang tidak boleh dibantah. Disebabkan sikap dia begitu, maka aku jadi susah untuk membuat keputusan.

 

Setibanya di Prima Court, aku sudah dapat melihat kereta Zulhasmi di tempat parking. Awalnya dia sampai” bisik hati kecilku.

Sewaktu aku masuk ke rumah, kedengaran suara dia menyanyi kecil di dapur. Bau masakan menusuk di hidung aku. Kalau tak silap.. bau kuah spaggeti ni! Bisik hati kecilku lagi.

“Assalamualaikum..”

Zulhasmi muncul dari dapur. Wajahnya ceria. Aku pulak yang jadi serba salah apabila melihat dia.

“Apa mimpi u masak  ni..ada berita gembira ke?” Soal ku. Memang aku jadi hairan bila dia tetiba berubah.

“Saja je..i susah payah belajar untuk masak spaggeti kesukaan u..” Jelas Zulhasmi. Suaranya bernada riang.

“ U rilex, mandi, solat …ok..nanti dah siap..i panggil u..”

Aku tidak mahu membantah. Biarlah dia dengan semangat memasaknya itu.

“Sayang, kita perlu berbincang..” Aku mula bersuara.

“Berkenaan apa? Hubungan kita? No..we already discuss it” Tegas Zulhasmi.

Perlahan-lahan, aku menyuap makanan spaghetti masakan dia. Sedap juga namun ianya menjadi begitu perit bila mendengar  ayat –ayat yang keluar dari mulut zuhasmi.

“Mama nak kita kawin..kalau tak..i kena pilih sama ada u atau mama” Ujarku perlahan.

Suapan Zulhasmi terhenti. Seketika dia memandang tepat ke wajahku.

“I’m serius about this..please sayang..kita kena berbincang..” Aku mula merayu pada dia.

“U dah tahu masa kita mula –mula kenal..bahawa I tak boleh berkahwin dengan u..”

“Then leave me..lepaskan i..” Aku mula bertegas. Aku memandang tepat ke wajahnya. Aku mahu dia tahu yang aku memang serius tentang perkara ini.

Suasana mula menjadi tegang.

“I tak boleh kehilangan u..pls nur..u tahu betapa I cintakan u..tak mungkin I dapat lepaskan u”

Kata-kata itu membuatkan aku rasa sayu

“I kena buat pilihan sayang..and I pilih mama”. Aku cuba untuk tidak menangis..sekurang-kurangnya bukan didepan dia.

Zulhasmi tidak mahu meneruskan perbincangan ini. Dia mencapai kunci keretanya dan terus keluar meninggalkan aku dalam keadaan terpinga pinga. Begitu mudah bagi dia. Setiap kali berbincang perkara ini, Zulhasmi pasti akan menarik diri. Dia tidak mahu hati aku dan hati dia terluka.

 

Aku mengemas meja makan yang ditinggalkan oleh zulhasmi. Aku tahu bukan ini yang dia harapkan..bahkan dia sendiri tidak menyangka mama akan bertindak begitu.

Sepanjang malam ...aku menantikan mesej dari zulhasmi namun hampa. Mungkin dia perlukan masa untuk menerima hakikat..bahawa kami memang ditakdirkan kenal...bercinta ...berkasih sayang namun bukan untuk saling memiliki. Aku berharap zulhasmi akan dapat berfikir secara rasional dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

 

Selesai menemuduga beberapa calon yang terpilih. Selepas ini aku kena buat laporan dan cadangan tentang calon yang telah disenarai pendek.

"suhaila...mcmana dengan persiapan ke langkawi besok..?"

"semua dah siap..cuma maklumat berkenaan bajet dari bahagian kewangan belum diterima.."penjelasan suhaila sedikit sebanyak melegakan hatiku.

"are u ok ? Dari tadi  saya tengok cik nur macam ada masalah.."

"nothing..cuma penat ...i nak balik awal hari ni,..anything ..call i.."

"kalau encik faisal cari ?"..soal suhaila. Terhenti seketika langkah ku.

"hmmm..pandai pandailah u cakap..."

Aku tidak mahu berada di pejabat. Risau sekiranya Faisal datang mencari aku. Rimas juga dengan sikap terlebih peramah tu.

Zulhasmi masih tidak menghubungi aku..malah tidak ada satu mesej  bbm padaku. Entah apa yang  berlaku padanya. Selama aku menjalinkan hubungan dengan zulhasmi..aku tidak dibenarkan untuk   menghubungi dia..kecuali dia yang call or sms or bbm terlebih dahulu. Aku tak akan mungkir   janji hanya kerana pergaduhan semalam..tapi hati ini bagaikan tidak sabar untuk mendengar  suara dia. Rindu.

 

Seminggu berlalu, namun zulhasmi masih tidak juga menghubungi aku. Sesekali muncul di benak ku untuk menghubunginya namun aku tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Aku masih di pejabat, ketika menerima panggilan telefon dari seseorang.

“Boleh saya bercakap dengan Athirah?”

Suara perempuan itu agak tenang.

Apabila aku memperkenalkan diri…

“I melisa, isteri zulhasmi..”

Kata-kata itu membuatkan aku tersentak.



Comments

Popular posts from this blog

nilai sebuah perkahwinan : suami rogol isteri sendiri? kenapa dan mengapa?

Perempuan di mata lelaki

part 2: masih di plaza alam sentral...