ujian Allah kepada aku..tentang KESABARAN

Salam Jumaat...

Aku terpanggil nak menulis tentang perkara berkeaan KESABARAN kerana aku nak share dengan semua pembaca blog aku, termasuk silent reader tentang dugaan yang Allah bagi pada aku .

Kisahnya..sejak bermula januari 2013, aku telah berubah 100%..dari segi penampilan aku, dan jiwa aku. Aku bersemangat untuk berubah menjadi seorang wanita yang solehah, bertudung dan aku belajar untuk bersabar kerana dengan cara itu aku dapat ketenangan. Jika dulu..waktu di sisi jahil dan zaman gelapku..aku terkenal dengan mulut laser dan pantang di cabar, namun kini aku belajar untuk menjadi lebih sopan..dan aku akui kalau la kekawan aku di zaman dulu melihat aku sekarang pasti mereka tidak percaya yang aku sudah berubah.

Namun, dalam aku berusaha untuk berubah..aku di duga dengan dugaan yang cukup besar...aku di fitnah dan aku tahu siapa yang menfitnah aku. Kisah fitnah yang sebelum ini pernah aku ceritakan dlm post - post aku yang terdahulu..namun kali ini, aku di fitnah oleh seorang perempuan yang aku rasa adalah seorang perempuan yang terlalu murah maruahnya...seorang yang tidak menggunakan akal yang waras untuk berkata-kata dan seorang wanita yang psiko kerana masalah yang di hadapi.  Apapbila aku menyedari bahawa aku di fitnah lagi...kemarahan aku berada ditahap paling tinggi sehinggakan seluruh tubuh aku menggigil menahan marah.

Tuhan nak tgk sejauh mana aku bersabar dan alhamdullilah...aku masih mampu bersabar dan menjaga mulutku untuk tidak memaki perempuan itu..kalau dulu..dengan sikap panas baran dan garang aku..aku pasti perempuan itu sudah dibogelkan oleh aku di khalayak ramai.. namun alhamdulilah..aku berjaya melawan amarah yang sengaja dibuat oleh syaitan...

untuk mereka yang suka menfitnah aku dan mencaci maki aku serta mengumpat keji aku...pesanku adalah satu... "bertaubatlah sebelum terlambat" dan sesungguhnya disebab aku sekarang sedang mengumpul pahala kerana dosa -dosa aku yang silam, maka pahala dari kalian banyak menyumbang kepada aku.. alhamdullilah..syukur.

Namun begitu...aku berharap sangat agar mereka tidak mengganggu aku..selagi aku boleh bersabar aku akan bersabar dan terus bersabar namun andainya satu hari nanti aku tidak mampu bersabar...aku tidak pasti sama ada mereka boleh terima amarahku atau tidak..Insya Allah Tuhan akan sentiasa berada disisiku tatkala aku berduka atau di timpa bencana...


pssstt...sabar separuh dari iman...amin..

xoxo rfa...

Comments

Popular posts from this blog

nilai sebuah perkahwinan : suami rogol isteri sendiri? kenapa dan mengapa?

Perempuan di mata lelaki

part 2: masih di plaza alam sentral...